Ads

Monday, May 30, 2005

Patent yang membunuh

Patent dan teknologi memang tak dapat di pisahkan. Ada sebab mengapa inovasi selalu di patentkan. Pertama adalah ego dan ke dua adalah keuntungan. Ego bukan bermaksud ego yang jahat, bukan juga bermaksud ego seorang hero dalam filem cintan maut. Ego yang aku maksudkan adalah cara seseorang untuk mengiktiraf hasil kerjanya sendiri agar dilihat sangat bernilai. Ego juga adalah penghormatan terhadap diri sendiri dan memelihara hak peribadi agar tidak diambil atau ditiru oleh orang lain. Patent juga dilihat sebagai satu kaedah mengaut keuntungan terhadap diri sendiri.

"Kalau la aku dapat bina satu teori mudah bagaimana menghantar manusia ke angkasa hanya melalui ruang, sudah pasti aku akan patentkan penemuan tersebut. "

Minggu lepas aku ade join satu forum hangat giler, khusus isu tentang Nocat dan Chillispot. Nocat dan Chillispot adalah dua server freesource gateway/authentication untuk komuniti wireless seperti hotspot (WiFi - 802.11). Freesource bermakna ianya adalah free untuk kita mengubah kod sumber, menambah fungsi ikut suka hati abah kita, menyertai team developer untuk process upgrade dengan menyumbang kod sumber atau flow function, tanpa lesen, tanpa kos, maintainence sendiri tanggung dan berkongsi sumber dengan developer. Bila free, for sure banyak error yang perlu di perbetulkan dan risiko security adalah tanggungjawap kita sendirik. Tapi itu bukan masalah. Jika kita berani untuk menggunapakai, kita mesti berani menanggung risiko. Sebab tu applikasi sumber terbuka mengutamakan komuniti komuniti yang mempunya orang-orang teknikal yang solid kemahirannya, dan orang yang sanggup terima risiko.
Tetapi ade satu dua kompeni yang tamak giler dan bodoh. ( Baca 1 Baca 2) Mereka nih bole aku gelarkan sebagai rejim yang menyalah gunakan pengertian Patent. Hanye kerana alasan security dan tak stabil, mereka mengambil pendekatan mempatentkan aplikasi wireless gateway/authentication server berasaskan web. Ini bermakna mereka akan mendevelop aplikasi yang sama seperti nocat atau chillispot dan mempatentkan menggunakan nama syarikat mereka. Ini juga bermaksud, mereka akan membunuh kominiti wireless yang menggunakan sumber free seperti nocat/chillispot dan komunity yang menggunapakai nocat/chillispot akan terpaksa membayar royalti kepada mereka. Sungguh gampang tindakkan mereka.
Kita xda cara lain untuk menghalang mereka. Mereka telah merencatkan kreativiti kita sebagai pengikut fahaman freesource.
Dan cara paling ideal adalah memboikot. Ini cara orang baik. Cara orang jahat seperti aku pula adalah :

1. Gunakan sahaja freesource application walau telah di patent.
2. Tetap beli software mereka tetapi dalam versi cetak rompak.
3. Buat sendirik applikasi seperti mereka punya tapi lepas tu kita 'freesource' kan

ps : Guna la Linux Distro. dan Winetool, untuk menentang kapitalis teknologi.

Friday, May 27, 2005

Suka Duka

Minggu ni penuh kejadian suka duka dalam diari hari-hari aku. AC Milan merentap jiwa aku dengan cerita duka. Cerita duka AC Milan adalah cerita duka yang paling sukar dipercayai. Orang putih kata 'Umbelieveble'. Manakala Mak Jenah Sungai Merab pula kata 'Ambilebebel'. Hari tu harikhamis, aku gagahkan jiwa bangun pagi jam 2.00 pagi. Cuma berbekalkan masa tido 1 jam lebih aku bangun jugak. Bukak tv. Belum pun seminit berlalu, mata pun tak hilang kelat, Maldini menjaringkan gol. Gila ah. Nak je aku tanggalkan seluar tanda gembira. Selepas tu Crespo plak menjaringkan 2 bijik sekali gus. Gol ke 3 mmg cantik. Aku yakin AC Milan juara malam tu. Sesambil tu aku makan aiskrim dari peti ais untuk menambahkan derita Liverpool. "Diorang derita ke dengan aiskrim ko ?"
Separuh masa kedua lain plak jadinya. Liverpool.....Liverpool......siot la team nih....err..err...hiskk...hisk...(kami terpaksa memberhentikan cerita bola ini akibat sebak yang keterlaluan. Untuk cerita lanjut tentang Final UEFA League sila baca paper. Harap maklum - Cik Rohani kedai apam.)

Image hosted by Photobucket.com
Nama abang nih Hernan Crespo.

Drama antara aku dan testbed-design - Penuh adegan tandas dan skandal

Aku kena habiskan design ni ari nih. Lagi pun aku dah siapkan prototype chillispot sampai coverage dia tersesat ke unit Najip. Punya le power !. Di sini aku ceritakan liku-liku hidup aku yang terpakse di lalui untuk menyiapkan sekeping basic test-bed untuk di present kepada Encik Wan. (Watak terpaksa di tukar untuk mengelakkan diri daripada Along - Makcik Ruby Kedai Runcit)

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 10.05 pagi
Sebenornye aku dah sampai opis kol 9.00. Tapi satu jam terpaksa di cilok untuk pergi sarapan, membuat regangan badan agar lebih sihat, baca paper, bukak email dan macam-macam lagi la. Nampaknye design asas akan dimulakan. Sebiji PC telah di lukis cantik oleh GAIM Linux. ha ha. Aku nak lukih lawa camtu ?. Jgn mimpi la.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 10.10 pagi
Kerajinan meningkat 20 %. Aku berjaya meletakkan icon bulat-bulat. Ape ntah nama icon tuh. Samad ke Taib ntah ape nama dia. Aku bubuh jek. Sambil-sambil hirup air kotak.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 10.15 pagi
Hmm. Chat le kejap dengan Nifazu nih. Saje nak cari mood. Pepagi ni elok berbicara tentang plan sepanjang hari. Kot-kot dapat idea.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 10.28 pagi
Hukaloh. Ramai le plak chatter2 sewel menyerbu yang nak berchat dengan aku. Sewel aku di buatnye. Maklum le, kawan-kawan sekampus, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan se asrama. Ade yang bagitahu tarikh kawin, ade yang jemput datang kenduri sunat budak, ade yang saje nak ajak lawan mencarut, ade yang nak meluahkan perasaan, macam-macam le. Naik sewel aku. Kalo di layan sampai petang kang.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 10.46 pagi
Ok stop. Sambung balik buat keje. Fokus. Fokus. Mesti jadi pekerja berdedikasi. Anasir-anasir jahat perlu di hapuskan. Hiarghh !.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 11.35 pagi
Kadar metabolisma semakin tinggi. Kuasa kelajuan kerajinan meningkat sehingga 1800 HP (Horse Power). Semakin banyak PC yang dah di lukis. Gambar bulat-bulat jugak semakin banyak. Semangatnye !. Hari-hari camni kan bagus !. Sure anak toke kete Simpang Renggam suka. Maklumla, abah dia pun x rajin camni.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 11.45 pagi
Adeih. Tengah banyak mood tetiba abang perut plak meminta untuk di belai. Hampeh !. Pakcik jual pau punya pasal la ni. Terpaksa la aku memecut deras ke tandas bagi menikmati Aroma Bali. Huuuuh. Potong stim betul. (Alet message yang keluar seperti di atas bermakna aku xde kat depan PC. Harap maklum.)

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 11.55 pagi
Huh, leganye. Lega gila la !. Layan lagu jap. Lagu ape nak bukak ?. Lagu P. Ramlee ?. Inul ?. Jap aku carik. Lagu Negaraku ade tak ?

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 12.00 tengahari
Ok. Lagu pun dah pasang. Air pun dah buat. Perut pun dah lena selepas di belai (he he he), maka dengan ini aku ishtiharkan cuti umum. Gurau jek. Aku sambung balik lukisan abstrak aku yang tergendala. Sampai mana tadi ?. Benda bulat-bulat aku dah buat lom ?.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 12.15 tengahari
Chat dengan "adik" jap. Hihi. Stendet la, time-time cam ni musti cari modal untuk mengembalikan mood. Maklum le, tengah lapar.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 12.30 tengahari
Pi semayang Jumaat. Terpaksa tinggalkan keje dan segala perkara-perkara lagho buat sementara waktu. Bole la lepak-lepak kedai makan, sebelum semayang Jumaat.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 2.00 petang
Chat lagiiiii !. Heh, tapi kali ni bukan chatting yang wasted. Sessi chat ini dikenali 'Technical Chat'. Chatter yang biasa di hubungi kebanyakkan berada di obersea seperti di Sri Lanka, Cuba, Canada, Russia, Sepadan Mogadishu dan kawasan haram Kepulauan Nikaragua.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 3.00 petang
Semi-Final touch. Setelah beberapa rintangan kritikal terpakse di tempuhi. huh, sikit lagi. Mood pada kondisi menyelerakan. Jom makan. Stopp !. Fokus, fokus. Dah nak sampai ke garisan penamat nih.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 4.15 petang
Aik ?. Statik jek ?. Patut la. Aku merayap rupenye. Jalan - jalan sat. Mengintai amoi prektikel unit sebelah tengah wat aper. ha ha.

Image hosted by Photobucket.com

Jam : 4.30 petang
Huih, tak abis lagi aku mengintai ?

Image hosted by Photobucket.com

Yeahh !. Final touch. Siap akhirnye. Siap sebelum masa sebenar opis hour. Jom mabuk2 !

ps : Perasan tak ade silap kat design tu ?. Sape blaja network mesti tahu. Manade design kat alam ni Local Network straight ke External Network. Huahaha. Kena betulkan balik. Hampeh !

Monday, May 23, 2005

Pengaruh Drama Latin

Image hosted by Photobucket.com

Perasan tak kat T.V sekarang nih berlambak2 cerita-cerita Tele drama melayu, samada Samarendah, Rantaian Emas, Mahligai gading, tele-drama Filipina, tele-drama indon, tele-drama tamil, thailand, siam dan sebagainya. Fenomena tele-drama nih dah lama berlaku. Tak silap aku dulu kita ada tele-drama Opah, tak ketinggalan sebuah tele-drama omputih ala-ala 18 sx yang rancak di tayangkan di tv 5 singapore. Dulu masa aku sekolah menengah sakan le aku tengok citer nih tetengah malam, kebetulan tv 5 Singapore memang on 24 jam. ha ha ha. Rugila sape dok KL masa tuh. Astro pun xde lagi.
Dan kedatangan tele-drama Latin seperti UL So Padora, The Gardener's Daughter, La Introsa dan sebagainya yang dikenali dengan nama telenovela merubah wajah tele-drama tempatan mahu pun Asia secara 360 darjah. Aku tak hairan kenapa telenovela tempatan selalu bercerita tentang kekayaan, perniagaan, gosip, percintaan, perebutan kuasa, konflik orang kaya-kaya, sebab semua ini adalah rentetan pengaruh Telenovela Latin. Dengar sahaja drama latin sudah tergambar di fikiran aku bagaimana bentuk ceritanye, tentunya tentang hubungan sedara-mara yang berkisar tentang perniagaan seberang laut, percintaan terhalang si gadis sebab si bapa telah berjanji kepada bisness partner untuk menjadi besan, cemburunya si adik sebab si kakak mendapat boyfren hensem gila yang kebetulan anak kepada musuh perniagaan bapanya. Dari segi props pula terbayang akan aku sebuah rumah dengan ladang gandum 1000 hektar, kuda, ladang epal, tasik di hadapan rumah, kereta Mercedess Class 8. Berbicara tentang pelakon, sure pelakon tu mempunyai bentuk badan Nasha Aziz 45-35-40, skirt pendek sampai pangkal peha, kaki putih gila, hidung mancung, tinggi manakala si jejaka tentu sekali tidak boroi, kemas, smart dan pandai guna pistol. ha ha.
Dan ini nampaknye mempengaruhi 100 % pengarah-pengarah tempatan agar mengolah idea (sebenarnye bukan idea, tetapi sampah semata) membuat cerita-cerita ala Latin. Kenapa mempengaruhi ?. Camna bole terpengaruh ?.Adakah mereka isap dadah ?. Adakah pengarah-pengarah drama Malaysia tak de idea ?. Atau memang keturunan suka ikut bontot orang dan memperbodoh masyarakat sendiri ?.
Pada aku, drama melayu ala-ala orang kaya adalah olahan pengarah malas. Mengolah cerita tentang fantasi konflik orang kaya adalah short cut untuk mencari untung dan menembusi pasaran drama asia. Kebanjiran telenovela latin ke pasaran asia terutamanya Indonesia (memang klaka dengo suara orang latin dialihsuara kepada bahasa Indonesia), mempengaruhi pembikin drama di sana. Dengan demikian, teledrama-teledrama Indonesia (dan Filipino, Thailand) dengan serta-merta berubah wajah 100 persen mengambil setiap ruang dan ciri-ciri dari telenovela. Bercirikan gaya Latin, berkot, perniagaan, ladang, disco, cemburu, merebut perempuan, dendam, pistol, curang adalah ciri-ciri baru teledrama Indonesia (dan Filipino, Thailand). Lama kelamaan, ianye menjadi satu kegilaan, atau seperti cendawan lepas hujan atau fenomena. Seperti rock kapak membanjiri Nusantara dulu kala, seperti itu juga Telenovela Latin memfenomenakan budaya kaya-raya dalam drama-drama tv.
Dan ianya tidak berhenti setakat itu. Bila mana, pengusaha-pengusaha teledrama di Indonesia (dan Filipino, Thailand) mula meluaskan keuntungan, maka di carinya pasaran. Dan pasaran paling terbuka adalah Malaysia. Sebab di Malaysia di huni oleh ramai orang-orang dungu. Ramai orang-orang Malaysia lebih suka menganga dan menadah "kencing" orang-orang asing tanpa berfikir secara kritis dan menilai. Mereka sukar menembusi pasaran Sinagpore kerana masyarakat di sana lebih suka menerima "kencing" orang putih, Hong Kong dan Taiwan. Lagi pun, stesen-stesen TV Singapore mempunya penilaian drama TV yang sangat ketat. Tak mungkin mereka menerima teledrama murah dan ciplak Indonesia (dan Filipino, Thailand) sebagai daya tarikkan penonton. Mereka lebih rela mengambil cerita-cerita dokumentari Majalah 3, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Senario yang jelas keaslian cerita walaupun sekadar sitkom-sitkom ringan.
Oleh yang demikian, pasaran drama Malaysia adalah satu-satunya pasaran paling menguntungkan. Ianya di bantu oleh minda-minda toke-toke stesen tv Malaysia yang gemar akan drama-drama murah. Jimat belanja asalkan slot petang terisi. Maka, secara tidak langsung teledrama-teledrama Indonesia (dan Filipino, Indonesia) membanjiri pasaran Malaysia sekali bah (seperti Tsunami membanjiri Acheh dengan sekali bah) kerana Malaysia adalah pasaran tunggal teledrama di Asean.
Di sebabkan rasa tercabar dan sumber rezeki kian terancam atau menyemarakkan lagi rancangan tv bodoh di Malaysia, maka pengusaha drama Malaysia mula membuka silat. Maka terlancar lah slot Samarendah. Slot cerita-cerita meleret yang gampang sama sekali. Cerita tentang golongan-golongan kaya yang sarat dengan skandal dan sampah. Yang pasti orang gaji mereka dari Indon ya pak !.
RTM juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara "Mari memperbodohkan minda rakyat". Maka mereka pula melancarkan drama-drama tv orang kaya-kaya yang korup seperti Mahligai Gading yang mana artis jemputan adalah menteri-menteri kangkung. Tidak cukup dengan itu muncul pula Rantaian Emas yang kununnya bercerita tentang perniagaan yang gah gila di tunjangi hartawan-hartawan melayu-cina-india. Ini lah dia integrasi kaum. Suma kaum terlibat menjayakan siri pembikinan drama bodoh. (Dah berapa banyak perkataan bodoh aku tulis ?. Ade 40 kali dah ?.) . Di tambah teledrama-teledrama Indonesia (dan Filipino, Thailand) dan Latin. Sayangnye xde satu pun teledrama Malaysia yang menembusi pasaran tv Indonesia (dan Filipino, Thailand). Jauh sekali pasaran Argentina, Mexico atau Sepanyol. Kesian...

ps : Korang dah besar, pandai-pandai la pikir !

Monday, May 16, 2005

Siapa kata Melayu x hebat

Siapa kata Melayu x hebat. Melayu memang hebat walaupun tanpa sabsidi. Buktinya adalah semalam. Semalam petang aku ke Mines untuk meninjau-ninjau kot-kot aku ketemu dengan kaset the Zutons. So, malangnye, kaset tu takde. Memandangkan terlalu awal nak balik umah, so aku merayap rayap sat. Ade sebuah game arked kat Mines, aku pun masuk sementara nak menghabiskan masa yang terluang. Memang bingit la kalo masuk game arked. Tetiba aku memandang kelibat 2 orang anak muda, seorang Melayu dengan janggut sikit-sikit cam Jai, seluar jean biru baru t shirt merah, sorang lagi anak muda Cina. Mereka tengah berlawan game kereta. Tak sure samada game Daytona atau game keter jenama lain. Budak cina tu dikelilingi kawan-kawan cina diorang, merangkap penyokong dan spy. Ramai gak la. Sokongan untuk budak melayu tu plak agak dingin. Cuma aku (aku bukan menyokong, aku cuma menonton), sorang budak cina yang belot terhadap kawan group sendiri dan seorang spy, cuba memberi galakkan. Budak melayu tu selamba jek main keter. First game budak melayu tu menang ketika hampir-hampir sampai ke garisan penamat, dia sempat memotong keter budak cina tu. Nampaknye game kedua terpaksa di mainkan. Kali ini condotion litar adalah pada sebelah malam. Sokongan padu untuk budak cina semakin ramai. Manakala, di pihak budak melayu masih lagi tinggal aku+budak cina belot+pengintip. Pengintip nampak nerd gile, pakai spek dan kuat tersengih. Dia akan melihat cara budak melayu nih main dan akan memberi maklumat tentang selekoh2 maut dan skil-skil rahsia lantas memberi tahu kepada driver game cina. Game kedua budak melayu nih menang gak dengan selamba. 3rd game dilangsungkan tanda x puas hati. ha ha. Penyokong cina yang belot tetapi berada di sisi budak melayu tuh. 2 3 kali keter budak melayu tu kena potong, tapi last2 menit, ketika hampir-hampir di garisan penamat, budak melayu tu selamba cilok kanan, akhirnya menang jua. Maka riuh la dewan serbaguna game arked dengan sorakan kecewa penyokong2 driver game cina tuh. Cina belot tu tersenyum mungkin dapat belajar sesuatu tentang skil2 game keter dan aku berambus ke panggung wayang.

ps : Kemenangan ni bukan di sebab kan kouta melayu mesti menguasai 30 % kemenangan game arked. Harap maklum.

Cikgu

Selamat hari guru untuk guru-guru Malaysia. Jika di takdir kan 2 orang sedang di kejar ikan jerung di lautan, Cikgu Sabarudin(cikgu matematik) dan Tun Mahathir Mohamad dan aku mesti menolong salah seorang dengan helikopter peribadi aku(cewah !), pasti aku akan memaut tangan Cikgu Sabarudin dahulu. Besar jasa cikgu dalam hidup aku. Selain Nabi Muhammad, ibu dan bapa aku, cikgu adalah antara orang yang bertanggung jawab dengan izin Allah, membina diri aku agar lebih kuat dan tegar. Untuk guru-guru aku semejak aku berhingus dan berseluar koyak, aku ucapkan berjuta terima kasih kepada kalian dan kalian adalah 'something' dalam hidup aku. Terima kasih cikgu. Selamat hari guru untuk :

Cikgu Azman
Cikgu Salmah
Cikgu Normilah
Cikgu Sabariah
Cikgu Hassan Nudin
Cikgu Ali
Cikgu Sulaiman Kamisan
Cikgu Sulaiman Arjam
Cikgu Nabuha
Cikgu Mat Noh
Cikgu Helmi
Cikgu Azmi
Cikgu Sabeth
Cikgu Shamala
Cikgu Ben
Cikgu Faridah (Saya akan ingat nilai krocet dan minim sampai bila-bila !)
Cikgu Suresh
Cikgu Rahman
Cikgu Rozita
Cikgu Tarmizi
Cikgu Noraini
Cikgu Raja Alis
Cikgu Jamilah Mat Som
Cikgu Mispan
Cikgu Kamal Ariffin
Cikgu Hasram
Cikgu Sabarudin
Cikgu Azman Shafie
Cikgu Azmi Yusof
Cikgu Solehan
Cikgu Daud
Cikgu Songip
Cikgu Yusoff
Cikgu Rosli
Cikgu Y Rusini
Cikgu Shariff
Cikgu Ozana

Jika ada nama kalian yang aku lupa, harap maaf. Tetapi jasa kalian tak akan aku lupa sampai bila-bila.

Friday, May 13, 2005

Ular

Opis aku ada pelawat. Bukan orang HR, bukan orang IT Unit, bukan orang ISO, bukan juga orang bunian, jauh sekali orang asli, tapi ianya adalah penghuni alam semulajadi sekitar MTDC. Mungkin ular ini beria sangat untuk menceburi bidang kami. Atau maknye menyuruh dia mandi tapi dia lari dari lubang. Atau sengaja nak mengintai kot2 ada antara kami yang buka web porno. Dia tak perasan Hazly mengambil gambarnye sebagai maskot baru Network Protokol akan datang. Selamat datang abang ular, ada masa meh le join kitorang main pingpong petang-petang. Awek prektikel unit sebelah boleh tahan le lawa, kalo nak try jangan malu2...



Image hosted by Photobucket.com

Eleh malu-malu plak...Sepak kang !

Image hosted by Photobucket.com

Yang putih tu kabel PC..Harap maklum !

Image hosted by Photobucket.com

Eh, pandai posing ek ?. Sapa ajar nih ?..

Thursday, May 12, 2005

A Little Hero !

Antara PLKN dengan kasih keluarga mana lagi penting ?. Orang bodoh sahaja yang berkata PLKN lebih penting. Ahmad Harizal telah membuktikannya. Pemuda ni cuma bersekolah sampai tingkatan 2. Logika akal manusia biasa seperti aku tentu menganggap si pemuda ini tentunya kurang ilmu. Cuma tahu kerja-kerja kampung dan pada benak kita pasti pemuda ini terpinga-pinga atau tentu sahaja menangis bila diletakkan dihadapan sebuah komputer riba dan menyuruhnya menulis script C++.
Tapi ada nilai yang pastinya membuatkan pemuda ini begitu mulia. Malah, jika dibandingkan dengan menteri yang meluluskan aktiviti pe"noyol"an Bukit Charakah atau seorang cerdik pandai agama di Utusan Malaysia yang mengatakan zaman nabi dulu ada ISA, pemuda ini jauh 100 % lagi mulia.
Pemuda ini meletakkan jawatan selaku pelajar tingkatan 2 kerana ingin menggalas tanggungjawap membesarkan adik beradik. Dan membantu ibunya yang sangat dhaif. Malah, pengorbanan paling besar adalah menolak program Khidmat Negara semata-mata ingin menyara persekolahan adik beradik. Sebagai manusia yang sempurna akal, stabil kehidupan dan mempunyai keluarga yang sederhana, aku sangat-sangat tersentuh. Tentunya sahaja pemuda ini adalah hero kecil (A little hero) yang mana jiwanya sangat tulus tersembunyi di hatinya. Beruntung ibu yang mengandungkannya. Pemuda yang kental jiwa, tak isap dadah, bekerja kuat demi keluarga, berani adalah pilihan utama gadis-gadis. Bertuah sungguh gadis itu.


Image hosted by Photobucket.com

PS : Sebagai tanda hormat kepada pemuda ini, aku jadikan gambar mukanya sebagai main picture di Friendster.com

Tuesday, May 10, 2005

Blogger Ancaman Negara

Pelajar tutup blog selepas diancam tindakan mahkamah


SINGAPURA: Seorang pelajar Singapura terpaksa menutup laman web ‘blog’ miliknya dan memohon maaf secara terbuka selepas sebuah agensi kerajaan republik kecil itu mengugut untuk mendakwanya atas unsur fitnah kerana mengecam sistem biasiswa dan dasar negara itu.

Pelajar lepasan ijazah, Chen Jiahao, 23, yang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat berkata, dia menutup laman web peribadinya itu selepas agensi kerajaan, A*STAR yang terbabit dalam usaha penyelidikan dan sains, mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang disifatkan sebagai palsu dan tidak berasas.

Tindakan kerajaan itu bagaimanapun disambut dengan kecaman penasihat media dan serta pertubuhan prokebebasan media antarabangsa.

Chen berkata, dia memadamkan semua bahan dari laman webnya itu dan menyiarkan permohonan maaf pada 26 April lalu selepas menerima e-mel daripada ketua agensi berkenaan.

Agensi itu memaklumkan yang permohonan maafnya sebelum ini tidak ikhlas dan mahukan permohonan maaf baru.

Kelmarin, dia memohon maaf semula menerusi laman web blog ‘Caustic Soda’ yang antara lain menyatakan ‘saya memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi A*STAR, Philip Yeo dan pegawai eksekutifnya kerana menyebabkan mereka malu dan tertekan.’

“Mereka menghantar e-mel kepada saya dengan perkataan itu,” kata Chen ketika dihubungi agensi berita Reuters dari AS. Dia mengikuti pengajian Fizik di Universiti Illinois.

Jurucakap A*STAR pula enggan mengulas berhubung permohonan maaf terbaru itu biarpun agensi itu memaklumkan media tempatan yang permohonan itu perlu dibuat sebelum 8 Mei.

Sementara itu, pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders) berpejabat di Paris membangkitkan masalah terbatasnya kebebasan bersuara di Singapura - antara 20 negara yang paling rendah markahnya dari segi indeks kebebasan media.

“Chen mengecam beberapa dasar A*Star yang terbukti tiada unsur khianat,” kata Julien Pain, ketua Unit Kebebasan internet pertubuhan antarabangsa itu.

Dalam kenyataannya minggu lalu, A*STAR berkata, biarpun mengaku keperluan pelbagai pendapat yang disiarkan media, tetapi kenyataan dalam blog Chen mempunyai unsur melampau daripada sekadar ulasan adil.

Mereka yang mengendalikan blog atau blogger tidak semestinya wartawan. Ada beribu-ribu blog di internet yang menjadi tumpuan kerana kandungan ulasan politiknya. – Reuters

Sumber : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Dunia/20050510061702/Article/

Ps : Tak sangka pulak blogger menjadi satu ancaman negara.

Saturday, May 07, 2005

Wayang Malam Sabtu

Apa tafsiran menonton wayang bagi aku ?.

"Bagi aku, menonton wayang itu 45 % adalah untuk menghilangkan stress dalam kepala aku sepanjang 3 atau 4 minggu di buli oleh sistem-sistem komputer di Lab. Manakala 50 % lagi adalah sebab aku nak tengok kisah wayang tersebut pada pandangan pengarah, selepas itu buat follow up dengan membaca buku-buku berkenaan wayang tadi (jika wayang tadi dipetik dari kisah-kisah dalam buku atau di ceduk dari epik-epik masa dulu). Manakala 5 % lagi tujuan tengok wayang ini adalah untuk memperkayakan lagi TGV.ha ha "

Sebab tu aku malas menonton wayang-wayang bodoh garapan pengarah-pengarah yang tak gemar mengkaji seperti wayang Tentang Dia, Sembilu 2005 atau Sepet. "Selamba ko kata wayang diorang wayang bodo. Ramai tu peminat diorang. Ko tak takut kena pukul ke ?.". Pi mampus la aku nak kata apa, ini blog aku. Ha ha ha.
Malam tadi aku menonton citer The Kingdom Of Heaven. Aku pergi bersama Din dan Zaki. Cerita ini tentang meletusnya crusade war di Tinur Tengah (Di Baitulmuqaddis khasnya). Pengarahnya adalah seorang kristian so, filem ini tidak sangat memperlihatkan kemenagan pihak tentera Islam secara total, dan pengarah ni bijak membawa hati penonton agar menilai kemenangan orang Islam di Baitulmuqaddis dengan cara yang adil (bagi pihak pengarah) bersama-sama pihak tentera salib. Digambarkan Salahuddin (Al-Ayubbi) sebagai seorang yang bengis(tegas) dan lembut dalam pada masa yang sama.
Balik ke rumah aku membuat follow up dengan membaca kisah Pembaharuan Di Zaman Sallahuddin Al-Ayubi yang tersimpan kukuh di almari bilik belakang. Buku ni aku baru setengah tapi bab berkenaan penaklukan tentera Islam ke atas Baitulmuqaddis aku dah abis baca. Memang benar Guy de Lusignan ada di catatkan dalam buku itu. Tapi nama Balian Of Ibelin xde di catatkan. Watak Reynald ade di catatkan dalam sejarah(samada watak tu bernama Renald atau tak aku tak pasti tapi dalam buku, memang ade orang yang sejahat Renald seperti dalam movie). Cerita Salahuddin memberi Guy minum air memang benar dan air itu kemudian di rampas oleh Renald. Tapi dalam movie tuh, air itu di beri secara elok kepada Renald. ha ha. Mengikut sejarah sebenar, penguasa yang mengawal Baitulmuqaddis (mungkin penguasa tu bernama Balian. Wallahualam) setelah Guy di tawan Salahuddin memohon Baitulmuqaddis diberi secara aman tanpa perang setelah termeterai perjanjian. Dalam filem, berlaku peperangan di pintu Baitulmuqaddis dan kononnya tentera salib bermati-matian mempertahankan pintu berkenaan dan Sallahuddin terpaksa memohon perjanjian kerana mungkin mengalami kesukaran untuk masuk atau kasihankan wanita dan kanak-kanak di dalam. Kalo aku cerita sampai abis perbandingan antara filem dan buku berkenaan Kingdom Of Heaven, for sure peminat-peminat akan meluat dan mengantuk. ha ha. Untuk memudahkan cerita, beli buku Sallahuddin sendiri dan baca.


Thursday, May 05, 2005

Website lama

Tadi sejurus masuk ke opis, aku ternampak address web site lama aku zaman gila-glamour dulu. Masa tu, siap jek buat website terus saja aku publish kat papan kenyataan kelab PRIMU. ha ha ha..Betul2 gila glemer !. Tapi aku terkilan sebab web site mega yang aku buat di penghujung semester 2 tahun 2 kalo x silap x sempat aku deploy. Website tu 70 % aku buat berasaskan perisian Flash 5.0. Ade masa aku publish kan balik. Banyak kisah di sebalik pembikinan website tuh. Maklum la tengah gila-gila masa nih. Rambut tengah panjang sampai bahu. Badan kurus, aktif badminton dan macam-macam lagi. Walaupun nampak dummy "TAPI AKU ADA WEBSITE"-kata2 berlagak masa aku baru launch website tuh kat kampus dulu. Best, best


Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, May 03, 2005

Hari Semalam

Mak aku datang Bangi Jumaat lepas. Mak sama adik aku, Ijot. Mak ngan adik aku datang sebab nak antar adik aku nih pegi interview kat Kolej Tahfiz Klang. Mudah-mudahan dia di terima masuk. Mak aku balik hari Ahad, balik sama abang aku ngan akak ipar...ngan si Zulaikha sekali.
So, tinggal la adik aku ngan aku wat sementara kat Bangi. Ape lagi, kitorang terpaksa menggunakan masa cuti sebaik mungkin berfoya2 sambil mengorat awek-awek cantik dalam LRT. ha ha

Sabtu Yang Cemerlang

"Pejadahnye nak ngorat awek LRT, bangun pagi pun kol 11.00.", kata cicak dinding kepada kawan-kawannya. Disebabkan masa yang terhad setelah sebahagian waktu siang digunakan untuk memjana tahi mata, maka kami gagahkan juga kaki pi KLCC. Sambil makan-makan di kedai makan atas sekali tingkat 4 KLCC (aku lupa nama kedai makan tuh. Mampus la !), kami sempat menikmati lambang kemewahan zaman Dr. Mahathir di taman KLCC. Sebelum balik sempat gak kami ke Puduraya membeli sekeping tiket Ijot untuk balik ke Kota Tinggi esok pagi.

Malam Di Putrajaya

Huh, malamnye selepas menonton aksi Selangor di baham kedah 4 - 1 (nasib baik Johor FC menang), aku berambus sama Ijot ke Putrajaya minyaksikan panorama indah atas jambatan depan Masjid Putrajaya. Sebenarnye aku nak ke Masjid Putrajaya, ntah macamana aku bleh tersesat sampai ke jambatan tuh. Nasib baik panoramanye mengasyikkan, kalo tak dah tentu aku terpaksa memaki hamun orang-orang yang buat papantanda jalan. Papan tanda jalan di Putrajaya nampak sangat di 'design' untuk orang-orang yang mahir tentang jalan di Putrajaya atau membolehkan Mahathir atau Abdullah Badawi atau Najip tak sesat. Maka orang luar seperti aku yang hanya sebulan atau dua bulan sekali ke Putrajaa akan pasti keliru atau sesat.


---Aku bizi ....sambung lain kali