Patent dan teknologi memang tak dapat di pisahkan. Ada sebab mengapa inovasi selalu di patentkan. Pertama adalah ego dan ke dua adalah keuntungan. Ego bukan bermaksud ego yang jahat, bukan juga bermaksud ego seorang hero dalam filem cintan maut. Ego yang aku maksudkan adalah cara seseorang untuk mengiktiraf hasil kerjanya sendiri agar dilihat sangat bernilai. Ego juga adalah penghormatan terhadap diri sendiri dan memelihara hak peribadi agar tidak diambil atau ditiru oleh orang lain. Patent juga dilihat sebagai satu kaedah mengaut keuntungan terhadap diri sendiri.
"Kalau la aku dapat bina satu teori mudah bagaimana menghantar manusia ke angkasa hanya melalui ruang, sudah pasti aku akan patentkan penemuan tersebut. "
Minggu lepas aku ade join satu forum hangat giler, khusus isu tentang Nocat dan Chillispot. Nocat dan Chillispot adalah dua server freesource gateway/authentication untuk komuniti wireless seperti hotspot (WiFi - 802.11). Freesource bermakna ianya adalah free untuk kita mengubah kod sumber, menambah fungsi ikut suka hati abah kita, menyertai team developer untuk process upgrade dengan menyumbang kod sumber atau flow function, tanpa lesen, tanpa kos, maintainence sendiri tanggung dan berkongsi sumber dengan developer. Bila free, for sure banyak error yang perlu di perbetulkan dan risiko security adalah tanggungjawap kita sendirik. Tapi itu bukan masalah. Jika kita berani untuk menggunapakai, kita mesti berani menanggung risiko. Sebab tu applikasi sumber terbuka mengutamakan komuniti komuniti yang mempunya orang-orang teknikal yang solid kemahirannya, dan orang yang sanggup terima risiko.
Tetapi ade satu dua kompeni yang tamak giler dan bodoh. ( Baca 1 Baca 2) Mereka nih bole aku gelarkan sebagai rejim yang menyalah gunakan pengertian Patent. Hanye kerana alasan security dan tak stabil, mereka mengambil pendekatan mempatentkan aplikasi wireless gateway/authentication server berasaskan web. Ini bermakna mereka akan mendevelop aplikasi yang sama seperti nocat atau chillispot dan mempatentkan menggunakan nama syarikat mereka. Ini juga bermaksud, mereka akan membunuh kominiti wireless yang menggunakan sumber free seperti nocat/chillispot dan komunity yang menggunapakai nocat/chillispot akan terpaksa membayar royalti kepada mereka. Sungguh gampang tindakkan mereka.
Kita xda cara lain untuk menghalang mereka. Mereka telah merencatkan kreativiti kita sebagai pengikut fahaman freesource.
Dan cara paling ideal adalah memboikot. Ini cara orang baik. Cara orang jahat seperti aku pula adalah :
1. Gunakan sahaja freesource application walau telah di patent.
2. Tetap beli software mereka tetapi dalam versi cetak rompak.
3. Buat sendirik applikasi seperti mereka punya tapi lepas tu kita 'freesource' kan
ps : Guna la Linux Distro. dan Winetool, untuk menentang kapitalis teknologi.
No comments:
Post a Comment