Mengisi blog tanpa rasa ikhlas dan berpura2 famous seolah - olah aku berada dalam alam mutant. Aku bukan diri aku !.
Jogging
Hari nih masuk hari ke 6 kalo tak silap aku berjogging. Letih, tapi itu lah, jika kehidupan aku di pacu oleh perut. Akibatnye suma tindakkan akan memenuhi menifestasi perut. Aku jogging sebab adik aku (perut) semakin menampakkan keadaan yang sungguh tidak normal. Oleh yang demikian aku perlu berjogging setidak2nya untuk mengempiskan sedikit perut jika boleh atau sekadar meningkatkan kadar kardiovaskular aku mengepam darah ke seluruh badan. Option untuk jogging ini adalah, aku akan sentiasa menjadi bahan rujuk gadis2 manis UPM. "Gatalnye awak. Tak padan perut !." - Lyidia.
Kebiasaan jogging aku hanya mengambil masa 2 - 3 minit mengikut kadar amatur, sebab dah SETAHUN aku x jogging. Gila ah !. Aku tak bole melawan zaki yang bertenaga Energyzer !. Zaki tu Energgyzer atau mutant ?. Entah la...
Sri Lanka
Ingatlah, selagi anda berilmu, anda tetap akan di puji2 dan berada dalam kehormatan walaupun anda berasal dari Sri Lanka. Aku ada seorang kawan nama dia Gayan Priyanatha dari Sri Lanka. Kami berkenalan ketika dia kebetulan sedang membuat satu projek dinamakan "Cyber Gate" menggunakan sepenuhnya implementasi Nocat. 3 minggu aku menghadapi masalah rumahtangga dengan Siti NoCat. %@^$%$55456%@$%^$^ (kata2 ini tepaksa ditapis akibat terlalu 18 SGL seram-ganas-lucah). Hanya sebaris output, 2 3 patch terpaksa aku deploy. Patch bodoh yang mengandungi berjuta2 error terpaksa aku betulkan manually. Nak je aku tempeleng patch tuh !.
Nah, perkenalan aku dan Gayan akhirnya membawa aku ke jinjang pelamin...errr...."Ko dah lari tajuk nih. jangan la menghayati sangat citer nih"
Gayan memberi aku masa 3 minggu untuk mencari sebaris output yang aku perlukan. Diulangi SEBARIS output.
Dan seperti yang dijanjikan (rupanya janji melayu x sama ngan janji Sri Lanka), dia kembali meng email aku dengan satu solution yang amat ajaib bah !. Hanya 2 huruf iaitu 'ip' yang di tambah pada sebaris script akhirnya membuatkan aku terpaksa melupakan patch2 bodo dengan 2 3 juta error.Maka solution untuk masalah Siti Nocat seterusnya mungkin dapat diatasi sepantas aja. Pengajarannya, bersahabat lah dengan org yang lebih tahu walaupun mereka dari Sri Lanka.
Ina dan Nadia
Mereka ini adalah gadis manis praktikal di unit aku. Kalo dia manis tentu akak2 mereka juga manis. Ina ni org Klate dan si Nadia ni satu negeri ngan aku Johor. Anyway, tadi kami makan sama2 kat KFC. So, ade la 2 3 keping gambar kami ambil cuma x sempat nak cuci lagi. Ade mase aku deply kan gambir..errr...gambar mereka berdua di blog nih..
Sun
Di lab aku kini terdapat bertimbun2 Sun Solaris Workstation yang busuk..ahaha....Mungkin sebab tu Hazly x suka masuk lab kitorang..ahaha...Kami rembat Sun-Sun nih dari unit atas. Unit Lighwave. Semacam penyamun plak. Kasi licin la. "Kita kerja overrtimeeee"
---gambar semasa aktiviti menyamun akan dikemukakan esok2 la------------
1 comment:
En. Roy,
Macam kena geletek perut ni bila baca blog you. Bau Sun tu ok je, tapi bila bercampur dengan bau Kopi Ginseng Hazly, tu yang tak berapa nak sedap bau dia. Err bila nak buat citer pasal boss. Dia complaint kata Roy tak ingat member.
Kuchai Baru
dahlatu@gmail.com
Post a Comment