Siapa kata Melayu x hebat. Melayu memang hebat walaupun tanpa sabsidi. Buktinya adalah semalam. Semalam petang aku ke Mines untuk meninjau-ninjau kot-kot aku ketemu dengan kaset the Zutons. So, malangnye, kaset tu takde. Memandangkan terlalu awal nak balik umah, so aku merayap rayap sat. Ade sebuah game arked kat Mines, aku pun masuk sementara nak menghabiskan masa yang terluang. Memang bingit la kalo masuk game arked. Tetiba aku memandang kelibat 2 orang anak muda, seorang Melayu dengan janggut sikit-sikit cam Jai, seluar jean biru baru t shirt merah, sorang lagi anak muda Cina. Mereka tengah berlawan game kereta. Tak sure samada game Daytona atau game keter jenama lain. Budak cina tu dikelilingi kawan-kawan cina diorang, merangkap penyokong dan spy. Ramai gak la. Sokongan untuk budak melayu tu plak agak dingin. Cuma aku (aku bukan menyokong, aku cuma menonton), sorang budak cina yang belot terhadap kawan group sendiri dan seorang spy, cuba memberi galakkan. Budak melayu tu selamba jek main keter. First game budak melayu tu menang ketika hampir-hampir sampai ke garisan penamat, dia sempat memotong keter budak cina tu. Nampaknye game kedua terpaksa di mainkan. Kali ini condotion litar adalah pada sebelah malam. Sokongan padu untuk budak cina semakin ramai. Manakala, di pihak budak melayu masih lagi tinggal aku+budak cina belot+pengintip. Pengintip nampak nerd gile, pakai spek dan kuat tersengih. Dia akan melihat cara budak melayu nih main dan akan memberi maklumat tentang selekoh2 maut dan skil-skil rahsia lantas memberi tahu kepada driver game cina. Game kedua budak melayu nih menang gak dengan selamba. 3rd game dilangsungkan tanda x puas hati. ha ha. Penyokong cina yang belot tetapi berada di sisi budak melayu tuh. 2 3 kali keter budak melayu tu kena potong, tapi last2 menit, ketika hampir-hampir di garisan penamat, budak melayu tu selamba cilok kanan, akhirnya menang jua. Maka riuh la dewan serbaguna game arked dengan sorakan kecewa penyokong2 driver game cina tuh. Cina belot tu tersenyum mungkin dapat belajar sesuatu tentang skil2 game keter dan aku berambus ke panggung wayang.
ps : Kemenangan ni bukan di sebab kan kouta melayu mesti menguasai 30 % kemenangan game arked. Harap maklum.
Cikgu
Selamat hari guru untuk guru-guru Malaysia. Jika di takdir kan 2 orang sedang di kejar ikan jerung di lautan, Cikgu Sabarudin(cikgu matematik) dan Tun Mahathir Mohamad dan aku mesti menolong salah seorang dengan helikopter peribadi aku(cewah !), pasti aku akan memaut tangan Cikgu Sabarudin dahulu. Besar jasa cikgu dalam hidup aku. Selain Nabi Muhammad, ibu dan bapa aku, cikgu adalah antara orang yang bertanggung jawab dengan izin Allah, membina diri aku agar lebih kuat dan tegar. Untuk guru-guru aku semejak aku berhingus dan berseluar koyak, aku ucapkan berjuta terima kasih kepada kalian dan kalian adalah 'something' dalam hidup aku. Terima kasih cikgu. Selamat hari guru untuk :
Cikgu Azman
Cikgu Salmah
Cikgu Normilah
Cikgu Sabariah
Cikgu Hassan Nudin
Cikgu Ali
Cikgu Sulaiman Kamisan
Cikgu Sulaiman Arjam
Cikgu Nabuha
Cikgu Mat Noh
Cikgu Helmi
Cikgu Azmi
Cikgu Sabeth
Cikgu Shamala
Cikgu Ben
Cikgu Faridah (Saya akan ingat nilai krocet dan minim sampai bila-bila !)
Cikgu Suresh
Cikgu Rahman
Cikgu Rozita
Cikgu Tarmizi
Cikgu Noraini
Cikgu Raja Alis
Cikgu Jamilah Mat Som
Cikgu Mispan
Cikgu Kamal Ariffin
Cikgu Hasram
Cikgu Sabarudin
Cikgu Azman Shafie
Cikgu Azmi Yusof
Cikgu Solehan
Cikgu Daud
Cikgu Songip
Cikgu Yusoff
Cikgu Rosli
Cikgu Y Rusini
Cikgu Shariff
Cikgu Ozana
Jika ada nama kalian yang aku lupa, harap maaf. Tetapi jasa kalian tak akan aku lupa sampai bila-bila.
2 comments:
eheh krocet.. mesti cikgu muzik tu. aku dulu cekgu muzik cekgu cheng, cina dia naik motor bawak gitar kat belakang hehe
cikgu muzik aku garang gile..Masa tu aku terjawap yang nilai minim 1 straight dia lempang aku. Tu pasai aku ingat nilai2 tu sampai la ni..ha ha
Post a Comment