Minggu ni penuh kejadian suka duka dalam diari hari-hari aku. AC Milan merentap jiwa aku dengan cerita duka. Cerita duka AC Milan adalah cerita duka yang paling sukar dipercayai. Orang putih kata 'Umbelieveble'. Manakala Mak Jenah Sungai Merab pula kata 'Ambilebebel'. Hari tu harikhamis, aku gagahkan jiwa bangun pagi jam 2.00 pagi. Cuma berbekalkan masa tido 1 jam lebih aku bangun jugak. Bukak tv. Belum pun seminit berlalu, mata pun tak hilang kelat, Maldini menjaringkan gol. Gila ah. Nak je aku tanggalkan seluar tanda gembira. Selepas tu Crespo plak menjaringkan 2 bijik sekali gus. Gol ke 3 mmg cantik. Aku yakin AC Milan juara malam tu. Sesambil tu aku makan aiskrim dari peti ais untuk menambahkan derita Liverpool. "Diorang derita ke dengan aiskrim ko ?"
Separuh masa kedua lain plak jadinya. Liverpool.....Liverpool......siot la team nih....err..err...hiskk...hisk...(kami terpaksa memberhentikan cerita bola ini akibat sebak yang keterlaluan. Untuk cerita lanjut tentang Final UEFA League sila baca paper. Harap maklum - Cik Rohani kedai apam.)
Nama abang nih Hernan Crespo.
Drama antara aku dan testbed-design - Penuh adegan tandas dan skandal
Aku kena habiskan design ni ari nih. Lagi pun aku dah siapkan prototype chillispot sampai coverage dia tersesat ke unit Najip. Punya le power !. Di sini aku ceritakan liku-liku hidup aku yang terpakse di lalui untuk menyiapkan sekeping basic test-bed untuk di present kepada Encik Wan. (Watak terpaksa di tukar untuk mengelakkan diri daripada Along - Makcik Ruby Kedai Runcit)
Jam : 10.05 pagi
Sebenornye aku dah sampai opis kol 9.00. Tapi satu jam terpaksa di cilok untuk pergi sarapan, membuat regangan badan agar lebih sihat, baca paper, bukak email dan macam-macam lagi la. Nampaknye design asas akan dimulakan. Sebiji PC telah di lukis cantik oleh GAIM Linux. ha ha. Aku nak lukih lawa camtu ?. Jgn mimpi la.
Jam : 10.10 pagi
Kerajinan meningkat 20 %. Aku berjaya meletakkan icon bulat-bulat. Ape ntah nama icon tuh. Samad ke Taib ntah ape nama dia. Aku bubuh jek. Sambil-sambil hirup air kotak.
Jam : 10.15 pagi
Hmm. Chat le kejap dengan Nifazu nih. Saje nak cari mood. Pepagi ni elok berbicara tentang plan sepanjang hari. Kot-kot dapat idea.
Jam : 10.28 pagi
Hukaloh. Ramai le plak chatter2 sewel menyerbu yang nak berchat dengan aku. Sewel aku di buatnye. Maklum le, kawan-kawan sekampus, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan se asrama. Ade yang bagitahu tarikh kawin, ade yang jemput datang kenduri sunat budak, ade yang saje nak ajak lawan mencarut, ade yang nak meluahkan perasaan, macam-macam le. Naik sewel aku. Kalo di layan sampai petang kang.
Jam : 10.46 pagi
Ok stop. Sambung balik buat keje. Fokus. Fokus. Mesti jadi pekerja berdedikasi. Anasir-anasir jahat perlu di hapuskan. Hiarghh !.
Jam : 11.35 pagi
Kadar metabolisma semakin tinggi. Kuasa kelajuan kerajinan meningkat sehingga 1800 HP (Horse Power). Semakin banyak PC yang dah di lukis. Gambar bulat-bulat jugak semakin banyak. Semangatnye !. Hari-hari camni kan bagus !. Sure anak toke kete Simpang Renggam suka. Maklumla, abah dia pun x rajin camni.
Jam : 11.45 pagi
Adeih. Tengah banyak mood tetiba abang perut plak meminta untuk di belai. Hampeh !. Pakcik jual pau punya pasal la ni. Terpaksa la aku memecut deras ke tandas bagi menikmati Aroma Bali. Huuuuh. Potong stim betul. (Alet message yang keluar seperti di atas bermakna aku xde kat depan PC. Harap maklum.)
Jam : 11.55 pagi
Huh, leganye. Lega gila la !. Layan lagu jap. Lagu ape nak bukak ?. Lagu P. Ramlee ?. Inul ?. Jap aku carik. Lagu Negaraku ade tak ?
Jam : 12.00 tengahari
Ok. Lagu pun dah pasang. Air pun dah buat. Perut pun dah lena selepas di belai (he he he), maka dengan ini aku ishtiharkan cuti umum. Gurau jek. Aku sambung balik lukisan abstrak aku yang tergendala. Sampai mana tadi ?. Benda bulat-bulat aku dah buat lom ?.
Jam : 12.15 tengahari
Chat dengan "adik" jap. Hihi. Stendet la, time-time cam ni musti cari modal untuk mengembalikan mood. Maklum le, tengah lapar.
Jam : 12.30 tengahari
Pi semayang Jumaat. Terpaksa tinggalkan keje dan segala perkara-perkara lagho buat sementara waktu. Bole la lepak-lepak kedai makan, sebelum semayang Jumaat.
Jam : 2.00 petang
Chat lagiiiii !. Heh, tapi kali ni bukan chatting yang wasted. Sessi chat ini dikenali 'Technical Chat'. Chatter yang biasa di hubungi kebanyakkan berada di obersea seperti di Sri Lanka, Cuba, Canada, Russia, Sepadan Mogadishu dan kawasan haram Kepulauan Nikaragua.
Jam : 3.00 petang
Semi-Final touch. Setelah beberapa rintangan kritikal terpakse di tempuhi. huh, sikit lagi. Mood pada kondisi menyelerakan. Jom makan. Stopp !. Fokus, fokus. Dah nak sampai ke garisan penamat nih.
Jam : 4.15 petang
Aik ?. Statik jek ?. Patut la. Aku merayap rupenye. Jalan - jalan sat. Mengintai amoi prektikel unit sebelah tengah wat aper. ha ha.
Jam : 4.30 petang
Huih, tak abis lagi aku mengintai ?
Yeahh !. Final touch. Siap akhirnye. Siap sebelum masa sebenar opis hour. Jom mabuk2 !
ps : Perasan tak ade silap kat design tu ?. Sape blaja network mesti tahu. Manade design kat alam ni Local Network straight ke External Network. Huahaha. Kena betulkan balik. Hampeh !
No comments:
Post a Comment