Saya rasakan, perlbagai perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini boleh diibaratkan dengan seseorang yang mengidap penyakit kentut. Sedikit...sedikit ianya keluar. Bila ia keluar, terasa panas pula..Dan baunya meresap hingga ke negara China. Saya cuba untuk menukilkan masalah ini dan mengaitkannya dengan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian kita, tetapi terlalu sukar. Otak saya tak boleh menterjemah segala macam isu-isu ini dengan lain-lain perkara selain kentut. Akhirnya saya andaikan sahaja peristiwa-peristiwa ini ibarat kentut jua. Sikit-sikit lama-lama merebak juga. Ha ha ha
Ada beberapa perkara tersirat jika anda perasan, yang membuatkan saya termanggu. Perkara tersurat umum sudah tahu. 3 rakyat China di laporkan di layan secara haramjadah oleh pihak polis semasa di tahan. Dan yang paling mengharu biru kan, bila tiba-tiba sahaja sebuah klip vedio separuh lucah memenuhi setiap sudut utama paper di Malaysia...kecuali Harakah kot. Video ini saling tak tumpah seperti video-video nakal budak-budak melayu yang berlagak kafir yang saya tontoni di rumah member di Ampang.
Cuma di sini, saya ada pandangan yang agak simple berkenaan perkara ini. Cerita ini melibat 3 watak utama iaitu Teressa Kok, wakil DAP Seputeh, pihak kerajaan Malaysia dan pihak PDRM. Sinopsis sebenarnya ialah, Siapa kencing siapa ?
Saya memang tidak berkenan a.k.a menyampah gila babi...di ulangi..gila babi..dengan arus politik umum ataupun global yang bersifat perkauman. Bila saya amati betul-betul cerita di sebalik ear squant ini, mahu tak mahu, akan timbul juga isu perkauman sebagai perkara yang tersirat. Benar, kebanyakkan MP dan Pak Menteli menolak tanggapan perkauman. Ada MP yang membangkitkan isu ini atas dasar Hak Asasi Manusia. Kononya menegakkan keadilan kepada manusia yang tertindas samada Cina, Melayu atau India, Nepal, Indon atau Myanmar. Tetapi harus di ingat, mereka adalah ahli politik. Dan ahli politik akan tetap bergelar ahli politik samada mereka doktor, peguam, bomoh, tukang urut atau toke kedai tikam.
Saya tidak mahu bercerita lagi tentang sinopsis isu ini sejak dari mula. Umum sudak mengetahui bagaimana Teressa mendapat clip ini. Dan terlalu banyak komen-komen atau pandangan yang bersimpan siur di Internet atau paper-paper alternative atau arus perdana.
Secara sembrono kita dapati, drama ini pada mulanya telah di dominasi oleh pihak "orang jahat" iaitu Teressa Kok. Seperti seorang super women, Teressa muncul dengan Laptop DELL (DELL ek ?) Window XP mungkin berkapasiti 40 GB dan 1.5 GHz memory, menayangkan sebuah clip di hadapan 2 orang geng "orang baik" iaitu Nazri Aziz dan Sharir Samad di lobi Parlimen. Heboh satu Malaya selepas itu, bahawa wanita ketuk ketampi itu adalah warga China berstatus OKT.
Walaupun hari ini, Teressa menafikan bukan dia yang memulakan letusan perhubungan China-Malaysia, tetapi gerak badan cara Teressa ini bertindak menampakkan yang dia begitu yakin bahawa gadis ear-squant itu adalah warga China berstatus OKT. Mungkin benar yang klip itu tersebar di tengah-tengah isu 3 orang rakyat China yang di layan secara haramjadah yang menyebabkan orang ramai terus beranggapan bahawa gadis lokap itu adalah salah seorang dari 3 rakyat China itu.
Maka, Teressa berjaya menyumbatkan gol 1-0-0...Teressa (1) - Kerajaan (0) - Polis (0).
Belumpun siasatan di lakukan, orang ramai membuat tanggapan secara terus dengan mengatakan pihak Polis adalah ganas, zalim dan tidak berperikemanusiaa. Benar, kadangkala pihak Polis sendiri keterlaluan dalam menjalankan siasatan. Bukan seorang dua warga reformist yang di terajang oleh anggota polis. Anwar Ibrahim juga pernah koma di bantai Polis. Opss !. Saya bukan penyokong totok parti Polis. Saya berusaha untuk berlaku neutral dalam mengutarakan pendapat. Ingat, tak semua anjing gila.
Dan apabila siasatan di buka oleh suruhanjaya, maka segalanya terungkai. Peluang untuk pihak kerajaan dan polis menjaringkan gol terbuka semula. Gadis yang di katakan dari China itu di hadapkan di hadapan suruhanjaya. Dan wajahnya di tatapi beberapa menit oleh pihak yang hadir dalam mahkamah. Wakil peguam 3 gadis China yang di dakwa di layan secara haramjadah juga berpuas hati. Dah akhirnya semua (?) boleh menerima kenyataan bahawa gadis itu adalah gadis Melayu Malaysia. F!n. Tamat....Nampaknya pihak polis berjaya menjaringkan gol.
Teressa Kok (1) Kerajaan Malaysia (0) Polis (1)
Dengan alasan bahawa gadis lokap itu adalah orang melayu Malaysia, maka terbukalah peluang wakil kerajaan Malaysia menyamakan kedudukan. Sekarang ini, jika kita amati betul-betul, semua adegan ini sedang di bungkus oleh pihak kabinet kerajaan untuk di lempar di muka Teressa Kok kembali. Sekali lagi persoalan warna kulit dan perkauman di nukilkan walaupun ianya secara yang tersirat. Senator-senator Bn di parlimen berusaha menghukum Teressa Kok dan DAP kerana menjadi penyebab kekecohan 'hangat-hangat tahi ayam' antara China - Malaysia. Ada yang lebih keras menyatakan...supaya mereka di dakwa !.
Kita boleh andaikan bahawa keputusan sebenar bakal berkemungkinan
Teressa Kok (1) Kerajaan Malaysia (1) Polis (1).
Saya bukan lah penganalisis profesional untuk menganalisa peristiwa-peristiwa penting seperti ini. Tetapi seperti biasa, setiap orang mempunyai pendangan termasuk saya. Ape gunanya menjadi penganut Islam Hadhari jika tidak mampu memberi pendapat walaupun agak sinikal. Tak kualiti songket sungguh !. Pada pendapat saya, kes ini jika kita ikut modus operandi yang digunakan ketika polis menjejaki penyebar fitnah Siti Nurhaliza, tentunya ianya tidak akan menjadi masalah serius.
Pada saya, untuk men 'clear' kan perkara ini, orang yang paling utama di hadapkan adalah penyebar klip itu. Mudah sahaja untuk menjejakinya. Mula-mula, kita kesan orang yang bertanggungjawap menghantar klip bogel itu kepada Teressa Kok. Teressa Kok berkata yang dia menerima bungkusan di pintu opis semasa menerima klip video itu. Rasanya bukan lah susah untuk mengenalpasti orang yang bertanggungjawap menghantar bungkusan itu. Tentu sekali Teressa Kok mengenalinya.
Seperti teori domino, jika sudah mngenalpasti penghantar klip kepada Teressa, maka bukanlah susah untuk pihak polis menjejaki pula orang-orang yang terlibat sebelumnya. Jika pemfitnah Siti Nurhaliza yang duduk nun di Kolej Komuniti di Pulau Pinang boleh di jejaki, inikan pula penyebar klip video gadis bogel di lokap yang berlegar-legar di sekitar Lembah Klang. Tetapi kenapa modus operandi ini tidak di guna pakai dan seolah-olah semasa hari inqueri awam, berlaku sandiwara opera tahap darjah 4 oleh 2 anggota konstebel yang saling tuduh menuduh. Ha ha. Sungguh sarkis !.
Bagi saya, cerita ini bukan suatu yang berupa tragedi. Pihak kerajaan sedang berhadapan dengan para pengundi di Pengkalan Pasir pada masa kes ini meletup. Seperti kebanyakkan parti politik nasionalis di dunia meraih sokongan, perkara paling mudah adalah melalui sentimen perkauman. Sentimen perkauman adalah isu paling mudah untuk menarik rakyat duduk di satu bumbung sesuatu parti supaya rakyat merasa selamat dan terjaga. Dengan demikian, provokasi di mulakan untuk menjentik sentimen perkauman di pihak 'orang jahat'. Supaya pihak orang jahat melatah dan mendendangkan gendang perkauman. Lebih menarik jika bau-bau kentut ini di hidu orang luar terutama di negara China agar isu menjadi panas dan orang melayu(khususnya) berbondong-bondong mencari tempat 'perlidungan'.
Yang menjadi mangsa adalah gadis lokap itu. Gadis itu di perlakukan seperti 'orang-orang' di sawah. Di pakai kan pakaian dan di usung kehulu kehilir. Jika pun gadis itu melakukan ear squant, ianya tidak wajar di jadikan punching bag oleh pihak 'orang baik' dan 'orang jahat' untuk meneka apa sebenarnya yang terisi di dalamnya dan beradu siapa salah siapa betul. Ini persoalan maruah...di ulangi...MARUAH....Jika kita Islam, kita yakini apa sebenarnya yang terbaik untuk di ikuti..kan ?. kan ?.
Sekian dari saya. Dah Kol 10 dah ni. Chiow !
ps : Mulai hari ini 'aku' akan di gantikan dengan 'saya'.
No comments:
Post a Comment