"Bagi aku, menonton wayang itu 45 % adalah untuk menghilangkan stress dalam kepala aku sepanjang 3 atau 4 minggu di buli oleh sistem-sistem komputer di Lab. Manakala 50 % lagi adalah sebab aku nak tengok kisah wayang tersebut pada pandangan pengarah, selepas itu buat follow up dengan membaca buku-buku berkenaan wayang tadi (jika wayang tadi dipetik dari kisah-kisah dalam buku atau di ceduk dari epik-epik masa dulu). Manakala 5 % lagi tujuan tengok wayang ini adalah untuk memperkayakan lagi TGV.ha ha "
Sebab tu aku malas menonton wayang-wayang bodoh garapan pengarah-pengarah yang tak gemar mengkaji seperti wayang Tentang Dia, Sembilu 2005 atau Sepet. "Selamba ko kata wayang diorang wayang bodo. Ramai tu peminat diorang. Ko tak takut kena pukul ke ?.". Pi mampus la aku nak kata apa, ini blog aku. Ha ha ha.
Malam tadi aku menonton citer The Kingdom Of Heaven. Aku pergi bersama Din dan Zaki. Cerita ini tentang meletusnya crusade war di Tinur Tengah (Di Baitulmuqaddis khasnya). Pengarahnya adalah seorang kristian so, filem ini tidak sangat memperlihatkan kemenagan pihak tentera Islam secara total, dan pengarah ni bijak membawa hati penonton agar menilai kemenangan orang Islam di Baitulmuqaddis dengan cara yang adil (bagi pihak pengarah) bersama-sama pihak tentera salib. Digambarkan Salahuddin (Al-Ayubbi) sebagai seorang yang bengis(tegas) dan lembut dalam pada masa yang sama.
Balik ke rumah aku membuat follow up dengan membaca kisah Pembaharuan Di Zaman Sallahuddin Al-Ayubi yang tersimpan kukuh di almari bilik belakang. Buku ni aku baru setengah tapi bab berkenaan penaklukan tentera Islam ke atas Baitulmuqaddis aku dah abis baca. Memang benar Guy de Lusignan ada di catatkan dalam buku itu. Tapi nama Balian Of Ibelin xde di catatkan. Watak Reynald ade di catatkan dalam sejarah(samada watak tu bernama Renald atau tak aku tak pasti tapi dalam buku, memang ade orang yang sejahat Renald seperti dalam movie). Cerita Salahuddin memberi Guy minum air memang benar dan air itu kemudian di rampas oleh Renald. Tapi dalam movie tuh, air itu di beri secara elok kepada Renald. ha ha. Mengikut sejarah sebenar, penguasa yang mengawal Baitulmuqaddis (mungkin penguasa tu bernama Balian. Wallahualam) setelah Guy di tawan Salahuddin memohon Baitulmuqaddis diberi secara aman tanpa perang setelah termeterai perjanjian. Dalam filem, berlaku peperangan di pintu Baitulmuqaddis dan kononnya tentera salib bermati-matian mempertahankan pintu berkenaan dan Sallahuddin terpaksa memohon perjanjian kerana mungkin mengalami kesukaran untuk masuk atau kasihankan wanita dan kanak-kanak di dalam. Kalo aku cerita sampai abis perbandingan antara filem dan buku berkenaan Kingdom Of Heaven, for sure peminat-peminat akan meluat dan mengantuk. ha ha. Untuk memudahkan cerita, beli buku Sallahuddin sendiri dan baca.

No comments:
Post a Comment