Minyak. Cakap ape sahaja berkaitan hidup engkau orang dan engkau haiwan, semuanya bersandarkan minyak. Ko makan roti bakar mamak dengan neslo panas, ko antar anak pegi sekolah, ko pegi Low Yatt beli cd window citak rompak, ko pegi mines tengok filim Betmen, ko pegi petaling street beli 3 keping dvd porno, ko pegi opis, ko main bola tiap-tiap petang, ko bayar bill tepon dan letrik, ko pegi konsert AF3, kesemuanya berpandukann kepenggunaan minyak. Hatta kalo ko nak beli paper pon, perlukan minyak untuk bergerak. Begitu jugak ape yang engkau pakai. Baju cantik yang engkau pakai, dengan benang2 sulaman dari mesin penyulam, ianya digerakkan oleh minyak. Botol air mineral yang dibentuk dikilang-kilang oleh jentera-jentera berat dan ringan, juga di gerakkan olih minyak. Skrin PC dari kaca atau silika yang di lebur juga memerlukan mesin-mesin pelebur yang bergerak menggunakan minyak. Tin-tin koka kola juga pada natijahnya adalah bersandarkan minyak. Lihatlah berapa berpengaruhnya minyak. Aku belum pernah dengar lagi toke-toke minyak yang membuka perniagaan stesen-stesen minyak bengkrap kerana ketandusan pelanggan. Even, kalo aku bukak stesen minyak nun terceruk di kampung Sebasu Pagoh Muar, peniagaan minyak aku dijamin masih menguntungkan.
Individu-individu yang berkuasa keatas minyak, samada mempunyai stesen minyak, atau bekerja di syarikat minyak tentu sekali berpengaruh kuat. Ingat siapa Roman Abrahamovic. Toke Chelsea ini asalnya adalah penguasa minyak berpangaruh di Russia. Roman Abramovic adalah orang terkaya di Rusia dengan harta terkumpul bernilai 13 bilion dollar Amerika. Dia juga tersenarai antara 20 individu terkaya dunia. Semasa peralihan era Soviet, Roman bersama sekumpulan kecil usahawan-usahawan dan billionore Russia yang di gelar Oligarchs merancang satu komplot menggabungkan entiti perniagaan minyak di Russia. Penggabungan ini di lihat satu malapetaka oleh Kremlin. Ini kerana, kalaulah yahudi bernama Roman Abramovic dan kumpulan kecilnya ini bergabung dengan jayanya, maka asset terkumpul sahaja memadai untuk membeli seluruh syarikat nasional minyak Russia. Putin menyedari perancangan Abramovic dan kawan-kawan. Maka, operasi pembersihan di jalankan. Kremlin tiada kuasa dan pertuduhan untuk di jatuhkan keatas kumpulan ini. Tak mungkin tuduhan liwat akan dijatuhkan keatas kumpulan Abramovic. Mustahil juga kremlin akan mengenakan tuduhan ancaman kepada negara keatas Oilgarcs. Olih yang demikian, langkah paling mudah adalah mengenakan tuduhan rasuah dan salah salah guna kuasa keatas Abramovic dan kawan-kawan dalam kumpulan itu. Rakan Abramivic ada yang telah dipenjarakan dan harta di letak dalam jagaan kerajaan pusat kremlin. Hanya Roman Abramovic berjaya melarikan diri dan sekarang ini sedang memiliki kelab Chelsea.
Lihatlah berapa berpengaruhnya orang-orang minyak ini. Kekuasaan individu ke atas minyak bole menyebabkan sesebuah negara tergadai begitu sahaja jika tidak di kawal. Hari ini minyak adalah kuasa. Politik yang menjalar di seluruh pelusok dunia sedar atau tidak memperlihatkan betapa berkuasanya dan bernilainya minyak. Lihat bagaimana Falujah dan Baghdad di rata kan. Alasan Weapon of Mass Destruction (WMD) adalah konspirasi semata-mata. Orang yang gila, bengap dan mereng sahaja mengakui yang Iraq wajar di musnah atas alasan WMD. Pada aku, lebih baik Bush membuat tuduhan Saddan Hussen melakukan sodomise ke atas unta sebagai alasan untuk menyerang Iraq. Alasan itu lebih logik dan aku tak payah bersusah-susah untuk mencari bukti yang Bush sebenarnya adalah jelmaan seekor beruk tanpa otak dan pertimbangan.
5 dari 12 kompeni besar Amerika adalah kompeni pemonopoli minyak. Sebelum tercetus revolusi anti-feudal dan ketika muncul semangat nasionalis di Iraq dan lain-lain negara Arab pada tahun-tahun 1950 dan 1960 an, kompeni-kompeni minyak Amerika mengaut laba sehingga 13 bilion dollar keuntungan dan ianya sedut dari pengusaha-pengusaha di Persian Gulf. Ingat, ini hanya sebagaian pulangan keuntungan setahun pelaburan syarikat-syarikat Amerika luar negara !. Tetapi sejak dekad-dekad kebelakangan ini, syarikat-syarikat Amerika tidak lagi menyedut laba minyak secara terus. Tetapi dalam masa yang sama mereka juga mendapat keuntungan maxima. Ini di sebabkan mereka telah meletakkan orang-orang bodoh berupa Raja-raja Arab yang menjadi penguasa negara yang dilantik oleh orang-orang British, dan mereka ini di jaga olih tentera-tentera U.S dan CIA. Samada penguasa - penguasa bebal Arab ini sedar atau tak, cash flow dari jajahan mereka masuk ke dalam bank-bank Wall Street dan Kompeni - kompen besar kepunyaan orang putih.
Dari satu segi, ianya berjalan elok. Sebagai contoh, dollar di labur untuk minyak-minyak Arab. Arab menjual minyaknya. Dan minyak-minyak itu akan pergi kepada akaun-akaun syarikat minyak Rockefeller di Rockefeller-controlled Chase Manhattan Bank. Pulangan itu akan dideposit pula kedalam akaun bank Raja-raja Arab di Chase Manhattan yang mana, dolaar-dollar ini akan di laburkan semula dengan nilai tinggi oleh Raja-raja Arab ke dalam organisani-organisasi Rockefeller. Lihat ?. Betapa bengapnya raja Arab. Minyak dalam jajahannya di sedut dalam nilai tinggi dan dollar yang diperolehi raja-raja Arab hasil jualan minyak akan dilaburkan semula kedalam kocek orang putih itu semula. Orang putih itu hanya bagi beruk-beruk Arab ni menyentuh sahaja dollar dan memasukkan semula kedalam poket. Ahaha.
Sementara orang-orang putih ini menjalinkan hubungan terlarang dengan beruk-beruk Arab ini, kebanyakkan jajahan lain ditekan dan di kongkong. Lihat sahaja Libya, Iraq, Iran, Yaman dan Algeria. Kenapa begitu ?. Tujuannya adalah untuk memutar semula pilem-pilem silam. Dengan berbuat demikian, US akan memutarkan semula peristiwa-peristiwa revolusi, rampasan kuasa, pertumpahan darah dan civil war yang mana ianya telah banyak muncul dan dilakonkan semenjak perang dunia ke 2.
Tapi sejauh mana kuasa minyak akan berterusan ?. Ikuti sambungan nya lain kali...Aku nak balik...chiow !
No comments:
Post a Comment