Ads

Thursday, December 29, 2005

Rakyat Malaysia Dan Sisa-Sisa Kebodohan

Saya melihat, sesetengah rakyat di Malaysia ini masih lagi di selubungi dengan sedikit sisa kebodohan yang nyata. Saya tidak akan berkata bodoh jika mereka ini berada dalam kelas rakyat yang berfikiran ortodok dan jumud. Tetapi masalahnya, segelintir manusia ini boleh la saya katakan berada dalam kelas yang agak luxury dalam masyarakat. Berpendidikan tinggi, bergelar Dr dan petah pula berbahasa Inggeris. Mereka ini saya klasifikasikan bodoh kerana ada ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya. Berijazah tinggi, bergelar Dr dan petah berbahasa Inggeris tetapi menyalahgunakan kuasa, tak ke bodoh namanya tu ?.

Secara kolektif, nilai-nilai kebodohan ini bukan sahaja melanda sesetengah golongan penguasa peringkat tinggi malah mereka yang berdiri mewakili suara marhaen juga tak terlepas nilai kebodohan yang sama. Semua ini bukan lah andaian saya semata. Bukan juga saya sakit hati kerana tidak dilihat bodoh seperti mereka. Tetapi krisis penswastaan MAS yang hanggggat (ikut intonasi pengacara 3R..he he..3R lagi !) akhirnya membuka daya fikrah saya untuk melihat dan menilai, sedikit demi sedikit puak-puak intelek ini di telanjangkan dengan nilai-nilai kebodohan diri mereka sendiri yang amat nyata sekali.

Jika saya nak bandingkan mereka ini dengan sekawan lembu di padang, saya dengan penuh yakin dan hadorinya ingin mengishtiharkan bahawa sekawan lembu itu mempunyai gred kebodohan yang sedikit rendah berbanding dengan 2 3 kerat intelek ini. Mana tidaknya, lembu-lembu ini walaupun bertelanjang dengan sempoi, masih tahu menilai mana rumput mana tahi. Berbanding dengan 2 3 ekor intelek-intelek ini, pertimbangan akal mereka nampaknya terkucil atau mandul sama sekali apabila di hidangkan dengan keuntungan syarikat berjuta-juta sehingga tidak dapat membezakan langsung mana satu sumber halal dan mana satu sumber haram. Mana satu amanah dan mana satu penyelewengan.

Saya sebenarnya tidak tergamak untuk menggelarkan seseorang itu bodoh. Terutama kepada golongan-golongan intelek kelas atasan. Sebabnya, ilmu saya tidaklah sehebat mereka. Kereta saya tidaklah sebesar kereta mereka. Malahan bau ketiak mereka mungkin lebih wangi dan luxury berbanding ketiak saya yang hanya di lapisi rexona RM 3.80. Saya juga tidak kesah jika kebodohan mereka-mereka ini hanya menyusahkan diri mereka sendiri. Saya peduli apa !.

Tetapi apabila saya merasakan bahawa perbuatan bodoh banjingan-banjingan intelek ini dengan nafsu serakah serakus dinasor, nampaknya bakal mengempiskan poket pembayar tax orang-orang jawa seperti saya dan marhaen-marhaen yang lain maka tidak salah rasanya jika saya katakan yang mereka ini sebenarnya bebal lagi meyusahkan orang lain. Tamat !

Krisis MAS jika di amati, menampakkan betapa korupnya sesetengah manusia yang kononya intelek dan fasih berbahasa Inggeris. Sebelum bau busuk MAS ini tersebar 2 3 minggu lepas, saya masih ingat bagaimana cerita seram ini mula tercetus apabila kerajaan Malaysia bertindak membeli saham MAS yang jatuh semasa pemerintahan Dr M dengan harga RM 8.00 seunit. Nilai ini adalah 100% nilai sebenar harga saham. Gila apa ?. Saya kurang arif tentang jual beli ini, tetapi secara rawaknya kita dapat melihat bahawa nilai kebodohan ini telah pun berlangsung sejak dahulu lagi. Bagaimana sebuah syarikat yang bengkrap dengan hutang berjumlah RM 9 billion ini di beli dengan nilai 100% sedangkan harga saham ketika itu cuma RM 3.80 seunit. Tak ke buduh namanya ?. Ingin menyelamatkan Naluri milik intelek banjingan atau menyelamatkan kepentingan negara. Namun cerita ini senyap selepas itu.

Sehingga beberapa bulan lepas, MAS declare sekali lagi yang ianya telah rugi suku penggal kedua berjumlah RM 200 juta. Juta tuu!. Setelah itu, terungkai lah pakaian kebodohan intelek-intelek MAS satu persatu. Bermula dengan kisah 3 keping lukisan berharga RM 1.5 juta. Sekali lagi, betapa nilai kebodohan golongan intelek bertaraf Dr yang bersarang di dalam MAS terkeluar jua. Mungkin orang lain menganggapnya super genius. Tetapi, saya sebagai marhaen rakyat Malaysia yang bermentaliti dunia ke 3 ini tetapi menganggap bahawa si durjana ini mempunyai budaya bodoh yang menebal. Apa tidaknya. Apabila terdengar suara-suara sarkis di Parlimen mahukan lukisan jutaan ringgit ini di jual, Dr ini dengan gaya keanak-anakkannya menyebut bahawa lukisan ini tidak akan dijual kerana iannya bakal menaikkan imej sebuah syarikat bernilai berbillion ringgit. Kenyataan ini berjaya menggeletek bulu ketiak saya.

Saya ada membaca beberapa pendapat sinis di forum-forum di Internet berkenaan kenyataan bertaraf lawak Senario ini. Adakah lukisan jutaan ringgit ini akan menyebabkan berduyun-duyun pelancong asing menempah tiket kapal terbang dan melancong ke Malaysia ?. Adakah lukisan ini jika digantung di dinding rumah Munir Majid..opss..tersebut nama...akan melupuskan hutang berbillion-billion ringgit MAS secara automatik dan memulihkan laluan antarabangsa yang kurang menguntungkan sebelum ini ?. Ha ha ha. Ternyata Dr. yang membuat kenyataan ini seolah-olah membeli ijazah tinggi nya dari Kg Cheras Jaya Balakong. Mungkin dia belajar di Universiti Teknologi Sedili Besar.

Setelah cerita lukisan ini keluar, maka segala nanah dan kudis yang membusuk di dalam MAS selama ini terkeluar jua. MGG Pillai seorang jurnalis menghuraikan cerita ini dengan agak terperinci. Ada sesetengah orang tidak mempercayainya. Tetapi bagi saya, jika di letak di hadapan mata saya senaskah Utusan Malaysia dan sehelai artikel MGG Pillai, saya lebih rela untuk membaca dan mempercayai tulisan Pakcik Pillai ini. Melainkan kalau saya bermain nombor ekor, maka saya akan menaruh kepercayaan kepada Utusan Malaysia.

Menurut Pillai melalui tulisannya The MAS chairman and Dom Perignon champagne kerugian berbillion MAS bukan disebabkan kenaikkan harga minyak dan laluan antarabangsa yang merugikan, tetapi ianya lebih kepada salah guna kuasa dan barah skandal dalam urusan kepimpinan. Orang yang sepatutnya di buang ke laut akibat kecuaian menyediakan cukai kepada kerajaan Arab Saudi akhirnya diangkat menjadi Chief Finance Officer.

Disebalik budaya dan nilai-nilai kebodohan yang berlaku di dalam MAS, di luar pula lain ceritanya. Budaya bodoh ini sebenarnya membarah di dalam masyarakat Malaysia yang majmuk. Apabila Idris Jala bercadang untuk menjual bangunan MAS di jalan Sultan Ismail, maka berderai-derai lah suara-suara unggas di Parlimen. Tak ubah seperti sarkis. Benar, hujah mereka ini ada benarnya. Jual lukisan dahulu sebelum jual bangunan, dan lantik Hassan Merican menjadi pengerusi MAS. Tetapi ini tidak bermakna minda mereka bijak. Saya tetap mengatakan bahawa mereka ini masih terbelenggu dengan nilai kebodohan. Lebih - lebih lagi apabila mereka terbenam di dalam bangunan parlimen. Semakin terbenamlah minda dan daya intelek mereka.

Pada saya, alangkah bijaknya para senator ini jika awal-awal lagi bertegang suara dan merungkai segala kebusukkan MAS sebelum ianya kronik seperti sekarang. Akibat kepentingan perut, mereka bekamkan semua busuk-busuk sebelum ini. Jika mereka menggunakan sedikit kebijaksanaan untuk berhujah berkenaan pembelian RM 8.00 seunit saham dahulu, mungkin keadaan tidak sesukar sekarang. "Encik Roy, dulu senator lain, sekarang senator lain".
Ye ke?. Kalau begitu senator dulu lagi tebal nilai kebodohan mereka berbanding senator sekarang. Ha ha ha.


Menentang cadangan anak Jala berkenaan penjualan bangunan tidak salah. Tetapi pada saya masanya kurang sesuai. Dengan mengungkit sentimen nostalgia kononnya pengerusi dahulu berjanji tidak akan menjual tanah tapak bangunan MAS setelah membelinya dari kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah. Senator hanya pandai berbising-bising sahaja tanpa fakta dan cadangan untuk menyelesaikan masalah pokok...-> menyelamatkan MAS.

Idris Jala seorang yang pintar. Dia pintar sebab dia bekerja di SHELL dan menyelamatkan sebuah anak syarikat SHELL yang bermasalah. Ops, saya tidak bermaksud yang semua anak Malaysia yang bekerja dengan syarikat asing pintar-pintar belaka. Tetapi anak Jala ini pintar kerana dia berjaya terpilih di kalangan orang asing yang lagi terrer barangkali untuk memimpin tugas yang besar. Setidak-tidaknya dia dipilih 'berlumba lari' bersama dengan orang luar untuk membaiki sebuah syarikat Internasional yang bermasalah, dan berjaya pula akhirnya.

Tetapi, saya dapati, membawa masuk Idris Jala bukanlah jaminan besar untuk MAS berjaya. Ini di sebabkan di sekeliling Idris Jala terdapat sekelompok puak yang tebal nilai-nilai kebodohan dan telah kenyang betahun-tahun membaham duit syarikat. Bagaimana anak Jala mahu menjalankan tugasnya ?. PM kita mahukan agar tugas Idris Jala tidak di ganggu. Syukurlah. Setidak-tidaknya unggas-unggas di Parlimen dapat di diamkan.

Tetapi, apa yang saya khuatirkan, setelah 2 tahun, Idris ini bukan sahaja akan di kenali sebagai bekas CEO MAS, malah dia barangkali akan di jadikan black goat oleh puak-puak intelek babarian yang masih bernyawa di MAS, termasuk seorang Dr yang ijazahnya meragukan saya. Selepas ini mungkin sedikit duit akan di pam ke MAS. Puak-puak ini akan terus melahap duit ini. Dan jika ini berlaku, MAS semakin sukar di pulihkan untuk jangkamasa 2 tahun yang di berikan kepada anak Jala. Jika MAS masih rugi, orang pasti melihat ianya kegagalan Idris Jala. Sekali lagi puak-puak ini terselamat termasuk Dr tadi.

MAS adalah contoh senario nilai - nilai kebodohan yang nyata yang berlaku di Malaysia. Bukan sahaja intelek-inetelek tinggi di syarikat besar tetapi ianya melanda juga orang-orang yang berdiri hasil sokongan rakyat. Sesungguhnya ada satu punca yang dominan sekali yang membawa kepada nilai kebodohan ini. Puncanya ialah, rakyat tidak dididik bagaimana harus memilih pemimpin.

Contoh paling mudah, cuba buka TV1 setiap khamis jam 9 malam. Setiap kali penceramah keluar, topik yang di bincangkan hanya setakat menjaga keharmonian suami isteri atau bagaimana menjadi Kuntum Khairo Ummah atau bagaimana menjaga tetangga anda. Minda rakyat di mandulkan agar bodoh sama sekali berkenaan seni memilih pemimpin. Bila pemimpin yang di pilih hanya sekadar pandai berpantun di Parlimen, sesekala mengunggaskan diri, maka jangan harap nilai kebodohan dapat di buang dari minda rakyat Malaysia. Kita akan terus jadi bodoh. Berbangga lah !


Thursday, December 22, 2005

Bantuan banjir

Rayuan sumbangan bantu mangsa banjir

Malaysia Today

SUNGAI PETANI: Pusat Pembangunan Komuniti Merbok (PENITI) dan Women's Institute for Research, Development and Advancement (WIRDA) merayu kepada orang ramai yang prihatin supaya dapat menghulurkan bantuan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir yang melanda di bahagian utara Semananjung Malaysia, khususnya di Kedah.

Keadaan banjir besar yang sedang berlaku di wilayah utara Semenanjung itu semakin buruk sejak beberapa minggu lalu mengakibatkan beberapa penempatan menghadapi kesukaran untuk mendapat sumbangan.

Pusat-pusat penempatan yang dibuka bukan sahaja tidak mampu menampung pertambahan mangsa-mangsa banjir yang semakin meningkat, malah usaha penyaluran bantuan didapati terlalu perlahan untuk menangani pertambahan mangsa.

Untuk membantu menangani masalah ini, PENITI membuka sebuah pusat pengumpulan barangan sumbangan dari rakyat untuk mangsa-mangsa banjir serta beberapa pusat pengagihan sementara di kawasan-kawasan yang terlibat.

Bantuan yang didapati masih jauh dari mencukupi untuk membantu mangsa yang terlibat, terutamanya mereka yang tidak berada di pusat penempatan yang terlalu sesak.

Menurut Pengarah PENITI, Saiful Izham Ramli, setakat ini PENITI sangat memerlukan sumbangan barangan makanan seperti beras, gula, minuman, kopi, teh, milo, sardin dan makanan bayi.

"Melalui tinjauan yang dibuat oleh sukarelawan yang bertugas, mangsa banjir juga memerlukan barangan seperti khemah, selimut, alas tidur, alas tikar, kain batik, kain pelikat, lampin bayi serta tuala wanita," kata Saiful.

Sekiranya ada yang ingin menyumbang secara tunai, sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun PENITI di Ambank No. 0152-0210-0849-3, dan sms kepada 012-3211162 selepas memasukkan sumbangan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan, Johari Abdul yang sering berada di kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir memberitahu, sumbangan segera amat dialu-alukan.

"Segala bantuan akan cuba diagih-agihkan kepada semua tempat kejadian termasuk di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," jelas Johari Abdul lagi.

Justeru, PENITI dengan kerjasama penuh dari WIRDA dan Biro Kebajikan Sosial KeADILan membuka beberapa pusat pengumpulan barangan sumbangan di Kedah dan sekitar Lembah Kelang bagi membolehkan orang ramai untuk menyumbang terus kepada mangsa melalui sukarelawan kami. Tempat-tempat tersebut adalah seperti berikut:

Pusat-Pusat Pengumpulan Sumbangan

1. Pusat Pembangunan Komuniti Merbok (PENITI)
No. 82, Jalan Permai 1, Taman Desa Permai, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah
Tel: 019-4428774 (Asri); 012-3211162 (Saiful)

2. Pusat Pembangunan Komuniti Sungai Petani
No A-23 (Atas), Taman Desa Melati, 08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 013-4845000 (Zamri); 019-4987473 (Azman); 0174628854 (Puan Zarini)

3. WIRDA
No. 20, Jalan 4C, Ampang Jaya, 68000 Selangor
Tel: 013-3330536 (Zuraidah)

4. WIRDA
No. 21, Jalan AU 2A/19, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Tel : 03-42569061 (Puan Hasnah)

5. WIRDA
No. 3, Jalan 9A, Ampang Jaya, 68000 Selangor
Tel : 03-42604471 (Puan Nisa)

6. WIRDA
No. 110, Jalan Limau Purut, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Tel : 012-2345844 (Maizun); 019-3619176 (Puan Sham)

7. Biro Kebajikan KeADILan
No. 11, Jalan Kapur 3/3, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor (berhampiran Kolej Jati UiTM)
Tel : 012-2689201 (Puan Animah)

Friday, December 16, 2005

Ear Squant - Siapa yang bertelanjang ?

Saya rasakan, perlbagai perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini boleh diibaratkan dengan seseorang yang mengidap penyakit kentut. Sedikit...sedikit ianya keluar. Bila ia keluar, terasa panas pula..Dan baunya meresap hingga ke negara China. Saya cuba untuk menukilkan masalah ini dan mengaitkannya dengan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian kita, tetapi terlalu sukar. Otak saya tak boleh menterjemah segala macam isu-isu ini dengan lain-lain perkara selain kentut. Akhirnya saya andaikan sahaja peristiwa-peristiwa ini ibarat kentut jua. Sikit-sikit lama-lama merebak juga. Ha ha ha

Ada beberapa perkara tersirat jika anda perasan, yang membuatkan saya termanggu. Perkara tersurat umum sudah tahu. 3 rakyat China di laporkan di layan secara haramjadah oleh pihak polis semasa di tahan. Dan yang paling mengharu biru kan, bila tiba-tiba sahaja sebuah klip vedio separuh lucah memenuhi setiap sudut utama paper di Malaysia...kecuali Harakah kot. Video ini saling tak tumpah seperti video-video nakal budak-budak melayu yang berlagak kafir yang saya tontoni di rumah member di Ampang.

Cuma di sini, saya ada pandangan yang agak simple berkenaan perkara ini. Cerita ini melibat 3 watak utama iaitu Teressa Kok, wakil DAP Seputeh, pihak kerajaan Malaysia dan pihak PDRM. Sinopsis sebenarnya ialah, Siapa kencing siapa ?

Saya memang tidak berkenan a.k.a menyampah gila babi...di ulangi..gila babi..dengan arus politik umum ataupun global yang bersifat perkauman. Bila saya amati betul-betul cerita di sebalik ear squant ini, mahu tak mahu, akan timbul juga isu perkauman sebagai perkara yang tersirat. Benar, kebanyakkan MP dan Pak Menteli menolak tanggapan perkauman. Ada MP yang membangkitkan isu ini atas dasar Hak Asasi Manusia. Kononya menegakkan keadilan kepada manusia yang tertindas samada Cina, Melayu atau India, Nepal, Indon atau Myanmar. Tetapi harus di ingat, mereka adalah ahli politik. Dan ahli politik akan tetap bergelar ahli politik samada mereka doktor, peguam, bomoh, tukang urut atau toke kedai tikam.

Saya tidak mahu bercerita lagi tentang sinopsis isu ini sejak dari mula. Umum sudak mengetahui bagaimana Teressa mendapat clip ini. Dan terlalu banyak komen-komen atau pandangan yang bersimpan siur di Internet atau paper-paper alternative atau arus perdana.

Secara sembrono kita dapati, drama ini pada mulanya telah di dominasi oleh pihak "orang jahat" iaitu Teressa Kok. Seperti seorang super women, Teressa muncul dengan Laptop DELL (DELL ek ?) Window XP mungkin berkapasiti 40 GB dan 1.5 GHz memory, menayangkan sebuah clip di hadapan 2 orang geng "orang baik" iaitu Nazri Aziz dan Sharir Samad di lobi Parlimen. Heboh satu Malaya selepas itu, bahawa wanita ketuk ketampi itu adalah warga China berstatus OKT.

Walaupun hari ini, Teressa menafikan bukan dia yang memulakan letusan perhubungan China-Malaysia, tetapi gerak badan cara Teressa ini bertindak menampakkan yang dia begitu yakin bahawa gadis ear-squant itu adalah warga China berstatus OKT. Mungkin benar yang klip itu tersebar di tengah-tengah isu 3 orang rakyat China yang di layan secara haramjadah yang menyebabkan orang ramai terus beranggapan bahawa gadis lokap itu adalah salah seorang dari 3 rakyat China itu.

Maka, Teressa berjaya menyumbatkan gol 1-0-0...Teressa (1) - Kerajaan (0) - Polis (0).

Belumpun siasatan di lakukan, orang ramai membuat tanggapan secara terus dengan mengatakan pihak Polis adalah ganas, zalim dan tidak berperikemanusiaa. Benar, kadangkala pihak Polis sendiri keterlaluan dalam menjalankan siasatan. Bukan seorang dua warga reformist yang di terajang oleh anggota polis. Anwar Ibrahim juga pernah koma di bantai Polis. Opss !. Saya bukan penyokong totok parti Polis. Saya berusaha untuk berlaku neutral dalam mengutarakan pendapat. Ingat, tak semua anjing gila.

Dan apabila siasatan di buka oleh suruhanjaya, maka segalanya terungkai. Peluang untuk pihak kerajaan dan polis menjaringkan gol terbuka semula. Gadis yang di katakan dari China itu di hadapkan di hadapan suruhanjaya. Dan wajahnya di tatapi beberapa menit oleh pihak yang hadir dalam mahkamah. Wakil peguam 3 gadis China yang di dakwa di layan secara haramjadah juga berpuas hati. Dah akhirnya semua (?) boleh menerima kenyataan bahawa gadis itu adalah gadis Melayu Malaysia. F!n. Tamat....Nampaknya pihak polis berjaya menjaringkan gol.

Teressa Kok (1) Kerajaan Malaysia (0) Polis (1)

Dengan alasan bahawa gadis lokap itu adalah orang melayu Malaysia, maka terbukalah peluang wakil kerajaan Malaysia menyamakan kedudukan. Sekarang ini, jika kita amati betul-betul, semua adegan ini sedang di bungkus oleh pihak kabinet kerajaan untuk di lempar di muka Teressa Kok kembali. Sekali lagi persoalan warna kulit dan perkauman di nukilkan walaupun ianya secara yang tersirat. Senator-senator Bn di parlimen berusaha menghukum Teressa Kok dan DAP kerana menjadi penyebab kekecohan 'hangat-hangat tahi ayam' antara China - Malaysia. Ada yang lebih keras menyatakan...supaya mereka di dakwa !.

Kita boleh andaikan bahawa keputusan sebenar bakal berkemungkinan
Teressa Kok (1) Kerajaan Malaysia (1) Polis (1).

Saya bukan lah penganalisis profesional untuk menganalisa peristiwa-peristiwa penting seperti ini. Tetapi seperti biasa, setiap orang mempunyai pendangan termasuk saya. Ape gunanya menjadi penganut Islam Hadhari jika tidak mampu memberi pendapat walaupun agak sinikal. Tak kualiti songket sungguh !. Pada pendapat saya, kes ini jika kita ikut modus operandi yang digunakan ketika polis menjejaki penyebar fitnah Siti Nurhaliza, tentunya ianya tidak akan menjadi masalah serius.

Pada saya, untuk men 'clear' kan perkara ini, orang yang paling utama di hadapkan adalah penyebar klip itu. Mudah sahaja untuk menjejakinya. Mula-mula, kita kesan orang yang bertanggungjawap menghantar klip bogel itu kepada Teressa Kok. Teressa Kok berkata yang dia menerima bungkusan di pintu opis semasa menerima klip video itu. Rasanya bukan lah susah untuk mengenalpasti orang yang bertanggungjawap menghantar bungkusan itu. Tentu sekali Teressa Kok mengenalinya.

Seperti teori domino, jika sudah mngenalpasti penghantar klip kepada Teressa, maka bukanlah susah untuk pihak polis menjejaki pula orang-orang yang terlibat sebelumnya. Jika pemfitnah Siti Nurhaliza yang duduk nun di Kolej Komuniti di Pulau Pinang boleh di jejaki, inikan pula penyebar klip video gadis bogel di lokap yang berlegar-legar di sekitar Lembah Klang. Tetapi kenapa modus operandi ini tidak di guna pakai dan seolah-olah semasa hari inqueri awam, berlaku sandiwara opera tahap darjah 4 oleh 2 anggota konstebel yang saling tuduh menuduh. Ha ha. Sungguh sarkis !.

Bagi saya, cerita ini bukan suatu yang berupa tragedi. Pihak kerajaan sedang berhadapan dengan para pengundi di Pengkalan Pasir pada masa kes ini meletup. Seperti kebanyakkan parti politik nasionalis di dunia meraih sokongan, perkara paling mudah adalah melalui sentimen perkauman. Sentimen perkauman adalah isu paling mudah untuk menarik rakyat duduk di satu bumbung sesuatu parti supaya rakyat merasa selamat dan terjaga. Dengan demikian, provokasi di mulakan untuk menjentik sentimen perkauman di pihak 'orang jahat'. Supaya pihak orang jahat melatah dan mendendangkan gendang perkauman. Lebih menarik jika bau-bau kentut ini di hidu orang luar terutama di negara China agar isu menjadi panas dan orang melayu(khususnya) berbondong-bondong mencari tempat 'perlidungan'.

Yang menjadi mangsa adalah gadis lokap itu. Gadis itu di perlakukan seperti 'orang-orang' di sawah. Di pakai kan pakaian dan di usung kehulu kehilir. Jika pun gadis itu melakukan ear squant, ianya tidak wajar di jadikan punching bag oleh pihak 'orang baik' dan 'orang jahat' untuk meneka apa sebenarnya yang terisi di dalamnya dan beradu siapa salah siapa betul. Ini persoalan maruah...di ulangi...MARUAH....Jika kita Islam, kita yakini apa sebenarnya yang terbaik untuk di ikuti..kan ?. kan ?.

Sekian dari saya. Dah Kol 10 dah ni. Chiow !

ps : Mulai hari ini 'aku' akan di gantikan dengan 'saya'.


Wednesday, December 07, 2005

Ekau Anti Hadis... Apa masalah ekau ?

Hari tu aku makan-makan sama Din Department Photonic. Makan di warung Kak Yong sebelah stesen minyak Petronas Serdang. Tak jauh dari Fakulti Kejuruteraan UPM. Sementara nak menunggu sup cedawan aku dan daging goreng kunyit kegemaran Din yang di tiru bulat-bulat dari favourite food Zaki, kami terberbicara tentang golongan Anti-Hadis. Ho ho ho.

Aku bukan lah golongan intelek agama yang superb. Kekadang sangap jugak. Kekadang tertengok juga filem-filem 'nakal' di rumah member di Ampang. Sometimes, selalu mencarut juga terutamanye ketika budak rumah ajak lawan mencarut. Siot jek !. Cuma aku ada beberapa pandangan terhadap golongan anti-hadis dan golongan-golongan yang tergamak menggelarkan diri mereka Liberal.

Kat Malaysia ni ada juga dua tiga kerat manusia yang boleh di ketogorikan sebagai umarak-umarak Liberal dan Anti-Hadis. Kalo tokoh liberal ni cukup aku bagi nama seperti Astora Jabat. Sebab dia pun mengaku dia ni fedumental dan liberal juga la pandangannya. Kalo golongan anti-hadis, tokoh paling terkemuka adalah Kassim Ahmad.

Terpancul juga persoalan di minda aku yang separa rata ini terhadap golongan-golongan yang anti sangat dengan hadis. "Apa masalah mereka terhadap hadis ini ?. Hadis tak pernah pun kacau mereka."

Pada aku, golongan yang anti sangat dengan hadis ini adalah golongan yang tak pernah mempelajari hadis. Secara mudah, kita boleh kaitkan dengan senario kehidupan harian kita. Contohnya begini. Sebab ape ada orang Pas yang membenci orang Umno dan orang Umno membenci orang Pas ?. Mungkin ada alasan-alasan konkrit yang akan di jawap oleh kedua-dua belah pihak. Mungkin orang Umno membenci orang Pas sebab Pas sentiasa membangkang. Jumud. Menolak pembangunan. Dan sebab ape ade orang Pas membenci orang Umno ?. Alasan yang paling popular adalah mungkin orang Umno ini menggunakan undang-undang penjajah. Mungkin mereka menolak Hudud. Rasuah. Atau mengongkong kebebasan bersuara. Atau memonopoli semua jentera-jentera umum.

Semua hujah di atas ada betulnya. Tetapi pada aku ada alasan atau punca paling besar yang menyebabkan wujudnya perasaan membenci antara orang-orang Umno terhadap orang-orang PAS and vise versa iaitu....Orang Umno jarang/tak pernah belajar tentang orang Pas, dan orang-orang Pas tak pernah atau tak berminat untuk belajar tentang orang-orang Umno. Apabila mereka tak mengenali antara satu sama lain, maka wujudlah kebencian antara sesetengan pihak terhadap pihak yang lain. F!n

Aku tak mempunyai ilmu yang cukup bagus untuk berhujah secara 'teknikal' menggunakan dalil - dalil. Cuma aku merasa terpanggil untuk menulis berkenaan penyakit orang anti hadis dan liberal ini. Jadi izinkan aku menulis sedikit. Secara umumnya, mereka cukup bermasalah terhadap hadis ini. Pada mereka hadis ini penyumbang kepada perpecahan umat Islam kerana dengan adanya hadis maka seolah-olah Quran itu sudah tidak relevan lagi. Adanya hadis seolah-olah Quran itu tidak lengkap pada mereka. Dengan hadis maka wujudlah bermacam-macam pandangan. Dan pandangan-pandangan ini membuatkan umat Islam seluruh dunia melakukan ibadat secara berlainan antara satu sama lain mengikut mazhab masing-masing. Itu pandangan mereka yang aku boleh simpulkan.

Aku ada pandangan yang agak sinikal berkenaan hujah anti hadis ini seperti yang aku tulis di atas. Pada pandangan aku, jika pun umat Islam ada bermacam-macam mazhab dan pendapat-pendapat dalam melakukan ibadat seharian, apa masalahanye ?. Umum mengetahui semua manusia mempunyai perdapat berlainan terhadap sesuatu perkara. George Bush dan CIA juga mempunyai pendapat yang sungguh berlainan berkenaan tidakkan Amerika keatas Iraq. Orang Malaysia yang menggunakan kereta Proton keluaran kilang yang sama juga mempunyai pendapat berlainan terhadap kereta proton. Oleh itu, hujah anti hadis yang mengatakan seolah-olah hadis itu membawa perpecahan adalah hujah yang sangat budus.

Perbezaan pendapat adalah seni dalam kehidupan. Dengan perbezaan pendapat maka kita lebih terbuka untuk mempelajari pendapat masing-masing. Jika orang Umno dan Pas berbeza pendapat, di situ wujudnya ruang supaya orang Umno belajar tentang pendapat orang Pas dan orang Pas belajar tentang pendapat orang Umno. Berbeza pendapat tidak akan menimbulkan masalah atau menghalang sesuatu kaum mencapai kemajuan. Dengan perbezaan pendapatlah maka tamadun yang kita diami hari ini terbentuk. Dengan perbezaan pendapat lah maka Teori Relativiti Einstein menjadi tulang belakang penjelajahan angkasa lepas dan kemajuan teknologi nuklear. Dengan perbezaan pendapat pihak gereja dan ahli sains eropah maka akhirnya ilmu-ilmu dunia Islam masuk menerangi Eropah dari timur hingga kebarat.

Pada aku perbezaan pendapat adalah sesuatu yang cantik. Perbezaan pendapat menghasilkan jalan keluar sesuatu masalah dengan lebih jelas dan kukuh.

Dengan wujudnya hadis maka kesucian Al Quran itu semakin terang dan jelas. Khususnya untuk orang-orang yang kabur dan tenggelam. Al Quran di turunkan untuk membuka jalan kepada manusia mencari ilmu dan memanfaatkankannya dengan cara yang sempurna dan betul. Al Quran dan di turunkan kepada Nabi Muhammad sebenarnya adalah titik mula yang besar terhadap ketamadun manusia. Nabi Muhammad sendiri di tugaskan mengajarkan ilmu-ilmu Allah kepada umat manusia, dan siapa lagi yang mahu menyambung lidah nabi selain para ulamak dan ilmuan hadis yang membuat kajian dan perbincangan. Dan sudah tentu di situ timbulnya perbezaan pendapat antara mereka.

Tetapi pada aku ianya bukanlah satu masalah. Sebab ape ?. Sebab kita lihat hasil akhirnya. Jika wujud pun perbezaan pendapat antara mereka yang akhirnya timbul mazhab-mazhab yang ada masa ini, tetapi hasilnya umat Islam secara relatifnya lebih terbuka untuk mempelajari antara satu sama lain. Secara sempoinya, umat Islam akan menjadi lebih rapat kerana perbezaan ini. Orang bermazhab hanafi akan menjadi lebih terbuka untuk mempelajari tentang mazhab Syafie jika mereka ingin melancong ke Malaysia. Dan orang Malaysia yang bermazhab Syafie secara tidak langsungnya terbuka untuk mempelajari mazhab Maliki jika pergi ke Mekah menunaikan haji.

Jadi apa masalah hadis ini terhadap golongan anti hadis ?. Pada aku, golongan anti hadis yang benar-benar membenci hadis adalah golongan yang tidak pernah belajar tentang hadis. Sama juga golongan yang membenci add math di sekolah adalah golngan yang tidak pernah belajar add math. Hanya mendengar betapa susahnya add math dan membuat tanggapan sendiri bahawa add math itu susah. Jika mereka belajar tentang hadis dengan hati yang neutral tanpa ada sebarang tanggapan, maka mereka akan mengakui betapa cantiknya hadis dalam memuliakan lagi Al Quran. Dengan hadis maka terungkai ilmu-ilmu Al Quran dan hasilnya adalah apa yang kita nikmati hari ini samada dari segi pakaian, makanan, pekerjaan, ibadat, hasil perniagaan dan sebagainya. Al Quran dan Hadith di sokong dengan pendapat ulamak dan Qias membuatkan manusia berotak membezakan antara tudung kepala dan tudung saji, skirt dan baju kurung, mee bandung dan pork rice, berkerja dan merompak, kucing dan anjing, miskin dan kaya dan paling penting DOSA dan PAHALA.

Astora Jabat menulis tentang berlakunya berbezaan tarikh hari raya akibat anak bulan yang di lihat dengan cara yang berbeza-beza. Seolah - olah menggambarkan umat Islam ini tidak pernah bersatu di dunia. Aku ada pandangan yang agak sarkastik. Jika terdapat 10 sekalipun perbezaan melihat anak bulan, adakah di situ timbulnya masalah ?. Adakah umat Islam yang berhari raya terawal sehari kerana ternampak anak bulan dari atas bukit akan batal posanya sebulan berbanding pihak yang berhari raya mengikut takwim. Atau umat Islam yang berhari raya awal sehari akan menjadi kafir serta merta ?. Atau jika terlambat berhari raya maka kekuatan ketenteraan akan hilang secara otomatik dan memudahkan tentera Amerika menyerang negara Islam. Ianya hanya perbezaan cara melihat anak bulan. Dan kedua-duanya betul. Tiada masalah timbul walaupun orang Malaysia sehari awal beraya sakan.

Pandangan Astora adalah pandangan golongan typikal orientalis. Mereka menggunakan umpan unsur keislaman untuk melemahkan orang Islam. Bersatu adalah amat dituntut oleh Islam. Jika kita berperang sekali pun, walaupun menggunakan tektik yang pelik sekalipun, jika bersatu pastinya menang. Tetapi orang orientalis ni bijak. Mereka menggunakan alasan "bersatu" untuk menimbulkan kelemahan Islam secara keseluruhan. Berbeza pendapat bukan bermaksud tidak bersatu. Tetapi orientalis menggambarkan apa sahaja perkara yang ada perbezaan, sebagai sesuatu yang negetive yang membawa perpecahan. Ini termasuk lah perbezaan menyambut hari raya tempoh hari. Selain bersatu, mereka mewujudkan istilah terrorist, suicide bomber, jihad dan Taliban sebagai umpan keislaman untuk menggoncangkan iman umat Islam secara keseluruhannya. Typical stupid orientalis !. Tak world sungguh !

Golongan anti hadis ni menurut firasat bomoh Dol Kg Cheras Jaya, adalah golongan perintis orientalis yang mempunyai plan tersendiri untuk menanam kebencian orang islam sendiri terhadap agama Islam. Mudah sahaja jika kita nak buat prediction. Dengan mengemukakan hujah bahawa hadis adalah tidak relevan masa ini akan sedikit sebanyak menggoncangkan iman sesetengah pemuda pemudi Islam. "Ada Al Quran buat apa ada hadis lagi ?". Menerapkan ajaran anti hadis akan membuatkan muda mudi Islam kurang percaya lagi akan hukum hakam Islam terutamanya yang memerlukan hujah-hujah konkrit para ilmuan. Jika persoalan hadis pun sudah boleh di persoal, maka tiada guna lagi disiplin pengajian ilmu Al Quran. Semua orang bole mengeluarkan pendapat sendiri selagi lidah masing-masing sihat walafiat. Hatta, Ah Liow juga bole mengeluarkan pendapat umat Islam di benarkan memilih agama sendiri atas alasan kebebasan beragama dalam Al Quran.

Perbuatan orientalis / golongan anti hadis dalam mengistilahkan perbezaan pendapat sebagai perpecahan adalah cara typical untuk menutup kebebasan bersuara secara Islam. Akibat dari gangguan kebebasan bersuara ini, maka harapan mereka agar umat Islam semakin tidak mampu memberi pandangan sesama sendiri. Dan dengan demikian jika pandangan dan buah fikiran tidak di jana, maka kelam lah suasana keilmuan dah Islam itu sendiri akan lenyap di dunia ini. Semua umat Islam bakal jadi liberal. Suami isteri boleh berlainan agama. Melacur di izinkan jika darurat. Perempuan boleh jadi imam semayang jumaat. Suatu hari nanti, mungkin akan adanya nabi baru yang di pilih melalui pilihanraya. Hu hu hu.

Perbezaan pendapat adalah cantik. Ianya seni dalam kehidupan. Perbezaan pendapat membuka ruang perbincangan yang jelas antara semua pihak. Wujudnya perpecahan bila sesetengah pihak mempunya kepentingan puak dan peribadi. Contohnya, perbezaan pendapat antara UMNO dan Pas membukan ruang kedua-duanya bertukar-tukar fikiran dan mengenali antara satu sama lain. Yang mewujudkan perpecahan apabila puak UMNO atau PAS mempunyai kepentingan politik dan periuk nasi yang membuatkan kedua-dua pihak terus untuk bermusuhan dan membenci. Sapa yang rugi ?. Rakyatttttttttttttt jugaaaaaa !.


Friday, November 18, 2005

What was around in Dr Azahari's story

Aku saje je letak title tu dalam english. Supaya bila omputih-omputih Amerika atau negro-negro Australia mengoogle perkataan Dr Azahari, secara tak langsung web blog aku akan mendapat bida tertinggi dalam index pencarian google. Secara tak langsung, hit akan meningkat. Ha ha ha. Mawi sorang je popular mana bole jadi. Mentang-mentang la aku xde kelulusan Akedemi Fantasia.

Dah 2 minggu aku pulang ke Serdang dari kampung. Lama juga masa diambil untuk mencari semula mood kerja. Alhamdulillah, semalam baru terjumpa terselit di celah-celah kotak berisi kertas print. Pulang dari berhari raya tak menjanjikan cerita yang menarik. Mood kerja di bekamkan semula seminggu lepas dengan cerita terbunuhnya Dr Azahari Husin. Sukar (bagi aku) untuk menerima berita ini bulat-bulat di sebabkan buat masa sekarang seolah-olah seluruh umat berhadapan fitnah yang sungguh besar. Samada dari isu anak tudung di kepala budak-budak UIAM sehingga kepada isu terrorist dan huru hara di Paris. Benarlah nabi pernah berkata yang umat akhir zaman ni akan di timpa fitnah yang besar.

Dr Azahari muncul di tengah-tengah keserabutan umat Islam zaman sekarang. Perkara ini perlu juga di lihat menggunakan sedikit litheral thinking kerana sumber berita ini bukan lah sumber yang boleh di percayai sangat. Aku tak mempunyai fakta yang banyak tentang amalan terrorist sepanjang lebih 2 dekad aku hidup. Kalau ade pun mungkin banyak yang dah lupa sebab otak ni lebih separuh terisi dengan filem-filem karut, gambar-gambar artis, pemain bola sepak Eropah, kumpulan-kumpulan muzik Seattle Sound dan wajah buah hati. Cuma aku suka untuk menarik perbincangan rakan-rakan di luar terutama gadis-gadis cantik di KL (siot jek !) apa sebenarnye punca Azahari berperwatakkan terrorist (jika benar pun) dan perlukah kita menolak pembabitan pihak ke 3 ?. Jeng jeng jeng.....

Sebelum kejadian pengeboman Bali pada tahun ini dan tahun 2003 yang secara terus, memuncakkan nama Dr Azahari, Noordin Mat Top, Imam Samudera dan Abu Bakar Basir, kita juga pernah mengalami serangan pengganas (jika wujud pun) di Pulau Sipadan Sabah. Waktu tu aku di Kolej. Modus operandinya memang berlainan. Tempatnya juga berlainan. Tetapi yang menariknya, pengganas di Mindanao ini mempunyai kelengkapan senjata yang sungguh menakjubkan. Pernah masuk kat TV3 bagaimana gerila ini megah mengangkat sebatang senapang / machine gun semacam M16 tapi ada sedikit tools yang di add on di hujungnya, yang aku rasa pihak Hamas di Palestine pun mustahil untuk memilikinya. Dan secara kebetulan, kelengkapan yang menakjubkan juga bole di temui semasa hari kejadian di mana Dr Azahari Hussin ini di granade. Sila baca kenyataan Polri Indonesia apa yang mereka jumpa di dalam banglo di Semerang Jawa Tengah.

Persoalan yang paling ringkas yang masih membuatkan otak aku sangap setakat ini ialah di manakah puak-puak ini samada Dr Azahari atau gerila di Mindanao mendapatkan wang membeli senjata. Perlu diingat, jawapan paling asas adalah hanya negara-negara elit tentera sahaja yang menghasilkan senjata. Termasuk lah beberapa negara Eropah seperti Britain, Poland dan Hungary dan negara negara besar seperti Amerika Syarikat dan Russia. Jika kita buat sedikit kira-kira, tak mungkin gerila-gerila ini membina senjata sendiri. Tak mungkin mereka membina kilang di tengah ladang kelapa selatan Filipinos. Jika mereka bina kilang senjata sekalipun, mereka pasti memerlukan elektrik, air dan minyak untuk menggerakkan machine. Dan segala keperluan ini hampir mustahil di miliki dalam kuantiti yang banyak secara haram dan berkala dalam mana-mana negara sekalipun.

Mungkin mereka mendapatkan senjata dari negara Islam ?. Ha ha. Satu soalan yang perlu di jawab dengan penyekeh atau penampo. Aku tak jumpa lagi negara Islam yang menjadi pengeksport senjata secara besar dalam dunia ni. Mungkin ada negara yang membuat senjata sendiri tapi kuantitinya tak mungkin cukup untuk di jual keluar. Dan melihat kepada sejumlah senjata yang di temui seperti TNT, peledak, peluru, senapang dan bom, kelihatan senjata ini cukup maju dan tentu sekali ianya hasil kilang yang berteknologi tinggi. Bukan hasil tukang tangan pakcik-pakcik di Penswar Pakistan atau Bukit Tora-Bora di Afghanistan.

Tentu sekali ada individu atau pihak yang membekalkan mereka senjata yang banyak. Barangkali jutawan. Adakah Osama Laden ?. Jika Osama Laden terbabit, persoalan baru pula timbul. Mana Osama Laden nak beli senjata banyak-banyak untuk di salurkan kepada Azahari dan gerila di Mindanao ?. Jika Osama banyak duit sekalipun dan ada pasang kaki di kilang M16 di Columbia SC Amerika Syarikat, dia juga perlukan aggrement perdagangan dan jual beli antarabangsa.

Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan elit tentera Amerika sendiri gagal mengesan kedudukan Osama Laden samada hidup atau mati. Atau jika benar sekalipun Osama membeli senjata dari kapitalis senjata di Amerika atau Russia, maka perlu lah di kaji tujuan perang mereka ini samada atas kepentingan Islam atau keuntungan toke-toke senjata semata-mata. Dan pada pendapat aku, mengaitkan Osama atau Al-Qaeda dengan keganasan di Nusantara adalah seperti kita mengaitkan Ali Mamak mempunyai hubungan adik beradik dengan Tom Cruise. Cuma segelintir mamat-mamat neo-konservative dan kapitalis Yahudi sahaja yang berusaha mengatur kejadian ini agar nampak menakutkan tetapi sempurna. Dan yang pasti kepentingan mereka hanyalah minyak dan keuntungan perdagangan senjata.

Kita berbalik kepada persoalam asal tadi. Er, aku citer ape tadi ?......Sebelum aku lanjutkan tulisan, cuba kamu pejamkan mata pelahan-lahan. Bayangkan kamu di sebuah pantai yang indah. Memakai spek mata hitam cap Munah. Secara tiba-tiba ......... kamu di kelilingi dengan sekumpulan kaum yang 2 kali ganda lebih besar bilangan kamu dan memiliki ciri-ciri budaya dan fizikal yang kuat dan mampu menjejaskan suasana indah yang sedang kamu nikmati ketika itu. Apa yang kamu akan lakukan ?

Pada pendapat aku (aku tak tahu pendapat orang lain !), drama peristiwa-peristiwa yang terjadi di Nusantara ada kena mengena juga dengan kepentingan segelintir negara di rantau ini juga. Sebelum wujudnya wilayah apa yang di namakan Wilayah Islam Mindanao hari ini, Filipina secara tegas mengatakan bahawa Sabah adalah miliknya. Dan tuntutan ini sebenarnye berlangsung semenjak pemerintahan Tun Razak lagi. Dan sacara tibat-tiba, sekumpulan kaum minoriti Islam selatan Filipina mendesak di wujudkan status negara Islam bebas di Mindanao. Dulu kita pernah dengar nama Nur Misuari tersembul keluar semasa tragedi penculikkan pelancong di Pulau Sipadan memuncak. Ada satu kenyataan pernah masuk dalam sebuah majalah independent satu ketika dulu setelah Misuari di tangkap oleh Polis Malaysia di perairan Sabah kerana melarikan diri setelah di buru tentera Filipna, sepatutnya kerajaan Malaysia melindungi dan memberi pertolongan kepada Misuari kerana gerakkan MNLF Misuari lah yang akhirnya mengendurkan tuntutan Filipina ke atas Sabah semasa zaman pemerintahan Tun Razak lagi.

Aku boleh buat kesimpulan begini. Jika kita berada di tengah-tengah kaum atau region yang lebih kukuh kedudukan di samping sokongan kuasa besar, adalah satu perkara yang bodoh jika kita terang-terangan menyerang mereka untuk melemahkan kedudukan mereka. Filipina adalah kuasa yang agak kuat suatu ketika dulu dan merupakan bekas jajahan Amerika Syarikat. Tuntutannya keatas Sabah sedikit sebanyak mengancam wilayah Malaysia dan barangkali kita terlepas sumber-sumber asli yang bernilai di dalam perut bumi Sabah. Oleh itu, adalah suatu yang kurang bijak jika kita secara terang-terangan mengancam mereka dengan kekuatan fizikal kita yang terbatas.Maka, sedikit kepintaran adalah perlu untuk mengendur kan ancaman Filipina menuntut Sabah. Caranya, kita wujudkan musuh dan konflik dalam negara mereka sendiri. Kita beri senjata dan sokongan kewangan kepada kumpulan-kumpulan yang kononya berusaha untuk mendapatkan autonomi sendrik.. Akhirnya, konflik dalaman inilah yang menghancurkan Filipina sedikit demi sedikit. Sekarang, tak mungkin lagi kita mendengar suara-suara tuntutan keatas Sabah. Jibam boleh tido lena di Keningau di samping bermimpikan bakal isteri. Ha ha

Aku tak mempunyai fakta lengkap mengenai faktor pihak ke 3 dalam banyak situasi di Asia Tenggara samada kes di Mindanao, Selatan Thai atau di Indonesia. Tetapi dalam hal ini, aku tak suka bermain dengan sentimen kenegaraan semata-mata. Kita kena meneliti bait-bait peristiwa dengan cermat supaya kita lebih memahami hal dan bole membuat tanggapan awal yang betul.

Seperti juga dalam hal kejadian selatan Thailand. Adalah sukar di mengertikan bagaimana kawasan yang tenteram dahulu di sepadan Kelantan ini bakal menjadi medan pembunuhan etnik detik demi detik. Mungkin mudah kita menolak tuduhan awal menteri Thailand yang terrorist ini menjadikan Pulau Langkawi pangkalan merancang serangan.

Selatan Thailand tidak mempunyai kumpulan yang serius meminta autonomi kemerdekaan walaupun ada. Bahkan sebelum ini pun tiada pergerakkan bersenjata yang benar-benar menakutkan di sana. Kawan abang aku dulu selamba menyeberangi Sungai Golok untuk melihat tarian bogel di pub di selatan Thai. Mungkin kalo di beri RM 10, 000 ringgit hari ini supaya dia pergi ke selatan Thailand sekali lagi, alamat sampai mati la dia tak nak. Di beritakan punca konflik selatan Thai adalah penangkapan guru-guru agama secara berkala oleh tentera Thai. Mengikut mulut orang sana, kalo dah kena tangkap tu, alamat guru-guru ini takkan pulang lagi la. Jadi, pada aku, punca konflik adalah seolah-olah ada pihak ke 3 yang mencetuskan provokasi. Mungkin konflik sengaja di buat untuk menggertak pemerintah sana agar panik. Mungkin ianya strategi kalangan jiran Thailand sendiri(sapa tuh ?) sendiri untuk mengendurkan kekuatan Thailand samada dari segi ekonomi atau ketenteraan.

Perlu juga di lihat perkara ini dari skop pemerintahan domestik. Adakah konflik selatan Thailand satu strategi politik Thaksin untuk menutup kes rasuahnya dan kemerosotan prestasi ekonomi. Atau dalang kapitalist senjata dan minyak untuk menimbulkan suasana konflik, sekaligus dapat meyakinkan rantau Asean ini terutamanya Thailand untuk membeli senjata lebih banyak. Ingat, dalam dunia kapitalis kesengsaraan orang lain adalah keuntungan untuk sebahagian yang lain. Kesengsaraan penagih-penagih dadah melayu di Felda Taib Andak (Felda Bukit Aping Barat juga !) adalah keuntungan untuk tokan-tokan dadah kaya raya di Johor Baru atau KL.

Begitu juga apabila kita berbicara atau terberbicara tentang Dr Azahari. Berita yang di dendangkan di media seolah-olah memperbodohkan warga Asean yang tersedia bodoh. Jika kerajaan Indon benar-benar serius dalam menangani pengganas (jika wujud), kenapa di biarkan mayat Azahari di bawa pulang tanpa ujian DNA ?. Tidak pentingkah DNA itu ?. Sedangkan mangsa Tsunami yang sudah reput dan tidak di ketahui hujung pangkal asalnya terpaksa di lakukan DNA test supaya ahli keluarga dapat dikenalpasti. Jika hanya sekadar pengecaman cap jari dah tanda tahi lalat sudah cukup untuk mengenalpasti waris mayat, kenapa kerajaan Thai susah-susah menjalankan DNA test untuk mengetahui siapa mayat mangsa Tsunami tersebut ?. Bukan ke mudah di bawa saja waris samada abang atau adik, berdiri di sebelah mayat mangsa Tsunami tersebut dan sahkan kedudukan tahi lalat..atau negara pembuat bikini yang di pakai...atau apa sahaja asalkan waris dapat mengenali identiti mayat. Tindakkan kerajaan Indonesia tidak menjalankan DNA test amat meragukan banyak pihak. Ini menunjukkan samada sistem perubatan Indonesia berada sekelas dengan negara Ethopia atau Baghdad. Atau ianya menunjukkan Indonesia tak pernah serius menangani keganasan. Atau sebenarnya ada muslihat terhadap pembunuhan Dr Azahari ini.

Secara teknikal banyak yang bole di pertikaikan dalam cerita Dr Azahari. Benarkah Dr Azahari bersenjata semasa berlawan tembakkan pada hari kejadian ?. Tentang bom peledak yang ditemui di dalam rumah di Semerang Jawa Timur. Bagaimana ianya tidak musnah sedangkan berlaku letupan (Azahari meletupkan diri.). Atau benarkah adanya Dr Azahari di situ ?.

Di sebuah majalah aliran Alternative sedikit masa dulu pernah memberitahu yang pihak Indonesia sendiri meragui tentang sumber senjata puak pemisah Acheh. Hujah mereka jika di fikirkan ada logiknya. Mereka berpendapat yang puak pemisah Acheh ini menerima senjata dari negara jiran terdekat.

Pada aku ianya bukan lah sesuatu yang mustahil. Jika kita sedar posisi kita terlalu kecil sehingga terpaksa menumpang ruang udara negara jiran untuk latihan tentera udara, pasti banyak lagi aspek yang kita takutkan. Tak mungkin kita harus menyerang terang-terangan tanpa sebab keatas negara tetangga semata-mata untuk melemahkan sistem pertahanan dan sistem ekonomi. Apa yang perlu adalah kekuatan sistem risikan dan ilmu provokasi. Senang saja hal ini. Kita install individu atau kumpulan kedalam sesebuah negara dan wujudkan konflik atas alasan yang bole mengusik sentimen rakyat majoriti. Alasan paling best sekali untuk di gunakan ialah alasan keagamaan. Yang pasti individu ini atau kumpulan ini dipastikan identiti mereka kabur pada pandangan rakyat. Selalunya benda yang kabur lah yang orang selalu war war kan. Contohnya hantu.

Selepas itu kita kita upah pihak perisik luar misalnya untuk memasang bom secara terancang di tempoat-tempat strategik seperti di resort atau disco atau Bali.opss.. dan letupkan ia. Pastikan media membuat tanggapan secara terus kepada individu-individu atau kumpulan-kumpulan yang kabur identiti tadi. Sama juga semasa kita di kampung dulu. Jika ada kemalangan di tempat yang sama pernah terjadi kemalangan, orang kampung akan cepat mengaitkan ianya dengan puaka atau hantu orang mati. Sedangkan sampai sekarang kita tak pasti samada adakah hantu-hantu itu tinggal ditempat kemalangan itu. Adakah di situ benar ada puaka ?. Lihat, perkara yang kabur identiti la biasanya di war-war kan orang.

Sama juga dengan cerita Dr Azahari ini. Duduk perkara sebenar adalah terlalu kabur. Cuma di entry ini aku ada pendapat berlainan. Pada pendapat aku, kita tak boleh menolak pembabitan pihak atau negara lain dalam hal ini. Minggu ini heboh tentang cerita Dr Azahari di biyai oleh organisasi yang menggunakan bank tempatan. Sebagai rakyat yang selalu kena kencing oleh tv dan media, kita tak boleh tolak berita ini secara sempoi. Kaji dan fikirkan semula. Jika Noh Omar serius untuk menolak dakwaan negara jiran, pastikan kita ada fakta yang betul dan tulen. Bukan sekadar menafikan. Wan Nor Azlin juga menafikan dia merakamkan aksi romen-romen dia dengan boipren dia sedikit masa dulu. Nah, sekarang ramai orang boleh pastikan samada penafian Wan Nor Azlin benar atau sekadar melepaskan batuk di lif (sekarang mana main tangga-tangga ni.). Sebagai marhaen kita juga kena berfikir sedikit, benarkah ada organisasi dalam negara terbabit dalam pengeboman rakyat di Indonesi ?. Benarkah ada hantu di sebalik jalan yang berpuaka ?..........Otak aku semakin sangap memikirkan jalan cerita ini.


Wednesday, November 02, 2005

Google - Antara percuma dan penaklukan

Orang sekarang kemaruk sungguh mem'blog'. Samada orang seni, sastera, ahli muzik, penyanyi, pelakon, jurutera, auditor, student atau sesapa saja, budaya mem'blog' seakan menjadi satu kegilaan hakiki zaman sekarang. Jangan terkejut jika anda di hina dalam keadaan yang memalukan di kedai mamak oleh member-member jika tak tahu mem'blog' atau langsung tak kenal blog.

Jika kita mahu melihat pergerakkan teknologi internet secara halus , lihat sahaja cara Google bekerja. Jika kita melihat dari perspektif biasa, tiada apa yang perlu di perhatikan. Malah google seperti juga aplikasi engin pencari lain seperti Yahoo atau Altavista, menyediakan cara mudah untuk pengguna internet mencari sumber-sumber di lebuh raya maklumat yang gila babi besar.

Awal puasa hari tu, kami tiba-tiba terberbicara tentang Google dan muslihatnya. Bos aku memang seorang yang penuh dengan idea dan cerita-cerita. Tiba-tiba terkeluar di mulutnya kenapa Google beria - ia membina aplikasi yang secara zahirnya nampak sungguh bodoh. Ape gunanya google earth ?. Adakah ianya akan memudahkan aku mengenalpasti bilik air rumah Siti Nurhaliza. Atau memudahkan aku mencari kedai sea food murah di Balakong. Ha ha ha. Orang biasa akan melihat ianya aplikasi mahal yang sungguh wasted. Atau dalam bahasa omputih 'Clever but fool !'. Tapi awas !. Sila baca perenggan berikutnya untuk mengetahui muslihat google map ini. Jeng jeng jeng.

Begitu juga aplikasi blogspot. Aplikasi ini sedikit bijak penciptaannya di bandingkan dengan Google map. Tetapi agak janggal jika di fikirkan semula. Kenapa google membina blogspot secara percuma ?. Apa kebaikkan blogspot ini kecuali bercerita tentang diri sendiri, makan bersama kengkawan di hujung minggu atau sekadar mengumpat orang lain (bloger melayu paling expert hal ini. Ha ha ha).

Seorang ahli silat akan di kira hebat jika dapat membaca pergerakkan lawannya. Seorang jurutera juga akan di kira hebat jika dapat membaca teknologi orang lain. Walaupun sekadar membaca, bukan mencipta. Berbalik kepada persoalan blogspot, motif penciptaan blogspot aku lihat sebagai satu cara untuk menguasai sepenuhnya web-web pengguna.

Dulu, jika seseorang mahu membina web peribadi, dia perlu sekurang-kurangnye web server sendiri seperti apache atau IIS untuk menghidupkan web host. Atau sewa sahaja hosting dari campany-company yang bersepah-sepah di Internet. Dan diperlukan juga web tools seperti Dreamweaver untuk membina programming sendirik. Dengan adanya blog spot, pengguna hanya perlu mendaftar nama dan nama blog, secara automatik kita akan di sediakan space dan selampiran HTML tamplete untuk kita edit sendrik HTML yang kita suka. Dengan demikian, user tak perlu susah-susah untuk membaca buku HTML setebal 600 page atau menghafal PHP code untuk membina aplikasi. Dengan demikian, pengguna tak perlu bergantung lagi kepada hosting berbayar yang kadangkala langsung tak secure atau sengaja mencari untung. Sekaligus, langkah membina blogspot ini seakan mahu membunuh terus kapitalis-kapitalis teknologi Internet seperti Geocities, Brinkster atau Microsoft.

Secara mudah aku dapat bagitahu korang begini, dengan adanya blogspot, berjuta pengguna internet akan di alihkan posisi mereka dari satu lebuh raya maklumat yang bebas kepada satu satu komuniti yang terancang di bawah google. Dan ini lah sebenarnye design baru internet komuniti di masa akan datang. Sebab itu, sekarang ini, google sedang bersusah payah membina blogsearch, sebuah engine pencari khas untuk mencari blog-blog sahaja.

Di masa akan datang pengguna tidak perlukan lagi apachee. Atau IIS milik Microsoft. Pengguna tidak lagi perlu ke msn.com untuk mencari video klip The Offspring atau ke Yahoo mencari web-web menjual bedak sejuk. Guna sahaja blogsearch dan engkau akan di beri senarai dengan berjuta-juta pengguna yang bole membantu. Yang bestnya, semua pengguna-pengguna ini adalah komuniti engkau sendrik. Ianya seolah-olah engkau berada di sebuah taman perumahan dan di dalam taman perumahan itu terdapat orang-orang yang menjual minyak wangi, bedak sejuk, jamu atau sabun mandi dan memudahkan engkau membelinya tanpa perlu ke bandar. Google memang bijak. Lebih bijak dari Samy Velu yang suka membuat ayat-ayat bunga supaya orang fikir dia bijak. Hahahahah. Sempat mengutuk !

Ingat, komutiti ini berevolusi dari teknologi Grid Computing. Salah satu aplikasi P2P dan salah satu ciri-ciri komunikasi zaman akan datang. Jika kampeni korang mem'block' web - web p2p, ko hantar saja email carutan pada IT department korang kerana jahil tentang kaedah komunikasi internet zaman akan datang. Sebab itu google beria-ia melancarkan satu lagi aplikasi p2p iaitu googletalk. Aplikasi ini adalah gabungan antara IM dan VOIP. Kenapa dia membina googletalk sedangkan dunia internet sudah ada Yahoo Messenger, MSN Mesenger dan Skype ?. Pada pendapat aku, googletalk adalah salah satu ciri-ciri Internet community google selain blogspot. Ingat, bila kita dalam satu komuniti, kita perlukan interaksi. Google dapat membaca perkara ini awal-awal lagi. Selain perkongsian sumber melalui blogspot, google menyediakan googletalk untuk memudahkan pengguna dalam komuniti mereka berinteraksi sesama sendiri.

Untuk merealisasikan komuniti google ini, satu platform perlu di bangunkan supaya semua aplikasi di 'run' kan dalam satu platform terbuka. Kompius ?. Camni aku nak terangkan. Kalo seorang pemaju mahu membina sebuah Taman Perumahan dia perlukan batu bata, simen, cangkul, pekerja dan pasir. Tetapi yang paling penting adalah TANAH. Kalo kita kaitkan Taman perumahan dengan komuniti google, kita bole anggap TANAH itu sebagai platform. Platform ini kalo dalam bahasa saintifiknya di kenali sebagai 'Operating System'.

Goolge tak akan menggunakan platform Microsoft. Malah Google dan Microsoft adalah berseteru. Justeru itu, pada jangkaan aku seperti yang di bincangkan bersama rakan-rakan, google akan membina Operating System sendiri. Dan ada ura-ura yang Google akan membina Operating System sendiri berasakan Mozilla Web Browser. Ingat, Mozilla ni bukan budak kecik tak bersunat. Lihat saja profil Mozilla Firefox dan bandingkan sahaja dengan Internet Explorer.

...........Last summer, Anil Dash suggested that it would be a good move for Google to develop a Google browser based on Mozilla. Give that kid a gold star because it looks more than plausible. Mozilla Developer Day 2004 was recently held at the Google Campus. Google is investing heavily in JavaScript-powered desktop-like web apps like Gmail and Blogger (the posting inferface is now WYSIWYG). Google could use their JavaScript expertise (in the form of Gmail ubercoder Chris Wetherell) to build Mozilla applications. Built-in blogging tools. Built-in Gmail tools. Built-in search tools. A search pane that watches what you're browsing and suggests related pages and search queries or watches what you're blogging and suggests related pages, news items, or emails you've written. Google Toolbar++. You get the idea........... http://www.kottke.org/04/08/the-google-browser

Apa kaitan semua ini dengan Google Earth ?. Aku jangkakan yang Google Earth akan menjadi visualized search engine untuk melihat semua komuniti-komuniti yang bertaburan. Katakan di Malaysia terdapat 1 juta komuniti google yang bermacam-macam tabiat, pengguna hanya perlukan google map untuk mengetahui lokasi dan jumlah populasi sesuatu komuniti secara visual. Aku tak pasti jika google mahukan engine pencarinya bersifat visual dan simulation. Aku tiada sumber. Cuma andaian. Kita tunggu sahaja. Google bukan bodoh membina benda-benda yang zahirnya membazir dan buang duit.

Bagaimana pula mekanisma sistem kewangan nanti ?. Ingat, Google sudah lama menggunakan googleads iaitu addsense dan addwords. Kalo korang membida dengan nilai tertinggi untuk web korang sendiri, maka web korang akan berada paling atas, dan sesiapa yang klik pada web korang itu, korang akan dapat 10 persen dari keuntungan (Aku lupa berapa persen. Kalo bukan 10 persen aku mintak maaf la.). Dan beberapa persen lagi akan di berikan kepada google. Win - win situation. Itu kalo sorang. Katalah ada 10 juta pengguna googleads dengan nilai bida sekurang-kurangnya 10 dollar. Korang kira lah berapa keuntungan. Adakah ini bakal menjadi mekanisma kewangan dalam komuniti google ?.

Sekarang ini, google sedang mempopularkan apa yang di katakan Google Desktop Search (GDS). Paling menarik tentang aplikasi ini adalah mekanisma engine pencarinya. Google akhirnya menemui aplikasi yang dapat di install pada desktop, bahkan lebih membanggakan ianya bole memasukkan data dalam PC engkorang kedalam pages yang di cari menerusi google. Maksudnya begini, jika aku taip 'kambing' pada google pages, google desktop akan index kan sekali fail-fail dalam PC aku yang mempunyai wording 'kambing' samada kambing.doc atau kambing.txt kedalam senarai google pages. Pening ?.he he. Install sendrik dan cuba lah !.

Melihat penciptaan terbaru abang google ini, bole kita bayangkan tentang Operating System berasakan web browser. Ianya run berasaskan web browser. Tak payah install Microsoft Window atau OS yang stand alone. Kau orang hanya perlukan web browser dan web server untuk mencapai aplikasi yang korang nak. Amazing kan ?.

Ya, mungkin architecture komputer akan berubah dengan aplikasi seperti ini. adakah IBM klon akan hidup lagi apabila aplikasi google ini berjaya kelak ?. Ingat, Google sedang bergiat untuk bekerjasama dengan Sun Microsystems.

...4.October.2005 - Today, Sun creates yet another important relationship to add to our growing momentum. In an all-star alliance announced today, Sun and Google have begun a strategic relationship to promote and distribute their trail-blazing technologies. As part of the agreement, Sun now includes the Google Toolbar as an option in downloads of the Java Runtime Environment from Java.com, Sun's showcase and portal for Java technology enthusiasts and developers....http://www.sun.com/2005-1004/feature/

Apakah rancangan di sebalik kerjasama ini ?. Ingat, Sun Microsystem merupakan sekutu kuat Google sebelum mereka bekerjasama lagi. GMail dan Blogspot adalah berasaskan JAVA yang di lahirkan dalam makmal Sun Microsystem. Bagai mana komputer architecture yang mungkin di lakarkan sepanjang kerjasama ini ?. Adakah kita tak pelukan lagi memory devices dan storage 40 GB di masa akan datang ?. Adakah memory untuk komputer kita atau processor speed akan di centralizedkan dan di syncronize kan mengikut tatasusila google komuniti supaya sume mende di 'share' kan ?. Adakah kerjasama ini akan menyebabkan kita terpaksa menambah lagi carutan terhadap ketua IT kita yang masuk mem'block' web-web P2P seperti Kaaza, bittorrent atau edonkey ?.

Google memiliki berpuluh-puluh aplikasi samada dalam beta version atau dalam pembinaan. Mereka ada google Picasa, Google Translate, Google toolbar di samping idea-idea lain di dalam Google Lab mereka. Dah ada sebahagiannya berupakan aplikasi add on atau extension tools. Iaitu satu aplikasi untuk menggunakan lain-lain aplikasi. Dalam diam mereka berisi rupanya. Sebab itu mereka tak takut membina pejabat baru berhadapan dengan bangunan Microsoft dan merembat pula bekas think tank Microsoft.

"Today Microsoft filed a lawsuit against a former executive and Google regarding breach of Microsoft's employee confidentiality and non-compete agreement," Microsoft spokeswoman Stacy Drake said in an e-mail. "We are asking the court to require Dr. Lee and Google to honor the confidentiality and non-competition agreements he signed when he began working for Microsoft." ... http://www.threadwatch.org/node/3201


Pastikan korang terus rajin mengekori dan belajar tentang permainan mereka. Google adalah percuma tetapi mereka juga boleh menjadi penjajah seperti Microsoft malah lebih hebat lagi jika kita gagal membaca langkah mereka. Jadi lah pesilat yang pintar di alam maya !.

Selamat Hari Raya.



Thursday, October 27, 2005

Happy Birtday

Image hosted by Photobucket.com
Ikhsan gambar dari : www1.umn.edu

HAPPY BIRTHDAY TO ME !. DAH 25 TAHUN PUN. YEAAA !

Tuesday, October 18, 2005

AP and Proton


National car manufacturer should close down if that is what the people want, said former premier Dr Mahathir Mohamad today.

According to Bernama, reporters covering a news conference following a function attended by Mahathir did not quite know what to make out of his remark that the Proton management should look into all suggestions pertaining to the matter.

"We just close down Proton if this is what the people want," said the former premier.

"And if some feel one way to overcome the many problems we hear today - including Approved Permits (APs) and so on - is that we don't have the automotive industry in Malaysia, we (can) just close down," he added. http://malaysiakini.com/news/41866

Dr Mahathir adalah orang politik. Dia bukan bisnessman. Mungkin satu masa dulu dia pernah buka klinik di Kedah tapi itu lebih 40 tahun dulu. Masa dia muda-muda sebelum masuk politik. Masa tu ilmu perubatan dia masih banyak lagi di dada. Selepas dia masuk politik, dia bukan lagi ahli perniagaan. Dia bukan lagi doktor perubatan sebab ilmu perubatan dia dah hilang. Ada satu ketika dulu, dia sendiri mengaku dia sudah lupa ilmu-ilmu perubatan dia setelah masuk politik sewaktu di wawancara. Cerita ini bukan aku reka sendrik tau. Dr M yang bagitahu.

Isu AP yang timbul pertengahan tahun ini adalah sesuatu yang pelik. Aku kata pelik sebab baru tahun ni rakyat Malaysia yang bermentaliti dunia ke 3 dididik apa itu AP. Sebelum ni, semua orang tak tahu ape itu AP. Samada pensyarah ber PHD, jurutera kilang Sony, ayam hidup di lorong Telawi atau Mak Jah warung Sungai Merab, semuanya tak tahu ape itu AP sehinggalah ianya tiba-tiba menjadi panas baru-baru ini. Rupa-rupanya AP ni dah berlangsung sejak tahun 70 an lagi. Kenapa rakyat tak pernah dididik tentang AP setelah lebih 40 tahun melleka ?. Kenapa bila Dr M tidak lagi jadi PM baru mende ni kecoh2 ? Kenapa dulu ianya menjadi sebahagian dari rahsia rasmi kerajaan tapi baru sekarang ianya timbul ?. Aku bukan lah menentang kerajaan secara membabi buta, tetapi aku adalah seorang warga negara dunia ke 3 yang rasional, demokrasi dan realistik. Aku akuinya kerana aku tak hipokrit. :)

Nanti dulu !. Nasihat aku, isu ini perlu di analisis menggunakan daya fikrah secara sistematik. Ingat !. Isu AP di timbulkan oleh orang-orang politik. Isu ini bukan lah perbalahan oleh orang-orang automotiv. Bukan juga perbalahan oleh jurutera pioneer Proton dan Naza. Ianya adalah masalah orang politik. Dr M orang politik. Dan Rafidah orang politik. Untuk menganalisis isu ini, kita kena lupakan dulu individu-individu seperti Lim Kit Siang, Nazri Aziz, Ahli Parlimen "Laut" Sri Gading atau Haji Hadi. Mereka-mereka ini cuma rempah ratus isu ini agar ianya menjadi lebih hangattt (perkataan hangatt sila sebut mengikut intonasi budak-budak 3R).

Sebelum kita terus berhujah tentang AP, cuba kita bayangkan sejenak di bulan Ramadhan ni. Tapi jangan khayal lebih-lebih. Tak pasal-pasal batal posa. :). Cuba kita bayangkan jika NAZA tidak pernah wujud di Malaysia, hatta di dunia ini. Adakah Proton akan terus maju ?. Adakah Proton dapat menembusi pasaran Eropah ?. Pastinya Proton akan tetap menjadi Proton yang lousy, bermutu rendah, mahal nak mampus dan mempunyai staff-staff pusat service yang tak buat kerja. Cuba bayangkan pula, andaikata Approval Permit (AP) itu sendiri tak pernah wujud di Malaysia atau di dunia sekalipun, adakah proton terus maju kedepan ?. Terus meningkat hasil jualannya ?. Pastinya Proton akan tetap menjadi Proton yang lousy, bermutu rendah, mahal nak mampus dan mempunyai staff-staff pusat service yang tak buat kerja dan tak reti buat kerja. Jadi apakah semua ini ?. Apakah point perbalahan tentang AP ini ?.

Pada pendapat aku, perbalahan tentang AP ini adalah perbalahan untuk mendapatkan pengaruh. Pada aku NAZA bukanlah penyebab kejatuhan Proton. Jika pun Akak Rafidah menyeleweng dalam memberi permit AP, biarkan sahaja badan berkanun seperti BPR mengambil peranan. Cerekarama yang berpanjang-panjang tentang AP ni lama kelamaan akan menelanjangkan niat sebenar pihak yang terlibat. Dalam hal ini, jika Dr M merasa yakin tentang Rafidah melakukan penyelewengan dan penyewelan, biarkan BPR menyiasat. Tetapi nampaknya ada sesuatu yang tak kena...

Dr M muncul di media untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap AP. Ia seolah-olah Dr M cuba untuk mengembalikan pengaruhnya di media. Surat itu ini berjela-jela di lampirkan di hadapan pengacara TV3 yang cun gila semata-semata untuk menyerang Rafidah. Mengikut pandangan mata kasar, semuanya adalah salah Rafidah. Tapi aku gemar untuk mengambil jalan tengah dalam hal ini. Pada aku, dengan melampirkan surat berjela-jela adalah perbuatan yang membazir. Selepas ini lebih banyak pokok yang akan di tebang untuk menghasilkan kertas. Ini kerana, hanya dengan melampirkan surat berjela-jela tak mungkin menutup kerugian Proton jua. Orang yang bijak tetap akan melihat, Proton jatuh semasa ianya di nasihati Dr M. Surat yang berjela-jela untuk memberitahu rakyat yang dulunya Dr M tak pernah bersetuju NAZA menjadi kereta nasional hanyalah pembaziran yang nyata dan tak akan berjaya mengaitkan kerugian Proton dengan NAZA.

Isu ini akan hanya dilihat seolah-olah Dr M cuba untuk menutup kesalahannya dengan memberi nasihat salah kepada Proton sehingga syarikat itu rugi dan kereta-keretanya adalah lousy. Mengaitkan AP dan NAZA adalah langkah-langkah untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang telah tersedia bermentaliti dunia ke 3. Dengan demikian orang akan melihat NAZA adalah punca kebengkrapan proton dan menyalahkan Akak Rafidah Aziz seratus persen. Sedangkan Dr M juga ada bau-bau bacang dengan kerugian dan kebengkrapan proton. Ia seolah-olah kita menyalahkan Mak Cik cleanar yang terlupa mencuci mangkuk tandas apabila perut kita tak bole mengeluarkan tahi setelah memakan kuey tiow goreng yang sudah basi. Kita salah makan tetapi menyalahkan Mak Cik clener.

Dr M bijak. Dia sememangnya bijak. Semalam dia keluarkan kenyataan kononya dia dah fed up dengan AP. Seolah-olah dia telah cuba memperbaiki masalah ini sedaya upaya tetapi akhirnya rakyat mahukan Proton di tutup. Jika statement ini di baca secara sekali harung, seolah-olah Dr M telah merajuk. Seolah-olah dia telah bekerja keras selama ini menaikkan Proton. Dan seolah-olah semua rakyat Malaysia yang bermentaliti dunia ke 3 mahukan Proton pergi jahanam. Tetapi, jika di lihat secara tersirat, Dr M tahu yang Proton bakal bengkrap di bawah nasihatnya. Dia tahu Proton akan di jual kepada Walkswegen. Maka ada dua point yang aku nampak Dr M cuba capai. Pertama, statement seperti yang keluar semalam membuatkan orang ramai bersimpati dengan usaha keras Dr M selama ini dan kesalahan adalah di bahu Rafidah dan NAZA. Keduanya, jika Proton bengkrap atau jatuh ke tangan orang asing, Dr M akan tetap di angkat sebagai wira rakyat mentaliti dunia ke 3 kerana telah sedaya upaya menyelamatkan maruah rakyat Malaysia. Sedangkan semua ini adalah kesilapan Dr M sendiri. Pertama, Proton jatuh semasa Dr M menjadi penasihat. Kedua, NAZA wujud semasa Dr M menjadi PM....Nampaknya Dr M bermain politik untuk mengaburi isu ini dari terkena muka sendiri. Ingat !. Dr M adalah orang politik. Dia bukan bisness man.

Dengan mewujudkan kisah AP, Dr M kembali diangkat sebagai wira rakyat kononnya. Apabila satu hari nanti Proton bengkrap, orang akan mengaitkan kebengkrapan Proton sebagai kesalahan 100% Rafidah dan NAZA, bukannya salah Dr M yang tersilap menasihati proton sebab Dr M dah cakap "Jika rakyat mahukan Proton tutup kedai, maka tutup sajalah Proton. "..Bijak...bijak...

Friday, October 07, 2005

Minyak Dan Bali

Dengan bacaan Bismillah, cuba taip world oil production ---- hampir kebayakkan key word yang keluar di muka pertama google tertulis PEAK !..Ape yang memuncak ?

Nak tak nak kita kena terima bahawa ekonomi kapitalis hari ini adalah berlatar belakang kan minyak. Nak tak nak kita kena terima bahawa geopolitik dunia hari ini juga berpandukan minyak. Cakap ape sahaja senario zaman sekarang samada ape yang kita makan sehinggalah kepada perdagangan senjata antarabangsa, semuanya berfaktorkan minyak. Jika engkau tak caya, engkau perhatikan harga minyak dan bandingkan turun naik harga minyak ini dengan apa sahaja benda di dunia, mereka saling berkait antara satu sama lain. Jika minyak naik, kos untuk menggerakkan engin kilang tepung juga naik. Jika kilang tepung terpaksa melaburkan duit yang banyak untuk engin-enginnya memproses tepung, maka harga tepung yang di keluarkan juga naik. Jika harga tepung naik, Ah Tan kedai runcit terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk membeli tepung dari kilang. Jika harga tepung Ah Tan sudah naik, maka Wak Ali Bengkel Kg Sungai Merab juga terpaksa mengeluarkan duit belanja lebih untuk membeli tepung Ah Tan. Ha ha ha. Kira - kira ini begitu mudah. Hanya manusia yang benar-benar bengap tahap Dewa Gunung sahaja tak dapat memahaminya.

Ok, kita buat calkulation tinggi sedikit. Pengimport terbesar minyak dunia adalah Amerika diikuti oleh China. Suku sahaja dari pelahap minyak di Amerika adalah kereta. Tahun lepas sahaja dunia menggunakan 84.5 billion tong minyak. Ia di sokong juga dengan industri di China yang naik gila babi. Pada tahun 2003 pula dunia menggunakan 82.5 bilion tong. Kalo kita buat kira-kira bodoh, dunia mengalami defisit minyak sebanyak 2 bilion tong untuk tempoh setahun. Kita bandingkan dengan keluaran minyak dunia tahun demi tahun..Menurut Oil and Gas Journal, keluaran minyak per hari pada 2003 adalah 68 juta tong. Dan pada tahun 2001 pula, keluarannya adalah 66.7 juta tong perhari. Dunia hanya mampu mengeluarkan cuma 2 juta tong lebih sahaja selama 2 tahun. Ini bermakna kadar pengeluaran adalah terlalu rendah untuk tempoh satu tahun sahaja berbanding kadar penggunaan dalam tempoh yang sama. Perkara yang sama pernah berlaku dalam industri bijih timah dan arang batu. Huhuhu

Perlu kita sedari, pengeluaran petroliam dunia semakin susut tahun demi tahun. Kita tak pernah melihat data-data terpeinci tentang setiap titik minyak yang di sedut dari perut bumi. Dan data-data ini juga tak pernah di umumkan. Bahkan Petronas juga tak pernah mengumamkan, bukan sahaja hasilan petrol setiap tahun, tapi kita juga tak pernah tahu mana masuk keluarnya duit-duit Petronas. Yang kita tahu, kita ada sauber Petronas, University Petronas, Menara Petronas. Rakyat seperti (aku kata seperti..) di perbodohkan untuk tidak mengetahu hal-hal yang bersangkutan tentang keperluan dan hak seumur hidup.

Minyak adalah nyawa abad ke 21. Kekeringan minyak menandakan bakal runtuhnya tamadun ini. Sukar untuk mengambarkan bilamana berderet kereta-kereta proton atau kacil turbo tersadai di tepi highway. Bayangkan bilamana kedai-kedai minyak hanya membuka perniagaan di kaunter runcit menjual jajan dan air tin manakala mat-mat Nepal hanya bole duduk termenung kerana tiada minyak untuk di tuang ke dalam tangki kereta disebabkan stesyen minyak sendiri kekeringan minyak . Para elit kapitalis terutama tauke-tauke minyak yang kaya raya tahu senario peak oil bakal meruntuhkan tamadun kapitalis ini. Perlu diingat kabinet Bush dipenuhi dengan orang-orang minyak. Ayah W.Bush sendiri adalah bekas executive syarikat minyak Texas yang mempunyai hubungan dengan Ben Laden. Begitu juga Cheney. Penasihat keselamatan Condoleeza Rice adalah seorang korporat Kaunsel di Chevron. Hidup orang-orang ini adalah minyak. Kiri minyak. Kanan minyak. Atas minyak. Bawah minyak. Luar minyak. Dalam minyak.

Aku tak rasakan serangan di Bali adalah atas sentimen pengganas. Jika wujud pun Nordin Mat Top, alasan pengeboman kununnya disebabkan pengganas, adalah alasan budak darjah 3 yang mahu ponteng sekolah. Alasan keganasan sengaja di timbulkan untuk menutup lubang dubur yang busuk yang semakin membesar iaitu--krisis minyak.

Benar, Bali bukan lah pangkalan minyak. Indonesia pun melalui Pertamina sudah 8 tahun menjadi pengimport sepenuhnya minyak luar. Tiada apa yang hendak di banggakan untuk Indonesia dalam soal minyak. Indonesia tiada menara tinggi melangit yang di bina syarikat minyak. Di sana juga tiada Litar F1 hasil pelaburan kampeni minyak. Tiada juga pusat kerajaan persekutuan yang di biayai syarikat minyak. Malah baru-baru ini Susilo sendiri mengishtiharkan penarikan sepenuhnya sabsidi minyak. Jadi apa kaitan Bali, Indonesia dan minyak ?

Tak silap aku, cuma 3 negara sahaja yang bersungguh benar dalam perang di Iraq. Salah satunya adalah Australia. Jika di Amerika, studio lakonan tentang pengganas telah pun di buka seawal 11 September 2001. Jika di amati, bukan sedikit yang meragui kaitan Osama Laden dengan 911. Hanya yang benar-benar bengap sahaja yang mengakui 911 benar-benar angkara al - qaeda. Malah, niat sebenar Bush menghalalkan sept 11 berlaku telah pun berjaya di telanjangkan apabila secara tergesa-gesa kapal-kapal induk tentera Amerika di hantar ke rantau teluk dan Afghanistan. Berapa juta manusia menyaksikan muslim Afghan di napalm dan sehingga kini bukan kata bulu hidung, batang tubuh Osama Laden pun x mungkin di jumpai. Aku sebagai warga Malaysia bermentaliti dunia ke 3, tidak berapa gemar menerima butir-butir berita secara sembrono dan melahapnya tanpa pikir panjang. Jika di google tentang cerita-cerita 911 di internet, bukan sekor dua yang mengatakan 911 tak lebih hanya sebuah pilem Holywood yang cuma menjadikan Osama sebagai musuh taik kucing, dan meletakkan Bush seperti Tom Cruise. Semua ini hanya sebuah cereka untuk mengumpul sokongan orang ramai, agar tentera Amerika di halalkan ke Afghanistan dan Iraq. Jika kita teliti sejarah, kisah ini hampir sama dengan kisah bagaimana tentera-tentera Amerika buat-buat bodo ketika Perl Habour di serang Jepun, dan akhirnya anak-anak muda Amerika ini di halalkan ke Eropah, menyertai Prancis dan British berperang dengan Jermen.

Cerekarama serupa juga telah berlaku di Britain. Beberapa bulan lalu heboh tentang cerita subway London di bom. Anak-anak London di jadikan mangsa 2 3 makhluk yang tamakkan minyak. Orang-orang England yang dikatakan bertamadun itu di momokkan dengan pengganas Al Qaeda dan rangkaian Osama Laden yang telah merancang berbulan-bulan untuk mengebon bumi London. Sebagai warga dunia ke 3 juga, aku yakin benar pengebomam di London bukan sesuatu yang di rancang. Ianya sememangnya di sengajakan untuk menakut-nakutkan orang-orang Putih dan orang-orang Negro agar mereka sama-sama duduk du bawah celah buntut Tony Blair dan mengiakan sahaja perancangan para mukabarat ini untuk mengganyang Teluk dan Afganistan.

Cuma Australia sahaja belum bersedia mementaskan teater pengganas di bumi sendiri. Tetapi, jika rakan-rakannya sudah melabur sedikit nyawa rakyat sendiri, takkan Australia mesti berdiam diri. Howard juga mesti melabur sedikit nyawa rakyatnya. Ingat, dunia kapitalis memang begini. Jika ada keuntungan, maka akan ada pelaburan. Tak kira baik atau buruk. Jika anak-anak orang miskin kampung suka isap dadah, maka kemiskinan pasti akan di biarkan supaya perniagaan ini terus hidup dan melalui kitarannya. Jika anak - anak Felda Taib Andak...dan Felda Aping Barat juga gemar isap dadah, maka jangan pelik kalau dadah terus masuk ke Felda, kerana kemiskinan bagi orang Felda, adalah keuntungan bagi pengedar-pengedar dadah. Jika Australia mahukan habuan minyak timur tengah, maka Howard mesti sedia membunuh sedikit rakyat sendiri dan berlipur lara tentang Osama Laden dan Al Qaeda. Supaya rakyat-rakyat Ostolia terasa takut-takut dengan hantu Osama dan Al Qaeda dan akhirnya mereka pasti duduk beramai-ramai di celah bontot Howard dan menghalalkan sahaja mukabarat-mukabarat Horwad membersihkan kaum muslimin di Timur tengah.

Dengan demikian di ciptalah watak Nordin Mat Top. Dipasang bom tempat-tempat pelancong di Bali di mana orang-rang putih dan orang-orang negro Ostolia suka menginap dan diletupkan pada malam hari. Mudah. Semudah makan karipap di bulan Ramadhan.

Pada pendapat fikrah aku yang bermentaliti dunia ke 3 ini, semua cerekerama dan samarinda ini di sebabkan oleh minyak. Ingat, 90 % minyak dunia sekarang datang dr Arab Saudi. Cuma Iraq sahaja yang boleh menyelamatkan pesaran minyak antarabangsa kerana buminya sendiri mengandungi sumber minyak terbesar selepas Arab Saudi.

Jika diselidiki balik, untuk mengatakan minyak sebagai penyebab keganasan seluruh dunia berkemungkinan besar adalah benar. Tetapi kita sebagai warga dunia kelas ke 3 yang gemar membuang sampah merata-rata kemudian menyalahkan Majlis Pembandaran, perlu menyedari bahawasanya kita sedang menghuni dunia kapitalisma. Dalam dunia ini, apa sahaja yang mendatang keuntungan, pasti di situ ada perniagaan. Jika kelopak dara anak-anak gadis melayu boleh mendatangkan keuntungan, pastinya perniagaan di lorong Telawi, Chow Kit atau Bangsar terus berlangsung. Begitu juga perang dan keganasan. Kedua-duanya adalah kesengsaraan. Tetapi, jika sengsara ini untuk orang lain, maka ianya adalah keuntungan untuk orang lain. Mudah sahaja untuk memahami persoalan ini. Jika orang-orang Bali dan Indonesia di takutkan dengan ancaman pengganas, maka peniaga-peniaga senjata tentu sahaja bersorak sakan. Baru baru ini, Amerika sendiri bersedia menyalurkan senjata ke Thailand dan Indonesia secara percuma untuk menangani keganasan. Jika di lihat secara mata kasar, tiada apa yang harus di bimbangi. Tetapi, penyaluran senjata ke Indonesia sudah cukup menggerunkan jiran-jiran di Asia Tenggara seperti Malaysia. Dan baru-baru ini, TPM sendiri telah berjaya membawa masuk sebuah kampeni senjata Eropah (Sweden ke Poland ntah..aku lupa !) untuk membina senjata di dalam negara. Dan pemergian TPM ke China beberapa bulan lalu juga atas alasan ketenteraan dan senjata. Nampak ?. Pedagang senjata ini berjaya dalam urusan pengiklanan. Mereka mengiklankan senjata-senjata canggih yang kononnya mampu untuk menghapuskan pengganas di Indonedia dan Thailand. Maka, jiran-jiran mereka akan berasa curiga dengan kemudahan senjata percuma yang dilambakkan. Akhirnya, jiran-jiran ini terpaksa membeli senjata lebih banyak untuk menyaingi lambakkan senjata di Indonesia dan Thailand. Seperti peniaga syampoo, mereka mengiklankan syampoo di TV. Sesiapa yang tak memakai syampoo yang diiklankan, maka rambut2 akan menjadi serabut. Boipren tak suka. Kawan-kawan lari. Di hina masyarakat. Tentu sahaja iklan ini menakutkan anak-anak gadis remaja Melayu khususnya. Takut-takut boifren yang sudah ada motor EX 5 pergi mencari perempuan lain. Atau malu kalau-kalau rakan sekuliah mengumpat tahap maharaja di belakang kelas. Ha ha ha. Sudah tentu syarikat syampoo untung besar.

Begitu juga di timur tengah. Peperangan yang memuncak di Iraq di samping krisis berterusan Lebanon dan Syiria memaksa kabilah-kabilah arab lain menaikkan perbelanjaan ketenteraan untuk mengahalang kononnya apa yang di katakan pengganas dari masuk ke dalam negara mereka. Jika diperhalusi, yang untung dalam ceritera pengganas, Osama dan Nordin Mat Top ini bukan sahaja kabilah-kabilah Bush, Blair dan Howard, tetapi segelintir pedangang-pedangan senjata berupa orang putih beragama sama ada Yahudi, Nasrani atau Aties.

Semoga Ramadhan memberi kita kekuatan. Yakinlah, kebenaran pasti melenyapkan kepalsuan, keadilan pasti melenyapkan penyelewengan dan yang pasti jalannya ada disitu. Cuma kita kena cari. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak saudara ku semua.


Thursday, September 29, 2005

Presiden MPP, Nik Aziz dan Mawi

KOTA BAHARU, 16 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan keputusan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) menjemput juara Akademi Fantasia (AF3), Asmawi Ani atau Mawi ke Kelantan.

Katanya beliau mengharapkan lebih ramai penyanyi akan membuat persembahan dan penampilan dalam bentuk yang lebih Islamik pada masa akan datang berikutan undangan artis seperti Mawi ini.

"Inilah usaha yang kawe (saya) buat, demo (kerajaan pusat) buat apa untuk Mawi," katanya ketika berucap pada kuliah agama mingguan beliau di sini, hari Jumaat.

Beliau berkata desas-desus pihak tertentu yang mempertikaikan keputusan itu sebagai cuba mengekploitasi usaha murni yang dibuat MPKB.

"Contoh yang dibawa Mawi seperti penampilan perlu dituruti penyanyi lain agar ia sesuai dengan kehendak semua lapisan peminat sekarang", katanya.

Mawi menjadi perdebatan hangat ekoran cadangan kerajaan negeri mengundangnya untuk Konsert Tautan Kasih di sini pada 30 Sept ini dan Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Bandar Raya Islam pada 1 Okt ini.

Bagaimanapun, keputusan itu ditolak Dewan Ulama Pas yang berpendapat bahawa dengan mengundang Mawi sama seperti Pas menerima Akademi Fantasi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Annuar Musa yang ditemui pada satu majlis di sini malam tadi, berkata cadangan Pas untuk mengundang Mawi pada majlis itu sebagai gimik politik dalam usaha untuk mendapat sokongan pengundi.

Beliau berkata keputusan itu menampakkan bahawa Pas Kelantan telah menghalalkan cara walaupun pada prinsipnya parti itu menolak hiburan yang melalaikan.
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=155681


-- BERNAMA



SERDANG: Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi kelihatan sayu ketika meluahkan pandangannya mengenai sikap negatif masyarakat terhadap penagih dadah dan keluarga mereka di majlis kempen antidadah anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Kejujuran Mawi menceritakan pengalaman dilaluinya pertama kali di khalayak ramai diikuti dengan penuh minat oleh kira-kira 2,000 penuntut dan kakitangan universiti itu.

Majlis anjuran pelajar kursus Strategi Perhubungan Awam Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dengan kerjasama Karyawan dan Maestro Talent & Management.

“Kepada remaja di luar sana, saya menyeru agar jauhi najis dadah kerana ia akan memusnahkan hidup dan keluarga anda.

“Bayangkan sekali kita pilih jalan salah, ibu bapa akan menanggung kekecewaan sepanjang hayat. Najis dadah sebenarnya merosakkan harapan dan memusnahkan impian bukan saja penagih itu sendiri tetapi juga ibu bapa mereka.

“Saya sendiri pernah melihat bagaimana ibu bapa dinista akibat anaknya bergelar penagih dadah.

“Bayangkan mereka sanggup mencemuh dengan berkata: ‘Mak bapa dia tidak pandai menjaga anak, sebab itulah anaknya jadi Mat Gian’,” katanya yang dijemput menjayakan kempen antidadah itu berdasarkan pembabitannya dalam program Belia Benci Dadah.

Dalam ceramahnya, Mawi menyatakan dia melihat sendiri kesan penagihan dadah yang dialami rakan sekolahnya.

“Dia terbaring di tengah jalan di perhentian bas Kulai kerana mengambil pil yang dipanggil abgon sehinggakan terpaksa dipapah untuk dibawa pulang.

“Saya pernah ditawarkan pil ini ketika menuntut di sekolah menengah selain melihat bagaimana saudara terdekat saya menemui maut akibat ketagihan najis dadah,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/BeritaUtama/20050929090534/

Article/indexm_html


Semalam aku keluar makan-makan tengahari bersama kawan-kawan di UPM. Seronok juga cuci mata time tengahari-tengahari nih. Hilang sedikit serabut XML, DTD dan segala makhluk 8 keturunan di lab underground. Tak sangka plak kami ketika ini adalah tarikh-tarikh penting pilihanraya kampus. Ternampak pulak di simpang gadis-gadis manis berderetan memakai t shirt serba merah. "Fuiyoooo !"-kata Hazly. Mereka mungkin penyokong aspirasi kot. Comel...comel. Ha ha ha

Teringat pulak aku zaman belajar di kampus. Masa-masa begini memang agak kritikal. Ingat lagi sewaktu tahun 3 di kolej. Waktu itu, hangat diperkatakan tentang terrorist. Sesiapa yang nampak berkopiah ke kelas atau menyimpan janggut-janggut sedikit, maka akan di cop sebagai - BAKAL DI ISA- kan. Macam biasa, waktu ini aku akan menjadi agen-agen geng-geng kopiah. Menyimpan barang-barang berbentuk x - files bila serbuan mungkin di buat. Mungkin aku kelihatan agak rockers dalam ramai-ramai ahli usrah, itu sebab aku menjadi tempat menyimpan barang-barang kawan-kawan. Ha ha Sebenarnya barang-barang tu bukan bole membunuh pun. Ianya cuma buku-buku ugama, buku usrah, akbar harakah, kaset ceramah ustaz-ustaz dan buku - buku doa. Opss, mungkin barang-barang ini bole membunuh periuk nasi sekumpulan professor-professor yang bakal mendapat tender dan projek.

Semalam juga diadakan ceramah Encik Mawi bin Ani. Terpampang mukanya di banner besar depan masjid UPM. Kami hanya mampu tergelak sesama sendiri bila melihat poster besar itu. Apa yang kami gelakkan adalah rahsia. Hua ha ha ha.

Aku tak berminat untuk menulis perihal Mawi selepas dia di 'spender' kan oleh Maxis, Astro dan akhbar-akhbar utama Malaysia semasa AF3. Tetapi, senario kampus UPM semalam membuatkan tangan aku gatal-gatal untuk menulis serba sedikit perihal Mawi dan dunia anak-anak muda Universiti. Mawi di khabarkan memberi ceramah tentang dadah jam 10 pagi semalam di UPM. Melihat petikan surat khabar Metro, Mawi berjaya menyampaikan sedikit ceritera kisah-kisah mat gian melayu dengan berkesan. Mawi bercerita tentang perihal pengalamannya. Dia tidak beretorik. Dia tidak membuai pendengar tentang impian-impian indah dan kosong atau fakta-fakta statistik penagih Malaysia secara terpeinci yang sekaligus membiolkan sesiapa yang mendengarnya. Cerita Mawi adalah cerita realiti. Cerita ringkas tentang betapa durjananya dadah yang membunuh anak-anak muda felda a.k.a melayu a.k.a islam hari demi hari. Maaf, aku tak bermaksud untuk mengketogorikan ceramah Mawi sebagai terbaik dan tepat. Tetapi terima kasih aku ucapkan kerana Mawi bercerita sedikit tentang senario kehidupan kasta rendah Melayu yang sebenarnya.

Senario pilihanraya kampus sejak sedekad yang lalu menampakkan matlamat yang agak kabur pada aku walaupun keadaannya panas kerana ada perebutan kerusi antara pelbagai pihak. Sepanjang pengalaman aku di kampus, samada pihak pro-kanan menang atau pihak pro-kiri menang, kemenangan itu hanya sekadar bilangan kerusi yang di miliki. Atau pun pihak mana paling ramai exconya. Matlamat untuk kemenangan yang di tulis bait-baitnya di atas kertas manifesto sekadar mencandukan pelajar-pelajar yang mendengar semasa rapat umum agar sewaktu hari mengundi, bilangan undi si empunya manifesto itu menjadi lebih tinggi. Pemimpin-pemimpin atau bakal-bakal pemimpin pelajar ini masih tenat dengan penyakit mat buku dan si skema. Mungkin sebab itu mereka-mereka ini mendapat pointer tinggi nak mampus setiap semester. Janji janji seperti membela kebajikan pelajar-pelajar kampus, memohon kemudahan sukan untuk pelajar atau memperbanyakkan pengangkutan ke asrama adalah candu-candu skema biasa yang di tabur untuk para pelajar. Tolong la, kebanyakkan pelajar hari ini mampu berkereta. Mampu berulang alik ke Mines. Tak percaya lihat di UPM. Tolong la jangan jadi skema.

Selain penyakit mat buku dan si skema, ada satu lagi penyakit yang melanda kepimpinan pelajar era baru ini iaitu penyakit mis-persepsi. Mungkin penyakit ini sudah lama. Biasanya, pengidap penyakit ini akan menganggap hanya dirinya sahaja atau ahli kumpulannya sahaja yang layak mendapat segala kebaikkan dan kemudahan. Atau hanya dirinya sahaja atau ahli kumpulannya sahaja yang layak masuk ke 'syurga'. Maka segala aktiviti, atau nasihat-menasihati, hanya berlegar-legar sekitar ahlinya sahaja. Golongan-golongan kaki longkang, kaki gitar, perokok tegar asrama, pelajar AF3 atau sesiapa sahaja yang tidak sekepala akan di biarkan begitu sahaja. Mungkin mereka adalah bakal ahli neraka. Dan penyakit ini lama kelamaan di lihat menjangkiti golongan-golongan kepimpinan kampus. Sebab itu, tiba sahaja waktu pilihanraya, kalau bole semua kerusi adalah milik golongan si polan bin si polan. Golongan yang bertentangan akan dilihat sebagai sampah dan busuk. Maka perebutan dan penyelewengan berlaku kerana penyakit ini telah berjangkit ke dalam jiwa kepimpinan pelajar. Ada yang sanggup guna pengundi hantu. Ada yang sanggup menipu undi. Ada yang sanggup memboikot. Ade yang sanggup bercampur gaul dengan parti-parti tertentu. Tiada langsung semangat perkongsian kuasa walaupun dari pihak kiri atau kanan.

Pada pendapat aku, pelajar-pelajar yang berangan-angan ingin menjadi pemimpin pelajar di kampus perlukan orientasi baru. Tidak perlu mengikuti kursus-kursus kepimpinan anjuran Biro Tatanegara. Cukuplah turun kebawah dan selami seni hidup golongan-golongan pelajar kasta rendah dan sederhana dikalangan para - para pelajar. Terjemahkan naluri mereka melalui tulisan-tulisan di journal-journal atau majalah kampus contohnya. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dapat memahami disiplin hidup orang di bawahnya dan membuang penyakit mis-persepsi terhadap pelajar-pelajar berkasta rendah seperti mat-mat rokok, mat tembok, kaki warung dan orang yang tinggal sembahyang dan mendidik mereka dengan ilmu kita supaya mereka menjadi orang yang lebih baik. Bakal-bakal pemimpin ini perlu belajar sesuatu dari kisah hikayat Nik Aziz dan Mawi. Di sebalik cercaan golongan-golongan 'ahli syurga' yang tinggi maqamnya terhadap anak-anak muda yang rosak yang busuk, tiba-tiba Nik Aziz merendahkan sedikit darjatnye sebagai Murshidul Am untuk menjemput Mawi menyanyi di Kelantan. Ops, bukan bermaksud Nik Aziz turut sama menyanyi atau Nik Aziz bakal menjadi pengetua AF4. Nik Aziz sedang mengajar kita bagaimana seni dakwah dalam kepimpinan iaitu menarik 'ahli-ahli neraka' ini, mendidik mereka dan melatih mereka supaya mereka boleh menarik 'ahli-ahli neraka' yang lain.

Kabinet pemimpin atau bakal pemimpin pelajar perlu sedar yang mereka bukan sahaja berdepan dengan isu kemudahan sukan dan kemudahan bas. Berhentilah dari beretorik di bilik bersama rakan-rakan sekuliah, atau berbincang berdegar-degar tentang si polan yang hangat bercouple sehingga naik bulu roma. Para pemimpin pelajar perlu membuka zip minda melihat senario sebenar drama kehidupan rakyat. Pada pendapat aku, pemimpin pelajar bukan sahaja bertanggungjawap terhadap pelajar dibawahnya, tetapi ia juga adalah wakil suara pihak ke 3 untuk membela nasib rakyat pelbagai kasta di sebuah negara bernama Malaysia. Benar kita ada akta dan berlapis-lapis peraturan untuk ditempuhi semasa di alam kampus yang membataskan suara kepemimpinan kampus. Tetapi apa guna kebijaksanaan otak dan pointer tinggi nak mampus jika tak tahu berstrategi. Nik Aziz menjemput Mawi ke Kelantan, dan orang tak beranggapan Mawi sebagai pengganas atau tali barut PAS. Ini kerana Mawi bijak mengeksploitasi keadaan dan bijak berstrategi agar pihak kerajaan dan pihak PAS berada dalam situasi menang-menang. Rasanya Mawi patut diterima masuk belajar di UPM.

Sepatutnya tiada gelaran pihak berhaluan kiri atau kanan di university. Jika pemimpin mahasiswa itu benar-benar mahasiswa dan bukan seekor lembu, maka dia wajib tahu tanggungjawapnya sebagai pemimpin dan sesekala perlu belajar dari orang-orang yang dipimpin.

Sketsa Nik Aziz dan si Mawi setidak-tidaknya membuatkan kira berfikir sesuatu. Ops, bukan berfikir bagaimana ingin memasuki AF4 !
Sketsa Nik Aziz dan si Mawi setidak-tidaknya mengetuk kita perihal drama masalah kehidupan sebenar masyarakat di luar. Sketsa Nik Aziz dan si Mawi membawa kita cerita tentang durjana dadah yang membunuh anak-anak muda detik demi detik. Sketsa Nik Aziz dan si Mawi juga membawa cerita bagaimana cantiknya seni dakwah orang-orang yang berilmu terhadap golongan-golongan tepi tembok. Dan yang pasti seni ini sangat-sangat berguna untuk dipelajari oleh golongan-golongan kepemimpinan pelajar.

El Tamated