Ads
Wednesday, July 06, 2005
Citak Rompak Dan Balada Osman Tikus
Ntah macamana mood aku kelam ari nih. Terlitas plak dalam palotak aku nak download lagu-lagu M. Nasir kat Internet jika ada. Aku pun surf internet..
ketik...ketik...ketikk....(bunyi jari-jari bermain di keyboard PC)
Dapat la aku beberapa laman yang ada access untuk download lagu M. Nasir. Aku meminati lagu-lagu M. Nasir. Tak semua tapi kebanyakkannya. Lagu - lagunya banyak menggambarkan citra rakyat terbanyak. Lagu M. Nasir membawa aku kembali di zaman budak-budak dulu. M. Nasir bijak menggarap lagu sesuai dengan naluri petani, konduktor bas mini, seniman Chow Kit, Kutu, Banduan, Perantau, alam semesta. Seninya lari dari kilauan-kilauan luxury kapitalis, koporat-koporat, hotel 5 bintang, bintang philharmonic okestra, bunga-bunga cinta palsu. Bagi aku, M. Nasir seorang seniman yang hebat. Dia mencurahkan luahan melalui lagu-lagu. Luahan berkenaan kehidupan kota zaman awal industri Malaysia. Luahan berkenaan hiruk pikuk dunia bekerja. Luahan seorang kutu rayau. Pada aku seorang tukang seni di lihat hebat dan mengagumkan jika seni mereka seolah-olah bercerita tentang dunia yang mereka sendiri lihat, dan kita seolah-olah di bawa ke dunia mereka. Kenapa lagu Tomok tak nampak hebat ?. Sebab lagu tomok lembik. Lagu tomok hanya seni-seni golongan yang mencari duit semata. Lagu Tomok penuh melankolik tahap lembik dan hanya di hasilkan untuk mengisi tembolok golongan-golongan tertentu. Kosong. Tiada cerita. End. F!N. Finish.
Dalam banyak-banyak lagu M. Nasir, ada satu dua lagu yang aku tertarik untuk mendengar berkali-kali. Salah satunya ialah lagu Citak Rompak (Bukan Cetak Rompak !). Lagu Balada Osman Tikus juga best. Dengar saja tajuk dia membuat aku tersengih tanda humor. Mana dia dapat tajuk lagu tuh ?.
Bercerita pasal cetak rompak, industri ini sebetulnya dah lama muncul dalam negara. Pelanggannya ramai. Termasuk aku. Ha ha. Cetak rompak bermaksud mencetak hasil usaha orang lain yang asli, secara bulat-bulat kemudian kita pindahkan dalam medium yang belainan dan menjual untuk kepentingan peribadi. Contohnya camni, Yap membeli CD Doremon asli berharga MYR 35 sekeping. Kemudian datang Along meminjam CD tersebut. Balik saje rumah, Along memuat turun (donlod) semua kandungan dalam CD berkenaan ke dalam cakera keras (hard disk) atau 3rd party device seperti USB Drive, CD-R atau disket. Maknanye Along telah melakukan cetak rompak.
Setakat nih, masyarakat kita masih kabur lagi tentang cetak rompak. Undang-undang sekular negara sememangnya mengharamkan citak rompak. Sebagai Muslim, aku tak dengar lagi fatwa samada di bolehkan cetak rompak (samada menghasilkan cetak rompak atau membeli barang betak rompak) atau sebaliknya. Samada fatwa tersebut masih takde atau aku yang tak dengar lagi.
Pada pendapat peribadi aku, citak rompak sememangnya perbuatan yang salah. Ia seolah-olah kita mencuri hak orang lain dan menjualnya tanpa kebenaran. Tak kisah lah samada barang yang di cetak rompak itu kepunyaan James Cameroon, software Bill Gates atau filem arahan Yusup Aslam, yang salah tetap salah. Cetak rumpak tetap salah !. Kawan aku ada berkata
"Cetak rompak lah satu-satunya cara kita nak menjatuhkan kuasa kapitalis, kezaliman Amerika"
Pandangan aku ada pro dan kontra dalam hal nih. Aku tak menolak yang kita sebagai orang Malaysia, dan orang Islam khasnya bertanggungjawap dengan kekuatan fisikal dan mental yang kita ada dan gunakannya untuk melawan dan menjatuhkan dengan sedaya upaya kuasa-kuasa besar yang zalim dan golongan cekik darah kapitalis. Bahkan, aku cukup geli dan benci dengan golongan kapitalis. Tetapi dengan mencetak karya orang lain dan menghasilkan dan menjualnya semula tanpa kebenaran adalah satu perbuatan yang salah dan tidak terhormat. Contohnya begini. Kita cukup jijik dengan pelacuran. Orang yang terlibat dalam industri pelacuran seolah-olah sengaja menjual maruah atas nama kepentingan hidup. Di sini tiada kompromi antara dharurat atau tidak, pelacuran adalah sekeji-keji pekerjaan dan sewajarnya di hapuskan 100 %. Tetapi, ini tidak bermakna kita bole perlakukan pelacur-pelacur di KL dengan sesuka hati kita walaupun mereka ini terlibat sepenuhnya dalam pekerjaan yang sangat mengaibkan. Ini juga tidak bermakna masyarakat bole menangkap pelacur-pelacur ini dan memukul mereka di tengah jalan dengan sesuka hati, atau menelanjangkan mereka, menyimbah asid atau merogol mereka di lorong-lorong gelap, disebabkan mereka ini pelacur dan tak salah jika diperlakukan sesuka hati sebab mereka sememangnye telah tercemar dan tiada maruah.
Sama juga dalam hal citak rompak. Walaupun pembikin-pembikin filem ini orang Amerika yang mempunyai pemimpin bernama Bush, atau pembikin-pembikin perisian ini rakyat Amerika bernama Bill Gates yang tersedia kaya, atau Yusop Aslam yang gemar membikin cerita cinta karut, ini tidak bermakna yang kita di bolehkan "merogol" hasil karya mereka. Atau kita mencitak rompak produk hasil jerih payah mereka di sebabkan mereka ini mungkin sebangsa dengan orang yang menindas rakyat Islam Iraq dan suka memeras duit negara miskin.
Jika kita komited untuk melumpuhkan kezaliman mereka, boikot sahaja. "Merogol" karya orang lain tak kira lah karya Bill Gates atau Yusop Aslam, sama seperti kita "merogol" pelacur-pelacur chowkit. Jika tak suka, ada cara untuk kita "menghunus pedang". Jika kita tak suka pelacur kita hapuskan puncanya. Lantik pemimpin - pemimpin yang benar2 benci akan industri ini dan ada kesungguhan untuk menghapuskannya bukan hanya sekadar bercakat depan kamera tibi 3 berdegar-degar. Jika kita tak suka VCD Holywood yang sungguh rosak dan meracun minda anak-anak, pastikan kita jauhkan diri dari mereka. Usah di beli pilem-pilem ini samada original atau citak rompak. Pastikan kita tampilkan pemimpin-pemimpin yang mewakili suara rakyat menentang unsur kapitalis Holywood dari membuang "tahi-tahi" dalam tanahair. Jika kita tidak suka perisian Bill Gates, jangan beli. Belajar IT dan bangunkan kod sumber sendiri. Setidak-tidaknya kita bina kernel sendiri dan runkan atas platform kita sendiri. Atau guna la sumber terbuka. Jika sumber terbuka yang kita guna atau bina di patent kan, maka kita citak rompak balik patent tersebut sebab patent tersebut, patent kita juga. Melainkan penyangak-penyangak ini benar-benar memusnahkan periuk nasi kita, atau menghapuskan SUMBER kreativiti kita, atau mencilok idea kita dan mempatenkan atas nama mereka, aku rasa wajarlah kita perangi mereka dengan citak rompak.
ps : Aku beli cd Window cetak rompak sebab harga original seribu lebih. Dulik ape! ---> kukuh tak alasan ni ?. Ha ha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment