Ads

Saturday, July 09, 2005

Kondom Free, Mazhab Marxis dan Sosialis

Image hosted by Photobucket.com

Ade orang kata, tindakkan memberi kondom percuma akan mengurangkan AIDS. Orang yang sama juga berkata, kita perlu berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat tarikan seksual seharusnya tidak disekat samada dengan omong-omong keagamaan atau mitos-mitos bomoh. Orang itu juga berkata, kita sepatutnya berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat seksual rambang adalah hakikat zaman ini dan sepatutnya membenarkan orang-orang muda merasai nikmat seks ketika tenaga dan kenikmatan itu berada pada tahap sedap dan maksima. Dia berkata, aktivit seks adalah kesinambungan generasi berabad-abad. Dan dengan seks maka, terlahir la generasi berakal dan survival kehidupan diteruskan dengan akal yang di warisi. Dengan demikian, seks sepatutnya di terima sebagai suatu realiti tanpa sekatan. Dia cuba memberi contoh tentang malaria yang telah lama didiagnosis wabaknya sejak berabad-abad dan akhirnya kelambu di gunakan sebagai langkah membendung. Kenapa kondom yang digunakan sebagai langkah membendung AIDS dalam seks harus ditentang sedangkan malaria dan AIDS harus ada langkah pencegahan kerana kedua-duanya adalah wabak. Katanya lagi, hujan kolot para agamawan yang membataskan seks adalah tidak berpijak di bumi nyata. Pada aku pandapat rakan ini sangat rapuh dan berpijak di bumi yang salah walaupun nyata.

Aku bagi hujah yang simple sahaja dalam hal ini. Sebagai manusia, semua orang perlukan makanan. Bahkan makanan adalah entiti yang bergerasi dari abad ke abad. Bahkan makanan telahpun di jadikan entiti kehidupan terpenting sejak Adam di turunkan ke muka bumi. Tanpa makanan, manusia tak mampu hidup. Tanpa seks, berkemungkinan manusia tidak akan bergenerasi, begitu juga makanan. Seks sahaja sepanjang hari tanpa makan akan membuatkan si pelaku seks keletihan dan bila letih, hilang lah sedap dan lama kelamaan tenaga tak dpt menjana kadiovaskular dan badan akan lemah dan akhirnya mati. Sebab itu pentingnya makanan sama pentingnya dengan seks (seperti hujah member tadi !) dalam melahirkan zuriat.

Aku bukan lah pakar pemakanan, Azeera mungkin terrer bab ni, tetapi hakikat zaman moden, selari dengan kepesatan dunia sains dan teknologi, walaupun sumber makanan dapat membekalkan zat dalam badan dan manusia dpt bergenerasi dengan baik, tetapi andaikata manusia mengambil makanan tanpa had dan jadual maka makanan akan diproses dengan cara yang salah oleh tubuh. Contonhnye begini. andaikata Mamat hanya mengambil karbohidrat sahaja sepanjang hari, dia pasti tidak akan lapar, tetapi berkemungkinan Mamat akan menghadapi simptom boroi atau bertubuh lembik dan bergetar-getar bila berjalan. Andaikata Mamat hanya memakan coklat sahaja, Mamat tidak akan kebulur, tetapi giginya akan rompong dan dia mungkin mengidap lebihan gula dalam badan dan pasti dia berisiko menghidap kencing manis. Dan lah rompong dan tak hensem, kencing manis plak tuh. Sebab tu samada makanan atau seks, kedua2nya harus ada batas dan jadual. Kedua-duanya perlukan akal untuk pertimbangan. Seks tanpa batas akan mendatangkan masalah dan penyakit. Begitu juga makanan. Makanan yang di ambil tanpa batas dan jadual juga akan mendatangkan masalah dan penyakit. Mengambil makanan tanpa batas akan mendatangkan penyakit-penyakit perut, kencing manis, gaout, darah tinggi, beguk. Seks tanpa batasan akan mendatangkan pengakit seperti siplis, AIDS, HIV. Ajaran Marxis tak menyediakan batas-batas dalam seks. Ajaran Lenin jugak tiada. Ajaran Zionis, batak, kapitalis, evolusi juga tiada menyatakan batas-batas seks mahupun makanan. Jauh sekali ajaran logik akal dan tanpa agama. Sebab tu aku perlukan Islam. Islam telah menyediakan batas-batas dalam semua hal. Dalam hal seks, ada batasnya. Dalam hal makanan ada batasnya. Dalam hal sukan juga ada batasnya. Aku malas nak menerangkan semua batas-batas itu. Ia terlalu panjang untuk blog ini sebab aku nak balik nih. Kalo rasa berminat nak tahu sila lah ke majlis-majlis ilmu dan kelas-kelas agama.

Semasa di Felda, aku selalu tengok ayam jantan milik jiran aku mengejar ayam betina tepok milik abah aku dan 'memperkosa'nya. Tentu sekali mereka belum bernikah. Kemudia ayam jantan itu selamba menyerang ayam betina se reban dengannya dan 'memperkosa' ayam betina tersebut. Sungguh selamba ayam jantan itu. Jika dia manusia, dah lama kena rejam dengan abah aku. Tapi aku menerima hakikat ayam jantan itu. Aku tak rasa marah pon sebab ayam tu takde akal untuk membuat pertimbangan. Kalau ada akal dia tak akan berak bersepah dalam dapur rumah aku. Sial !. Ayam jantan jiran aku melakukan seks rambang sesuka hati dia. Tak kira la samada ayam betina itu tepok, hitam, dari belanda, ramping atau telah hampir mampus, dia bantai jugak. Tapi itu ayam.

Banding kan cerita ini. Di sebuah rumah flat murah di Bangsar, terdapat 3 lelaki duduk menyewa. Tiap-tiap malam pukul 12 ketika dia yakin sume jiran sedang tido, pintu rumah mamat ini akan diketuk. Yang mengetuknya adalah seorang perempuan skirt pendek yang bergetah gila. Pintu di buka dan perempuan tu masuk. Sambil meneguk beer 'sedap', cd 'russia' di pasang. 15 minit kemudian, ghairah seks lelaki-lelaki tersebut pun naik. Tarikan seksual ini terjadi akibat ransangan dari mata yang menonton 'rusia' yang membawa impuls ke otak. Otak mentafsir berdasar maklumat pengalaman si empunya. Jika 'database-pengalaman' otak lelaki itu menterjemahkan impuls yang di jana oleh mata yang menonton 'russia' sebagai hubungan seks maka impuls itu akan menjana darah, jantung dan alat sulit. Jika 'database-pengalaman' dalam otak lelaki itu mentafsirkan impuls yang di jana dari mata sebagai makanan, maka impuls akan menjana perut meminta supaya ianya diisi. Tapi mana mungkin orang yang menonton 'russia' akan terus menjadi lapar perut. Maka 30 minit kemudian berlakulah acara 'kenduri' beramai-ramai antara lelaki-lelaki itu dan perempuan bergetah itu secara bergilir-gilir. 2 3 hari kemudia, pintu sekali lagi di ketuk. Kali ini pintu rumah-rumah lelaki ini di ketuk. Kali ni susuk tubuh wanita berwajah cina pula. Maka sekali lagi cd 'russia' akan di putarkan, impuls di hantar keotak merangsang darah, jantung dan zakar dan acara 'kenduri' sekali lagi berlangsung.

Sebagai manusia tentunya kita berakal. Akal yang ada di tubuh kita berfungsi sebagai alat fikir dan pertimbangan diri. Berbeza dengan ayam, ayam xde akal. Maka dengan itu, ayam selamba beromen dengan ayam-ayam betina yang dia rasa dia suka. Tetapi, manusia yang mengaku berakal juga ada kalanya menjadi ayam yang tidak berakal. Gelagat 3 lelaki tadi yang bergilir-gilir 'mengerjakan' perempuan itu secara rela tiada bezanya dengan ayam jiran aku. Mungkin lelaki-lelaki itu adalah ayam jelmaan manusia. Apa yang aku tahu, ajaran evolusi samada Marxis dan Lenin bermahzab ape2 pun, tak pernah menyatakan perbezaan haiwan dan manusia. Akal atau tidak berakal. Walaupun ajaran ini membenarkan kebebasan bersuara, demokrasi dan kehidupan sama taraf antara golongan feudal dan rakyat jelata, tetapi ajaran ini tak pernah menerapkan unsur-unsur naluri kemanusiaan seperti keterbatasan, hukum sosial dan nilai agama supaya ianya dapat membezakan manusia dengan binatang. Aku rasa 3 lelaki tadi beragama evolusi, Lenin atau Marxis. Mungkin batak atau langsung xde agama.

Aku langsung tidak bersetuju dengan pemberian kondom-kondom percuma. Penegak-penegak undang-undang sosial perlu berpijak di bumi nyata yang benar. Mengatakan bahawa seks adalah sesuatu yang lumrah zaman ini dan perlu diberi kebebasan kerana ianya adalah keperluan dan kehendak naluri manusia sejak berabad-abad adalah seperti berpijak di bumi yang salah walaupun nyata. Menghalakan keperluan naluri secara rambang adalah tindakkan membinatangkan umat manusia.
Dasar kerajaan dalam menghalalkan kondom aku nampak ianya dalam keadaan yang sangat kabur dan keliru. Mungkin aku sahaja yang alami. Adakah saranan PM menghalalkan kondom yang turut dipersetujui antaranya dari kalangan penegak-penegak hukum sosial, penganut mazhab marxis dan sosialis, NGO-NGO dan ahli-ahli politik adalah untuk menghapuskan HIV AIDS atau sekadar mengurangkan HIV AIDS ?. Menghapus dan mengurang adalah dua susun atur perkataan yang berbeza. 'Mengurangkan' bermakna masih membenarkan AIDS menjalar membunuh anak-anak muda tetapi dalam jumlah yang sedikit, manakala 'menghapuskan' bermaksud memerdekakan anak-anak muda dan rakyat Malaysia secara langsung dan terus dari AIDS dan HIV. Ada di kalangan penegak-penegak hukum sosial dan penganut mazhab marxis dan sosialis secara berdegar-degar mendesak kerajaan menghapuskan terus akta zalim ISA. Malahan mereka secara berbondong-bondong sanggup berpanas-panas menjulang sepanduk agar akta ini di hapuskan terus. Bermacam-macam cara di lakukan puak-puak ini agar ISA di hapuskan. Di ulangi DIHAPUSKAN. Tetapi kenapa mesti di hapuskan?. Tentu sekali pada perkiraan mereka akta ini zalim dan menakutkan bahkan ada 2 3 orang juak-juak mazhab fahaman Marxis dan Sosialis telahpun berpengalaman di sumbat di Kamunting kerana di tuduh memiliki roket launcher, molotov koktail dan macam-macam lagi. Tetapi kenapa akta ISA perlu di hapuskan ?. Kenapa mereka tak mendesak kerajaan agar MENGURANGKAN pengaruh ISA dalam isu kebebasan bersuara ?. Atau mendesak agar akta ISA ini di KURANGKAN skopnya hanya untuk isu-isu keganasan yang menggugat keselamtan negara dan bukan atas isu politik ?. Sebabnya mudah. ISA adalah akta yang merosak dan zalim. MENGURANGKAN skop ISA atau pengaruhnya tidak akan membersihkan wajah ISA itu sendiri yang jelas zalim dan tidak berhati perut. MENGURANGKAN ISA sama juga seperti tidak menghapuskannya terus. Oleh yang demikian ISA perlu di hapuskan tanpa kompromi dan syarat-syarat.

Begitu juga AIDS. Manusia yang peka dan celik tidak akan melihat kondom percuma memberi impak positif dalam isu AIDS HIV. Alasan untuk mengurangkan AIDS dan HIV tidak akan menjamin kemerdekaan terus anak-anak muda dan rakyat Malaysia dari HIV dan AIDS secara total. Walaupun dengan memberi kondom percuma akan MENGURANGKAN (mungkin) AIDS dan HIV tetapi ianya tetap tetap membunuh anak-anak muda dan rakyat Malaysia. Alasan mengurangkan AIDS dan HIV dalam apa cara sekalipun sama juga dengan alasan untuk mengurangkan pengaruh ISA. Ingat, AIDS, HIV dan ISA tetap ada dan meliar walaupun ruangnya telah menjadi terhad dan semakin kurang.
Islam tidak pernah berkompromi terhadap gejala moral dan kezaliman. Dalam kes AIDS, ianya xde lagi istilah MENGURANGKAN. Selagi ianya terus mengancam dan membunuh anak-anak muda dan umat manusia walaupun dalam jumlah yang minima setiap tahun selagi itulah inanya perlu di hapuskan dari hujung kapla hingga hujung kuku kaki, dari ufuk timur hingga ufuk barat, dari rakyat biasa hingga pak-pak menteri. Menghadkan jangkitan HIV tetap tidak dapat mengelak dari ianya terus menjangkiti anak-anak muda walaupun dalam jumlah yang kurang.

Oleh yang demikian, alasan penganut mazhab marxis dan sosialis agar seks bebas wajar di biarkan kerana ianya adalah naluri manusia yang berakal senang sahaja di patahkan. Membiarkan seks bebas tehadap anak-anak muda atas alasan apa pun adalah tindakkan membinatangkan anak-anak muda itu sendiri. Yang membezakannya, binatang walaupun melakukan seks bebas tidak sesekali di jangkiti siplis dan AIDS tetapi manusia yang dibinatangkan akan terus meratap dan berhadapan dengan bahana AIDS dan HIV tanpa kompromi atau alasan.

Golongan imperialis dan kapitalis yang datang dan menyelinap di seluroh pelusok dunia tidak hanya membawa komoditi-komoditi perniagaan dan keuntungan. Dalam fahaman kapitalis terselit sedikit tentang maksud sebenar istilah beri-dan-untung. Fahaman ini sebenarnya telih berjaya menyelinap masuk kedalam darah dan minda masyarakat khususnya orang-orang Malaysia. Ini di tambah dengan kebanyakkan orang-orang Malaysia ini telah melanjutkan pelajaran di negara-negara neo-imperialis dan bekas-bekas penjajah ini. Maka dengan gah dan takbur sekali, mereka membawa berguni-guni nilai-nilai dan pemikiran songsang mat saleh-mat saleh ini. Mungkin mat saleh ini telah mengajak mereka melakukan sodomise dan di 'brain' wash semasa belajar dulu dengan demikian mereka membawa balik nilai-nilai ini termasuklah cadangan pemberian kondom percuma. Perlu diingat, dalam fahaman kapitalis setiap inci kehidupan adalah 'keuntungan'. Sehingga kan "kelopak dara" yang kecil dan tersebunyi itu mereka dapat lihat sebagai satu keuntungan. Puak-puak ini bijak. Mereka tidak akan meletak apa-apa natijah dan alasan samada alasan moral atau keagamaan mengatasi kepentingan perniagaan. Jika dadah dilihat sebagai satu yang menguntungkan. maka dadah akan dianggap komoditi. Sebab itu setelah 24 tahun aku hidup aku masih dapat melihat siri-siri pembunuhan pengedar-pengedar, buruan-buruan polis terhadap dadah dan artis-artis yang gian. Kenapa ianya tak pernah terhapus ? Adakah polis begitu bodoh sehingga kepala pengedar kat Malaysia tak dapat di tangkap ?. Atau polis kekurangan skill risikan ?. . Ini suma adalah kerana dadah adalah komoditi perniagaan paling menguntungkan. Aku ulangi, golongan kapitalis ini bijak. Mereka tak akan meletakkan natijah dan alasan moral untuk menghapuskan dadah. Mereka sendiri tak bermoral, mana mungkin mereka akan mengajar orang lain hidup bermoral. Oleh yang demikian jangan harap dadah akan di hapuskan kerana mengikut undang-indang kapitalis, benda-benda yang menguntungkan akan terus di biarkan dan di niagakan. Mereka akan timbulkan istilah untuk mengaburi rakyat-rakyat dan anak muda termasuk yang bermazhab Marxis dan Sosialis. Maka timbullah istilah "mencegah" dan "mengurangkan". Istilah ini nampak manis bila di dengar, seolah-olah penguasa sungguh bertanggungjawap terhadap moral rakyat dan orang-orang muda, tetapi bagi para kapitalis, perkataan "MENCEGAH" dan "MENGURANGKAN" bermaksud membiarkan dadah atau ganja atau kondom terus diniagakan dan mendapat untung walaupun dalam amaun yang kurang. Lebih baik untung sedikit dari tiada langsung.
Dadah dan ganja terus diniagakan disebalik tangan yang tersorok. Dan rakyat terus di candu dengan slogan-slogan bodoh dan tak masuk akal. Sampai bila kita nak MENGURANGKAN dadah ?. MENGURANGKAN dadah, ganja atau AIDS sama juga seperti ianya tidak dihapuskan. Aku dah 24 tahun idup, Pak Cik Abu dah 57 tahiun idup, tetapi istilah MENGURANGKAN nampaknya terus membunuh anak-anak muda dengan AIDS dan HIV.
Bila sahaja AIDS dan HIV timbul, istilah sama di gunakan.

"Kondom percuma untuk mengurangkan risiko AIDS" - kata penganut mazhab sosialis.
"Jarum suntikan untuk mengurangkan AIDS dikalangan penagih" - kata Menteri B

Yang aku sedih, para pemegang mazhab Marxis dan Sosialis seperti member aku terus menghentam golongan musuh tradisi mereka, si Kapitalis sedangakn bila malam mereka akan keluarkan dapur, atau jarun atau memasang kondom di batang pe*** yang dibeli dari lintah darat si Kapitalis di lorong-lorong sekitar Bangsar dan Bukit Bintang. Si lintah darat Kapitalis seronoh mengira habuan dan memesan barang dari tokan atas pemintaan mamat-mamat Marxis dan Sosialis, sedangkan mamat-mamat Marxis dan Sosialis ini terus berfantasi dengan ganja dan shabu atau 'berkenduri' dengan perempuan berwajah Bukit Kapar Klang tepat jam 12.34 malam selepas menonton "Russia". Kesian mereka. Sama-sama kena kencing.

ps : Berpegang la di tali Allah. Isyaallah kamu akan selamat !

Artikel kawan aku : http://sajakkini.blogsome.com

1 comment:

akira nagasaki said...

panjangnye.. asal takde perenggan heehe penin aku baca.. terpaksa hold kasi mata elok balik