Ads

Thursday, March 31, 2005

Lama tak apdet !

Peminat2 aku dah marah2 sebab aku lama x update blog. "Rasanye Hazly sorang jek yang marah2." Aku sibuk sekarang dengan abang2 router bilik belakang, abang2 sun dan PPP yang berperangai gampang selama setengah bulan. Akibatnye aku ceraikan PPP secara fasakh. Mungkin aku akan rujuk balik lepas aku settlekan configuration2 di mesin sun, NoCat dan radius.

The eye

Ahad ari tuh aku ke mines berseorangan menonton cerita The Eye 8. "Eh, dan sampai episod 8 ke ?". Citer ni rasanya kurang menakutkan berbanding The Eye 1 dulu. The Eye 1 dulu menyebabkan aku dan Anip x tido malam walaupun kami berpura2 tidur sambil menyumpah seranah dalam hati .

Anip : Cilaka Roy, dah tido dulu
Aku : Cilaka Anip, dia dan tido rupanye

Sedangkan xde sape dari kalangan kami yang tdo. The Eye juga membuatkan Anas balik berlari menuruni tingkat 4 bilik aku walaupun malam tu bukannya black out pun. Ajai yang kaki movie pirate juga berpura2 main game kat bilik Kassim. ha ha ha..

Ahli Parlimen tu abis sekolah tak ?

Beberapa minggu lepas terjadi satu perdebatan ringkas di parlimen oleh ahli2 parlimen. Ianya berkaitan isu orang melayu dalam iklan kempen budi bahasa (dalam LRT) yang berperangai hampeh tak kasi orang tua duduk. Biskut dia jatuh pun orang buta tolong ambikkan. Siot jek !. Alasan ahli parlimen tu, iklan sebegini menggambarkan bangsa melayu yang tak beradab dan menjatuhkan maruah melayu sekaligus memalukan melayu.
Aku tak nak komen apa cuma ade satu perkataan aku sebut dalam hati untuk 2 orang ahli parlimen itu iaitu TAK SEKOLAH KE ? !
Adakah anak AR Tompel tu menghina melayu ?. Adakah pelakon itu melayu ?. Serani juga berwajah melayu.
Alasan dangkal ahli parlimen kangkung itu menggambarkan kedunguan seorang pemimpin melayu. Sedangkan dasar2 pihak ahli parlimen kangkung ini menyebabkan melayu terutamanya anak2 muda hilang adat, adab, jatidiri, tatasusila sehingga tidak malu memberhentikan kete di highway dan kencing di tepi jambatan.
Ahli parlimen kangkung itu (kangkung adalah sayur yang nampak keras di luar tetapi kosong di dalam), cuba untuk menjadi juara melayu. Pantang ada unsur2 yang menhina atau memalukan melayu akan di hunusnya keris.
Haha, bodoh betul sang ahli parlimen. Sepatutnya AP(Ahli Parlimen) tu turun ke jalan2 raya dan naik sendiri LRT atau lepak2 kat jalan pasar seni untuk melihat sendiri bagaimana melayu itu. Lupakan la tentang adat2 budaya dan segala tata susila tunduk hormat yang kononnya cermin melayu. Akui lah yang melayu hari ini adalah melayu celup semata dan melayu hari ini adalah melayu yang memikul segala macam sampah2 Hollywood, Bollywood skin head, komunis, Marx. Mana ade istilah tata susila lagi. Dan iklan di tv itu adalah secebis dari realiti sikap melayu hari ini. Itu belum dikira kes2 sumbang mahram, rogol, murtad, sex keldai sumanya di juarai oleh masyarakat yang kononnya beradab dan beradat. Lihat sahaja sikap kita tentang jiran tetangga dan kawan-kawan. Aku sendiri mengalami krisis keterasingan dalam masyarakat melayu sendiri akibat sikap aku.
Itu belum lagi di kira penghuni2 pusat serenti dan penghidap AIDS, semuanya kebanyakkan melayu.
Tanya juga si Jeslina Hasyim adakah dia melayu ?. jangan di lupa Khir Toyo. Semua ini sememangnya adalah realiti melayu tahun 2000. Oleh yang demikian x usah lah jadi juara kangkung kononnye membela melayu hanya kerana iklan LRT yang cuma 10 menit itu.
So, jika AP itu benar2 ade "ehem..ehem", beliau sepatutnya kehadapan dengan kenyataan yang lebih telus. Pertahankan JAIS. Lakukan provokasi dan singkirkan pengamal rasuah. Kemukakan idea tegas membasmi budaya hidupan malam yang terlampau di KL. Kemukakan bantahan yang jelas terhadap stesen2 tv yang terlampau terbuka. Hapuskan rasuah. Jika hanya sekadar melenting untuk iklan LRT anak AR Tompel, lupakan sahaja la. Lebih baik letak jawatan.

Zulhusni

Aku dah kata awal2 dulu, masa kat kampus biasa2 kan diri tu bermain dengan Yahoo Massenger dan Friendster. Tengok sekarang, ko dah ketagih main menda tu even waktu opis hour. ha ha ha..Rasakan penangan YM ngan friendster. Macam2 adaaaaaa !.
Zulhuni kawan bilik aku masa Semester last. Kami dan kenal semenjak tahun satu cuma jodoh kami alhamdulillah di tahun akhir. Hensem dia ni dan kuat lari pulak tuh !. ha ha ha.Tapi semenjak kenal YM dia dah berubah menjadi sangat ayu. Zulhusni ke tu ?. Atau Zulhusniwatie ?. ..Dah pandai menggoda orang sekarang yek ?. Aku pun ko nak goda ?. . Aku report sama adik ko !

Image hosted by Photobucket.com

Globalization

Aku dapat ni dari Nifazu

What is the truest definition of Globalization? Answer : Princess Diana's death. Question : How come? Answer: An English princess, with an Egyptian boyfriend, crashes in a French tunnel, driving a German car , with a Dutch engine, driven by a Belgian, who was drunk on Scottish whisky, followed closely by Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles, treated by an American doctor, using Brazilian medicines, This is sent to you by a Mix, using American Bill Gates's technology, and u r probably reading this on your comp; that uses Taiwanese chips, and Korean monitor, assembled by Bangadeshi workers, in a Singapore plant, transported by indian/malay/chinese truck drivers. Thatz , GLOBALISATION

No comments: