Antara PLKN dengan kasih keluarga mana lagi penting ?. Orang bodoh sahaja yang berkata PLKN lebih penting. Ahmad Harizal telah membuktikannya. Pemuda ni cuma bersekolah sampai tingkatan 2. Logika akal manusia biasa seperti aku tentu menganggap si pemuda ini tentunya kurang ilmu. Cuma tahu kerja-kerja kampung dan pada benak kita pasti pemuda ini terpinga-pinga atau tentu sahaja menangis bila diletakkan dihadapan sebuah komputer riba dan menyuruhnya menulis script C++.
Tapi ada nilai yang pastinya membuatkan pemuda ini begitu mulia. Malah, jika dibandingkan dengan menteri yang meluluskan aktiviti pe"noyol"an Bukit Charakah atau seorang cerdik pandai agama di Utusan Malaysia yang mengatakan zaman nabi dulu ada ISA, pemuda ini jauh 100 % lagi mulia.
Pemuda ini meletakkan jawatan selaku pelajar tingkatan 2 kerana ingin menggalas tanggungjawap membesarkan adik beradik. Dan membantu ibunya yang sangat dhaif. Malah, pengorbanan paling besar adalah menolak program Khidmat Negara semata-mata ingin menyara persekolahan adik beradik. Sebagai manusia yang sempurna akal, stabil kehidupan dan mempunyai keluarga yang sederhana, aku sangat-sangat tersentuh. Tentunya sahaja pemuda ini adalah hero kecil (A little hero) yang mana jiwanya sangat tulus tersembunyi di hatinya. Beruntung ibu yang mengandungkannya. Pemuda yang kental jiwa, tak isap dadah, bekerja kuat demi keluarga, berani adalah pilihan utama gadis-gadis. Bertuah sungguh gadis itu.
PS : Sebagai tanda hormat kepada pemuda ini, aku jadikan gambar mukanya sebagai main picture di Friendster.com
No comments:
Post a Comment