Ape yang aku ingat tentang tarikh nih?..yaa, waktu begini di tahun 2004, aku berada di UNIMAS untuk saat-saat akhir. Melihat kelibat remaja-remaja Sarawak menjalani latihan PLKN serta melayan perangai sentul si Jalal, selalu gak aku diangkut oleh mamat nih untuk makan2 depan Kolej Kenari. ha ha ha. Terasa diri seperti bohsia plak. Ini membuatkan aku tersenyum kadang2. Ingat lagi maggi tomyam 2 bungkus beserta sebijik telur yang di kongsi bersama Azrin. Azrin terpaksa membuang imej ahli parlimen dan mantan Naib YDP-MPP di UNIMAS sebab di penghujung sem mana ade duit dan terpaksa lah menyeludup masuk kem PLKN membaham 2 3 pinggan nasi lebihan makan malam pelatih2 PLKN. (Thanks Zuhairi sebab menjadi barua kitorang.) Huh, kenangan penghujung kehidupan di UNIMAS yang sungguh tragis !. Waktu begini jugak aku sedang berkira2 untuk ke KL menghadiri temuduga pertama. Of course temuduga tu gagal sebab aku xde langsung persediaan. Pen pun pinjam staff diorang.
Tak sangka gak dah setahun berlalu. Dan aku rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang. Dugaan mendatang aku tak tahu bagaimana rupa bentuknya dan yang pasti aku kena bersedia sepanjang masa. Tawakkal dan tawaddu'. Jiwa kental dan sentiasa berjogging.
--semayang maghrib sat--
Perang
Minggu lepas kisah perang Malaysia-Indonesia hebat diperkatakan. Bukan saja di perkatakan, malah di laporkan, di ulaskan, di tayangkan.....menyebabkan aku rasa mual. Kenapa berita ni timbul?. Puncanya adalah minyak!. Beribu2 kaki kubik minyak di temui di perairan Sulawesi (Ambalat). Tentu sahaja perkara ini menimbulkan ketegangan kerana harga untuk emas hitam ini mampu membawa pulangan lebih 20 juta us dollar !.
Indonesia beria2 menghantar pasukan laut.
Pada aku walau siapa pun dapat sumber minyak yang sungguh banyak ini, yang pasti bukan rakyat terbanyak yang untung. Jika Indonesia sekalipun memilikinya, aku x yakin rakyat nya terbela dan hidup senang. Hasil mahsul dan kekayaan tetap berputar2 di tangan orang2 tertentu. Begitu juga di Malaysia. Jika Ambalat di takdirkan milik kita, aku pasti yang kaya raya adalah juak2 tertentu dan yang pasti harga minyak tetap naik untuk tempoh waktu yang tertentu, rakyat ramai yang melarat, jurang kaya-miskin tetap merenggang dan kita tetap terperah untuk memajukan puak2 ini dan menaikkan lagi slogan Malaysia Boleh dan Islam Hadhari.
Bukan selamanya kita begini. Untuk rakyat2 Malaysia dan Indonesia lupakan la niat perang jika ada. Yang menang perang tetap hidup menderita, yang kalah perang pastinya lagiiii derita. Perbetulkan dulu sistem dalam tanahair melalui saluran demokrasi, hapuskan juak2 toyol yang menghisap setiap keringan dan duit rakyat dan pastikan negara lebih telus dan demokrasi.
17 A
"Mungkin dia mutant !"
Nur Amalina. Sapa dia?. Artis ?. Ahli muzik ?. Penari sarkis ?.
Nur Amalina adalah gadis perempuan melayu pertama yang memecahkan rekod mengumpul A1 terbanyak dalam SPM. Hebat jika kita lihat A nya. Memang berbaloi jika usahanya selama ni setimpal dengan hasilnya !. Bayangkan jika anda menanam 17 batang pokok strawberry (strayberry susah di tanam di Malaysia) dan anda mendapati suma pokok mengeluarkan buah. Bukan sahaja buah tapi buah yang manis+elok+besar+montel+nyummm+nyummm. Akhirnya buah2 ini akan di eksport ke Oxford. Gila ah !
hmm...terfikir gak aku jika belajar bersungguh2 dan mendapat A1 banyak2 pastinya bila sudah keluar dari kepompong akademik aku mampu memiliki apa sahaja. Duit+perempuan+kereta+rumah+perempuan+perniagaan+saham+perempuan.ha ha ha
Tapi boleh kah ?.
"Yang penting bukan A nya, tapi ilmunya"-Getus saudara Jiwa.
Ilmu yang bermanfaat akan menghasilkan keuntungan sejagat. Contoh yang simple, lihat sahaja Thomas Edison pencipta lampu. Dia x pandai, sebab seperti yang diceritakan dia berkerja sebagai konduktor keretapi dan menunggu ayam betina bertelur. Usahanya yang gigih dan ilmu yang diguna pakai akhirnya dia berjaya mencipta lampu berfilamen even matanya rosak sepanjang usahanya.
Bandingkan cerita ini. Di sebuah University agak terkenal(mungkin) di saentero Asia, terletak di selatan Tanah Melayu dan semestinya di huni berpuluh2 professor-professor kejuruteraan, kimia, statistik, biologi, alam semesta dan yang pasti mereka mampu bercerita tentang material hingga ke sistem(meminjam istilah najib). Tapi bagaimana 128 laporan rasuah bole di buat keatas golongan2 intelek(mungkin) ini bole dibuat?. Adakah rasuah ini adalah eksperimen professor2 di universiti ini untuk menyiapkan tesis bertajuk "Analogi rasuah secara analog ke digital menggunakan sistem berkala". Atau proffesor2 ini berasakan ilmunya terlampau tinggi dan dianggap maksum maka tak setimpal dengan gaji mereka maka cuba2 mencari duit tepi menggunakan teori di buku2 di perpustakaan ?. Cukup memalukan amalan ini !. Sudah lah rasuah menjalar di dalam parti politik. Rupanya ahli2 akademik juga bole terlibat. Jijik lagi menjijikan !.
Untuk Nur Amalina jika terbaca blog abang(he he he), saya nasihatkan A1 yang bertimbun2 tu cuma bonus dari usaha anda sendiri. Yang penting adalah ilmu yang anda dapat di gunakan untuk tidak menyusah kan orang lain. Lihat sahaja tokoh taik dalam negara. Hampir semuanya berjaya dalam pelajaran tapi x berjaya menggunakan ilmu untuk kebaikan masyarakat. Lihat Dr Kh** To***. Tentu sekali makhluk ni bijak sehingga mendapat ijazah perubatan tapi apa guna kalo makan rasuah. Toyol pun segan nak mencuri sehingga satu bukit. Lihat pula Hanif Basri. Kalo Nur Amalina x kenal baik terjun lombong.
Jadi lah seperti orang2 yang baik pelajarannya dan ilmunya di gunakan untuk kebaikkan orang lain. Ramai orang sebegini bole di jadikan ikutan. Bukankah Nur Amalina gemar melayari internet.Oleh yang demikian jangan syik chat jek. Cuba kenali siapa Dr Rantisi, Syeikh Ahmad Yassin, Dr Qardawi, Dr Harrun Din x pun Roime Puniran. "Ko ni ade niat nih !"..Anda pasti jalannya ada di situ.
No comments:
Post a Comment