Ads

Monday, February 21, 2005

Servissss...

Servis

Sejarah tercatit untuk Suraya. Pertama kali aku hantar dia servis hari nih. Gila ah, aku membawa Suraya keluar dari rumah jam 7.30 pagi. Dengan yakin aku melalui highway Puchong. Dan terus pecut, Suraya seakan mengerti yang dia perlukan servis hari tuh..Aku paham !. Sebab aku lelaki berjiwa Hulk Hogan. Ahaha !. 15 minit berlalu sehingga aku ketemu IOI. Sepatutnya aku ke kiri untuk terus ke tempat supaya Suraya di servis sepuas hati oleh lelaki2 di situ. Apa kan daya aku terterus !. Nah, aku termasuk highway Subang. Gila !. macamana aku nak keluar ?. Seputer aku di subang bersama Suraya. Suraya kelihatan x mampu menanggung beban batin. Dia bergegar beberape kali sehingga memaksa aku menukar gear 2 3 kali. Boleh tahan minah nih ?.
Then aku berputar di Subang. Tak percaya plak aku berada di hadapan umah pak long aku depan Summit. Gila kalo dia nampak aku bersama Suraya. Lagi gila jika dia lihat Suraya seakan tak menentu setelah lama berpinar2 di sekitar Subang . Bancau2. 2 jam di Subang, aku letih sambil memukul steering Suraya. Last2 aku nekad untuk menahan teksi Apek Subang.

Aku : Bos, kalo dari sini pi puchong lalu mana?.
Apek : Lu masuk highway la depan tuh.
Aku : Bole tunjuk jalan ke?. Berapa sekali pergi
Apek : 15 ringgit
Aku...hmmm(berfikir)..Ok la...

Aku dan Apek memeceut laju. Apek ternyata perkasa di highway. Mungkin dia sedara toke konsesi PLUS. Gila ah !..Aku kehilangan kelibat Apek td. Lupa tanye nama dia !.
Dalam suasana jammed giler, tetiba ade seseorang mengetuk cermin tingkap. Apek tadi rupanye !.

Apek : Lu masuk itu highway nanti lu kasi tunggu sana ha !. Ni phone gua.

Gila Apek nih. 15 ringgit semata2 sanggup dia turun dari keter dia kat tengah2 jammed pastu pi kat keter aku just nak bg no phone. Bersungguh2 dia. Akhirnya aku selamat follow Apek tuh sampai pusat servis. Suraya girang. Akhirnya kehendak dia untuk tertunai tepat jam 9.30 pagi. Gilirannya untuk mendapat khidmat jejaka2 tempat tuh akan berlangsung seberntar lagi. Giliran Suraya adalah 25. So, sabar yek Suraya. Aku mendaftar kan Suraya

Toke : Ade ape bang !.
Aku : Saye nak buat comlain dengan servis sekali.
Toke : Ye ke?. Ape komplen tuh ?.
Aku : Steering dia x bole adjust la masa saya baru ambik ari tuh. Pastu bawah tmpat duduk pemandu ade bunyi2 yang saye pun x tahu.
Toke oo. yeke ?. (Sambil menulis)
Aku : Servis kena bayar e ?
Toke : Kalo dalam warranti servis tak kena bayar, barang kena la.
Minyak enjin kena ganti. Oil filter, Gasket...bla..bla...Estimate RM103 la. Dalam kol 4.30 abg call. Kitorg tutup jam 6.30
Aku : ok. Terima kasih

Aku meninggalkan Suraya berseorangan. Biar dia gembira bersama mekanik2 pusat servis eon. Ahaha. "Jom pi IOI"

Kawan - kawan UNIMAS

Sabtu dan Ahad adelah hari Reunion budak2 A103 Kolej Tun Ahmad Zaidi. Aku, Anas, Anip, Ajai, Hummy, Ise, Rudy, Ajis, kami sama2 meredah air terjun Gabai. Yihaa !. 2 buah kete turut serta. Kereta Hummy dan kereta putih milik putera sungai ber plat WMN 8454. Antara bekalan dibawa :

Roti
Tikar
Sardin
Tuala
Spender
Rokok
Lighter

Peh, bukan air terjun Gabai yang menarik perhatian kami, tapi bukit yang tinggi gilr. Ternyata kami kepenatan setelah separuh jalan tetapi masih nampak macho blla berselisih dengan adik manis yang menuruni tangga, Gila hipokrit !.
Ise, cuba menunjukkn skill menangkap ikan sungai sebesar tapak tangan ketika kami mandi. Rudi agak keberatan untuk mandi.

Rudi : Aku fobia la.
Anas : Ko mandi ngan Syukor bole la.
Kami : ahaha

Jam 4 kami balik. Cuma tinggal Hummy, Ise dan Ajis sahaja. Mereka ketagihmain gelungsor2. "Atau saje nak skodeng orang beromen ?." . Balik tuh Aku, Ajai, Anas dan Rudi terus ke Mines. Tengok Constatine. Saspen2. Ajai nampaknye control2 sewel sementara tangan cuba menahan kencing. Ahaha.

Memori ini sukar untuk di gambar kan. Sebab tu xde gambar. Kamera pun xde


No comments: