Ads
Wednesday, June 22, 2005
Mari buli junior
Ini bukan sekolah aku !
Dulu masa aku masuk matrik, minggu pertama orientasi, aku di perlakukan macam sial !. Masa tu aku rasa aku bukan masuk pusat matrikulasi. Aku mungkin baru sahaja masuk pusat serenti atau maktab polis. Bayangkan dengan baju matrikulasi warna putih, seluar hitam, kasut hitam, aku a.k.a kami di paksa bumping atas dataran bertar dengan tangan penumbuk, bukan dengan tapak tangan hanya kerana sorang budak buat 'taik'. Kena maki ?. Jangan cakap la. Hei !. Aku dah berumur 18 tahun ok. Aku dah besar. Aku masuk kolej nih nak belajar ilmu-ilmu fizik, ilmu-ilmu kejuruteraan, bukan ilmu-ilmu tentera. Please la, treat us as a matured guy ok !.
Tak habis-habis berita pasal buli. Dulu kat Sekolah Agama Bandar Penawar, sorang junior kena belasah sampai tenat. Lepas tu, kat sebuah sekolah ugama kat negeri sembilan timbul kes seorang junior mati kena belasah sebab tak bagi pinjam cerek. Tup tup 2 3 minggu lepas, seorang junior kat Pahang tenat kena belasah sampai hampir lumpuh. Mungkin mereka-mereka yang membuli ni bukan belajar agama kat sekolah. Mungkin mereka telah menganut agama Marxis atau Lenin berfahaman evolusi. Atau mungkin mereka beragama batak. Atau mereka ni menganut fahaman Holocoust. Harap ustaz-ustaz dapat check agama sebenar mereka.
Pada aku, buli adalah satu penyakit. Pesakit-pesakit yang suka membuli ini telah terkena kuman ego. Masa aku blaja kaunseling dulu, lecturer aku memberitahu maksud keegoan adalah sifat seseorang yang biasa digunakan untuk melindungi diri, menunjukkan ke 'superiority' an diri terhadap orang lain bergantung pada environment dan kehendak. Ego juga adalah cara pembesaran seseorang insan, belajar dari persekitaran. Lumrah sekolah berasrama, kebanyakkan murid-murid asrama tinggal dalam environment dan suasana yang terkongkong. Terkongkong bukan bermakna duduk bawah tempurung, tetapi secara prinsipnya, mereka terkongkong dengan kehendak peraturan yang ketat, berinteraksi dengan masyarakat seasrama (dormmate, classmate, prep-mate, pakgad, tukang kebun, warden, cikgu-cikgu). Akibat tidak bercampur dengan persekitaran yang dinamik, dengan suasana terhad kawasan sekolah, maka pembesaran anak-anak muda (budak-budak sekolah asrama) terkongkong dalam lingkungan antara mereka, dan mereka meningkat dewasa dengan belajar berkawan dan setiakawan antara mereka sahaja. Mereka tidak keluar dan belajar dengan persekitaran yang luas sosialnya. Mereka tidak keluar ke supermarket. Mereka tidak atau jarang sekali pergi ke stadium menonton bola. Jauh sekali untuk ke pawagam. Sedangkan proses tumbesaran remaja berkait dengan interaksi dinamik persekitan, agar mereka belajar bersosial (maksud aku sosial yang baik). Persekitaran sosial yang dinamik seperti pergaulan perbagai kaum, interaksi jual beli dan tidak terikat dengan peraturan yang ketat dan mengongkong akan melatih remaja membuat keputusan yang kritikal, ego di 'adapt' dengan setara mengikut kehendak sosial, mereka belajar tentang pertimbangan diri dengan matang dan mereka matang dengan persekitaran.
Suasana sekolah berasrama di Malaysia sangat rigid, jumud dan terbatas. Mereka membesar dalam suasana yang tidak seimbang. Egoistik yang di 'developed' menyebabkan mereka stick antara mereka, dan ter'adapt' dalam lingkungan mereka. Apabila datang junior yang berlainan perangai dan ego dari mereka, maka timbul rasa superiority atau survive dalam jiwa bagi mengatasi ketidakseimbangan ego. Ini kerana mereka membesar dan jiwa mereka belajar dalam suasana tidak dinamik, terkongkong dan pertimbangan diri tidak matang dengan persekitaran...Mungkin x semua begitu. Ada juga budak-budak asrama yang dapat belajar suasana rigid asrama dan adapt dengan sempurna dalam diri. Mereka-mereka ini mungkin datang dari latar belakang keluarga yang tinggi nilai sosial, keluarga yang sempurna atau professional. Tetapi tak ramai sebegini. Anak-anak yang tinggal di asrama kebanyakkan datang dari salasilah keluarga yang sederhana. Semasa kecil mereka tak dapat belajar berinteraksi dan bersosial dengan baik. Dan dalam umur semuda 12 tahun, mereka telah dipenjara dalam dunia studi yang penuh undang-undang, terkongkong dan interaksi yang terhad. Budaya terkongkong, rigid, undang-undang anti-sosial yang diamalkan di asrama yang pada awalnya untuk membentuk peribadi akhirnya merosakkan ego yang sedang membesar dan belajar. Ego yang mengarut menyebabkan mereka berasa yang diri ade superiority, hanya stick pada kumpulan-kumpulan mereka dan sukar teradapt dengan egoisma dan budaya orang lain / junior mereka. Mereka akan memandang budaya dan egoistik pelajar yang nampak lurus contohnye sebagai pertentangan untuk mereka. Dengan itu muncul gelaran-gelaran seperti 'poyo', 'katik', 'berlagak'. Gelaran-gelaran ini diberi sedemikian sebagai tindakbalas pertentangan yang wujud antara ego mereka yang terkongkong dengan ego orang lain. Jika secara tiba-tiba wujud ketegangan antara mereka yang berlainan ego ini, contohnye Si 'Poyo' tak membenarkan cereknya di pinjam mamat senior tadi, maka tindakkan fizikal akan di gunakan sebagai luahan keegoan.
"Lihatla, aku paling kuat di dorm ini."
"Aku senior paling ganas !"
"Berani lawan ?. Silakan !."
Pada aku, dunia asrama yang rigid dan terkongkong sepatutnya telah lama di bubarkan di negara ini. Dunia sekolah berasrama sepatutnya dibuka sealiran dengan sosial arus perdana. Kita bukan berada di tahun 70 an yang mana sosial masyarakat masih lagi ortodok. Kita sekarang berada dalam dunia yang memerlukan interaksi. Dunia teknologi digital ari nih memerlukan orang yang boleh bersosial dengan baik. Aku tak kata sekolah harian semuanya bagus. Dengan membuka pintu sekolah berasrama kepada nilai-nilai demokrasi dan interaksi plbagai kaum sekaligus akan membentuk minda dan jatidiri lebih dinamik. Egois budak-budak asrama yang teradapt dengan persekitaran yang seimbang akan mengeluarkan mereka dari dunia hitam dan terkongkong. Dunia asrama yang mengongkong hanya merencatkan tumbesaran ego dan cara berfikir terhadap persekitaran.
Sekian ceramah saye ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment