Ads

Thursday, December 22, 2005

Bantuan banjir

Rayuan sumbangan bantu mangsa banjir

Malaysia Today

SUNGAI PETANI: Pusat Pembangunan Komuniti Merbok (PENITI) dan Women's Institute for Research, Development and Advancement (WIRDA) merayu kepada orang ramai yang prihatin supaya dapat menghulurkan bantuan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir yang melanda di bahagian utara Semananjung Malaysia, khususnya di Kedah.

Keadaan banjir besar yang sedang berlaku di wilayah utara Semenanjung itu semakin buruk sejak beberapa minggu lalu mengakibatkan beberapa penempatan menghadapi kesukaran untuk mendapat sumbangan.

Pusat-pusat penempatan yang dibuka bukan sahaja tidak mampu menampung pertambahan mangsa-mangsa banjir yang semakin meningkat, malah usaha penyaluran bantuan didapati terlalu perlahan untuk menangani pertambahan mangsa.

Untuk membantu menangani masalah ini, PENITI membuka sebuah pusat pengumpulan barangan sumbangan dari rakyat untuk mangsa-mangsa banjir serta beberapa pusat pengagihan sementara di kawasan-kawasan yang terlibat.

Bantuan yang didapati masih jauh dari mencukupi untuk membantu mangsa yang terlibat, terutamanya mereka yang tidak berada di pusat penempatan yang terlalu sesak.

Menurut Pengarah PENITI, Saiful Izham Ramli, setakat ini PENITI sangat memerlukan sumbangan barangan makanan seperti beras, gula, minuman, kopi, teh, milo, sardin dan makanan bayi.

"Melalui tinjauan yang dibuat oleh sukarelawan yang bertugas, mangsa banjir juga memerlukan barangan seperti khemah, selimut, alas tidur, alas tikar, kain batik, kain pelikat, lampin bayi serta tuala wanita," kata Saiful.

Sekiranya ada yang ingin menyumbang secara tunai, sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun PENITI di Ambank No. 0152-0210-0849-3, dan sms kepada 012-3211162 selepas memasukkan sumbangan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan, Johari Abdul yang sering berada di kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir memberitahu, sumbangan segera amat dialu-alukan.

"Segala bantuan akan cuba diagih-agihkan kepada semua tempat kejadian termasuk di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," jelas Johari Abdul lagi.

Justeru, PENITI dengan kerjasama penuh dari WIRDA dan Biro Kebajikan Sosial KeADILan membuka beberapa pusat pengumpulan barangan sumbangan di Kedah dan sekitar Lembah Kelang bagi membolehkan orang ramai untuk menyumbang terus kepada mangsa melalui sukarelawan kami. Tempat-tempat tersebut adalah seperti berikut:

Pusat-Pusat Pengumpulan Sumbangan

1. Pusat Pembangunan Komuniti Merbok (PENITI)
No. 82, Jalan Permai 1, Taman Desa Permai, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah
Tel: 019-4428774 (Asri); 012-3211162 (Saiful)

2. Pusat Pembangunan Komuniti Sungai Petani
No A-23 (Atas), Taman Desa Melati, 08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 013-4845000 (Zamri); 019-4987473 (Azman); 0174628854 (Puan Zarini)

3. WIRDA
No. 20, Jalan 4C, Ampang Jaya, 68000 Selangor
Tel: 013-3330536 (Zuraidah)

4. WIRDA
No. 21, Jalan AU 2A/19, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Tel : 03-42569061 (Puan Hasnah)

5. WIRDA
No. 3, Jalan 9A, Ampang Jaya, 68000 Selangor
Tel : 03-42604471 (Puan Nisa)

6. WIRDA
No. 110, Jalan Limau Purut, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Tel : 012-2345844 (Maizun); 019-3619176 (Puan Sham)

7. Biro Kebajikan KeADILan
No. 11, Jalan Kapur 3/3, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor (berhampiran Kolej Jati UiTM)
Tel : 012-2689201 (Puan Animah)

No comments: