Ads
Thursday, June 30, 2005
Glamer Dan Masa Depan
Dulu, kalo aku hensem sikit, pakai smart-smart, rambut belah tepi, baju masuk dalam sure kawan-kawan panggil aku artis. Kira kembang gak la, walau perut ni saling tak tumpah macam tayar. Aku mesti jogging kuat. Aku meminati muzik. Aku meminati filem. Aku juga meminati teater. Seni itu indah. Tetapi tak semua yang indah itu manis, sempurna dan boleh di miliki. Zaman sekarang, aku rasakan masyarakat agak keliru maksud sebenar antara seni dan hiburan. Pada pendapat aku, sebagai seorang yang cetek ilmu tentang bidang penuh abstrak ini, seni adalah sesuatu yang universal digunakan sebagai medium ekspresi diri, perasaan, luahan hati dan cara berkomunikasi. Contohnya begini. Labu putus cinta. Dia tak tahu macamana nak luahkan perasaan kecewa dia. Dia juga tidak memiliki ramai kawan untuk berbicara. Maka, untuk meredakan kekecewaanya, dia mengambil sekeping kertas dan menulis sebuah sajak tentang bagaimana remuk hatinya di tinggalkan kekasih. Pada aku, Labu telah melahirkan ekspresi atau luahan dalam bentuk yang dia sendiri faham dan itu lah yang dinamakan seni. Dr. Mahathir meluahkan kekecewaannye terhadap kehaprakkan bangsa melayu dengan menulis sebuah buku berjudul 'Malay Dilemma'. Pada aku, itu juga di nama kan seni.
Hiburan pula adalah cara penyampaian seni oleh seseorang untuk orang lain samada dengan tujuan untuk berhibur, menasihat atau memberi amaran. Contohnya begini. Setelah Labu menulis sajak tentang hancur hatinya sebab putuih cinta, datang la si Labi mengolah sajak itu menjadi sebuah lagu merdu yang sedih bertajuk "Labu Love Story". Dan lagu itu dinyanyikan oleh Sitie Sarah Raisuden dengan merdu giler. Maka, pendapat aku, Labu dan Labi adalah ahli seni, manakala Sitie Sarah Raisuden adalah penghibur.
Trend muzik dan anak muda hari ini aku lihat, berubah secara drastik. Jika dulu, kita ada rancangan Bintang UTRV, bintang RTM untuk mencungkil artis-artis muda dalam bidang hiburan. Tetapi sekarang kita ade bermacam - macam pertandingan hanya untuk mencungkil bakat berhibur untuk budak-budak. Kita ada Malaysian Idola, Mentor, Akedemik Fantasia. Ini ditambah dengan pertandingan - pertandingan kugiran peringkat kenduri kawin, karaoke broadband Felda, pertandingan bintang kecik RTM dan macam - macam lagi.
Pada aku, senario ini tidak banyak mendatangkan kredit yang positif untuk anak - anak muda. Menerapkan fantasi hiburan keterlaluan terhadap anak muda akan memusnahkan masa depan mereka. Hiburan hari ni di selubungi fantasi karut yang sungguh beracun. Wajah artis-artis gebu terpapar di muka depan Majalah URTV membawa implikasi besar terhadap sosial anak muda. Betul kata orang, satu gambar membawa seribu makna. Pada aku pula, satu gambar membawa seribu pengaruh.
Satu persoalan berlegar-legar dalam benar akal aku ketika menaip jernel ni.
"Bole tolong jelaskan fantasi hiburan mengikut kefahaman saudara Roime"
Hiburan adalah ekspresi seni (agaknya la !). Dalam pada kita mengekspresikan seni menggunakan medium hiburan, adakalanya kita perlukan tool, atau subjek-subjek untuk menampakkan hiburan itu agar lebih hidup. Contohnya begini. Sitie Sarah Raisuden di tugaskan untuk menyampaikan lagu Labi yang diolah dari sajak sedih Labu. Dia mesti menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan dan membawa lagu tersebut agar pendengar turut menghayati lagu itu dan merasa sedih. Oleh yang demikian, mana mungkin dia akan memakai pakaian ala wanita kabaret atau hanya mengenakan spender dan coli kecik. Pasti penonton akan bergelak tanda kelakar sangat. Atau Sitie Sarah Raisuden akan di cop artis jalang. Oleh yang demikian, dia mesti memakai pakaian yang agak plain, gaun labuh misalnya atau pakaian seperti puteri Cinderella semasa menemui Raja sebelum tercicir kasut (bukan Puteri Cinderella bodo lakonan Yuseri dan Eirra). Sebagai tambahan, Sitie Sarah pasti akan membawa penari tangkap lentuk, atau prop pentas menggambarkan suasana kelam yang sedih. Dengan demikian, Sitie Sarah Raisuden telah berjaya menggunakan fantasi ketika menyampaikan lagu tersebut, dan penonton yang melihat fantasi Sitie Sarah Raisudden tersebut pasti akan menjiwai lagu tersebut, atau mungkin ada yang menangis.
Sekarang mari kita melihat fantasi yang lebih besar. Setelah Sitie Sarah popular dengan lagu "Labu Love Story", maka wartawan-wartawan majalah hiburan akan berlumba-berlumba untuk memberi publisiti kepada Sitie Sarah. Muka dia pasti akan masuk majalah Mangga, Derian atau URTV. Wajah popular ini tak akan berhenti untuk di paparkan selagi kapitalis hiburan Tanah air melihat yang wajah Sitie Sarah mendatangkan value tinggi untuk majalah mereka. Maka, fantasi baru akan di wujudkan. Pertama adalah gosip. Gosip-gosip akan muncul seiring dengan populariti Sitie Sarah.
"Dengar citer u ada affair dengan Osman Kering ?" - kata wartawan A.
"Ade orang bagitahu I ada kerabat Di Raja Negeri Mat Kilau mahu meminang U. Betul ke ?" - kata wartawan B.
"Betul ke U menjalani pembedahan memancungkan idung ? " - kata wartawan Majalah Derian
"U demam ke semalam ?. Peminat risau" - kata Huzzzzzzy wartawan Majalah UTRB
Fantasi - fantasi ini meluap-luap dalam majalah. Fantasi - fantasi ini juga di baca bulat-bulat oleh anak-anak muda. Fantasi artis barat lagi hebat. Gosip dalam seluar pun di tanya !. Kapitalis hiburan hanya tersenyum lebar sambil artis-artis ini seperti lembu di cucuk hidung. Ianya tidak terhenti di situ. Fantasi berkenaan Sitie Sarah diteruskan lagi. Kali ini Sitie Sarah di gambarkan sebagai artis terpopular melalui anugerah - anugerah. Gambar Sitie Sarah bersuka ria menyambut hari keluarga bersama rakan-rakan artis di paparkan lagi. For sure, kehidupan Sitie Sarah juga berubah setelah popular. Demi menjaga kredibiliti, maka dia mencipta sendiri fantasinya.
"Demi Peminat" - kata Sitie Sarah kepada Abg Rambut Ketak - Ketak.
Kehidupan penuh glamer di samping peminat-peminat yang menyanjungi suaranya di paparkan. Aksinya di pentas dengan pakaian penuh gemerlapan menyerlahkan lagi fantasi. Fantasi terus meracuni anak-anak muda yang masih belajar tentang hidup. Anak - anak muda mudah terangsang dengan pujian dan sanjungan. Mereka sebenanrnye terlalu mentah menilai erti perjuangan dalam hidup. Oleh yang demikian, jika melihat orang yang cantik dan mendapat sanjungan seperti para artis dan model, maka fantasi mudah menjalar dalam minda mereka dan merasakan mereka juga berhak menjadi orang yang sedemikian. Melihat golongan-golongan penuh glamer, dikerumuni manusia, menandatangani autograf, masuk berlakon filim, hidup berparty dan menaiki kereta Kia yang mewah menyemarakkan lagi jiwa fantasi anak - anak muda ini. Fantasi ini diluahkan dengan cara berpakaian, pergaulan, menunjukkan isyarat lucah kononnya mereka adalah member baik Ja Rule, membuli (?). Sedangkan golongan glamer ini juga seperti manusia biase yang cuma bekerja sebagai penyampai ekspresi orang lain (Seperti Sitie Sarah yang menjadi penyampai ekspresi Labu dan Labi), mungkin tidak tahu berbahasa Inggeris seperti Abg Halim Felda Kemasul Pahang dan mendapat gaji bila hujung bulan.
Cerita ini tidak berhenti disini. Para kapitalis tahu yang anak muda adalah aset keuntungan mereka. Mereka tahu anak-anak muda gemar berfantasi. So, kapitalis-kapitalis ini mesti mengeksploitasi fantasi mereka. Caranya mudah. Wujudkan rancangan-rancangan hiburan berbentuk realiti dan pertandingan. Atas nama mahu mencungkil bakat muda penghibur tanah air, maka wujud lah Malaysian Idol, Akademik Fantasia, Bintang RTM, Bintang URTV, Mentol dan macam - macam lagi. Semua program ini cuma mendatangkan keuntungan berganda para kapitalis. AF misalnya hanya menuntungkan Astro, Maxis, Ananda Krishnan dan pelajar-pelajarnya cuma dapat berfantasi sepanjang hayat. Anak - anak muda akhirnya berpuas hati jika berfantasi mengikut jejak Sit Nurhalizah, Sitie Sarah, Ami Search atau M Daud Kilau.
Fantasi hiburan sebenarnya membunuh masa depan anak muda. Anak - anak muda yang menceburi bidang hiburan sebenarnya menggadaikan masa depan dan umur dengan begitu mudah. Seperti api membakar tisu, seperti itu lah fantasi dan hiburan membakar masa depan. Fast And Easy. Mereka rugi sepanjang usia muda. Mungkin ada yang gah seperti Siti Nurhalizah dan Sarah Raisudden tetapi berapa kerat sangat ?. Lihat sahaja artis - artis vateren yang hidup melarat. Aku tak berniat untuk merendah-rendah kan mereka dalam blog aku yang mulia aini, mungkin ini takdir Tuhan, tetapi majoriti mereka kebanyakkan menderita. Cuma 2 3 orang yang di beri gelaran datuk dan Senator tetapi yang lain semuanya tidak bernasip baik.
Bagi aku rancangan realiti tv berbentuk pertandingan hiburan, adalah cara paling mudah menghancurkan kareer dan masa depan anak muda. Aku tak tahu plan siapa semua ini muncul tetapi ianya semacam konspirasi menghancurkan anak muda negara. Anak muda yang terkejar dengan kehidupan mewah secara singkat sebenarnya hanya mengejar mimpi dan fantasi untuk jangka masa yang lama. Paham maksud aku ?. Aku pun pening. Ha ha. Ingat wahai pelajar2 AF, Malaysia Idol, Bintang RTM, Belajar lah dari pengalaman senior - senior anda. Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment