Aku memang melayu. Mungkin ultra melayu. Sebab pagi tadi beria-ia aku bawak track suit dengan t-shirt untuk jogging, tetiba bila petang menjelma, aku ke kedai mamak Bismillah bersama melayu-melayu seperti Najip, Din, Imran dan Fahmy. Aku melayu sebab aku tak menepati janji untuk berjogging pada petang hari. Ha ha ha. Mulai esok aku mesti menjadi seorang yang bukan melayu. Mamak ke. Burma ke. Indon ke. Arab ke. Jepun ke.
Teh tarik ini sedap.
Seni memilih pemimpin
Ingat buat lukisan je ke orang panggil seni. Memilih pemimpin juga memerlukan seni. Adakah susah memilih pemimpin ?. Adakah sesusah kita menduduki exam MUET ketika mahu memilih pemimpin ?. Baik lah. Pada pengertian aku, pemimpin paling utama dalam dunia adalah diri sendirik. Jika kita terasa hendak berak, kita akan memberitahu jasad supaya ke tandas segera bagi membuang tahi. Jika kita rasa haus, kita akan memberitahu jasad supaya minum air. Siapa kah 'kita' ?. Aku tak cukup ilmu untuk menerangkan siapa 'kita'. Tetapi di situ terlihat yang 'kita' adalah pemimpin jasad kita sendiri. Jika 'kita' mengarah jasad supaya berak di tepi highway, maka jasad akan menurutinya. Mungkin 'kita' adalah roh yang ada di dalamnya akal, nafsu, iman dan perasaan. Mungkin Dr Fadzillah Kamsah bole menghuraikannya. So, call la dia.
Disini aku x hingin untuk mengulas mengenai pengertian 'kita' secara mutlak dan lengkap. Ape yang aku nak tulis nih adalah mengenai konsep kepimpinan yang ade dalam diri.
Melihat suasana hari ini, kita seolah-olah berada dalam krisis identiti yang besar sebagai seorang Muslim khasnye dan sebagai seorang orang timur amnye. Individualistik dan kapitalis adalah 2 unsur yang sangat rapat. Adakah individualistik itu kapitalis ?. Aku pun tak tahu. Bahkan abang Mahmood kedai mamak Bismillah pun tak tahu. Tetapi individualistik datang bersama dengan kapitalis. Aku tak nampak bagaimana ianya datang tetapi aku perasan akan kesannya. Individualistik menyebabkan masyarakat terpisah. Engkau engkau, aku aku. Tiada lagi semangat tegur menegur. Tiada lagi semangat bertanya khabar (bertanya khabar bukannya menjaga tepi kain orang). Paling terkesan, individualistik tak mampu untuk menghubungkan antara krisis identiti dengan persekitaran. Sikap individualistik pada pendapat aku akan melihat permasalahan diri atau keluarga dalam ruang fikiran yang sangat terkongkong. Contohnya mudah. Seorang bapa melihat anak perempuannya yang baru berusia 18 tahun isap ganja di sebuah pondok bas. Dia sangat sedih dan terharu. Selama ini si bapa berpendapat dirinya sangat tegas dengan anak-anak. Dia menghantar anaknya ke sekolah tiap-tiap hari. Even, dia menghantar anaknya ke sekolah agama tiap-tiap petang. Anaknya di beri duit saku secukupnya. Si bapa sangat tegas terhadap anak perempuannya dalam memilih kawan-kawan. Si bapa bingung. Adakah dia memberi didikan yang salah terhadap anak gadisnya selama ini ?. Si bapa mula menilai dirinya. Di dapati dirinya sangat taat bersembahyang. Dirinya juga taat beragama. Cuma dia kurang mengambil berat tentang persekitaran dan memilih pemimpin masyarakat. Padanya, cukup lah jika negara ada bangunan tinggi, shopping kompleks besar dan rakyat hidup aman. Selama ini, baginya cukup lah jika dia menghantar anaknye kesekolah agama dan mengajarnye menghormati orang tua sebab jika anak gadisnya sudah besar tentu anaknya itu ade kekuatan rohani yang kuat, dan tak mungkin terpengaruh dengan masalah sosial. Namun dia meleset. Anaknya itu yang selama ini di jaga, dididik, tiba-tiba didapati menghisap ganja di pondok bas. Sah !, anaknya rosak disebabkan persekitaran. Nampaknya individualistik telah membelit si bapa. Si bapa pada aku sangat terkongkong dalam menilai erti pemimpin. Benar sibapa telah memimpin dirinya sendiri dengan baik. Bahkan mencapai tahap cemerlang. Si bapa juga berjaya menjadi pemimpin anaknya. Dia berjaya mmberi kasih sayang dan tanggungjawap kepada anaknye. Jika di hadapan Allah kelak di hari kiamat, insyaallah si bapa akan terlepas dari persoalan nafkah untuk anak-anak. Tetapi bapa ini gagal dalam menyediakan pemimpin yang elok untuk masyarakat. Bapa ini gagal memegang tanggungjawap sebagai rakyat di sebuah negara untuk melantik pemimpin (perdana menteri, presiden, ketua, khalifah), yang boleh memimpin persekitaran yang cemerlang untuk anaknya. Jika si bapa ini Islam, dia gagal menjalankan tanggungjawap sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang kuat pegangan akidahnya, tidak korup, tiada skandal, tiada rasuah, tiada lesen AP dan berjaya mewujudkan persekitaran mengikut lunas-lunas Islam. Aku bukan jumud. Aku juga mahu pemimpin yang berfikiran moderate. Bole menganalisa dan membuat keputusan kritikal yang bagus. Boleh melihat kemajuan dari segi tuntutan agama dan rasional diri.
Aku yang bernama Roime, pemuda berasal dari Felda di selatan Malaysia, tak mahu generasi aku akan datang hidup dalam suasana yang aku alami hari ini. Alhamdulillah, sedikit sebanyak aku berjaya mengharungi dugaan yang datang dengan jayanya, tetapi bagaimana dengan generasi aku akan datang ?. Pada pendapat aku, sebagai Muslim kita hendaklah menjadi pemimpin diri yang cemerlang. Samada dari segi ilmu, kesihatan, minda dan komunikasi. Kita juga wajib memilih orang-orang yang cemerlang dari segi ilmu, ketakwaan akidah dan amanahnya untuk memimpin masyarakat dan persekitaran. Aku tak nak vote pemimpin yang akan meluluskan disko-disko yang bersepah-sepah di KL. Aku tak nak melantik pemimpin yang hanya pintar berbicara tentang ekonomi tetapi mengabaikan sosial anak-anak muda. Aku juga tak mahu pemimpin yang sama-sama terlibat dalam korupsi, zina, rasuah dan skandal. Aku taknak memilih pemimpin yang melakukan penoyolan di sebarang bukit secara haram. Bahkan Mak Cik Jah Kedai Runcit juga bagitahu aku yang dia kata Tak Nak walaupun anak dia isap rokok. Aku mahu pemimpin yang bijak, moderate, mempunyai seni negosiasi yang cemerlang dan toleran. Mampu melihat kemajuan dari aspek Islam yang sangat indah. Aku tak mahu menjadi seorang individualistik. Harap-harap aku bukan melayu yang kata Tak Nak tapi dalam hati kata Nak. HuHu.
No comments:
Post a Comment