Ads

Thursday, June 02, 2005

Pendidikan, Bisnis dan Anak Muda

2 3 hari lepas, gambar kolej tempat aku belajar masa matrikulasi dulu masuk paper. Gila ah popular. Tapi kolej tempat aku belajar matrikulasi tu masuk paper bukan pasal student cemerlang dapat CGPA 4.0. Bukan juga sebab Nur Amalina sanggup belajar di Kolej tu walaupun dapat 17 A. Bukan juga sebab Mrs Ivy Anthony dah meninggal dan selamat di semadikan. Kolej aku tu, yang letaknya dalam sebuah taman di Seremban masuk paper di sebabkan ianya KOSONG. Rupanye, budak-budak yang sepatutnya buat matrikulasi kat situ semuanya dah di tempatkan di pusat-pusat matrikulasi Kementerian Pendidikan. Aku bukan nak bercerita tentang kolej tempat aku belajar tu. Lagipun xde yang istimewa kecuali 2 3 orang Ah Moi comel gile yang keje kat mini market depan asrama aku. Segala kenangan biarlah tersimpan dalam ingatan, termasuk la kenangan fly masuk dorm perempuan ketika cuti semester dengan memember bilik, rembat kerusi dari bilik prep, kena baling dengan kompang dengan sorang member yang panas baran, basuh taik kucing kat dorm sendiri, membuli Mrs Ivy Anthony dan macam-macam-macam-macam lagi. Ha ha ha. Gila sungguh masa tuh !. Apa yang aku nak cerita adalah betapa bahayanya jika pendidikan dan institusi ilmu di dagangkan. Pada aku, satu-satunya institusi dalam negara yang sepatutnya di kawal 100 persen oleh kerajaan adalah institusi pendidikan. Pendidikan pada aku bukannya industri. Ianya bukan komoditi untuk mengaut keuntungan. Dasar perniagaan berteras pendidikan sepatutnye di hapuskan. Ade sebab mengapa aku pada aku institusi ini sepatutnya 100 peratus di bawah kerajaan. Apabila pendidikan di niagakan, maka wujud kepentingan di dalamnya. Paling utama adalah kepentingan perniagaan. Bilamana kepentingan perniagaan menjadi keutamaan, maka secara tidak langsung matlamat menuntut ilmu jatuh nombor dua. Oleh yang demikian, banyak aspek-aspek penting akan dilihat membazir dan kurang 'money value'.
Nyawa bagi negara adalah anak muda. Hari ini anak muda yang mampu membawa negara kearah yang lebih cemerlang mesti mempuyai kekuatan intelek, ilmiah dan kemahiran yang tinggi disamping bole membuat keputusan kritikal yang bagus. Oleh yang demikian, grand design paling penting bagi mewujudkan ciri-ciri anak muda sebegini adalah pendidikan. Salah satu 'machine'(mungkin machine terpenting) yang menggerakkan pendidikan dalam melahirkan anak muda yang kuat adalah institusi pengajian tinggi. Teras paling kuat yang mesti ade dalam institusi pengajian tinggi pula adalah RnD. Ingat, RnD tidak pernah di khususkan dalam bidang sains sahaja, tetapi ia boleh meliputi bidang sosial, hubungan politik dan antarabangsa, hubungan antara agama, perubatan, kimia, psikologi, IT, komunikasi, sastera, seni dan macam-macam lagi.
Senario memperdagangkan pendidikan bermula pada tahun 1999. Masa tu semua pusat-pusat matrikulasi di satukan di bawah kementerian pendidikan. Banyak kolej-kolej swasta muncul untuk menyahut seruan kerajaan menyediakan pengajian matrikulasi. Ini ditambah dengan pusat-pusat matrikulasi kerajaan yang tak siap sepenuhnya. Ini di tambah pula dengan lepasan SPM/STPM yang meningkat setiap tahun manakala yang pandai-pandai semakin hari semakin ramai. Bila mana situasi ni terjadi maka kapitalis-kapitalis pendidikan berlumba-lumba membina kolej sendiri. Maka, akan wujudlah kolej-kolej yang yang mana bangunannya adalah rumah-rumah kedai, blok-blok kecil bangunan yang di sewa dan tentu sekali tak nampak langsung wajah institusi pendidikan jauh sekali pusat ilmu. Padang kawat ?. Jangan tanya la. Padang bola belum tentu ada. Nak bawak balik pompuan masuk bilik ?. Silakan...
Kolej-kolej swasta jauh sekali di tubuhkan untuk mempergiatkan RnD. Sedangkan nadi pendidikan tinggi bagi aku adalah RnD. Usahasama memang ada dalam kolej swasta dan IPTA luar atau dalam negara. Tetapi ianya tidak menyeluruh dan sekadar pertukaran pelajar akhir tahun atau saling bertukar-tukar lecturer. Mungkin IPTS yang agak gah ada mempergiatkan usahasama RnD tapi bagi aku jumlahnya teramat lah ciput. Lebih teruk, jika kolej-kolej swasta ini mengambil pelajar secara pukul rata. Ade duit bole saja masuk !. Belajar main-main dan tetap dapat diploma lepas 3 tahun. Nak mewujudkan persekitaran pembelajaran ?. Forget it !. Pelaburan untuk sesuatu kajian ilmiah jauh sekali akan diadakan. Kolej-kolej ini juga ditunjangi oleh CEO. Bukannya senat. Maka, semua keputusan bergantung pada CEO. Jika CEO cakap semua pelajar dikehendaki menyewa rumah sendiri sebab duit kolej tak cukup dan asrama terpaksa di jual, maka semua ahli-ahli kolej kena terima. Paling meruncing bila kolej swasta ini ke tandusan duit. Bila duit kurang, jangan harap kebajikan pelajar terjaga. Yuran for sure akan dinaikkan. Lebih teruk, fasiliti terpaksa dikecikkan. Atau, gaji pensyarah terpaksa di tangguh. Dengan demikian, pensyarah pasti akan lari atau mengajar dengan tak ikhlas. Mutu pendidikan sure merudum. Maka, pensyarah-pensyarah muda baru keluar U terpaksa di ambil. Di tambah dengan ketiadaan pengalaman dan kurangnya ilmu yang ada pada lecturer-lecturer muda ini, maka anak murid yang belajar juga tak mungkin mendapat ilmu yang cukup. (Gurlpren aku penah jadi lecturer, so aku tahu la..). Lebih malang jika Kolej-kolej di tutup dan anak-anak murid terpaksa cari kolej lain atau balik kampung menoreh tanpa sebarang diploma sementara menunggu surat PTPTN suruh bayar balik pinjaman.
Dengan itu, aku sebagai ketua pemuda bekas kawasan haram Mat Indon Sg Merab, menyarankan agar kerajaan memperbanyakkan lagi kolej-kolej komuniti di setiap daerah dan negeri. Nyahkan sahaja rayuan-rayuan CEO-CEO kolej swasta yang semakin terdesak, sebab jika mereka berhati perut, sudah tentu mereka tak akan mengambil risiko memperdagangkan institusi keilmuan. Buka kolej-kolej universiti di bawah naungan kerajaan negeri. Perbanyakkan lagi pusat-pusat kemahiran untuk anak-anak muda seperti Harizal. Takkan takde duit kot sedangkan keuntungan Petronas berganda-ganda. Keuntungan Proton juga berganda-ganda. Maka, tak salah melaburkan sedikit laba untuk rakyat terbanyak.

Selamatkan anak muda dari kapitalis !

No comments: