Ads

Thursday, September 29, 2005

Presiden MPP, Nik Aziz dan Mawi

KOTA BAHARU, 16 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan keputusan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) menjemput juara Akademi Fantasia (AF3), Asmawi Ani atau Mawi ke Kelantan.

Katanya beliau mengharapkan lebih ramai penyanyi akan membuat persembahan dan penampilan dalam bentuk yang lebih Islamik pada masa akan datang berikutan undangan artis seperti Mawi ini.

"Inilah usaha yang kawe (saya) buat, demo (kerajaan pusat) buat apa untuk Mawi," katanya ketika berucap pada kuliah agama mingguan beliau di sini, hari Jumaat.

Beliau berkata desas-desus pihak tertentu yang mempertikaikan keputusan itu sebagai cuba mengekploitasi usaha murni yang dibuat MPKB.

"Contoh yang dibawa Mawi seperti penampilan perlu dituruti penyanyi lain agar ia sesuai dengan kehendak semua lapisan peminat sekarang", katanya.

Mawi menjadi perdebatan hangat ekoran cadangan kerajaan negeri mengundangnya untuk Konsert Tautan Kasih di sini pada 30 Sept ini dan Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Bandar Raya Islam pada 1 Okt ini.

Bagaimanapun, keputusan itu ditolak Dewan Ulama Pas yang berpendapat bahawa dengan mengundang Mawi sama seperti Pas menerima Akademi Fantasi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Annuar Musa yang ditemui pada satu majlis di sini malam tadi, berkata cadangan Pas untuk mengundang Mawi pada majlis itu sebagai gimik politik dalam usaha untuk mendapat sokongan pengundi.

Beliau berkata keputusan itu menampakkan bahawa Pas Kelantan telah menghalalkan cara walaupun pada prinsipnya parti itu menolak hiburan yang melalaikan.
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=155681


-- BERNAMA



SERDANG: Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi kelihatan sayu ketika meluahkan pandangannya mengenai sikap negatif masyarakat terhadap penagih dadah dan keluarga mereka di majlis kempen antidadah anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Kejujuran Mawi menceritakan pengalaman dilaluinya pertama kali di khalayak ramai diikuti dengan penuh minat oleh kira-kira 2,000 penuntut dan kakitangan universiti itu.

Majlis anjuran pelajar kursus Strategi Perhubungan Awam Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dengan kerjasama Karyawan dan Maestro Talent & Management.

“Kepada remaja di luar sana, saya menyeru agar jauhi najis dadah kerana ia akan memusnahkan hidup dan keluarga anda.

“Bayangkan sekali kita pilih jalan salah, ibu bapa akan menanggung kekecewaan sepanjang hayat. Najis dadah sebenarnya merosakkan harapan dan memusnahkan impian bukan saja penagih itu sendiri tetapi juga ibu bapa mereka.

“Saya sendiri pernah melihat bagaimana ibu bapa dinista akibat anaknya bergelar penagih dadah.

“Bayangkan mereka sanggup mencemuh dengan berkata: ‘Mak bapa dia tidak pandai menjaga anak, sebab itulah anaknya jadi Mat Gian’,” katanya yang dijemput menjayakan kempen antidadah itu berdasarkan pembabitannya dalam program Belia Benci Dadah.

Dalam ceramahnya, Mawi menyatakan dia melihat sendiri kesan penagihan dadah yang dialami rakan sekolahnya.

“Dia terbaring di tengah jalan di perhentian bas Kulai kerana mengambil pil yang dipanggil abgon sehinggakan terpaksa dipapah untuk dibawa pulang.

“Saya pernah ditawarkan pil ini ketika menuntut di sekolah menengah selain melihat bagaimana saudara terdekat saya menemui maut akibat ketagihan najis dadah,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/BeritaUtama/20050929090534/

Article/indexm_html


Semalam aku keluar makan-makan tengahari bersama kawan-kawan di UPM. Seronok juga cuci mata time tengahari-tengahari nih. Hilang sedikit serabut XML, DTD dan segala makhluk 8 keturunan di lab underground. Tak sangka plak kami ketika ini adalah tarikh-tarikh penting pilihanraya kampus. Ternampak pulak di simpang gadis-gadis manis berderetan memakai t shirt serba merah. "Fuiyoooo !"-kata Hazly. Mereka mungkin penyokong aspirasi kot. Comel...comel. Ha ha ha

Teringat pulak aku zaman belajar di kampus. Masa-masa begini memang agak kritikal. Ingat lagi sewaktu tahun 3 di kolej. Waktu itu, hangat diperkatakan tentang terrorist. Sesiapa yang nampak berkopiah ke kelas atau menyimpan janggut-janggut sedikit, maka akan di cop sebagai - BAKAL DI ISA- kan. Macam biasa, waktu ini aku akan menjadi agen-agen geng-geng kopiah. Menyimpan barang-barang berbentuk x - files bila serbuan mungkin di buat. Mungkin aku kelihatan agak rockers dalam ramai-ramai ahli usrah, itu sebab aku menjadi tempat menyimpan barang-barang kawan-kawan. Ha ha Sebenarnya barang-barang tu bukan bole membunuh pun. Ianya cuma buku-buku ugama, buku usrah, akbar harakah, kaset ceramah ustaz-ustaz dan buku - buku doa. Opss, mungkin barang-barang ini bole membunuh periuk nasi sekumpulan professor-professor yang bakal mendapat tender dan projek.

Semalam juga diadakan ceramah Encik Mawi bin Ani. Terpampang mukanya di banner besar depan masjid UPM. Kami hanya mampu tergelak sesama sendiri bila melihat poster besar itu. Apa yang kami gelakkan adalah rahsia. Hua ha ha ha.

Aku tak berminat untuk menulis perihal Mawi selepas dia di 'spender' kan oleh Maxis, Astro dan akhbar-akhbar utama Malaysia semasa AF3. Tetapi, senario kampus UPM semalam membuatkan tangan aku gatal-gatal untuk menulis serba sedikit perihal Mawi dan dunia anak-anak muda Universiti. Mawi di khabarkan memberi ceramah tentang dadah jam 10 pagi semalam di UPM. Melihat petikan surat khabar Metro, Mawi berjaya menyampaikan sedikit ceritera kisah-kisah mat gian melayu dengan berkesan. Mawi bercerita tentang perihal pengalamannya. Dia tidak beretorik. Dia tidak membuai pendengar tentang impian-impian indah dan kosong atau fakta-fakta statistik penagih Malaysia secara terpeinci yang sekaligus membiolkan sesiapa yang mendengarnya. Cerita Mawi adalah cerita realiti. Cerita ringkas tentang betapa durjananya dadah yang membunuh anak-anak muda felda a.k.a melayu a.k.a islam hari demi hari. Maaf, aku tak bermaksud untuk mengketogorikan ceramah Mawi sebagai terbaik dan tepat. Tetapi terima kasih aku ucapkan kerana Mawi bercerita sedikit tentang senario kehidupan kasta rendah Melayu yang sebenarnya.

Senario pilihanraya kampus sejak sedekad yang lalu menampakkan matlamat yang agak kabur pada aku walaupun keadaannya panas kerana ada perebutan kerusi antara pelbagai pihak. Sepanjang pengalaman aku di kampus, samada pihak pro-kanan menang atau pihak pro-kiri menang, kemenangan itu hanya sekadar bilangan kerusi yang di miliki. Atau pun pihak mana paling ramai exconya. Matlamat untuk kemenangan yang di tulis bait-baitnya di atas kertas manifesto sekadar mencandukan pelajar-pelajar yang mendengar semasa rapat umum agar sewaktu hari mengundi, bilangan undi si empunya manifesto itu menjadi lebih tinggi. Pemimpin-pemimpin atau bakal-bakal pemimpin pelajar ini masih tenat dengan penyakit mat buku dan si skema. Mungkin sebab itu mereka-mereka ini mendapat pointer tinggi nak mampus setiap semester. Janji janji seperti membela kebajikan pelajar-pelajar kampus, memohon kemudahan sukan untuk pelajar atau memperbanyakkan pengangkutan ke asrama adalah candu-candu skema biasa yang di tabur untuk para pelajar. Tolong la, kebanyakkan pelajar hari ini mampu berkereta. Mampu berulang alik ke Mines. Tak percaya lihat di UPM. Tolong la jangan jadi skema.

Selain penyakit mat buku dan si skema, ada satu lagi penyakit yang melanda kepimpinan pelajar era baru ini iaitu penyakit mis-persepsi. Mungkin penyakit ini sudah lama. Biasanya, pengidap penyakit ini akan menganggap hanya dirinya sahaja atau ahli kumpulannya sahaja yang layak mendapat segala kebaikkan dan kemudahan. Atau hanya dirinya sahaja atau ahli kumpulannya sahaja yang layak masuk ke 'syurga'. Maka segala aktiviti, atau nasihat-menasihati, hanya berlegar-legar sekitar ahlinya sahaja. Golongan-golongan kaki longkang, kaki gitar, perokok tegar asrama, pelajar AF3 atau sesiapa sahaja yang tidak sekepala akan di biarkan begitu sahaja. Mungkin mereka adalah bakal ahli neraka. Dan penyakit ini lama kelamaan di lihat menjangkiti golongan-golongan kepimpinan kampus. Sebab itu, tiba sahaja waktu pilihanraya, kalau bole semua kerusi adalah milik golongan si polan bin si polan. Golongan yang bertentangan akan dilihat sebagai sampah dan busuk. Maka perebutan dan penyelewengan berlaku kerana penyakit ini telah berjangkit ke dalam jiwa kepimpinan pelajar. Ada yang sanggup guna pengundi hantu. Ada yang sanggup menipu undi. Ada yang sanggup memboikot. Ade yang sanggup bercampur gaul dengan parti-parti tertentu. Tiada langsung semangat perkongsian kuasa walaupun dari pihak kiri atau kanan.

Pada pendapat aku, pelajar-pelajar yang berangan-angan ingin menjadi pemimpin pelajar di kampus perlukan orientasi baru. Tidak perlu mengikuti kursus-kursus kepimpinan anjuran Biro Tatanegara. Cukuplah turun kebawah dan selami seni hidup golongan-golongan pelajar kasta rendah dan sederhana dikalangan para - para pelajar. Terjemahkan naluri mereka melalui tulisan-tulisan di journal-journal atau majalah kampus contohnya. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dapat memahami disiplin hidup orang di bawahnya dan membuang penyakit mis-persepsi terhadap pelajar-pelajar berkasta rendah seperti mat-mat rokok, mat tembok, kaki warung dan orang yang tinggal sembahyang dan mendidik mereka dengan ilmu kita supaya mereka menjadi orang yang lebih baik. Bakal-bakal pemimpin ini perlu belajar sesuatu dari kisah hikayat Nik Aziz dan Mawi. Di sebalik cercaan golongan-golongan 'ahli syurga' yang tinggi maqamnya terhadap anak-anak muda yang rosak yang busuk, tiba-tiba Nik Aziz merendahkan sedikit darjatnye sebagai Murshidul Am untuk menjemput Mawi menyanyi di Kelantan. Ops, bukan bermaksud Nik Aziz turut sama menyanyi atau Nik Aziz bakal menjadi pengetua AF4. Nik Aziz sedang mengajar kita bagaimana seni dakwah dalam kepimpinan iaitu menarik 'ahli-ahli neraka' ini, mendidik mereka dan melatih mereka supaya mereka boleh menarik 'ahli-ahli neraka' yang lain.

Kabinet pemimpin atau bakal pemimpin pelajar perlu sedar yang mereka bukan sahaja berdepan dengan isu kemudahan sukan dan kemudahan bas. Berhentilah dari beretorik di bilik bersama rakan-rakan sekuliah, atau berbincang berdegar-degar tentang si polan yang hangat bercouple sehingga naik bulu roma. Para pemimpin pelajar perlu membuka zip minda melihat senario sebenar drama kehidupan rakyat. Pada pendapat aku, pemimpin pelajar bukan sahaja bertanggungjawap terhadap pelajar dibawahnya, tetapi ia juga adalah wakil suara pihak ke 3 untuk membela nasib rakyat pelbagai kasta di sebuah negara bernama Malaysia. Benar kita ada akta dan berlapis-lapis peraturan untuk ditempuhi semasa di alam kampus yang membataskan suara kepemimpinan kampus. Tetapi apa guna kebijaksanaan otak dan pointer tinggi nak mampus jika tak tahu berstrategi. Nik Aziz menjemput Mawi ke Kelantan, dan orang tak beranggapan Mawi sebagai pengganas atau tali barut PAS. Ini kerana Mawi bijak mengeksploitasi keadaan dan bijak berstrategi agar pihak kerajaan dan pihak PAS berada dalam situasi menang-menang. Rasanya Mawi patut diterima masuk belajar di UPM.

Sepatutnya tiada gelaran pihak berhaluan kiri atau kanan di university. Jika pemimpin mahasiswa itu benar-benar mahasiswa dan bukan seekor lembu, maka dia wajib tahu tanggungjawapnya sebagai pemimpin dan sesekala perlu belajar dari orang-orang yang dipimpin.

Sketsa Nik Aziz dan si Mawi setidak-tidaknya membuatkan kira berfikir sesuatu. Ops, bukan berfikir bagaimana ingin memasuki AF4 !
Sketsa Nik Aziz dan si Mawi setidak-tidaknya mengetuk kita perihal drama masalah kehidupan sebenar masyarakat di luar. Sketsa Nik Aziz dan si Mawi membawa kita cerita tentang durjana dadah yang membunuh anak-anak muda detik demi detik. Sketsa Nik Aziz dan si Mawi juga membawa cerita bagaimana cantiknya seni dakwah orang-orang yang berilmu terhadap golongan-golongan tepi tembok. Dan yang pasti seni ini sangat-sangat berguna untuk dipelajari oleh golongan-golongan kepemimpinan pelajar.

El Tamated



Friday, September 16, 2005

Kepupusan

" Mengikut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bagi tempoh Januari dan Febuari 2005, jumlah penagih dadah yang ditangkap di Malaysia ialah 4,050 orang. Ini bermakna, purata 68 penagih telah dapat dikesan setiap hari. Daripada jumlah itu, 1,909 adalah penagih baru mengikut maklumat daripada NADI (Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan). Ini bermakna 32 penagih baru dikesan setiap hari. Angka ini amat membimbangkan kita.

Pecahan mengikut profil bangsa;

a. 1,122 ----- (64,4 %) ------- Melayu;
b. 179 --------(12.2 %) ------- Cina;
c. 132 --------(8.4 %) --------- India;
d. 357 --------(11.4 %) ------- pribumi Sabah;
e. 15 ----------(0.5 %) -------- pribumu Sarawak;
f. 103 ---------(3 %) ---------- lain-lain; dan
g. 1 ------------(0.02 %) ----- warga asing.

Mengikut jantina pula: 97.8 % adalah penagih lelaki dan hanya 2.2 % sahaja adalah penagih perempuan.

Penagihan mengikut umur pula ialah:

a. 13 hingga 15 tahun ----- 0.2 %
b. 16 hingga 17 tahun ----- 1.1 %
c. 18 hingga 19 tahun ----- 3.0 %
d. 20 hingga 24 tahun –-- 16.4 %;
e. 25 hingga 29 tahun ---- 21.0 %;
f. 30 hingga 34 tahun –-- 19.3 %;
g. 35 hingga 39 tahun –-- 15.3 %;
h. 40 hingga 44 tahun –-- 12.2 %;
i. 45 hingga 49 tahun ----- 7.4 %
j. 50 tahun keatas ---------- 4.0 %
NOTA : Remaja 13 hingga 18 tahun ----- 2.5 %
Belia 19 hingga 39 tahun ----- 73.9 %

Penagihan mengikut jenis pekerjaan:

a. Binaan ------------------------ 6.2 %
b. Jualan ----------------------- 11.3 %
c. Teknikal ---------------------- 6.5 %
d. Pengangkutan -------------- 7.5 %
e. Pengeluaran / kilang ------ 4.5 %
f. Perkhidmatan ------------- 12.9 %
g. Pertanian/Perikanan ------ 5.9 %
h. Buruh Am ------------------ 30.6 %
i. Penganggur --------------- 12,1 %

Penagihan mengikut kelulusan :

a. Sekolah Rendah ---- 18.1 %
b. SRP/LCE/PMR ------- 46.0 %
c. SPM/MCE/SPMV ---- 30.3 %
d. STP/HSC/STPM ------- 1.2 %
e. Diploma ------------------ 0.8 %
f. Ijazah --------------------- 0.2 %

Daripada statistik di atas, boleh disimpulkan bahawa penagihan DADAH berlaku kebanyakannya di kalangan mereka yang berumur di antara 20 hingga 49 tahun; lelaki yang berkelulusan sekolah rendah/SRP/SPM dan daripada semua jenis pekerjaan. Dengan kata lain, penagihan DADAH ini berlaku di kalangan PEKERJA. Tahukah tuan puan bahawa tempatkerjalah salah satu tempat yang paling selamat untuk menjalankan aktiviti penagihan DADAH ! Di samping itu, pekerja adalah kategori orang yang punya kemampuan untuk membeli DADAH. " - http://www.mohr.gov.my/makluman/dm100505.htm

".........Pelajar bumiputera berjaya menunjukkan kemampuannya apabila 22,557 orang atau 68.9 peratus layak memasuki IPTA pada tahun lalu yang sekali gus menyaksikan mereka melepasi kuota 55 peratus.
Hassan seterusnya memberitahu, penurunan dari segi peratusan bukan ukuran sebenar kemerosotan prestasi pelajar bumiputera dalam peperiksaan.

``Jika peratusannya kekal tetapi pencapaian dari segi mata pelajaran merosot, ia tidak bererti juga.
``Namun penurunan peratusan ini boleh dijadikan sebagai satu mesej kepada pelajar bumiputera supaya berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang,'' jelasnya.

Apa yang menarik, kata beliau, bilangan pelajar perempuan masih mengatasi lelaki apabila seramai 24,442 orang atau 66 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar, layak memasuki IPTA.

``Trend pelajar perempuan lebih ramai memasuki universiti daripada lelaki bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara maju seperti Jepun.
``Namun kita mahu pelajar lelaki mengambil perkara ini sebagai cabaran dengan menunjukkan semangat persaingan yang tinggi terhadap pelajar perempuan,'' jelasnya. " - http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


Semasa aku di kampung dulu, heboh tentang sebuah keluarga berdekatan yang berjaya bermenantukan anggota polis. Diceritakan tentang anggota polis ini yang sangat tegas semasa berkhidmat. Ketegasannya memang menjadi buah mulut tetangga-tetangga. Sehingga di ceritakan tentang samseng-samseng kampung yang kecut teloq bila si menantu ini mula bertugas di pekan. Semasa hari bersanding, aku terjengah-jengah dengan kawan-kawan untuk melihat si menantu ini naik pelamin.

Beberapa bulan selepas tu, kelibat si menantu polis ni dilihat tidak lagi beruniform. Diberitakan dia berhenti kerja menjadi polis dan bekerja di kilang papan pinggir kampung. Mungkin tak mahu berjauhan dengan keluarga mertua. Tak berapa bulan selepas itu, si menantu ini di laporkan di buru polis kerana.....menagih dadah. Sekarang, si menantu ini tidak lagi duduk di kampung. Dengar cerita dia pulang ke kampung asal. Apa barang isap dadah di Felda. Balik-balik curi getah sekerap, besi buruk, motor kebun pakcik-pakcik kat surau. Lobangg pun x banyak.

Malaysia ini amat bertuah kerana kurang terdedah dengan bencana alam yang besar. Jika negara jiran lintang pukang dengan gempa bumi dan banjir, kita di Malaysia boleh di kira selesa walaupun kantung poket semakin nipis di keruk oleh harga petrol yang menaik. Namun pada pendapat aku, ada satu bencana besar yang amatttt kurang di ambil perhatian oleh semua rakyat yang bakal membawa malapetaka sedikit masa lagi. Ianya bukan la penyakit denggi. Bukan juga wabak HIV kerana semua penagih dapat jarum free, bukan juga ribut katrina yang sedang lari-lari anak ke perairan negara dan bukan juga tanah bukit Charakah yang bakal runtuh akibat di gondolkan. Bencana besar yang aku maksudkan adalah, ancaman kepupusan kaum lelaki melayu di bumi Malaysia hari demi hari.

Sekarang semua orang tengah pening. Akibat dari kekurangan lelaki di university, maka anak-anak muda di kampung-kampung yang gagal akan di ambil untuk di latih di kolej-kolej komuniti. Kurang atau banyaknya sesuatu jantina di Malaysia bukan la satu persoalan. Cuma tertanya-tanya juga oleh sesetengah orang, mana pegi lelaki-lelaki melayu ?.

Aku melihat, ada semacam konspirasi atau perancangan untuk menghapuskan lelaki-lelaki melayu di Malaysia. Jika ada yang mengatakan berkurangnya lelaki melayu di Malaysia adalah suatu kebetulan, aku bantah 110 %. Semua benda di donia, punyai perancangan sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup. Andaikata aku lapar, aku mesti merancang sesuatu bagaimana perut ini harus di penuhi. Maka aku mesti check duit kat poket. Kalo xde duit, aku mesti merancang bagaimana untuk ke bank. Naik kete atau menapak sahaja. Begitu la seterusnya sehingga la aku duduk di kedai makan, memesan makanan, melahap dan balik kerumah setelah kenyang. Tapi andaikata semasa ke bank, aku tetiba diserang sakit jantung dan mati, aku tak anggap kejadian itu sebagai kebetulan. Pada aku, itu adalah takdir dan telah pun di rancang oleh Maha Perancang.

Tentang lelaki melayu di Malaysia, kepupusannya bukan lah disebabkan virus. Bukan juga serangan bom kimia. Pada pandangan aku, punca utama kepupusan lelaki melayu di Malaysia adalah dadah. Malaysia sejak azali lagi bukan lah pengeluar heroin, morphin atau daun ganja. Daun ketum mungkin, tapi sape la tergamak menagih daun ketum ?. Jika Malaysia bukan pengeluar dadah bagaimana pemuda-pemuda Melayu boleh menagih dadah sehingga bilangannya di tahap meruncing ?. Pelik juga jika difikirkan. Jika dadah adalah industri, walaupun illegal, statistik pelanggannya pasti bertaburan. Tetapi, ianya seolah-olah di monopoli oleh satu kaum sahaja sehingga mencapai lebih 60 %. Wow, melebihi pencapaian dasar 30 % DEB.

Pada aku, ada yang tak kena berkenaan pengedaran dadah dalam negara. Tapi tak baik jugak kalo main serkap jarang sahaja dalam hal ini. Tapi cuba fikirkan secara basis. Memang benar, negara kita bersempadan dengan Thailand. Dan di utara Thailand pula, ianya bersempadan dengan Golden Triangle meliputi sepadan Burma(Myanmar), Thailand dan Laos. Golden Triangle sahaja membekalkan 60 % heroin ke Amerika. Tentu sahaja bukan satu masalah untuk dadah ini di bawa ke Malaysia. Apa yang di rungsing kan adalah, kenapa dadah ini terlalu mudah menerobos dengan kadar yang begitu banyak ?. Aku kata banyak sebab, kalau di lihat statistik, semakin ramai anak-anak melayu menagih dadah setahun demi setahun. Kalau dadah yang menerobos masuk ke sepadan semakin kurang, maka bilangan penagih juga semakin kurang. Ok la mungkin dadah - dadah ini di seludup tanpa pengetahuan ranger-ranger, polis-polis atau kastam. Mereka yang menyeludup ini mungkin menggunakan ilmu magik sehingga pihak berkuasa terlepas pandang. Tetapi bagaimana mereka seludup dadah ini sehingga dadah ini boleh terjual ke seluruh ceruk felda ?. Tentu dadah ini di seludup dengan kadar yang banyak. Dan bagai mana mereka menyeludup dadah yang sebegini banyak sehingga bole diedar ke Felda Taib Andak ?......Felda Bukit Aping Barat juga. Adakah penyeludup ini menyorokkan bungkusan-bungkusan dadah di sebalik bontot ?. Atau menyimpannya di dalam perut ?. Atau mereka menyeludup dadah ini menggunakan jin melalui dimensi ke 3 ?. Takk mungkin. Mereka pasti menggunakan pengangkutan yang boleh membawa kadar seludupan dadah ini dengan banyak. Lori ?. Kapal laut ?. Dan, bagaimana kenderaan - kenderaan ini masuk ke dalam negara tanpa sekatan ?. Siapa yang menjaga sekatan di sepadan ?. Apa yang terjadi sehingga dadah ini di angkut berkilo-kilo masuk ke negara melalui pintu sempadan ?. Adakah kenderaan - kenderaan ini masuk ke Tanah Melayu dengan meredah belantara yang tebal ?. Mengikut firasat fikrah aku yang fresh ini, semuanya masuk ke sepadan melaui cara yang 'betul'. Mereka melalui jalan- jalan raya atau kapal - kapal laut sama seperti perdagangan barang-barang lain. Cuma, dadah - dadah yang banyak membunuh anak - anak melayu ini masuk dengan pertolongan 'tangan belakang'. Perlu diingat, perdagangan dadah adalah perdagangan yang paling menguntungkan. Sama seperti minyak, judi, rokok dan arak. Jarang kita mendengar toke-toke minyak, judi, rokok dan arak yang jatuh benkrap. Ini kerana permintaannya adalah setiap hari. Dan berlipat kali ganda tahun demi tahun. Begitu juga dadah. Melihat statistik, penagih semakin meningkat setiap tahun. Jika penagih meningkat setiap tahun, permintaan juga meningkat setiap tahun. Dengan demikian, pulangan modal dan keuntungan juga meningkat setiap tahun. Maka, kantung-kantung poket toke - toke dadah ini juga meningkat setiap tahun ?. Come on man !. Kira - kira ini tak memerlukan engkau orang atau engkau binatang untuk ke Monash University untuk mengambil bidang Pengurusan Perniagaan. Dan " tangan - tangan gelap " ini bukan la drug dealler yang selalu lepak-lepak di Lorong Telawi menjual ayam - ayam hidup. Tangan - tangan gelap ini sama seperti toke-toke judi atau minyak, memiliki tanah berekar-ekar, lot-lot perniagaan yang halal di Malaysia, saham - saham, rumah besar dan simpanan berjuta-juta dollar dan kehidupan yang sangat luxury. Mereka ada hubungan dengan ahli politik ?. jeng..jeng..jeng...Aku tak nak kaitkan perkara ini dengan dunia politik, cuma kita bole andaikan kenapa cerita dadah tak habis-habis walaupun menteri yang memegang portfolio kementerian berkenaan dadah senantiasa bersilih ganti ?. Fikir - fikir kan lah. (Ada gaya Farit Ismet ?)

Ok, kita bicara semula tentang kepupusan lelaki-lelaki melayu di Malaysia. Perniagaan dadah ini tak jauh beza dengan lain - lain perniagaan. Dunia kapitalis memang begitu. Prinsipnya mudah. Ada barang dan ada permintaan, maka akan terlangsung lah perniagaan. Seperti juga bisness dadah, bisness ini terlangsung dengan jayanya jika adanya permintaan (pelanggan). Aku tak tahu sangat konsep perniagaan moden. Tetapi, bak kata Donald Trump, dalam perniagaan, yang paling penting adalah golongan sasar. Kata lah aku nak jual syampoo, golongan sasar aku tentulah anak anak muda yang pentingkan penjagaan rambut. Atau anak - anak gadis yang selalu sangat bercakap soal teknik rebonding. Takkan aku nak jual kat budak - budak skin head. Atau pun, bodo benor le aku kalo jual syampoo kat pakcik - pakcik yang sudah beruban penuh. Begitu juga dadah. Dalam pasaran dadah di Malaysia, golongan yang paling mudah untuk di pancing adalah anak anak melayu dari kasta keluarga yang sederhana. Contohnya anak-anak Felda. Kenapa yek ?. Kita lihat balik statistik. Majoriti penagih adalah pekerja - pekerja pembinaan, perladangan, perikanan, perkhidmatan dan selebihnya penganggur. Dari statistik itu, kita bole perah otak sedikit untuk menilai latar belakang pendidikan mereka. Tak mungkin pekerja-pekerja buruh, ladang atau perikanan ini mempunyai degree di IPTA. Dan kelulusan paling maxima sebagai penagih cuma LCE/SRP/PMR. Penagih yang memegang SPM di kira mempunyai darjat yang lebih tinggi. Dalam hal ini, aku suka membuat penilaian yang sedikit analitik. Jika mereka tidak mempunyai backgroud pendidikan yang baik, mentaliti mereka tidak lah berkembang mana. Melainkan jika mereka memiliki pendidkan agama tak formal yang kukuh, mungkin sedikit bernasib baik kerana agama itu sendiri pelindung dari kerosakkan. Apabila pendidikan mereka tidak kukuh, maka daya fikrah dan rasional diri adalah sangat rendah. Itu sebab kita selalu lihat, kebanyakkan mereka yang berpendidikan kurang, mudah melakukan jenayah. Pendidikan yang kurang bukanlah disebab kan oleh kehendak ibu bapa mereka yang jumud yang tak mahu hantar anak ke sekolah, tetapi disebabkan kasta kehidupan yang terhimpit dengan kesusahan dan kemiskinan. Dan keadaan sebegini sebenarnye yang sangat-sangat di sukai oleh peniaga-peniaga dadah. Golongan yang mudah di kencing, jaguh kampung dan tidak memiliki asas pendidikan yang kukuh adalah golongan-golongan sasar yang utama. Tidak hairan jika penagih-penagih kebanyakkan berasal dari kampung dan Felda kerana persekitaran yang tidak dinamik di samping sumber maklumat yang amat kurang. Mungkin ini sebabnya masih wujud kampung - kampung dan orang - orang miskin di Malaysia. Dengan adanya kampung - kampung dan orang miskin, maka putaran perniagaan dadah akan terus berlaku dan permintaan akan terus ada. Adakah kemiskinan di Malaysia adalah sesuatu yang di sengajakan ?. Ingat, dalam dunia kapitalis, apa- apa sahaja yang mendatangkan modal pasti akan terus hidup. Pengemis - pengemis terus hidup di kota-kota kerana ianya mendatangkan keuntungan kepada 'tuannya'. Pelacur-pelacur terus hidup di Bangsar, lorong Hj Taib atau Telawi kerana ianya mendatangakan keuntungan kepada ayah-ayah ayam.

Sekarang, dadah mula menjalar di kota-kota. Anak-anak hartawan juga dah pandai isap dadah. Budak-budak U dah pandai layan high. Kesimpulannya mudah. Dadah hari ini adalah perniagaan dan sekarang kita bukan lagi pengimport dadah tetapi pengeluar. Ops, kita masih lagi tiada ladang-ladang ganja. Kita masih lagi tiada pokok popi. Tetapi toke-toke ini semakin bijak. Mereka bina kilang-kilang memproses ice, morphin atau marijuana. Citer banyak pun tak guna. Macamana mereka boleh bina kilang dadah ?. Hahaha. Ada duit semua bole beli brader. Sape ko nak beli ?. Orang dalam? Orang luar ?. Semua bole beli...Huhuhu. Entah la.

Jika dibiarkan, maka malapetaka besar bakal melanggar Malaysia. Iaitu kepupusan lelaki. Maksud aku LELAKI. Bukan 'lelaki'. Sekian

Wednesday, September 07, 2005

Mellekaa !..Mellekaaa !..Mellekaa !

Aku ada terima respon email dari pelawat blog berkenaan entry Melleka aku. Terima kasih atas kiriman. Seperti yang di janjikan, aku akan paparkan tulisan saudara kita. Eh, saudara ke saudari ?. Ntah la...hehe



From: lurfas_rul lurfas
To: roimepuniran@gmail.com
Date: Sep 7, 2005 10:51 AM
Subject: Merdeka bukan Mellekaa !..Mellekaaa !..Mellekaa !
Reply | Reply to all | Forward | Print | Add sender to Contacts list | Trash this message | Report phishing | Show original

iya ramai melleka dari merdeka:-
Kesan dari kerakusan Britih dan bangsa Eropah yang lain dan juga pedangan dari cina & india, kini bangsa melayu telah dipecah menjadi bangsa yang sangat lemah....alam nusantara (melayu) dahulunya berlingar dari Petani diutara, Pulau Sumatera dibarat, timurnya Kepulauan borneo, mindanao dan selatanyanya pula timur -timur , australia& new zealand. akhirnya kita dipecah-pecahkan menjadi negeri yang sekecil-kecilnya........
kasihan Melayu Mellekaaa....


Sunday, September 04, 2005

Katrina ?. Macam nama sepupu aku..

Aku cukup minat akan hal-hal yang melibatkan misteri dan konspirasi. Zaman sekolah menengah dulu, aku cukup gila ngan citer X-Files. Komik Detective Conan kat umah plak kalo aku jual balik, sure bole beli kasut adidas PS baru !. Mungkin sebab tu aku gemar membaca tentang line-line dark side seperti Gerakkan Illuminati, Rotari Club, Freemason. Aku tak hafal banyak tentang data-data menatang nih. Tapi sedikit sebanyak aku faham tujuan dan matlamat gerakkan-gerakkan ini...Aku sedari, otak aku yang di pinjamkan Allah ini bukanlah jenis selari atau malar. Sejak sekolah dulu, aku suka membuat penilaian tentang senario zaman ini berdasarkan analitik thingking aku sendirik. Ops, aku bukan jenis suka menolak pendapat orang lain. Aku cuma lebih fanatik kepada pendapat aku sendirik. Sebab itu sewaktu gerakkan reformasi dulu, habis web-web independen aku geledah. Pernah waktu sekolah dulu aku berkeras yang perang dunia 1 dan 2 hanyalah cereka yang telah di tulis scriptnya oleh kabal-kabal yahudi untuk mewujudkan Israel di bumi Palestin. Aku takde rujukan mana-mana sumber rasmi waktu itu. Kat Felda manalah ada library. Jauh sekali kedai buku. Pendapat ini cuma berdasarkan gambaran dokumentari-dokumentari bersiri di TV sahaja. Begitu juga kes ayah pin. Aku tak tahu kenapa sejak dari awal lagi aku menolak dakwaan bahawa ayah pin melarikan diri. Pada aku, ayah pin bukan melarikan diri. Polis-polis tak perlu susah-susah jaga sempadan. Ketua-ketua kampung tak perlu susah-susah jaga kampung malam-malam kalau-kalau ayah pin masuk kampung. Ayah Pin pada aku telah lama meninggal dunia. Tak percaya tanya ninja-ninja yang menyerang perkampungan ayah pin itu. Sapa ninja-ninja tu ?. hi hi hi. Sendrik mahu ingat. Finish !. End !.

Baru minggu lepas New Orleans di landa ribut. Kata si Ungerr trainer aku, New Orleans ni memang kawasan rendah. Kedudukannya memang di bawah paras laut. Sebab tu jangan pelik kalo banjir yang berlaku telah meneggelamkan 80 persen kawan negeri itu. Tapi ribut yang melanda bukan lah satu persoalan. Persoalan sebenar adalah, apakah katrina itu membuatkan Bush kalut ?.

Kalo kita teliti, peperangan di Iraq bukanlah disebabkan Iraq memiliki Weapon Of Mass Destruction (WMD). Walaupun dulu diuar-uarkan Iraq memiliki WMD, tetapi sebaik sahaja bala tentera navy Amerika menjejakkan kaki ke Banghdad, seketul haram WMD pun tak jumpa. Bukan kata peluru nulear, kepala peluru nuklear bahkan bayang-bayang kepala peluru nuklear pun maseh tak jumpa. Jika kita masih mengaku yang kita ni manusia normal, penjarahan ke atas Iraq adalah semata-mata kerana minyak. Manusia-manusia yang tak normal sahaja atau spesis-spesis beruk, mentibang atau babi sahaja yang berhak berkata penjajahan keatas Iraq adalah di sebabkan oleh WMD.

Oil is seldom mentioned for the reason why the U.S. invaded Iraq, but it may be one of many reasons. Some governments and people questioned U.S. intentions, but others say that Bush is just looking out for the future of the country. Some Bush Administration officials, such Vice President Cheney, have had extensive connections to the oil industry. During the Clinton Administration, Donald Rumsfeld, Paul Wolfowitz, Richard Perle and other current Bush Administration officials joined together in the Project for a New American Century, which advocated "regime change" in Iraq and other countries. A 1998 letter by Project members stated that “we should establish and maintain a strong US military presence in the region, and be prepared to use that force to protect our vital interests in the Gulf—and, if necessary, to help remove Saddam from power.” - Graham Phillips, Part of Iraq & Our Energy Future, by students of Geography 378 (International Environmental Problems & Policy) at the University of Wisconsin-Eau Claire, USA, Spring 2003.

Kemusnahan New Orlean bukanlah sesuatu yang di jangka. Ribut taufan yang melanda New Orlean adalah ketentuan Allah. Benarlah bahawa sebesar-besar perancangan manusia, perancangan Allah jua yang maha besar. Kemusnahan New Orlean walaupun telah di duga, tetapi ianya adalah diluar jangkaan. Cuba bayangkan bagaimana hebatnya ribut katrina itu sehingga pelantar minyak di tengan laut bole terpelanting sehingga terselit di highway tengah bandar.

Ribut Katrina telah memaksa white house mengeluarkan simpanan minyak bagi menampung keperluan tenaga dan menghalang harga minyak yang melambung.


The Bush administration will release oil from federal petroleum reserves to help refiners affected by Hurricane Katrina, Energy Secretary Samuel Bodman said Wednesday. The move, which was expected later in the day, is designed to give refineries a temporary supply of crude oil to take the place of interrupted shipments from tankers or offshore oil platforms affected by the storm. The U.S. Minerals Management Service said Tuesday that 95 percent of the Gulf of Mexico's oil output was out of service. Oil prices surged back above $70 in European markets on Wednesday but slipped quickly to $69.56 after disclosure of the decision involving the release of supplies from the Strategic Petroleum Reserve. Eight refineries were shut down because of Katrina - half of them producing gasoline.
-
http://www.nola.com/newslogs/breakingtp/index.ssf?/mtlogs/nola_Times-Picayune/archives/2005_08_31.html

Di rantau Teluk, tentera-tentera mereka masih terkial-kial untuk mengakhiri perang di Iraq. Setiap hari, ada sahaja tentera mereka yang terbunuh. Sehingga hari ini, aku tak dengar lagi angka rasmi kematian sojar-sojar Amerika di bumi Iraq. Mungkin kalo di laporkan, terkencing-kencing la petani-petani di Nevada. Tetapi data-data itu bukan sesuatu tanda yang penting. Aku tak mahu terlalu menekankan data-data semua ini
. Tak perlu susah-susah hafal berapa ramai soldadu mereka di Iraq. Tak perlu susah-susah hafal berapa ramai yang mati di New Orleans. Data-data ini, bole di google di Internet. Berjuta-juta link bole memberi petunjuk apa yang di mahukan. Aku lebih suka untuk meneliti apa yang akan di rancangkan mereka selepas ini. Setidak-tidaknya kita dapat belajar selok-belok kapitalisme dan hebahkan kepada kawan-kawan kita semasa mabuk-mabuk di kedai mamak. Asyik borak pasal AP jek, pasni bolelah borak pasal kabal white house plak. Ops, aku bukan mengembangkan teori ramalan atau membuka tutorial menjadi bomoh. Aku cuma mahu mengajak rakan-rakan dan peminat ku untuk sama-sama berfikir dan mengambil iktibar strategi orang-orang yang banyak muslihat seperti Bush dan kabal-kabalnya.

Perlu kita ingat, tamadun yang kita diami ini adalah tamadun minyak. Apa sahaja yang kita pakai, makan atau nikmati, semuanya ada kaitan dengan minyak. Ajaran kapitalis yang di anuti kebanyaakn manusia hari ini adalah bersandarkan kepada keperluan minyak. Pertukaran matawang, palaburan industri, pembinaan bangunan, mahu tidak mahu, ianya adalah berorientasikan minyak.

Dan sehingga kini, samada kita sedar atau tidak, satu-per-satu plan-plan mega para elit kapitalis mula runtuh. Pertamanya, keuntungan yang di jana kepala - kepala industri petrol bakan runtuh jika kita amati julat pengeluaran minyak dunia dan senario harga minyak.

Dr. Hubbert (in response to remarks by David Nissen - Exxon): "... [T]here is a different and more fundamental cost that is independent of the monetary price. That is the energy cost of exploration and production. So long as oil is used as a source of energy, when the energy cost of recovering a barrel of oil becomes greater than the energy content of the oil, production will cease no matter what the monetary price may be." [referenced by Ivanhoe, 1982] - http://www.hubbertpeak.com/hubbert/

Jika teori Hubbert ini di ambil kira, sekarang ini kuasa-kuasa industri bermati-matian mengeruk saki baki minyak di dalam perut bumi. Pakcik Shaari kadi Felda Aping Barat tak perlu ambil Phd untuk memahami betapa pentingnya timur tengah bagi elit-elit kapitalis yang di naungi rumah putih. Tidak usah pelik jika di wajah manis Bush langsung tidak timbul rasa sedih dan terkujat tentang kebuluran warga negro New Orleans yang terperangkap. Warga New Orleans juga, atau rappest Kanye West tak perlu marah-marah terhadap Bush kerana meminggirkan mangsa Katrina. Memarahi dasar Bush sama juga seperti memarahi seekor biawak yang berak merata-rata. Desakkan untuk menakluk telaga-telaga timur tengah adalah keutamaan yang paling mulia dari nyawa-nyawa negro New Orleans. Kemusnahan logi-logi minyak di lautan new orleans mempercepatkan lagi keruntuhan empayar elit kapitalis.

Menurut perancangan kabal yahudi, telaga-telaga Iraq, Iran dan Syiria perlu di takluki. Selepas Afganistan di ratakan dengan mudah dan penganut-penganut Al - Qaeda di halau ke bukit Tora Bora, mereka menjangka perkara yang sama akan berlaku keatas Iraq. Memang benar, tak sampai seminggu, tentera navy Amerika berjaya memasuki Baghdad tanpa tentangan tentera elit Saddam Fayadeen. Tetapi mereka silap. Atau sengaja buat silap ?. Mereka tidak menyedari ada Kuasa lagi besar dari mereka yang berkehendakkan agar agamaNya di pelihara. Oleh itu, lahirlah pejuang-pejuang gerila Sunni di merata Iraq yang sanggup mati Syahid. Dan pejuang ini semakin hari semakin memberi kesukaran. Sehingga hari ini, gerila-gerila ini semakin terlatih dan tersusun. Dan hari demi hari, beg-beg hitam berisi mayat terpaksa diterbangkan ke pengkalan di Jerman. Tindakkan Amerika menghantar anak muda ke Iraq adalah seperti menghantar mereka ke neraka secara borong dan percuma. Ianya gagal !.

Belum pun Iraq berjaya di kuasai, script seterusnya di lakonkan untuk meraih sokongan Eropah dan kuasa besar.Drama pengeboman London di mainkan. Iran dituduh memiliki plan pembangunan senjata nuklear. Syiria di tekan kononya terlibat sama dengan aktiviti melahirkan warga-warga terrorist. Tak perlu kita cerita banyak. Konspirasi ini di jalankan semata-mata untuk menakluki telaga-telaga minyak Timur Tengah.

Aku optimis terhadap kesukaran penaklukan elit kapitalis dan kabinet-kabinet Zionis terhadap Timur tengah. Dan aku juga optimis yang tamadun minyak ini bakal runtuh jua. Katrina menampakkan pentadbiran Bush semakin kalut. Seolah-olah tangga yang di paku menghempap dirinya sendiri satu per satu. Seperti orang normal yang kalut, apa yang dibikin serba tak menjadi. Harga minyak yang melambung, inflasi yang meningkat, bencana alam, akan menyebabkan berlakunya penggangguran yang besar. Ekonomi kapitalis yang bersandarkan harga buruh dan permintaan pasaran pasti akan menjunam. Pengeluaran minyak yang tidak mampu menyaingi permintaan akan menyebabkan harga komoditi itu menjadi tidak normal. Harga minyak akan melambung dan kuasa beli yang kurang akibat tiada peluang pekerjaan akan mengakibatkan krisis ekonomi yang parah. Kita teliti sejarah awal kemodenan tamadun kapitalis. Apabila berlaku kemerosotan ekonomi pata awal 1920-an, elit-elit kapitalis melakarkan perang dunia pertama agar berlaku urusniaga komoditi yang paling menguntungkan iaitu minyak dan senjata. Mungkin realitinya, hari ini tidak sama dengan 1920-an. Sekarang pemikiran manusia telah terbuka. Border perkauman semakin menipis dan manusia sering bertukar-tukar maklumat dengan berkembangnya teknologi telekomunikasi dan internet. Jika kita amati dan selidiki fakta-fakta berkaitan minyak dunia, jika meletus kembali pertentangan besar, ianya bukan lah disebabkan oleh elit-elit kapitalis mahu mengaut keuntungan pembelian senjata dan minyak, tetapi ia lebih kepada perebutan untuk memonopoli saki baki minyak yang menghuni perut bumi.

Katrina cuma taufan perinkat ke 5. Dan aku yakin itu adalah petanda dari empunyaNya supaya kita semua beringat. Ingat, di bumi Amerika masih lagi tersimpan supervolcano di Yellowstone. Jika kita google, supervolcano ini telah mengalami delayed untuk masa letusannya. Ini bermakna ianya cukup matang untuk meletup, tetapi di 'delay' kan. Putaran bumi dan perjalanan hayat makhluk, adalah hak yang Maha Esa.

Cuma kena pastikan, kita berada di barisan yang benar !. Tamat