Ads

Friday, January 20, 2006

Pembersihan Etnik

Saya rasa (hanya saya yang rasa kot !) saya bukanlah seorang yang ultra nasionalis. Saya benci gila akan nilai-nilai kenegerian, perkauman atau suku kaum. Bukan bermakna saya langsung tidak mengambil berat tentang isu-isu kaum saya, atau perihal yang melibatkan negeri tempat saya baru hendak kenal dunia dahulu atau cerita-cerita tradisi etnik jawa. Jika ada perlawanan liga bola sepak di hujung minggu, saya tetap akan pastikan pada tengah malamnya, keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan dari negeri saya sudah saya ketahui. Saya tahu pasukan negeri saya bukanlah terrer sangat bermain bola. Saya rasa, bangku di rumah saya lebih terrer bermain bola dari pemain bola dari negeri saya sendiri. Ha ha. Tapi itu bukan alasan untuk saya membenci negeri tempat saya di besarkan.

Tetapi kekadang sentimen nasionalis saya juga terjentik sekali sekala apabila saya meneliti sesetengah berita di TV 3, internet atau sorat khabar.

Minggu lepas, saya on leave selama seminggu. Lutut saya kurang sihat akibat terlalu over ketika bermain badminton. Akhirnya, saya hanya mampu bersandar di rumah menonton tv dari pagi sampai ke pagi esoknya. Tetapi ada baiknya cuti lama-lama ni. Di hari-hari saya bekerja, saya cuma bole keluar pejabat sesudah maghrib. Tak mungkin, atau hampir mustahil untuk saya menonton berita jam 8 sewaktu hari-hari bekerja. Bila tiba masa-masa saya terpaksa di M.C kan, maka setiap hari saya berpeluang menonton berita jam 8.

Berita-berita yang saya tonton di tv sepanjang minggu lepas membuatkan jiwa nasionalis saya terjentik beberapa kali. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang gemar menelan bulat-bulat berita dari TV. Tetapi berita-berita tv3 yang saya tonton minggu lepas benar-benar menjentik naluri jantan saya dan minda saya bersimpang siur mencari kesimpulan.

TV 3 minggu lepas menjadkan cerita sisa toksik di Segamat Johor sebagai tajuk paling depan. Pelik juga, sebab sebelum ini, tajuk utama berita-berita TV lebih banyak menonjolkan muka-muka bersih gila dato-dato dan datin-datin menteri. Mungkin ada dahan yang hendak di cantas. Biarkan lah. Tetapi apa yang menjentik sedikit sebanyak perasaan nasionalis saya ialah, sisa toksik itu di buang di kampung bermajoriti Melayu. Pada saya perbuatan membuang sisa toksik di dalam kampung umpama penghapusan etnik secara nyata. Saya boleh terima jika bahan yang dibuang berupa najis ayam atau tandan sawit. Tetapi membuang sisa toksik adalah satu perbuatan yang kejam lagi membunuh.

Cerita yang saya lihat di kaca tv3 minggu lepas seolah-solah cerita bagaimana penduduk kampung di Sarajevo di bunuh beramai-ramai oleh tentera Serb. Bezanya, di Sarajevo, pelakunya terang-terang adalah tentera dan suasananya terang-terang dalam suasana peperangan. Di Segamat pula, pelakunya bukan tentera, tetapi soldadu-soldadu yang di bertopengkan kontraktor. Dan ianya seolah-olah satu strategi pembersihan etnik melayu yang terancang dan terang-terangan.

Cerita itu cukup-cukup menjentik naluri saya. Tetapi ada perkara lain yang membuatkan saya benar-benar rasa mereng. Saya boleh terima jika perlakunya cuba untuk melakukan pembersihan etnik penduduk-penduduk majoriti melayu di kampung Sungai Gatom Labis Johor walaupun secara tidak sengaja, tetapi yang lebih memerengkan saya ialah, di mana pegawai JAS yang sepatutnya tahu hujung pangkal kes ini dari mula hingga akhir. Dan yang pasti, pegawai JAS ini tentunya sama warna kulit dan rambut dengan penduduk Sg Gatom. Adakah mereka makan rasuah ?. Mereka tak buat kerja ?. Allah ualam. Patutlah pegawai JAS di Sarawak di laporkan 'bunuh diri' beberapa tahun lepas. Bunuh diri atau di bunuh ? Allahu alam.

Dulu semasa saya di kolej, penternak-penternak babi di Seremban berduyun-duyum masuk tv untuk bersalam dengan menteri semasa menghadiri upacara menyampaikan pampasan kerana babi-babi mereka terpaksa di musnahkan akibat jangkitan virus J.E dan Nipah.

Oleh itu, saya sebagai nasionalis setia negeri Labis menyeru agar orang-orang kampung ini di beri pampasan kerana terpaksa berpindah randah dan sumber pendapatan mereka yang terjejas akibat buruan soldadu-sodadu yang ingin melakukan pembersihan etnik. Tetapi saya percaya mereka tidak akan di beri pampasan dan jauh sekali di bela kerana mereka sebahagiannya saya yakin adalah pemangkah setia parti yang memayungi soldadu-soldadu tersebut. Jika mereka di biarkan merempat sekalipun, mereka tetap di yakini memangkah parti yang sama. Sekian.