Ads

Monday, May 23, 2005

Pengaruh Drama Latin

Image hosted by Photobucket.com

Perasan tak kat T.V sekarang nih berlambak2 cerita-cerita Tele drama melayu, samada Samarendah, Rantaian Emas, Mahligai gading, tele-drama Filipina, tele-drama indon, tele-drama tamil, thailand, siam dan sebagainya. Fenomena tele-drama nih dah lama berlaku. Tak silap aku dulu kita ada tele-drama Opah, tak ketinggalan sebuah tele-drama omputih ala-ala 18 sx yang rancak di tayangkan di tv 5 singapore. Dulu masa aku sekolah menengah sakan le aku tengok citer nih tetengah malam, kebetulan tv 5 Singapore memang on 24 jam. ha ha ha. Rugila sape dok KL masa tuh. Astro pun xde lagi.
Dan kedatangan tele-drama Latin seperti UL So Padora, The Gardener's Daughter, La Introsa dan sebagainya yang dikenali dengan nama telenovela merubah wajah tele-drama tempatan mahu pun Asia secara 360 darjah. Aku tak hairan kenapa telenovela tempatan selalu bercerita tentang kekayaan, perniagaan, gosip, percintaan, perebutan kuasa, konflik orang kaya-kaya, sebab semua ini adalah rentetan pengaruh Telenovela Latin. Dengar sahaja drama latin sudah tergambar di fikiran aku bagaimana bentuk ceritanye, tentunya tentang hubungan sedara-mara yang berkisar tentang perniagaan seberang laut, percintaan terhalang si gadis sebab si bapa telah berjanji kepada bisness partner untuk menjadi besan, cemburunya si adik sebab si kakak mendapat boyfren hensem gila yang kebetulan anak kepada musuh perniagaan bapanya. Dari segi props pula terbayang akan aku sebuah rumah dengan ladang gandum 1000 hektar, kuda, ladang epal, tasik di hadapan rumah, kereta Mercedess Class 8. Berbicara tentang pelakon, sure pelakon tu mempunyai bentuk badan Nasha Aziz 45-35-40, skirt pendek sampai pangkal peha, kaki putih gila, hidung mancung, tinggi manakala si jejaka tentu sekali tidak boroi, kemas, smart dan pandai guna pistol. ha ha.
Dan ini nampaknye mempengaruhi 100 % pengarah-pengarah tempatan agar mengolah idea (sebenarnye bukan idea, tetapi sampah semata) membuat cerita-cerita ala Latin. Kenapa mempengaruhi ?. Camna bole terpengaruh ?.Adakah mereka isap dadah ?. Adakah pengarah-pengarah drama Malaysia tak de idea ?. Atau memang keturunan suka ikut bontot orang dan memperbodoh masyarakat sendiri ?.
Pada aku, drama melayu ala-ala orang kaya adalah olahan pengarah malas. Mengolah cerita tentang fantasi konflik orang kaya adalah short cut untuk mencari untung dan menembusi pasaran drama asia. Kebanjiran telenovela latin ke pasaran asia terutamanya Indonesia (memang klaka dengo suara orang latin dialihsuara kepada bahasa Indonesia), mempengaruhi pembikin drama di sana. Dengan demikian, teledrama-teledrama Indonesia (dan Filipino, Thailand) dengan serta-merta berubah wajah 100 persen mengambil setiap ruang dan ciri-ciri dari telenovela. Bercirikan gaya Latin, berkot, perniagaan, ladang, disco, cemburu, merebut perempuan, dendam, pistol, curang adalah ciri-ciri baru teledrama Indonesia (dan Filipino, Thailand). Lama kelamaan, ianye menjadi satu kegilaan, atau seperti cendawan lepas hujan atau fenomena. Seperti rock kapak membanjiri Nusantara dulu kala, seperti itu juga Telenovela Latin memfenomenakan budaya kaya-raya dalam drama-drama tv.
Dan ianya tidak berhenti setakat itu. Bila mana, pengusaha-pengusaha teledrama di Indonesia (dan Filipino, Thailand) mula meluaskan keuntungan, maka di carinya pasaran. Dan pasaran paling terbuka adalah Malaysia. Sebab di Malaysia di huni oleh ramai orang-orang dungu. Ramai orang-orang Malaysia lebih suka menganga dan menadah "kencing" orang-orang asing tanpa berfikir secara kritis dan menilai. Mereka sukar menembusi pasaran Sinagpore kerana masyarakat di sana lebih suka menerima "kencing" orang putih, Hong Kong dan Taiwan. Lagi pun, stesen-stesen TV Singapore mempunya penilaian drama TV yang sangat ketat. Tak mungkin mereka menerima teledrama murah dan ciplak Indonesia (dan Filipino, Thailand) sebagai daya tarikkan penonton. Mereka lebih rela mengambil cerita-cerita dokumentari Majalah 3, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Senario yang jelas keaslian cerita walaupun sekadar sitkom-sitkom ringan.
Oleh yang demikian, pasaran drama Malaysia adalah satu-satunya pasaran paling menguntungkan. Ianya di bantu oleh minda-minda toke-toke stesen tv Malaysia yang gemar akan drama-drama murah. Jimat belanja asalkan slot petang terisi. Maka, secara tidak langsung teledrama-teledrama Indonesia (dan Filipino, Indonesia) membanjiri pasaran Malaysia sekali bah (seperti Tsunami membanjiri Acheh dengan sekali bah) kerana Malaysia adalah pasaran tunggal teledrama di Asean.
Di sebabkan rasa tercabar dan sumber rezeki kian terancam atau menyemarakkan lagi rancangan tv bodoh di Malaysia, maka pengusaha drama Malaysia mula membuka silat. Maka terlancar lah slot Samarendah. Slot cerita-cerita meleret yang gampang sama sekali. Cerita tentang golongan-golongan kaya yang sarat dengan skandal dan sampah. Yang pasti orang gaji mereka dari Indon ya pak !.
RTM juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara "Mari memperbodohkan minda rakyat". Maka mereka pula melancarkan drama-drama tv orang kaya-kaya yang korup seperti Mahligai Gading yang mana artis jemputan adalah menteri-menteri kangkung. Tidak cukup dengan itu muncul pula Rantaian Emas yang kununnya bercerita tentang perniagaan yang gah gila di tunjangi hartawan-hartawan melayu-cina-india. Ini lah dia integrasi kaum. Suma kaum terlibat menjayakan siri pembikinan drama bodoh. (Dah berapa banyak perkataan bodoh aku tulis ?. Ade 40 kali dah ?.) . Di tambah teledrama-teledrama Indonesia (dan Filipino, Thailand) dan Latin. Sayangnye xde satu pun teledrama Malaysia yang menembusi pasaran tv Indonesia (dan Filipino, Thailand). Jauh sekali pasaran Argentina, Mexico atau Sepanyol. Kesian...

ps : Korang dah besar, pandai-pandai la pikir !

1 comment:

Abouti said...

tengok tak cerita the gladiator. raja dia melambakkan hiburan-hiburan supaya rakyat leka dan tidak bangun memberontak. La ni sama la. satu lagi seperti yang saya terbaca di blog, banyak sgt cerita teledrama latin ni merujuk ke paderi, absolute sangat malaikatnya paderi2 tu. Missionaris alaf baru? Entahler...