" Mengikut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bagi tempoh Januari dan Febuari 2005, jumlah penagih dadah yang ditangkap di Malaysia ialah 4,050 orang. Ini bermakna, purata 68 penagih telah dapat dikesan setiap hari. Daripada jumlah itu, 1,909 adalah penagih baru mengikut maklumat daripada NADI (Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan). Ini bermakna 32 penagih baru dikesan setiap hari. Angka ini amat membimbangkan kita.
Pecahan mengikut profil bangsa;
a. 1,122 ----- (64,4 %) ------- Melayu;
b. 179 --------(12.2 %) ------- Cina;
c. 132 --------(8.4 %) --------- India;
d. 357 --------(11.4 %) ------- pribumi Sabah;
e. 15 ----------(0.5 %) -------- pribumu Sarawak;
f. 103 ---------(3 %) ---------- lain-lain; dan
g. 1 ------------(0.02 %) ----- warga asing.
Mengikut jantina pula: 97.8 % adalah penagih lelaki dan hanya 2.2 % sahaja adalah penagih perempuan.
Penagihan mengikut umur pula ialah:
a. 13 hingga 15 tahun ----- 0.2 %
b. 16 hingga 17 tahun ----- 1.1 %
c. 18 hingga 19 tahun ----- 3.0 %
d. 20 hingga 24 tahun –-- 16.4 %;
e. 25 hingga 29 tahun ---- 21.0 %;
f. 30 hingga 34 tahun –-- 19.3 %;
g. 35 hingga 39 tahun –-- 15.3 %;
h. 40 hingga 44 tahun –-- 12.2 %;
i. 45 hingga 49 tahun ----- 7.4 %
j. 50 tahun keatas ---------- 4.0 %
NOTA : Remaja 13 hingga 18 tahun ----- 2.5 %
Belia 19 hingga 39 tahun ----- 73.9 %
Penagihan mengikut jenis pekerjaan:
a. Binaan ------------------------ 6.2 %
b. Jualan ----------------------- 11.3 %
c. Teknikal ---------------------- 6.5 %
d. Pengangkutan -------------- 7.5 %
e. Pengeluaran / kilang ------ 4.5 %
f. Perkhidmatan ------------- 12.9 %
g. Pertanian/Perikanan ------ 5.9 %
h. Buruh Am ------------------ 30.6 %
i. Penganggur --------------- 12,1 %
Penagihan mengikut kelulusan :
a. Sekolah Rendah ---- 18.1 %
b. SRP/LCE/PMR ------- 46.0 %
c. SPM/MCE/SPMV ---- 30.3 %
d. STP/HSC/STPM ------- 1.2 %
e. Diploma ------------------ 0.8 %
f. Ijazah --------------------- 0.2 %
Daripada statistik di atas, boleh disimpulkan bahawa penagihan DADAH berlaku kebanyakannya di kalangan mereka yang berumur di antara 20 hingga 49 tahun; lelaki yang berkelulusan sekolah rendah/SRP/SPM dan daripada semua jenis pekerjaan. Dengan kata lain, penagihan DADAH ini berlaku di kalangan PEKERJA. Tahukah tuan puan bahawa tempatkerjalah salah satu tempat yang paling selamat untuk menjalankan aktiviti penagihan DADAH ! Di samping itu, pekerja adalah kategori orang yang punya kemampuan untuk membeli DADAH. " - http://www.mohr.gov.my/makluman/dm100505.htm
".........Pelajar bumiputera berjaya menunjukkan kemampuannya apabila 22,557 orang atau 68.9 peratus layak memasuki IPTA pada tahun lalu yang sekali gus menyaksikan mereka melepasi kuota 55 peratus.
Hassan seterusnya memberitahu, penurunan dari segi peratusan bukan ukuran sebenar kemerosotan prestasi pelajar bumiputera dalam peperiksaan.
``Jika peratusannya kekal tetapi pencapaian dari segi mata pelajaran merosot, ia tidak bererti juga.
``Namun penurunan peratusan ini boleh dijadikan sebagai satu mesej kepada pelajar bumiputera supaya berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang,'' jelasnya.
Apa yang menarik, kata beliau, bilangan pelajar perempuan masih mengatasi lelaki apabila seramai 24,442 orang atau 66 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar, layak memasuki IPTA.
``Trend pelajar perempuan lebih ramai memasuki universiti daripada lelaki bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara maju seperti Jepun.
``Namun kita mahu pelajar lelaki mengambil perkara ini sebagai cabaran dengan menunjukkan semangat persaingan yang tinggi terhadap pelajar perempuan,'' jelasnya. " - http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Semasa aku di kampung dulu, heboh tentang sebuah keluarga berdekatan yang berjaya bermenantukan anggota polis. Diceritakan tentang anggota polis ini yang sangat tegas semasa berkhidmat. Ketegasannya memang menjadi buah mulut tetangga-tetangga. Sehingga di ceritakan tentang samseng-samseng kampung yang kecut teloq bila si menantu ini mula bertugas di pekan. Semasa hari bersanding, aku terjengah-jengah dengan kawan-kawan untuk melihat si menantu ini naik pelamin.
Beberapa bulan selepas tu, kelibat si menantu polis ni dilihat tidak lagi beruniform. Diberitakan dia berhenti kerja menjadi polis dan bekerja di kilang papan pinggir kampung. Mungkin tak mahu berjauhan dengan keluarga mertua. Tak berapa bulan selepas itu, si menantu ini di laporkan di buru polis kerana.....menagih dadah. Sekarang, si menantu ini tidak lagi duduk di kampung. Dengar cerita dia pulang ke kampung asal. Apa barang isap dadah di Felda. Balik-balik curi getah sekerap, besi buruk, motor kebun pakcik-pakcik kat surau. Lobangg pun x banyak.
Malaysia ini amat bertuah kerana kurang terdedah dengan bencana alam yang besar. Jika negara jiran lintang pukang dengan gempa bumi dan banjir, kita di Malaysia boleh di kira selesa walaupun kantung poket semakin nipis di keruk oleh harga petrol yang menaik. Namun pada pendapat aku, ada satu bencana besar yang amatttt kurang di ambil perhatian oleh semua rakyat yang bakal membawa malapetaka sedikit masa lagi. Ianya bukan la penyakit denggi. Bukan juga wabak HIV kerana semua penagih dapat jarum free, bukan juga ribut katrina yang sedang lari-lari anak ke perairan negara dan bukan juga tanah bukit Charakah yang bakal runtuh akibat di gondolkan. Bencana besar yang aku maksudkan adalah, ancaman kepupusan kaum lelaki melayu di bumi Malaysia hari demi hari.
Sekarang semua orang tengah pening. Akibat dari kekurangan lelaki di university, maka anak-anak muda di kampung-kampung yang gagal akan di ambil untuk di latih di kolej-kolej komuniti. Kurang atau banyaknya sesuatu jantina di Malaysia bukan la satu persoalan. Cuma tertanya-tanya juga oleh sesetengah orang, mana pegi lelaki-lelaki melayu ?.
Aku melihat, ada semacam konspirasi atau perancangan untuk menghapuskan lelaki-lelaki melayu di Malaysia. Jika ada yang mengatakan berkurangnya lelaki melayu di Malaysia adalah suatu kebetulan, aku bantah 110 %. Semua benda di donia, punyai perancangan sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup. Andaikata aku lapar, aku mesti merancang sesuatu bagaimana perut ini harus di penuhi. Maka aku mesti check duit kat poket. Kalo xde duit, aku mesti merancang bagaimana untuk ke bank. Naik kete atau menapak sahaja. Begitu la seterusnya sehingga la aku duduk di kedai makan, memesan makanan, melahap dan balik kerumah setelah kenyang. Tapi andaikata semasa ke bank, aku tetiba diserang sakit jantung dan mati, aku tak anggap kejadian itu sebagai kebetulan. Pada aku, itu adalah takdir dan telah pun di rancang oleh Maha Perancang.
Tentang lelaki melayu di Malaysia, kepupusannya bukan lah disebabkan virus. Bukan juga serangan bom kimia. Pada pandangan aku, punca utama kepupusan lelaki melayu di Malaysia adalah dadah. Malaysia sejak azali lagi bukan lah pengeluar heroin, morphin atau daun ganja. Daun ketum mungkin, tapi sape la tergamak menagih daun ketum ?. Jika Malaysia bukan pengeluar dadah bagaimana pemuda-pemuda Melayu boleh menagih dadah sehingga bilangannya di tahap meruncing ?. Pelik juga jika difikirkan. Jika dadah adalah industri, walaupun illegal, statistik pelanggannya pasti bertaburan. Tetapi, ianya seolah-olah di monopoli oleh satu kaum sahaja sehingga mencapai lebih 60 %. Wow, melebihi pencapaian dasar 30 % DEB.
Pada aku, ada yang tak kena berkenaan pengedaran dadah dalam negara. Tapi tak baik jugak kalo main serkap jarang sahaja dalam hal ini. Tapi cuba fikirkan secara basis. Memang benar, negara kita bersempadan dengan Thailand. Dan di utara Thailand pula, ianya bersempadan dengan Golden Triangle meliputi sepadan Burma(Myanmar), Thailand dan Laos. Golden Triangle sahaja membekalkan 60 % heroin ke Amerika. Tentu sahaja bukan satu masalah untuk dadah ini di bawa ke Malaysia. Apa yang di rungsing kan adalah, kenapa dadah ini terlalu mudah menerobos dengan kadar yang begitu banyak ?. Aku kata banyak sebab, kalau di lihat statistik, semakin ramai anak-anak melayu menagih dadah setahun demi setahun. Kalau dadah yang menerobos masuk ke sepadan semakin kurang, maka bilangan penagih juga semakin kurang. Ok la mungkin dadah - dadah ini di seludup tanpa pengetahuan ranger-ranger, polis-polis atau kastam. Mereka yang menyeludup ini mungkin menggunakan ilmu magik sehingga pihak berkuasa terlepas pandang. Tetapi bagaimana mereka seludup dadah ini sehingga dadah ini boleh terjual ke seluruh ceruk felda ?. Tentu dadah ini di seludup dengan kadar yang banyak. Dan bagai mana mereka menyeludup dadah yang sebegini banyak sehingga bole diedar ke Felda Taib Andak ?......Felda Bukit Aping Barat juga. Adakah penyeludup ini menyorokkan bungkusan-bungkusan dadah di sebalik bontot ?. Atau menyimpannya di dalam perut ?. Atau mereka menyeludup dadah ini menggunakan jin melalui dimensi ke 3 ?. Takk mungkin. Mereka pasti menggunakan pengangkutan yang boleh membawa kadar seludupan dadah ini dengan banyak. Lori ?. Kapal laut ?. Dan, bagaimana kenderaan - kenderaan ini masuk ke dalam negara tanpa sekatan ?. Siapa yang menjaga sekatan di sepadan ?. Apa yang terjadi sehingga dadah ini di angkut berkilo-kilo masuk ke negara melalui pintu sempadan ?. Adakah kenderaan - kenderaan ini masuk ke Tanah Melayu dengan meredah belantara yang tebal ?. Mengikut firasat fikrah aku yang fresh ini, semuanya masuk ke sepadan melaui cara yang 'betul'. Mereka melalui jalan- jalan raya atau kapal - kapal laut sama seperti perdagangan barang-barang lain. Cuma, dadah - dadah yang banyak membunuh anak - anak melayu ini masuk dengan pertolongan 'tangan belakang'. Perlu diingat, perdagangan dadah adalah perdagangan yang paling menguntungkan. Sama seperti minyak, judi, rokok dan arak. Jarang kita mendengar toke-toke minyak, judi, rokok dan arak yang jatuh benkrap. Ini kerana permintaannya adalah setiap hari. Dan berlipat kali ganda tahun demi tahun. Begitu juga dadah. Melihat statistik, penagih semakin meningkat setiap tahun. Jika penagih meningkat setiap tahun, permintaan juga meningkat setiap tahun. Dengan demikian, pulangan modal dan keuntungan juga meningkat setiap tahun. Maka, kantung-kantung poket toke - toke dadah ini juga meningkat setiap tahun ?. Come on man !. Kira - kira ini tak memerlukan engkau orang atau engkau binatang untuk ke Monash University untuk mengambil bidang Pengurusan Perniagaan. Dan " tangan - tangan gelap " ini bukan la drug dealler yang selalu lepak-lepak di Lorong Telawi menjual ayam - ayam hidup. Tangan - tangan gelap ini sama seperti toke-toke judi atau minyak, memiliki tanah berekar-ekar, lot-lot perniagaan yang halal di Malaysia, saham - saham, rumah besar dan simpanan berjuta-juta dollar dan kehidupan yang sangat luxury. Mereka ada hubungan dengan ahli politik ?. jeng..jeng..jeng...Aku tak nak kaitkan perkara ini dengan dunia politik, cuma kita bole andaikan kenapa cerita dadah tak habis-habis walaupun menteri yang memegang portfolio kementerian berkenaan dadah senantiasa bersilih ganti ?. Fikir - fikir kan lah. (Ada gaya Farit Ismet ?)
Ok, kita bicara semula tentang kepupusan lelaki-lelaki melayu di Malaysia. Perniagaan dadah ini tak jauh beza dengan lain - lain perniagaan. Dunia kapitalis memang begitu. Prinsipnya mudah. Ada barang dan ada permintaan, maka akan terlangsung lah perniagaan. Seperti juga bisness dadah, bisness ini terlangsung dengan jayanya jika adanya permintaan (pelanggan). Aku tak tahu sangat konsep perniagaan moden. Tetapi, bak kata Donald Trump, dalam perniagaan, yang paling penting adalah golongan sasar. Kata lah aku nak jual syampoo, golongan sasar aku tentulah anak anak muda yang pentingkan penjagaan rambut. Atau anak - anak gadis yang selalu sangat bercakap soal teknik rebonding. Takkan aku nak jual kat budak - budak skin head. Atau pun, bodo benor le aku kalo jual syampoo kat pakcik - pakcik yang sudah beruban penuh. Begitu juga dadah. Dalam pasaran dadah di Malaysia, golongan yang paling mudah untuk di pancing adalah anak anak melayu dari kasta keluarga yang sederhana. Contohnya anak-anak Felda. Kenapa yek ?. Kita lihat balik statistik. Majoriti penagih adalah pekerja - pekerja pembinaan, perladangan, perikanan, perkhidmatan dan selebihnya penganggur. Dari statistik itu, kita bole perah otak sedikit untuk menilai latar belakang pendidikan mereka. Tak mungkin pekerja-pekerja buruh, ladang atau perikanan ini mempunyai degree di IPTA. Dan kelulusan paling maxima sebagai penagih cuma LCE/SRP/PMR. Penagih yang memegang SPM di kira mempunyai darjat yang lebih tinggi. Dalam hal ini, aku suka membuat penilaian yang sedikit analitik. Jika mereka tidak mempunyai backgroud pendidikan yang baik, mentaliti mereka tidak lah berkembang mana. Melainkan jika mereka memiliki pendidkan agama tak formal yang kukuh, mungkin sedikit bernasib baik kerana agama itu sendiri pelindung dari kerosakkan. Apabila pendidikan mereka tidak kukuh, maka daya fikrah dan rasional diri adalah sangat rendah. Itu sebab kita selalu lihat, kebanyakkan mereka yang berpendidikan kurang, mudah melakukan jenayah. Pendidikan yang kurang bukanlah disebab kan oleh kehendak ibu bapa mereka yang jumud yang tak mahu hantar anak ke sekolah, tetapi disebabkan kasta kehidupan yang terhimpit dengan kesusahan dan kemiskinan. Dan keadaan sebegini sebenarnye yang sangat-sangat di sukai oleh peniaga-peniaga dadah. Golongan yang mudah di kencing, jaguh kampung dan tidak memiliki asas pendidikan yang kukuh adalah golongan-golongan sasar yang utama. Tidak hairan jika penagih-penagih kebanyakkan berasal dari kampung dan Felda kerana persekitaran yang tidak dinamik di samping sumber maklumat yang amat kurang. Mungkin ini sebabnya masih wujud kampung - kampung dan orang - orang miskin di Malaysia. Dengan adanya kampung - kampung dan orang miskin, maka putaran perniagaan dadah akan terus berlaku dan permintaan akan terus ada. Adakah kemiskinan di Malaysia adalah sesuatu yang di sengajakan ?. Ingat, dalam dunia kapitalis, apa- apa sahaja yang mendatangkan modal pasti akan terus hidup. Pengemis - pengemis terus hidup di kota-kota kerana ianya mendatangkan keuntungan kepada 'tuannya'. Pelacur-pelacur terus hidup di Bangsar, lorong Hj Taib atau Telawi kerana ianya mendatangakan keuntungan kepada ayah-ayah ayam.
Sekarang, dadah mula menjalar di kota-kota. Anak-anak hartawan juga dah pandai isap dadah. Budak-budak U dah pandai layan high. Kesimpulannya mudah. Dadah hari ini adalah perniagaan dan sekarang kita bukan lagi pengimport dadah tetapi pengeluar. Ops, kita masih lagi tiada ladang-ladang ganja. Kita masih lagi tiada pokok popi. Tetapi toke-toke ini semakin bijak. Mereka bina kilang-kilang memproses ice, morphin atau marijuana. Citer banyak pun tak guna. Macamana mereka boleh bina kilang dadah ?. Hahaha. Ada duit semua bole beli brader. Sape ko nak beli ?. Orang dalam? Orang luar ?. Semua bole beli...Huhuhu. Entah la.
Jika dibiarkan, maka malapetaka besar bakal melanggar Malaysia. Iaitu kepupusan lelaki. Maksud aku LELAKI. Bukan 'lelaki'. Sekian
1 comment:
Kaum yang pupus lelaki ni.
Tapi bukan bilangannya yang pupus
kualitinya yang pupus
susah nak cari lelaki yang baik macam awak dan saya
kalau hensem tapi sahsiah tak comel pun buat hape
Post a Comment