Ads

Tuesday, July 26, 2005

Minyak, kuda dan Pedang - Part 2

Aku sambung balik......................Adakah selamanya minyak akan terus berkuasa memandu sistem politik, ekonomi dan kehidupan alam sejagat ?. Adakah minyak akan selamanya menjadi kiblat para elit antarabangsa dalam merekabentuk geografi politik dan sistem kehidupan moden hari ini ?. Mengikut cahaya iman di dada aku yang agak nipis ini, kehidupan manusia yang terkongkong akibat revolusi minyak sejak 200 tahun dahulu bakal melalui graf Y mendatar, berkala dengan graf X. Mungkin graf Y sedikit menjunam detik demi detik jika beberapa fakta tentang tong-tong simpanan minyak dunia di ambil kira.

Lihat statistik ini. Mengikut catatan Z Magazine, Arab Saudi mengeluarkan 8.528 juta barrel per hari. Amerika pula mengeluarkan 8.091 juta barrel per hari dan Iran 3.775 juta barrel per hari. Jika dikira secara pukul rata, pengeluaran minyak dunia adalah 75.226 juta barrel per hari. Keluaran tahunan minyak-minyak dunia pula adalah 28180 juta barrel.

Sekarang kita lihat pula penggunaan secara minima minyak-minyak ini oleh negara-negara di dunia. Penggunaan minyak paling minima oleh Amerika adalah 19.993 juta barrel per hari. Jepun pula menggunakan minyak paling minima 5.423 juta barrel per hari dan China pula paling minima 4.854 juta barrel per hari. Seluruh dunia pula menggunakan minyak paling minima 75.988 juta barrel per hari dan setahun, dunia menggunakan minyak paling minima adalah sebanyak 28460 juta barrel. huhuhu

Kita tengok pula simpanan minyak dunia. Catatan semasa 1 Januari 2002 mennyebut, Arab Saudi mempunyai simpanan minyak sebanyak 261780 juta barrel. Catatan tahun 2003 untuk Kanada pula menyebut, negara tersebut mempunyai simpanan minyak sebanyak 180000 juta barrel diikuti Iraq sebanyak 112500 juta barrel. Kandungan minyak di seluruh perut bumi dicatatkan berjumlah sebanyak 1032132 juta barrel.

Berapa lama minyak-minyak ini akan dapat bertahan ?. Kita tilik pula perangkaan-perangkaan ini. Kita anggarkan minyak dunia adalah berjumlah 800 bilion barrel, manakala penggunaan minyak minimum dunia adalah 76 juta barrel sehari, jika kita buat kira-kira budak darjah 3, bahagikan antara 800 billion barrel simpanan minyak dengan 76 juta barrel penggunaan minyak minima, kita akan melihat seluruh planet bumi hanya mempunyai minyak dalam masa 10 ribu hari. Jika setahun ade 360 hari, maka minyak-minyak ini akan bertahan selama 27 tahun iaitu sehingga tahun 2027 !. Jika World Cup di anjurkan 4 tahun sekali maka kita masih ada lagi 7 kejohanan piala dunia sebelum dunia kekeringan minyak !. Jika penggunaan minyak minima di planet bumi meningkat 15% setahun, maka kita ada 15 tahun lagi untuk memandu dengan selesa semasa pulang kerja dan mengisi minyak bila - bila masa jika mahu. Mengikut dakwaan US Geological Survey, dunia masih ada 3 trillion barrel tersimpan di dalam tanah, 3 kali ganda simpanan minyak dunia hari ini, tetapi hal ini tidak begitu jelas. Adakah semua minyak-minyak ini dapat di pam keluar dan digunakan ?. Isu sebenar adalah, bilakah masanya pengeluaran minyak-minyak ini tidak lagi mencukupi dan dapat memenuhi permintaan ?. Semuanya adalah bergantung kepada permintaan, bukan kepada simpanan !.

Aku bukan tukang tilik, jauh sekali pernah menjadi anak murid Ayah Pin. Tetapi berdasarkan analisis fikrah, di sebalik bantuan Abang Google, aku yakin yang penghujung zaman tamadun industri akan berakhir. Seperti juga tamadun-tamadun lampau yang mempunyai ciri-ciri klasik tersendiri, begitu juga tamadun industri zaman ini. Setiap zaman mempunya ciri-ciri klasik yang istimewa. Zaman Mesir terkenal dengan ciri-ciri klasik sungai Nil dan tanah yang subur, begitu juga tamadun zaman nabi Sulaiman terkenal dengan ciri-ciri klasik Istananya, tembaga-tembaga yang mengalir di perut bumi dan interaksi haiwan-manusia dan jin yang menakjubkan. Tamaddun kerajaan Islam Cordova pula terkenal dengan ciri-ciri klasik dunia keilmuan Islam yang memuncak. Teori-teori sains banyak dipertemui di zaman ini. Ilmu falsafah memancut-mancut keluar dan kajian-kajian perubatan sungguh luar biasa. Seperti yang dibacakan sejarah, tamadun-tamadun ini muncul, membangun, mengalami zaman kegelapan dah akhirnya runtuh. Dan aku percaya, setiap yang hilang pasti ada gantinya. Tamadun hari ini adalah pelengkap kepada putaran roda kisah klasik sejarah tamadun zaman-zaman lepas. Tamadun hari ni juga mampunyai ciri-ciri klasik tersendiri. Kisah minyak telah berjaya memahatkan nama tamadun zaman ini kedalam buku-buku kisah klasik tamadun-tamadun yang pernah wujud di dunia. Seperti tamadun-tamadun lampau, tamadun hari ini juga akan melalui zamannya tersendiri. Ianya akan muncul, membangun, mengalami zaman kegelapan dan akhirnya luput !.

Aku yakin, jika perang dunia terjadi lagi di masa hadapan, senjata-senjata berat pujaan banyak negara mungkin tidak dapat memastikan kemenangan total peperangan. Jika orientasi peperangan adalah berdasarkan 'Pihak mana paling banyak tank, senapang ape paling banyak menyembur peluru, tentera mana paling banyak jet', ianya mungkin satu keputusan yang amat silap. Sekali lagi aku tegaskan yang aku bukannya pakar menilik atau pernah berguru dengan dukun Monel Felda Aping Barat, tetapi berdasarkan analisa fikrah aku, peperangan akan datang pasti berorientasikan 'Siapa paling banyak penunggang kuda' dan 'siapa paling ramai pahlawan-pahlawan pedang' !.

1 comment:

Abouti said...

wamakaru wamakarAllah WAllahu khairul maakiriin.