Ads

Wednesday, December 07, 2005

Ekau Anti Hadis... Apa masalah ekau ?

Hari tu aku makan-makan sama Din Department Photonic. Makan di warung Kak Yong sebelah stesen minyak Petronas Serdang. Tak jauh dari Fakulti Kejuruteraan UPM. Sementara nak menunggu sup cedawan aku dan daging goreng kunyit kegemaran Din yang di tiru bulat-bulat dari favourite food Zaki, kami terberbicara tentang golongan Anti-Hadis. Ho ho ho.

Aku bukan lah golongan intelek agama yang superb. Kekadang sangap jugak. Kekadang tertengok juga filem-filem 'nakal' di rumah member di Ampang. Sometimes, selalu mencarut juga terutamanye ketika budak rumah ajak lawan mencarut. Siot jek !. Cuma aku ada beberapa pandangan terhadap golongan anti-hadis dan golongan-golongan yang tergamak menggelarkan diri mereka Liberal.

Kat Malaysia ni ada juga dua tiga kerat manusia yang boleh di ketogorikan sebagai umarak-umarak Liberal dan Anti-Hadis. Kalo tokoh liberal ni cukup aku bagi nama seperti Astora Jabat. Sebab dia pun mengaku dia ni fedumental dan liberal juga la pandangannya. Kalo golongan anti-hadis, tokoh paling terkemuka adalah Kassim Ahmad.

Terpancul juga persoalan di minda aku yang separa rata ini terhadap golongan-golongan yang anti sangat dengan hadis. "Apa masalah mereka terhadap hadis ini ?. Hadis tak pernah pun kacau mereka."

Pada aku, golongan yang anti sangat dengan hadis ini adalah golongan yang tak pernah mempelajari hadis. Secara mudah, kita boleh kaitkan dengan senario kehidupan harian kita. Contohnya begini. Sebab ape ada orang Pas yang membenci orang Umno dan orang Umno membenci orang Pas ?. Mungkin ada alasan-alasan konkrit yang akan di jawap oleh kedua-dua belah pihak. Mungkin orang Umno membenci orang Pas sebab Pas sentiasa membangkang. Jumud. Menolak pembangunan. Dan sebab ape ade orang Pas membenci orang Umno ?. Alasan yang paling popular adalah mungkin orang Umno ini menggunakan undang-undang penjajah. Mungkin mereka menolak Hudud. Rasuah. Atau mengongkong kebebasan bersuara. Atau memonopoli semua jentera-jentera umum.

Semua hujah di atas ada betulnya. Tetapi pada aku ada alasan atau punca paling besar yang menyebabkan wujudnya perasaan membenci antara orang-orang Umno terhadap orang-orang PAS and vise versa iaitu....Orang Umno jarang/tak pernah belajar tentang orang Pas, dan orang-orang Pas tak pernah atau tak berminat untuk belajar tentang orang-orang Umno. Apabila mereka tak mengenali antara satu sama lain, maka wujudlah kebencian antara sesetengan pihak terhadap pihak yang lain. F!n

Aku tak mempunyai ilmu yang cukup bagus untuk berhujah secara 'teknikal' menggunakan dalil - dalil. Cuma aku merasa terpanggil untuk menulis berkenaan penyakit orang anti hadis dan liberal ini. Jadi izinkan aku menulis sedikit. Secara umumnya, mereka cukup bermasalah terhadap hadis ini. Pada mereka hadis ini penyumbang kepada perpecahan umat Islam kerana dengan adanya hadis maka seolah-olah Quran itu sudah tidak relevan lagi. Adanya hadis seolah-olah Quran itu tidak lengkap pada mereka. Dengan hadis maka wujudlah bermacam-macam pandangan. Dan pandangan-pandangan ini membuatkan umat Islam seluruh dunia melakukan ibadat secara berlainan antara satu sama lain mengikut mazhab masing-masing. Itu pandangan mereka yang aku boleh simpulkan.

Aku ada pandangan yang agak sinikal berkenaan hujah anti hadis ini seperti yang aku tulis di atas. Pada pandangan aku, jika pun umat Islam ada bermacam-macam mazhab dan pendapat-pendapat dalam melakukan ibadat seharian, apa masalahanye ?. Umum mengetahui semua manusia mempunyai perdapat berlainan terhadap sesuatu perkara. George Bush dan CIA juga mempunyai pendapat yang sungguh berlainan berkenaan tidakkan Amerika keatas Iraq. Orang Malaysia yang menggunakan kereta Proton keluaran kilang yang sama juga mempunyai pendapat berlainan terhadap kereta proton. Oleh itu, hujah anti hadis yang mengatakan seolah-olah hadis itu membawa perpecahan adalah hujah yang sangat budus.

Perbezaan pendapat adalah seni dalam kehidupan. Dengan perbezaan pendapat maka kita lebih terbuka untuk mempelajari pendapat masing-masing. Jika orang Umno dan Pas berbeza pendapat, di situ wujudnya ruang supaya orang Umno belajar tentang pendapat orang Pas dan orang Pas belajar tentang pendapat orang Umno. Berbeza pendapat tidak akan menimbulkan masalah atau menghalang sesuatu kaum mencapai kemajuan. Dengan perbezaan pendapatlah maka tamadun yang kita diami hari ini terbentuk. Dengan perbezaan pendapat lah maka Teori Relativiti Einstein menjadi tulang belakang penjelajahan angkasa lepas dan kemajuan teknologi nuklear. Dengan perbezaan pendapat pihak gereja dan ahli sains eropah maka akhirnya ilmu-ilmu dunia Islam masuk menerangi Eropah dari timur hingga kebarat.

Pada aku perbezaan pendapat adalah sesuatu yang cantik. Perbezaan pendapat menghasilkan jalan keluar sesuatu masalah dengan lebih jelas dan kukuh.

Dengan wujudnya hadis maka kesucian Al Quran itu semakin terang dan jelas. Khususnya untuk orang-orang yang kabur dan tenggelam. Al Quran di turunkan untuk membuka jalan kepada manusia mencari ilmu dan memanfaatkankannya dengan cara yang sempurna dan betul. Al Quran dan di turunkan kepada Nabi Muhammad sebenarnya adalah titik mula yang besar terhadap ketamadun manusia. Nabi Muhammad sendiri di tugaskan mengajarkan ilmu-ilmu Allah kepada umat manusia, dan siapa lagi yang mahu menyambung lidah nabi selain para ulamak dan ilmuan hadis yang membuat kajian dan perbincangan. Dan sudah tentu di situ timbulnya perbezaan pendapat antara mereka.

Tetapi pada aku ianya bukanlah satu masalah. Sebab ape ?. Sebab kita lihat hasil akhirnya. Jika wujud pun perbezaan pendapat antara mereka yang akhirnya timbul mazhab-mazhab yang ada masa ini, tetapi hasilnya umat Islam secara relatifnya lebih terbuka untuk mempelajari antara satu sama lain. Secara sempoinya, umat Islam akan menjadi lebih rapat kerana perbezaan ini. Orang bermazhab hanafi akan menjadi lebih terbuka untuk mempelajari tentang mazhab Syafie jika mereka ingin melancong ke Malaysia. Dan orang Malaysia yang bermazhab Syafie secara tidak langsungnya terbuka untuk mempelajari mazhab Maliki jika pergi ke Mekah menunaikan haji.

Jadi apa masalah hadis ini terhadap golongan anti hadis ?. Pada aku, golongan anti hadis yang benar-benar membenci hadis adalah golongan yang tidak pernah belajar tentang hadis. Sama juga golongan yang membenci add math di sekolah adalah golngan yang tidak pernah belajar add math. Hanya mendengar betapa susahnya add math dan membuat tanggapan sendiri bahawa add math itu susah. Jika mereka belajar tentang hadis dengan hati yang neutral tanpa ada sebarang tanggapan, maka mereka akan mengakui betapa cantiknya hadis dalam memuliakan lagi Al Quran. Dengan hadis maka terungkai ilmu-ilmu Al Quran dan hasilnya adalah apa yang kita nikmati hari ini samada dari segi pakaian, makanan, pekerjaan, ibadat, hasil perniagaan dan sebagainya. Al Quran dan Hadith di sokong dengan pendapat ulamak dan Qias membuatkan manusia berotak membezakan antara tudung kepala dan tudung saji, skirt dan baju kurung, mee bandung dan pork rice, berkerja dan merompak, kucing dan anjing, miskin dan kaya dan paling penting DOSA dan PAHALA.

Astora Jabat menulis tentang berlakunya berbezaan tarikh hari raya akibat anak bulan yang di lihat dengan cara yang berbeza-beza. Seolah - olah menggambarkan umat Islam ini tidak pernah bersatu di dunia. Aku ada pandangan yang agak sarkastik. Jika terdapat 10 sekalipun perbezaan melihat anak bulan, adakah di situ timbulnya masalah ?. Adakah umat Islam yang berhari raya terawal sehari kerana ternampak anak bulan dari atas bukit akan batal posanya sebulan berbanding pihak yang berhari raya mengikut takwim. Atau umat Islam yang berhari raya awal sehari akan menjadi kafir serta merta ?. Atau jika terlambat berhari raya maka kekuatan ketenteraan akan hilang secara otomatik dan memudahkan tentera Amerika menyerang negara Islam. Ianya hanya perbezaan cara melihat anak bulan. Dan kedua-duanya betul. Tiada masalah timbul walaupun orang Malaysia sehari awal beraya sakan.

Pandangan Astora adalah pandangan golongan typikal orientalis. Mereka menggunakan umpan unsur keislaman untuk melemahkan orang Islam. Bersatu adalah amat dituntut oleh Islam. Jika kita berperang sekali pun, walaupun menggunakan tektik yang pelik sekalipun, jika bersatu pastinya menang. Tetapi orang orientalis ni bijak. Mereka menggunakan alasan "bersatu" untuk menimbulkan kelemahan Islam secara keseluruhan. Berbeza pendapat bukan bermaksud tidak bersatu. Tetapi orientalis menggambarkan apa sahaja perkara yang ada perbezaan, sebagai sesuatu yang negetive yang membawa perpecahan. Ini termasuk lah perbezaan menyambut hari raya tempoh hari. Selain bersatu, mereka mewujudkan istilah terrorist, suicide bomber, jihad dan Taliban sebagai umpan keislaman untuk menggoncangkan iman umat Islam secara keseluruhannya. Typical stupid orientalis !. Tak world sungguh !

Golongan anti hadis ni menurut firasat bomoh Dol Kg Cheras Jaya, adalah golongan perintis orientalis yang mempunyai plan tersendiri untuk menanam kebencian orang islam sendiri terhadap agama Islam. Mudah sahaja jika kita nak buat prediction. Dengan mengemukakan hujah bahawa hadis adalah tidak relevan masa ini akan sedikit sebanyak menggoncangkan iman sesetengah pemuda pemudi Islam. "Ada Al Quran buat apa ada hadis lagi ?". Menerapkan ajaran anti hadis akan membuatkan muda mudi Islam kurang percaya lagi akan hukum hakam Islam terutamanya yang memerlukan hujah-hujah konkrit para ilmuan. Jika persoalan hadis pun sudah boleh di persoal, maka tiada guna lagi disiplin pengajian ilmu Al Quran. Semua orang bole mengeluarkan pendapat sendiri selagi lidah masing-masing sihat walafiat. Hatta, Ah Liow juga bole mengeluarkan pendapat umat Islam di benarkan memilih agama sendiri atas alasan kebebasan beragama dalam Al Quran.

Perbuatan orientalis / golongan anti hadis dalam mengistilahkan perbezaan pendapat sebagai perpecahan adalah cara typical untuk menutup kebebasan bersuara secara Islam. Akibat dari gangguan kebebasan bersuara ini, maka harapan mereka agar umat Islam semakin tidak mampu memberi pandangan sesama sendiri. Dan dengan demikian jika pandangan dan buah fikiran tidak di jana, maka kelam lah suasana keilmuan dah Islam itu sendiri akan lenyap di dunia ini. Semua umat Islam bakal jadi liberal. Suami isteri boleh berlainan agama. Melacur di izinkan jika darurat. Perempuan boleh jadi imam semayang jumaat. Suatu hari nanti, mungkin akan adanya nabi baru yang di pilih melalui pilihanraya. Hu hu hu.

Perbezaan pendapat adalah cantik. Ianya seni dalam kehidupan. Perbezaan pendapat membuka ruang perbincangan yang jelas antara semua pihak. Wujudnya perpecahan bila sesetengah pihak mempunya kepentingan puak dan peribadi. Contohnya, perbezaan pendapat antara UMNO dan Pas membukan ruang kedua-duanya bertukar-tukar fikiran dan mengenali antara satu sama lain. Yang mewujudkan perpecahan apabila puak UMNO atau PAS mempunyai kepentingan politik dan periuk nasi yang membuatkan kedua-dua pihak terus untuk bermusuhan dan membenci. Sapa yang rugi ?. Rakyatttttttttttttt jugaaaaaa !.


No comments: