Ads

Thursday, December 29, 2005

Rakyat Malaysia Dan Sisa-Sisa Kebodohan

Saya melihat, sesetengah rakyat di Malaysia ini masih lagi di selubungi dengan sedikit sisa kebodohan yang nyata. Saya tidak akan berkata bodoh jika mereka ini berada dalam kelas rakyat yang berfikiran ortodok dan jumud. Tetapi masalahnya, segelintir manusia ini boleh la saya katakan berada dalam kelas yang agak luxury dalam masyarakat. Berpendidikan tinggi, bergelar Dr dan petah pula berbahasa Inggeris. Mereka ini saya klasifikasikan bodoh kerana ada ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya. Berijazah tinggi, bergelar Dr dan petah berbahasa Inggeris tetapi menyalahgunakan kuasa, tak ke bodoh namanya tu ?.

Secara kolektif, nilai-nilai kebodohan ini bukan sahaja melanda sesetengah golongan penguasa peringkat tinggi malah mereka yang berdiri mewakili suara marhaen juga tak terlepas nilai kebodohan yang sama. Semua ini bukan lah andaian saya semata. Bukan juga saya sakit hati kerana tidak dilihat bodoh seperti mereka. Tetapi krisis penswastaan MAS yang hanggggat (ikut intonasi pengacara 3R..he he..3R lagi !) akhirnya membuka daya fikrah saya untuk melihat dan menilai, sedikit demi sedikit puak-puak intelek ini di telanjangkan dengan nilai-nilai kebodohan diri mereka sendiri yang amat nyata sekali.

Jika saya nak bandingkan mereka ini dengan sekawan lembu di padang, saya dengan penuh yakin dan hadorinya ingin mengishtiharkan bahawa sekawan lembu itu mempunyai gred kebodohan yang sedikit rendah berbanding dengan 2 3 kerat intelek ini. Mana tidaknya, lembu-lembu ini walaupun bertelanjang dengan sempoi, masih tahu menilai mana rumput mana tahi. Berbanding dengan 2 3 ekor intelek-intelek ini, pertimbangan akal mereka nampaknya terkucil atau mandul sama sekali apabila di hidangkan dengan keuntungan syarikat berjuta-juta sehingga tidak dapat membezakan langsung mana satu sumber halal dan mana satu sumber haram. Mana satu amanah dan mana satu penyelewengan.

Saya sebenarnya tidak tergamak untuk menggelarkan seseorang itu bodoh. Terutama kepada golongan-golongan intelek kelas atasan. Sebabnya, ilmu saya tidaklah sehebat mereka. Kereta saya tidaklah sebesar kereta mereka. Malahan bau ketiak mereka mungkin lebih wangi dan luxury berbanding ketiak saya yang hanya di lapisi rexona RM 3.80. Saya juga tidak kesah jika kebodohan mereka-mereka ini hanya menyusahkan diri mereka sendiri. Saya peduli apa !.

Tetapi apabila saya merasakan bahawa perbuatan bodoh banjingan-banjingan intelek ini dengan nafsu serakah serakus dinasor, nampaknya bakal mengempiskan poket pembayar tax orang-orang jawa seperti saya dan marhaen-marhaen yang lain maka tidak salah rasanya jika saya katakan yang mereka ini sebenarnya bebal lagi meyusahkan orang lain. Tamat !

Krisis MAS jika di amati, menampakkan betapa korupnya sesetengah manusia yang kononya intelek dan fasih berbahasa Inggeris. Sebelum bau busuk MAS ini tersebar 2 3 minggu lepas, saya masih ingat bagaimana cerita seram ini mula tercetus apabila kerajaan Malaysia bertindak membeli saham MAS yang jatuh semasa pemerintahan Dr M dengan harga RM 8.00 seunit. Nilai ini adalah 100% nilai sebenar harga saham. Gila apa ?. Saya kurang arif tentang jual beli ini, tetapi secara rawaknya kita dapat melihat bahawa nilai kebodohan ini telah pun berlangsung sejak dahulu lagi. Bagaimana sebuah syarikat yang bengkrap dengan hutang berjumlah RM 9 billion ini di beli dengan nilai 100% sedangkan harga saham ketika itu cuma RM 3.80 seunit. Tak ke buduh namanya ?. Ingin menyelamatkan Naluri milik intelek banjingan atau menyelamatkan kepentingan negara. Namun cerita ini senyap selepas itu.

Sehingga beberapa bulan lepas, MAS declare sekali lagi yang ianya telah rugi suku penggal kedua berjumlah RM 200 juta. Juta tuu!. Setelah itu, terungkai lah pakaian kebodohan intelek-intelek MAS satu persatu. Bermula dengan kisah 3 keping lukisan berharga RM 1.5 juta. Sekali lagi, betapa nilai kebodohan golongan intelek bertaraf Dr yang bersarang di dalam MAS terkeluar jua. Mungkin orang lain menganggapnya super genius. Tetapi, saya sebagai marhaen rakyat Malaysia yang bermentaliti dunia ke 3 ini tetapi menganggap bahawa si durjana ini mempunyai budaya bodoh yang menebal. Apa tidaknya. Apabila terdengar suara-suara sarkis di Parlimen mahukan lukisan jutaan ringgit ini di jual, Dr ini dengan gaya keanak-anakkannya menyebut bahawa lukisan ini tidak akan dijual kerana iannya bakal menaikkan imej sebuah syarikat bernilai berbillion ringgit. Kenyataan ini berjaya menggeletek bulu ketiak saya.

Saya ada membaca beberapa pendapat sinis di forum-forum di Internet berkenaan kenyataan bertaraf lawak Senario ini. Adakah lukisan jutaan ringgit ini akan menyebabkan berduyun-duyun pelancong asing menempah tiket kapal terbang dan melancong ke Malaysia ?. Adakah lukisan ini jika digantung di dinding rumah Munir Majid..opss..tersebut nama...akan melupuskan hutang berbillion-billion ringgit MAS secara automatik dan memulihkan laluan antarabangsa yang kurang menguntungkan sebelum ini ?. Ha ha ha. Ternyata Dr. yang membuat kenyataan ini seolah-olah membeli ijazah tinggi nya dari Kg Cheras Jaya Balakong. Mungkin dia belajar di Universiti Teknologi Sedili Besar.

Setelah cerita lukisan ini keluar, maka segala nanah dan kudis yang membusuk di dalam MAS selama ini terkeluar jua. MGG Pillai seorang jurnalis menghuraikan cerita ini dengan agak terperinci. Ada sesetengah orang tidak mempercayainya. Tetapi bagi saya, jika di letak di hadapan mata saya senaskah Utusan Malaysia dan sehelai artikel MGG Pillai, saya lebih rela untuk membaca dan mempercayai tulisan Pakcik Pillai ini. Melainkan kalau saya bermain nombor ekor, maka saya akan menaruh kepercayaan kepada Utusan Malaysia.

Menurut Pillai melalui tulisannya The MAS chairman and Dom Perignon champagne kerugian berbillion MAS bukan disebabkan kenaikkan harga minyak dan laluan antarabangsa yang merugikan, tetapi ianya lebih kepada salah guna kuasa dan barah skandal dalam urusan kepimpinan. Orang yang sepatutnya di buang ke laut akibat kecuaian menyediakan cukai kepada kerajaan Arab Saudi akhirnya diangkat menjadi Chief Finance Officer.

Disebalik budaya dan nilai-nilai kebodohan yang berlaku di dalam MAS, di luar pula lain ceritanya. Budaya bodoh ini sebenarnya membarah di dalam masyarakat Malaysia yang majmuk. Apabila Idris Jala bercadang untuk menjual bangunan MAS di jalan Sultan Ismail, maka berderai-derai lah suara-suara unggas di Parlimen. Tak ubah seperti sarkis. Benar, hujah mereka ini ada benarnya. Jual lukisan dahulu sebelum jual bangunan, dan lantik Hassan Merican menjadi pengerusi MAS. Tetapi ini tidak bermakna minda mereka bijak. Saya tetap mengatakan bahawa mereka ini masih terbelenggu dengan nilai kebodohan. Lebih - lebih lagi apabila mereka terbenam di dalam bangunan parlimen. Semakin terbenamlah minda dan daya intelek mereka.

Pada saya, alangkah bijaknya para senator ini jika awal-awal lagi bertegang suara dan merungkai segala kebusukkan MAS sebelum ianya kronik seperti sekarang. Akibat kepentingan perut, mereka bekamkan semua busuk-busuk sebelum ini. Jika mereka menggunakan sedikit kebijaksanaan untuk berhujah berkenaan pembelian RM 8.00 seunit saham dahulu, mungkin keadaan tidak sesukar sekarang. "Encik Roy, dulu senator lain, sekarang senator lain".
Ye ke?. Kalau begitu senator dulu lagi tebal nilai kebodohan mereka berbanding senator sekarang. Ha ha ha.


Menentang cadangan anak Jala berkenaan penjualan bangunan tidak salah. Tetapi pada saya masanya kurang sesuai. Dengan mengungkit sentimen nostalgia kononnya pengerusi dahulu berjanji tidak akan menjual tanah tapak bangunan MAS setelah membelinya dari kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah. Senator hanya pandai berbising-bising sahaja tanpa fakta dan cadangan untuk menyelesaikan masalah pokok...-> menyelamatkan MAS.

Idris Jala seorang yang pintar. Dia pintar sebab dia bekerja di SHELL dan menyelamatkan sebuah anak syarikat SHELL yang bermasalah. Ops, saya tidak bermaksud yang semua anak Malaysia yang bekerja dengan syarikat asing pintar-pintar belaka. Tetapi anak Jala ini pintar kerana dia berjaya terpilih di kalangan orang asing yang lagi terrer barangkali untuk memimpin tugas yang besar. Setidak-tidaknya dia dipilih 'berlumba lari' bersama dengan orang luar untuk membaiki sebuah syarikat Internasional yang bermasalah, dan berjaya pula akhirnya.

Tetapi, saya dapati, membawa masuk Idris Jala bukanlah jaminan besar untuk MAS berjaya. Ini di sebabkan di sekeliling Idris Jala terdapat sekelompok puak yang tebal nilai-nilai kebodohan dan telah kenyang betahun-tahun membaham duit syarikat. Bagaimana anak Jala mahu menjalankan tugasnya ?. PM kita mahukan agar tugas Idris Jala tidak di ganggu. Syukurlah. Setidak-tidaknya unggas-unggas di Parlimen dapat di diamkan.

Tetapi, apa yang saya khuatirkan, setelah 2 tahun, Idris ini bukan sahaja akan di kenali sebagai bekas CEO MAS, malah dia barangkali akan di jadikan black goat oleh puak-puak intelek babarian yang masih bernyawa di MAS, termasuk seorang Dr yang ijazahnya meragukan saya. Selepas ini mungkin sedikit duit akan di pam ke MAS. Puak-puak ini akan terus melahap duit ini. Dan jika ini berlaku, MAS semakin sukar di pulihkan untuk jangkamasa 2 tahun yang di berikan kepada anak Jala. Jika MAS masih rugi, orang pasti melihat ianya kegagalan Idris Jala. Sekali lagi puak-puak ini terselamat termasuk Dr tadi.

MAS adalah contoh senario nilai - nilai kebodohan yang nyata yang berlaku di Malaysia. Bukan sahaja intelek-inetelek tinggi di syarikat besar tetapi ianya melanda juga orang-orang yang berdiri hasil sokongan rakyat. Sesungguhnya ada satu punca yang dominan sekali yang membawa kepada nilai kebodohan ini. Puncanya ialah, rakyat tidak dididik bagaimana harus memilih pemimpin.

Contoh paling mudah, cuba buka TV1 setiap khamis jam 9 malam. Setiap kali penceramah keluar, topik yang di bincangkan hanya setakat menjaga keharmonian suami isteri atau bagaimana menjadi Kuntum Khairo Ummah atau bagaimana menjaga tetangga anda. Minda rakyat di mandulkan agar bodoh sama sekali berkenaan seni memilih pemimpin. Bila pemimpin yang di pilih hanya sekadar pandai berpantun di Parlimen, sesekala mengunggaskan diri, maka jangan harap nilai kebodohan dapat di buang dari minda rakyat Malaysia. Kita akan terus jadi bodoh. Berbangga lah !


No comments: