Ads

Thursday, July 28, 2005

Kisah London dan Memformat Dunia

Icam selalu datang kerumah aku di kampung jika aku bercuti. Biasanya cerita yang kami borakkan adalah tentang perihal komputer. Dan, jika perihal komputer yang kami borakkan, pastinya dialog kami tidak akan terlepas dari persoalan bad clustter. Aku sendiri tidak berapa memahami istilah ini. Tetapi jika bad clustter datang menyerang hard-disk, cara paling senang untuk menghapuskannya adalah dengan memformat. Jika bernasib baik, maka hilang lah bad clustter tersebut. Jika tidak, ianya akan datang dan menyerang lagi. Memformat hard disk tidak hanya kerana bad clustter. Kekadang, jika virus datang menyerang dan merosakkan file system, hard disk juga perlu diformat. Format adalah istilah komputer untuk mengembalikan formasi hard disk kepada keadaaan asal. Jika pada keadaaan asal, hard disk adalah kosong dan storagenya cuma 20GB, maka bila diformat, hard disk tersebut secara automatiknya berkeadaan kosong dan storangenya kembali kepada 20 GB. No more no less !

Berita tentang pengeboman di London aku terima melaui siaran tivi 3 ketika sedang menunggu order mee bandung di kedai Makcik Mee bandung Kg Ayer Hitam. Terselit di bawah skrin channel tibi 3, kaki nota tersebut menulis tentang pengeboman di London dan anggaran-anggaran kematian yang di nyatakan sekali. Berita itu langsung tak menakutkan bagi aku. Jauh sekali membuatkan aku menangis. Ada beberapa sebab untuk aku tidak berasa sungguh teruja, sedih atau takut. Pertamanya, air mata aku sudah kering kerana mungkin terlalu banyak keluar ketika pengeboman terhadap rakyat Iraq oleh tentera Amerika semasa aku tahun 2 di kampus. Keduanya, aku tiada sedara mara, atau sahabat-sahabat dan adik beradik di London dan tiada siapa untuk aku risaukan. Ketiganya, daya fikrah dan analisis aku sungguh cepat membuat olahan dan diagnosis kejadian, dan kesimpulannya, pengeboman itu adalah lanjutan drama swasta murahan oleh rejim-rejim kapitalis dari kabinet-kabinet Yahudi antarabangsa.

Jika kita rajin membelek-belek sejarah dan perjalanan cerita abad moden hari ini, kita pasti tidak menolak beberapa kemungkinan, kebanyakkan peristiwa-peristiwa mega di muka bumi adalah hasil olahan script beberapa kerat elit Yahudi untuk membina keuntungan dikalangan mereka. Dan pengeboman di London sebenarnya adalah permulaan 'pengambaran' babak seterusnya yang tersedia tertulis dalam skrip mereka.

Ketika New York di 'hijack' oleh 2 3 kerat 'Al Qaeda', masa itu aku masih lagi belajar di tahun 1 di kampus. Seluruh warga kampus ketika itu terkejut dengan kejadian tersebut. Surat khabar sold out pada keesokkan harinya. Aku hanya sempat melihat gambar WTC di rempuh melalui akhbar seorang gadis manis mungkin yang secara tidak sengaja meninggalkan akhbar kepunyaannya di atas meja di Food Court. Bilik TV di penuhi pelajar-pelajar pelbagai kaum apabila warta jam 8 bermula di tibi3. Tiba-tiba kami bersatu !. Haha. Warung makan belakang asrama lengang tiba-tiba. Masing-masing kekenyangan setelah menonton berita jam 8. Panik !. Beberapa ketika selepas WTC di rempuh, George W. Bush memberi taklimat bahawa kejadian WTC di serang adalah angkara Al - Qaeda pimpinan Osama Laden. Seminggu selepas itu, ketumbukkan tentera Amerika di hantar ke semenanjung Afghanistan. Kerajaan pimpinan Mullah Omar di bom dan dijatuhkan. Tidak cukup dengan itu, propaganda-propaganda di tivi seakan membantu memberi gambaran sungguh negetif terhadap Taliban. Cerita seorang wanita yang menyeludup masuk ke Afghanistan dengan kamera tersembunyi, dan merakamkan bagaimana hukuman hudud di jalankan di padang bola Afghanistan. Setelah lebih sebulan Afganistan di 'fire', perjalan politik mula di lakarkan dan perlembagaan-perlembagaan demokrasi di bawa masuk. Campur, tolak, tendang kiri, tendang kanan, tendang ke depan, tendang ke belakang maka dengan itu Dato' Hamid Kharzai di tabalkan sebagai bapa kemerdekaan Afghanistan yang pertama. End. F!n. Finish.

Persoalan utama yang sepatutnya di fikirkan oleh warga dunia ketiga adalah
Kenapa mereka memilih perang ?.

Mari kita singkap di sebalik sejarah perang-perang termashyur abad ke 20 dan 21. Jika di amati secara tepat dan telus, rentetan perang - perang 'Super' di dunia adalah di sebabkan oleh salah satu kurniaan Allah Taala yang tidak ternilai harganya. Kurniaan yang satu ini telah merubah wajah abad ke 20 secara 360 darjah. Bahkan, dengannyalah, maka abad ini berjaya menempatkan dirinya di dalam salah satu chapter untuk buku bertajuk 'Tamadun-Tamadun Unggul Sepanjang Zaman'. Dan kurniaan itu adalah ..... minyak !

Semasa perang dunia ke-2, Amerika Syarikat dianggap negara yang neutral. Perang dunia ke-2 adalah berpaksi kepada benua eropah dan Asia sahaja. Pun begitu, peranan Amerika bukanlah kecil - kecilan. Walaupun umumnya kita melihat seolah-olah Amerika bukanlah antara peserta perang ini, tetapi sumbangan kebanyakkan ahli-ahli perniagaan mereka dalam pembinaan senjata untuk tentera German tidak boleh dipertikaikan. Dan hal ini walaupun umumnya di ketahui dan dipersetujui oleh Presiden Roosevelt: dia tetap mengulangi pendirian Amerika yang neutral terhadap peperangan.

Orang awam tidak percaya kenyataan Roosevelt bahawa Amerika selamanya berpendirian neutral terhadap peperangan yang bermula. Pada September 12, 1939 Hans Thomson, pegawai perhubungan German di Washington memperakui

"Jika pakatan (England dan France) tergugat, Roosevelt pasti terjun ke medan perang menentang German walaupun mendapat tentangan dalam negaranya sendiri."

Tetapi, kesungguhan perang di pihak German sebenarnya masih bergantung kepada minyak dan ianya datang dari pelbagai sumber termasuk dari luar sepadan German.. Ini di kukuhkan lagi dengan kenyataan bahawa sebelum Romania di ceroboh oleh German, Romania telah menjual minyaknya kepada German. Life Magazine pada Februari 19, 1940 telah merakamkan gambar bagaimana minyak-minyak Romania diisi kedalam tangki-tangki kereta tank. Dibawah gambar tersebut tertulis "Minyak-minyak untuk dibawa ke German dengan menggunakan kereta-kereta tank American Essolube dan British Shell keluar dari Creditui Minier yang hanya 1 yards(ela) dari Ploesti (Romania)". Ingat !. Kereta-kereta tank ini telah di marked untuk German-American Oil Co dan German Railways berpusat di Hamburg dan Wuppertal di German. Kereta-kereta tank ini di hantar untuk menyedut minyak dengan cepat untuk di bawa balik ke German. Jika di perhalusi,dalam peperangan dunia ke-2, tentera Nazi Germen hanya pelakon-pelakon yang di upah secara pukal oleh 'mayat-mayat' hidup yang di kawal oleh elit-elit Zionis antarabangsa. Tersembunyi di belakang peperangan ini, adalah perniagaan-perniagaan berbentuk minyak dan senjata yang sangat menguntungkan. Siapa yang mengaut laba ini ?. Pada aku orang yang paling untung adalah kabinet-kabinet Zionis antarabangsa yang memonopoli antarannya Shell dan Esso. Gambar-gambar yang diambil oleh Life Magazine itu adalah selepas German menawan Austria dan Poland dan minyak-minyak itu di hantar oleh syarikat-syarrikat minyak Amerika dan British kepada kerajaan German.

Apabila tentera-tentera udara German kekurangan minyak, maka minyak-minyak ini secara langsung akan di bekalkan oleh jentera-jentera minyak milik Standard Oil Company berpusat di Aruba dalam jajahan kereta-kereta kebal German di Sepanyol. Dan ianya berlaku semasa dalam peperangan, yang mana kereta-kereta kebal itu sendiri tidak akan diserang oleh submarrine Amerika !.

Walaupun pihak German mendapat banyak pembekal-pembekal minyak dari luar German, tetapi pembekal minyak terbesar adalah I.G Farben-Standard Oil Co.. Syarikat ini membekalkan minyak sintetik terbesar dan syarikat ini adalah satu-satunya pemonopoli gasolin untuk German semasa Perang Dunia ke-2. Separuh dari bekalan Gasolin Oktana Tinggi pada 1945 telah dihasilkan terus dari I.G.Farben dan bakinya dari kompeni-kompeni bersekutunya.

Pun begitu, ketika itu, Amerika masih lagi dianggap neutral. Tapi secara batinnya, nafsu untuk perang membuak-buak. Amerika mencari jalan untuk menyertai peperangan ini secara terus. Encik Roosevelt masa itu hanya ade 2 pilihan: Jepun berperang dengan China dan German berperang dengan England, France dan negara-negara Eropah. Kedua-dua zon peperangan ini menyediakan peluang besar untuk Amerika menyertai peperangan. Dan Roosevelt mesti segera merembat peluang ini yang telah tersedia di depan mata. Maka pilem Pearl Habour bermula pada 1940 di putarkan.

"Mari kita kencing semua masyarakat dunia !"

Masa itu Jepun sedang berperang di Pasifik. Pada 1940 tentera Amerika berjaya memecahkan kod masa-perang "ungu" tentera Jepon. Kod-kod itu berjaya di 'decode' dan di hantar ke seluruh dunia kecuali di ....PEARL HABOUR. Awas!. Kunci kepada penyertaan perang Amerika sebenarnya adalah, pada September 28, 1940 apabila tentera Jepun, Itali dan German menandatangani Perjanjian Tripartite. Perjanjian ini menyebut jika 3 negara ini diserang oleh tentera berikat (England, France, Amerika), maka mereka wajar menyerang balas tentera - tentera berikat ini dan begitulah sebaliknya. Ini bermakna jika Jepun menyerang Amerika, maka otomatiknya Amerika wajar menyerang balik Jepun DAN juga negera-negara yang bersekutu dengan Jepun seperti German dan Itali. Oleh itu, Roosevelt menyedari yang berperang dengan Jepun bermakna berperang dengan German. Maka, masalahnya telah selesai lah !.

Roosevelt telah membuat perjanjian sulit dengan Winston Churchill dan kerajaan British untuk menyertai peperangn menentang German. Roosevelt mesti memastikan segala perancangan tidak diketahui rakyat Amerika sendiri. Caranya adalah dengan mem'provoke' Jepun untuk menyerang Amerika.Maka tentera Navy Amerika di perintahkan untuk ke pasifik barat untuk memisahkan tentera Jepun di pasifik timur dengan pangkalannya di pasifik barat. Dengan demikian adalah mustahil untuk Jepun mendapat sokongan dari pangkalan. Cara paling berkesan untuk Jepun mematahkan tidakkan Amerika adalah dengan menyerang pangkalan tentera Amerika di Pearl Habour pada December 7, 1941..

Umumnya Amerika berkehendak untuk berperang dengan German. Seperti sesuatu telah di rancang, Hitler menyerang Russia walaupun kedua-duanya telah menandatangani perjanjian untuk tidak berperang. Maka, Germen telah mencabuli perjanjian. Dan ianya membuatkan peluang AMerika menyertai peperangan semakin luas kerana sekutunya Rusia telah dicerobohi. Dan kabinet-kabinet elit Amerika mula memainkan peranan. Mereka membekalkan Russia bekalan-bekalan perang yang banyak. Maka selesailah seketika tugas Roosevlet di Eropah. Dia pun kembali mengambil perhatian terhadap Jepun. Jepun bukan lah negara yang besar. Secara relativ, Jepun adalah sebuah kepualaun yang kecil dengan tiadanya sumber minyak untuk aktif secara total dalam peperangan. Oleh itu, langkah Roosevelt seterusnya adalah dengan menyuruh negara lain seperti British dan German untuk membekalkan minyak ke Jepun dengan niat supaya Jepun di'provoke' untuk berperang dan Amerika dapat menyertai perang secara terus.

Perlu diingat, di dalam bulan August 1941, apabila produk terbaru I.G Farben Cartel telah di uji untuk manusia buat pertama kali. Produk ini dipanggil Zyklon B dan telah digunakan di kem-kem pelarian Yahudi. Untuk ape?. Sendiri mahu ingat laaa !...

Kisah Perang dunia pertama juga begitu. Perang dunia secara relativnya adalah peluang 2 3 golongan-golongan kabal Yahudi elit yang kaya raya untuk merembat keuntungan-keuntungan dari perbelanjaan orang awam yang terpaksa membayar cukai tinggi akibat desakkan perang tanpa halangan dan alasan. Kumpulan-kumpulan kaya ini mahukan peperangan ini dimenangi dan dicatatkan dalam sejarah. Tetapi, sejarah ini adalah sesuatu yang mahal untuk pembayar-pembayar cukai.

Salah satu keluarga yang paling mendapat keuntungan dari perang dunia pertama adalah keluarga Rockefellers, yang beria-ia mahukan Amerika menyertai perang dunia pertama. Rockefeller memperolehi USD 200, 000, 000 daripada konflik perang. Perang dunia pertama juga melonjakkan nama calon Republican Warren G. Harding yang beria-ia menentang gagasan League Nation. League Nation adalah pertubuhan negara-negara dunia dalam menggariskan matlamat-matlamat negara-negara dunia dan menjaga kebajikan masyarakat dunia. Liga ini akan mewujudkan apa yang dipanggil World Super-Power dan pastinya menyempitkan peluang golongan-golongan dalam Republikan untuk hidup Di sekeliling pinggangnya terdiri daripada Charles Evans Hughes, setiausaha dalan negeri yang juga agen Standard Oil Co., Andrew Mellon, setiausaha pembendaharaan yang juga pemilik Gulf Oil, Will Hays, agen di Sinclair Oil, dan juga Albert Fall, Setiausaha sulit yang juga portege-orang minyak !.

Sebab itu aku langsung tidak tersentuh dengan pengeboman di London walaupun sambil melahap mee bandung di kedai Makcik. Kisah ini adalah putaran cerita biasa oleh 2 3 kabal-kabal tamak elit Zionis yahudi. Puncanya adalah satu, iaitu kekayaan dan keuntungan. Paling ketara adalah kuasa minyak langsung menggelapkan hati mereka. Minyak adalah rencah dan paksi dalam senario drama abad ke 20. Pada pendapat aku, cerita ini pasti berulang. Bermulanya drama 11 september, dunia kebanyakkan menuding jari terhadap Osama laden dan Al Qaeda. Sebab apa ?. Sebab mereka orang Arab. Osama Laden adalah Arab, dan Arab bagi pandangan kabinet-kabinet elit Yahudi adalah tempat tumpah tersembunyinya kekayaan dan sumber penjanaan teknologi abad ke 20 dan 21. Cerita ini pasti berterusan. Selepas London di bom, tanpa alasan yang kuat, Osama Laden dan Al-Qaeda terus di persalahkan. Bagi yang memahami, mereka tidak merasa apa-apa. Apa salahnya orang London mati 2 3 orang berbanding berjuta-juta kanak-kanak Iraq mati di bom dan kebuluran.

Putaran kisah keganasan, pengganas, WMD, pengeboman hanya titis - titis dakwat untuk mengolah cerita yang sedap dan menarik. Cerita ini akan bersambung-sambung sehingga pada satu tahap, dimana ketika itu persetujuan telah pun dicapai, kira-kira telah pun di buat, script telah pun tertulis dan sekali lagi dunia akan di format untuk kembali kepada asalnya. Jika mengikut script mereka, bilamana dunia di format maka keuntungan dari krisis perang, pasti berlipat kali ganda untuk mereka. Tetapi sebagai Muslim, kita ada script kita sendiri. Jika hal ini berlaku, bersedialah, kita akan format dunia ini mengikut script kita dan kembalikan dunia ini kepada fitrahnya yang subur dengan keadilan, saksama, kemakmuran dan tauhid.

Tuesday, July 26, 2005

Minyak, kuda dan Pedang - Part 2

Aku sambung balik......................Adakah selamanya minyak akan terus berkuasa memandu sistem politik, ekonomi dan kehidupan alam sejagat ?. Adakah minyak akan selamanya menjadi kiblat para elit antarabangsa dalam merekabentuk geografi politik dan sistem kehidupan moden hari ini ?. Mengikut cahaya iman di dada aku yang agak nipis ini, kehidupan manusia yang terkongkong akibat revolusi minyak sejak 200 tahun dahulu bakal melalui graf Y mendatar, berkala dengan graf X. Mungkin graf Y sedikit menjunam detik demi detik jika beberapa fakta tentang tong-tong simpanan minyak dunia di ambil kira.

Lihat statistik ini. Mengikut catatan Z Magazine, Arab Saudi mengeluarkan 8.528 juta barrel per hari. Amerika pula mengeluarkan 8.091 juta barrel per hari dan Iran 3.775 juta barrel per hari. Jika dikira secara pukul rata, pengeluaran minyak dunia adalah 75.226 juta barrel per hari. Keluaran tahunan minyak-minyak dunia pula adalah 28180 juta barrel.

Sekarang kita lihat pula penggunaan secara minima minyak-minyak ini oleh negara-negara di dunia. Penggunaan minyak paling minima oleh Amerika adalah 19.993 juta barrel per hari. Jepun pula menggunakan minyak paling minima 5.423 juta barrel per hari dan China pula paling minima 4.854 juta barrel per hari. Seluruh dunia pula menggunakan minyak paling minima 75.988 juta barrel per hari dan setahun, dunia menggunakan minyak paling minima adalah sebanyak 28460 juta barrel. huhuhu

Kita tengok pula simpanan minyak dunia. Catatan semasa 1 Januari 2002 mennyebut, Arab Saudi mempunyai simpanan minyak sebanyak 261780 juta barrel. Catatan tahun 2003 untuk Kanada pula menyebut, negara tersebut mempunyai simpanan minyak sebanyak 180000 juta barrel diikuti Iraq sebanyak 112500 juta barrel. Kandungan minyak di seluruh perut bumi dicatatkan berjumlah sebanyak 1032132 juta barrel.

Berapa lama minyak-minyak ini akan dapat bertahan ?. Kita tilik pula perangkaan-perangkaan ini. Kita anggarkan minyak dunia adalah berjumlah 800 bilion barrel, manakala penggunaan minyak minimum dunia adalah 76 juta barrel sehari, jika kita buat kira-kira budak darjah 3, bahagikan antara 800 billion barrel simpanan minyak dengan 76 juta barrel penggunaan minyak minima, kita akan melihat seluruh planet bumi hanya mempunyai minyak dalam masa 10 ribu hari. Jika setahun ade 360 hari, maka minyak-minyak ini akan bertahan selama 27 tahun iaitu sehingga tahun 2027 !. Jika World Cup di anjurkan 4 tahun sekali maka kita masih ada lagi 7 kejohanan piala dunia sebelum dunia kekeringan minyak !. Jika penggunaan minyak minima di planet bumi meningkat 15% setahun, maka kita ada 15 tahun lagi untuk memandu dengan selesa semasa pulang kerja dan mengisi minyak bila - bila masa jika mahu. Mengikut dakwaan US Geological Survey, dunia masih ada 3 trillion barrel tersimpan di dalam tanah, 3 kali ganda simpanan minyak dunia hari ini, tetapi hal ini tidak begitu jelas. Adakah semua minyak-minyak ini dapat di pam keluar dan digunakan ?. Isu sebenar adalah, bilakah masanya pengeluaran minyak-minyak ini tidak lagi mencukupi dan dapat memenuhi permintaan ?. Semuanya adalah bergantung kepada permintaan, bukan kepada simpanan !.

Aku bukan tukang tilik, jauh sekali pernah menjadi anak murid Ayah Pin. Tetapi berdasarkan analisis fikrah, di sebalik bantuan Abang Google, aku yakin yang penghujung zaman tamadun industri akan berakhir. Seperti juga tamadun-tamadun lampau yang mempunyai ciri-ciri klasik tersendiri, begitu juga tamadun industri zaman ini. Setiap zaman mempunya ciri-ciri klasik yang istimewa. Zaman Mesir terkenal dengan ciri-ciri klasik sungai Nil dan tanah yang subur, begitu juga tamadun zaman nabi Sulaiman terkenal dengan ciri-ciri klasik Istananya, tembaga-tembaga yang mengalir di perut bumi dan interaksi haiwan-manusia dan jin yang menakjubkan. Tamaddun kerajaan Islam Cordova pula terkenal dengan ciri-ciri klasik dunia keilmuan Islam yang memuncak. Teori-teori sains banyak dipertemui di zaman ini. Ilmu falsafah memancut-mancut keluar dan kajian-kajian perubatan sungguh luar biasa. Seperti yang dibacakan sejarah, tamadun-tamadun ini muncul, membangun, mengalami zaman kegelapan dah akhirnya runtuh. Dan aku percaya, setiap yang hilang pasti ada gantinya. Tamadun hari ini adalah pelengkap kepada putaran roda kisah klasik sejarah tamadun zaman-zaman lepas. Tamadun hari ni juga mampunyai ciri-ciri klasik tersendiri. Kisah minyak telah berjaya memahatkan nama tamadun zaman ini kedalam buku-buku kisah klasik tamadun-tamadun yang pernah wujud di dunia. Seperti tamadun-tamadun lampau, tamadun hari ini juga akan melalui zamannya tersendiri. Ianya akan muncul, membangun, mengalami zaman kegelapan dan akhirnya luput !.

Aku yakin, jika perang dunia terjadi lagi di masa hadapan, senjata-senjata berat pujaan banyak negara mungkin tidak dapat memastikan kemenangan total peperangan. Jika orientasi peperangan adalah berdasarkan 'Pihak mana paling banyak tank, senapang ape paling banyak menyembur peluru, tentera mana paling banyak jet', ianya mungkin satu keputusan yang amat silap. Sekali lagi aku tegaskan yang aku bukannya pakar menilik atau pernah berguru dengan dukun Monel Felda Aping Barat, tetapi berdasarkan analisa fikrah aku, peperangan akan datang pasti berorientasikan 'Siapa paling banyak penunggang kuda' dan 'siapa paling ramai pahlawan-pahlawan pedang' !.

Monday, July 11, 2005

Minyak, kuda dan pedang

Minyak. Cakap ape sahaja berkaitan hidup engkau orang dan engkau haiwan, semuanya bersandarkan minyak. Ko makan roti bakar mamak dengan neslo panas, ko antar anak pegi sekolah, ko pegi Low Yatt beli cd window citak rompak, ko pegi mines tengok filim Betmen, ko pegi petaling street beli 3 keping dvd porno, ko pegi opis, ko main bola tiap-tiap petang, ko bayar bill tepon dan letrik, ko pegi konsert AF3, kesemuanya berpandukann kepenggunaan minyak. Hatta kalo ko nak beli paper pon, perlukan minyak untuk bergerak. Begitu jugak ape yang engkau pakai. Baju cantik yang engkau pakai, dengan benang2 sulaman dari mesin penyulam, ianya digerakkan oleh minyak. Botol air mineral yang dibentuk dikilang-kilang oleh jentera-jentera berat dan ringan, juga di gerakkan olih minyak. Skrin PC dari kaca atau silika yang di lebur juga memerlukan mesin-mesin pelebur yang bergerak menggunakan minyak. Tin-tin koka kola juga pada natijahnya adalah bersandarkan minyak. Lihatlah berapa berpengaruhnya minyak. Aku belum pernah dengar lagi toke-toke minyak yang membuka perniagaan stesen-stesen minyak bengkrap kerana ketandusan pelanggan. Even, kalo aku bukak stesen minyak nun terceruk di kampung Sebasu Pagoh Muar, peniagaan minyak aku dijamin masih menguntungkan.

Individu-individu yang berkuasa keatas minyak, samada mempunyai stesen minyak, atau bekerja di syarikat minyak tentu sekali berpengaruh kuat. Ingat siapa Roman Abrahamovic. Toke Chelsea ini asalnya adalah penguasa minyak berpangaruh di Russia. Roman Abramovic adalah orang terkaya di Rusia dengan harta terkumpul bernilai 13 bilion dollar Amerika. Dia juga tersenarai antara 20 individu terkaya dunia. Semasa peralihan era Soviet, Roman bersama sekumpulan kecil usahawan-usahawan dan billionore Russia yang di gelar Oligarchs merancang satu komplot menggabungkan entiti perniagaan minyak di Russia. Penggabungan ini di lihat satu malapetaka oleh Kremlin. Ini kerana, kalaulah yahudi bernama Roman Abramovic dan kumpulan kecilnya ini bergabung dengan jayanya, maka asset terkumpul sahaja memadai untuk membeli seluruh syarikat nasional minyak Russia. Putin menyedari perancangan Abramovic dan kawan-kawan. Maka, operasi pembersihan di jalankan. Kremlin tiada kuasa dan pertuduhan untuk di jatuhkan keatas kumpulan ini. Tak mungkin tuduhan liwat akan dijatuhkan keatas kumpulan Abramovic. Mustahil juga kremlin akan mengenakan tuduhan ancaman kepada negara keatas Oilgarcs. Olih yang demikian, langkah paling mudah adalah mengenakan tuduhan rasuah dan salah salah guna kuasa keatas Abramovic dan kawan-kawan dalam kumpulan itu. Rakan Abramivic ada yang telah dipenjarakan dan harta di letak dalam jagaan kerajaan pusat kremlin. Hanya Roman Abramovic berjaya melarikan diri dan sekarang ini sedang memiliki kelab Chelsea.

Lihatlah berapa berpengaruhnya orang-orang minyak ini. Kekuasaan individu ke atas minyak bole menyebabkan sesebuah negara tergadai begitu sahaja jika tidak di kawal. Hari ini minyak adalah kuasa. Politik yang menjalar di seluruh pelusok dunia sedar atau tidak memperlihatkan betapa berkuasanya dan bernilainya minyak. Lihat bagaimana Falujah dan Baghdad di rata kan. Alasan Weapon of Mass Destruction (WMD) adalah konspirasi semata-mata. Orang yang gila, bengap dan mereng sahaja mengakui yang Iraq wajar di musnah atas alasan WMD. Pada aku, lebih baik Bush membuat tuduhan Saddan Hussen melakukan sodomise ke atas unta sebagai alasan untuk menyerang Iraq. Alasan itu lebih logik dan aku tak payah bersusah-susah untuk mencari bukti yang Bush sebenarnya adalah jelmaan seekor beruk tanpa otak dan pertimbangan.

5 dari 12 kompeni besar Amerika adalah kompeni pemonopoli minyak. Sebelum tercetus revolusi anti-feudal dan ketika muncul semangat nasionalis di Iraq dan lain-lain negara Arab pada tahun-tahun 1950 dan 1960 an, kompeni-kompeni minyak Amerika mengaut laba sehingga 13 bilion dollar keuntungan dan ianya sedut dari pengusaha-pengusaha di Persian Gulf. Ingat, ini hanya sebagaian pulangan keuntungan setahun pelaburan syarikat-syarikat Amerika luar negara !. Tetapi sejak dekad-dekad kebelakangan ini, syarikat-syarikat Amerika tidak lagi menyedut laba minyak secara terus. Tetapi dalam masa yang sama mereka juga mendapat keuntungan maxima. Ini di sebabkan mereka telah meletakkan orang-orang bodoh berupa Raja-raja Arab yang menjadi penguasa negara yang dilantik oleh orang-orang British, dan mereka ini di jaga olih tentera-tentera U.S dan CIA. Samada penguasa - penguasa bebal Arab ini sedar atau tak, cash flow dari jajahan mereka masuk ke dalam bank-bank Wall Street dan Kompeni - kompen besar kepunyaan orang putih.

Dari satu segi, ianya berjalan elok. Sebagai contoh, dollar di labur untuk minyak-minyak Arab. Arab menjual minyaknya. Dan minyak-minyak itu akan pergi kepada akaun-akaun syarikat minyak Rockefeller di Rockefeller-controlled Chase Manhattan Bank. Pulangan itu akan dideposit pula kedalam akaun bank Raja-raja Arab di Chase Manhattan yang mana, dolaar-dollar ini akan di laburkan semula dengan nilai tinggi oleh Raja-raja Arab ke dalam organisani-organisasi Rockefeller. Lihat ?. Betapa bengapnya raja Arab. Minyak dalam jajahannya di sedut dalam nilai tinggi dan dollar yang diperolehi raja-raja Arab hasil jualan minyak akan dilaburkan semula kedalam kocek orang putih itu semula. Orang putih itu hanya bagi beruk-beruk Arab ni menyentuh sahaja dollar dan memasukkan semula kedalam poket. Ahaha.

Sementara orang-orang putih ini menjalinkan hubungan terlarang dengan beruk-beruk Arab ini, kebanyakkan jajahan lain ditekan dan di kongkong. Lihat sahaja Libya, Iraq, Iran, Yaman dan Algeria. Kenapa begitu ?. Tujuannya adalah untuk memutar semula pilem-pilem silam. Dengan berbuat demikian, US akan memutarkan semula peristiwa-peristiwa revolusi, rampasan kuasa, pertumpahan darah dan civil war yang mana ianya telah banyak muncul dan dilakonkan semenjak perang dunia ke 2.

Tapi sejauh mana kuasa minyak akan berterusan ?. Ikuti sambungan nya lain kali...Aku nak balik...chiow !

Saturday, July 09, 2005

Kondom Free, Mazhab Marxis dan Sosialis

Image hosted by Photobucket.com

Ade orang kata, tindakkan memberi kondom percuma akan mengurangkan AIDS. Orang yang sama juga berkata, kita perlu berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat tarikan seksual seharusnya tidak disekat samada dengan omong-omong keagamaan atau mitos-mitos bomoh. Orang itu juga berkata, kita sepatutnya berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat seksual rambang adalah hakikat zaman ini dan sepatutnya membenarkan orang-orang muda merasai nikmat seks ketika tenaga dan kenikmatan itu berada pada tahap sedap dan maksima. Dia berkata, aktivit seks adalah kesinambungan generasi berabad-abad. Dan dengan seks maka, terlahir la generasi berakal dan survival kehidupan diteruskan dengan akal yang di warisi. Dengan demikian, seks sepatutnya di terima sebagai suatu realiti tanpa sekatan. Dia cuba memberi contoh tentang malaria yang telah lama didiagnosis wabaknya sejak berabad-abad dan akhirnya kelambu di gunakan sebagai langkah membendung. Kenapa kondom yang digunakan sebagai langkah membendung AIDS dalam seks harus ditentang sedangkan malaria dan AIDS harus ada langkah pencegahan kerana kedua-duanya adalah wabak. Katanya lagi, hujan kolot para agamawan yang membataskan seks adalah tidak berpijak di bumi nyata. Pada aku pandapat rakan ini sangat rapuh dan berpijak di bumi yang salah walaupun nyata.

Aku bagi hujah yang simple sahaja dalam hal ini. Sebagai manusia, semua orang perlukan makanan. Bahkan makanan adalah entiti yang bergerasi dari abad ke abad. Bahkan makanan telahpun di jadikan entiti kehidupan terpenting sejak Adam di turunkan ke muka bumi. Tanpa makanan, manusia tak mampu hidup. Tanpa seks, berkemungkinan manusia tidak akan bergenerasi, begitu juga makanan. Seks sahaja sepanjang hari tanpa makan akan membuatkan si pelaku seks keletihan dan bila letih, hilang lah sedap dan lama kelamaan tenaga tak dpt menjana kadiovaskular dan badan akan lemah dan akhirnya mati. Sebab itu pentingnya makanan sama pentingnya dengan seks (seperti hujah member tadi !) dalam melahirkan zuriat.

Aku bukan lah pakar pemakanan, Azeera mungkin terrer bab ni, tetapi hakikat zaman moden, selari dengan kepesatan dunia sains dan teknologi, walaupun sumber makanan dapat membekalkan zat dalam badan dan manusia dpt bergenerasi dengan baik, tetapi andaikata manusia mengambil makanan tanpa had dan jadual maka makanan akan diproses dengan cara yang salah oleh tubuh. Contonhnye begini. andaikata Mamat hanya mengambil karbohidrat sahaja sepanjang hari, dia pasti tidak akan lapar, tetapi berkemungkinan Mamat akan menghadapi simptom boroi atau bertubuh lembik dan bergetar-getar bila berjalan. Andaikata Mamat hanya memakan coklat sahaja, Mamat tidak akan kebulur, tetapi giginya akan rompong dan dia mungkin mengidap lebihan gula dalam badan dan pasti dia berisiko menghidap kencing manis. Dan lah rompong dan tak hensem, kencing manis plak tuh. Sebab tu samada makanan atau seks, kedua2nya harus ada batas dan jadual. Kedua-duanya perlukan akal untuk pertimbangan. Seks tanpa batas akan mendatangkan masalah dan penyakit. Begitu juga makanan. Makanan yang di ambil tanpa batas dan jadual juga akan mendatangkan masalah dan penyakit. Mengambil makanan tanpa batas akan mendatangkan penyakit-penyakit perut, kencing manis, gaout, darah tinggi, beguk. Seks tanpa batasan akan mendatangkan pengakit seperti siplis, AIDS, HIV. Ajaran Marxis tak menyediakan batas-batas dalam seks. Ajaran Lenin jugak tiada. Ajaran Zionis, batak, kapitalis, evolusi juga tiada menyatakan batas-batas seks mahupun makanan. Jauh sekali ajaran logik akal dan tanpa agama. Sebab tu aku perlukan Islam. Islam telah menyediakan batas-batas dalam semua hal. Dalam hal seks, ada batasnya. Dalam hal makanan ada batasnya. Dalam hal sukan juga ada batasnya. Aku malas nak menerangkan semua batas-batas itu. Ia terlalu panjang untuk blog ini sebab aku nak balik nih. Kalo rasa berminat nak tahu sila lah ke majlis-majlis ilmu dan kelas-kelas agama.

Semasa di Felda, aku selalu tengok ayam jantan milik jiran aku mengejar ayam betina tepok milik abah aku dan 'memperkosa'nya. Tentu sekali mereka belum bernikah. Kemudia ayam jantan itu selamba menyerang ayam betina se reban dengannya dan 'memperkosa' ayam betina tersebut. Sungguh selamba ayam jantan itu. Jika dia manusia, dah lama kena rejam dengan abah aku. Tapi aku menerima hakikat ayam jantan itu. Aku tak rasa marah pon sebab ayam tu takde akal untuk membuat pertimbangan. Kalau ada akal dia tak akan berak bersepah dalam dapur rumah aku. Sial !. Ayam jantan jiran aku melakukan seks rambang sesuka hati dia. Tak kira la samada ayam betina itu tepok, hitam, dari belanda, ramping atau telah hampir mampus, dia bantai jugak. Tapi itu ayam.

Banding kan cerita ini. Di sebuah rumah flat murah di Bangsar, terdapat 3 lelaki duduk menyewa. Tiap-tiap malam pukul 12 ketika dia yakin sume jiran sedang tido, pintu rumah mamat ini akan diketuk. Yang mengetuknya adalah seorang perempuan skirt pendek yang bergetah gila. Pintu di buka dan perempuan tu masuk. Sambil meneguk beer 'sedap', cd 'russia' di pasang. 15 minit kemudian, ghairah seks lelaki-lelaki tersebut pun naik. Tarikan seksual ini terjadi akibat ransangan dari mata yang menonton 'rusia' yang membawa impuls ke otak. Otak mentafsir berdasar maklumat pengalaman si empunya. Jika 'database-pengalaman' otak lelaki itu menterjemahkan impuls yang di jana oleh mata yang menonton 'russia' sebagai hubungan seks maka impuls itu akan menjana darah, jantung dan alat sulit. Jika 'database-pengalaman' dalam otak lelaki itu mentafsirkan impuls yang di jana dari mata sebagai makanan, maka impuls akan menjana perut meminta supaya ianya diisi. Tapi mana mungkin orang yang menonton 'russia' akan terus menjadi lapar perut. Maka 30 minit kemudian berlakulah acara 'kenduri' beramai-ramai antara lelaki-lelaki itu dan perempuan bergetah itu secara bergilir-gilir. 2 3 hari kemudia, pintu sekali lagi di ketuk. Kali ini pintu rumah-rumah lelaki ini di ketuk. Kali ni susuk tubuh wanita berwajah cina pula. Maka sekali lagi cd 'russia' akan di putarkan, impuls di hantar keotak merangsang darah, jantung dan zakar dan acara 'kenduri' sekali lagi berlangsung.

Sebagai manusia tentunya kita berakal. Akal yang ada di tubuh kita berfungsi sebagai alat fikir dan pertimbangan diri. Berbeza dengan ayam, ayam xde akal. Maka dengan itu, ayam selamba beromen dengan ayam-ayam betina yang dia rasa dia suka. Tetapi, manusia yang mengaku berakal juga ada kalanya menjadi ayam yang tidak berakal. Gelagat 3 lelaki tadi yang bergilir-gilir 'mengerjakan' perempuan itu secara rela tiada bezanya dengan ayam jiran aku. Mungkin lelaki-lelaki itu adalah ayam jelmaan manusia. Apa yang aku tahu, ajaran evolusi samada Marxis dan Lenin bermahzab ape2 pun, tak pernah menyatakan perbezaan haiwan dan manusia. Akal atau tidak berakal. Walaupun ajaran ini membenarkan kebebasan bersuara, demokrasi dan kehidupan sama taraf antara golongan feudal dan rakyat jelata, tetapi ajaran ini tak pernah menerapkan unsur-unsur naluri kemanusiaan seperti keterbatasan, hukum sosial dan nilai agama supaya ianya dapat membezakan manusia dengan binatang. Aku rasa 3 lelaki tadi beragama evolusi, Lenin atau Marxis. Mungkin batak atau langsung xde agama.

Aku langsung tidak bersetuju dengan pemberian kondom-kondom percuma. Penegak-penegak undang-undang sosial perlu berpijak di bumi nyata yang benar. Mengatakan bahawa seks adalah sesuatu yang lumrah zaman ini dan perlu diberi kebebasan kerana ianya adalah keperluan dan kehendak naluri manusia sejak berabad-abad adalah seperti berpijak di bumi yang salah walaupun nyata. Menghalakan keperluan naluri secara rambang adalah tindakkan membinatangkan umat manusia.
Dasar kerajaan dalam menghalalkan kondom aku nampak ianya dalam keadaan yang sangat kabur dan keliru. Mungkin aku sahaja yang alami. Adakah saranan PM menghalalkan kondom yang turut dipersetujui antaranya dari kalangan penegak-penegak hukum sosial, penganut mazhab marxis dan sosialis, NGO-NGO dan ahli-ahli politik adalah untuk menghapuskan HIV AIDS atau sekadar mengurangkan HIV AIDS ?. Menghapus dan mengurang adalah dua susun atur perkataan yang berbeza. 'Mengurangkan' bermakna masih membenarkan AIDS menjalar membunuh anak-anak muda tetapi dalam jumlah yang sedikit, manakala 'menghapuskan' bermaksud memerdekakan anak-anak muda dan rakyat Malaysia secara langsung dan terus dari AIDS dan HIV. Ada di kalangan penegak-penegak hukum sosial dan penganut mazhab marxis dan sosialis secara berdegar-degar mendesak kerajaan menghapuskan terus akta zalim ISA. Malahan mereka secara berbondong-bondong sanggup berpanas-panas menjulang sepanduk agar akta ini di hapuskan terus. Bermacam-macam cara di lakukan puak-puak ini agar ISA di hapuskan. Di ulangi DIHAPUSKAN. Tetapi kenapa mesti di hapuskan?. Tentu sekali pada perkiraan mereka akta ini zalim dan menakutkan bahkan ada 2 3 orang juak-juak mazhab fahaman Marxis dan Sosialis telahpun berpengalaman di sumbat di Kamunting kerana di tuduh memiliki roket launcher, molotov koktail dan macam-macam lagi. Tetapi kenapa akta ISA perlu di hapuskan ?. Kenapa mereka tak mendesak kerajaan agar MENGURANGKAN pengaruh ISA dalam isu kebebasan bersuara ?. Atau mendesak agar akta ISA ini di KURANGKAN skopnya hanya untuk isu-isu keganasan yang menggugat keselamtan negara dan bukan atas isu politik ?. Sebabnya mudah. ISA adalah akta yang merosak dan zalim. MENGURANGKAN skop ISA atau pengaruhnya tidak akan membersihkan wajah ISA itu sendiri yang jelas zalim dan tidak berhati perut. MENGURANGKAN ISA sama juga seperti tidak menghapuskannya terus. Oleh yang demikian ISA perlu di hapuskan tanpa kompromi dan syarat-syarat.

Begitu juga AIDS. Manusia yang peka dan celik tidak akan melihat kondom percuma memberi impak positif dalam isu AIDS HIV. Alasan untuk mengurangkan AIDS dan HIV tidak akan menjamin kemerdekaan terus anak-anak muda dan rakyat Malaysia dari HIV dan AIDS secara total. Walaupun dengan memberi kondom percuma akan MENGURANGKAN (mungkin) AIDS dan HIV tetapi ianya tetap tetap membunuh anak-anak muda dan rakyat Malaysia. Alasan mengurangkan AIDS dan HIV dalam apa cara sekalipun sama juga dengan alasan untuk mengurangkan pengaruh ISA. Ingat, AIDS, HIV dan ISA tetap ada dan meliar walaupun ruangnya telah menjadi terhad dan semakin kurang.
Islam tidak pernah berkompromi terhadap gejala moral dan kezaliman. Dalam kes AIDS, ianya xde lagi istilah MENGURANGKAN. Selagi ianya terus mengancam dan membunuh anak-anak muda dan umat manusia walaupun dalam jumlah yang minima setiap tahun selagi itulah inanya perlu di hapuskan dari hujung kapla hingga hujung kuku kaki, dari ufuk timur hingga ufuk barat, dari rakyat biasa hingga pak-pak menteri. Menghadkan jangkitan HIV tetap tidak dapat mengelak dari ianya terus menjangkiti anak-anak muda walaupun dalam jumlah yang kurang.

Oleh yang demikian, alasan penganut mazhab marxis dan sosialis agar seks bebas wajar di biarkan kerana ianya adalah naluri manusia yang berakal senang sahaja di patahkan. Membiarkan seks bebas tehadap anak-anak muda atas alasan apa pun adalah tindakkan membinatangkan anak-anak muda itu sendiri. Yang membezakannya, binatang walaupun melakukan seks bebas tidak sesekali di jangkiti siplis dan AIDS tetapi manusia yang dibinatangkan akan terus meratap dan berhadapan dengan bahana AIDS dan HIV tanpa kompromi atau alasan.

Golongan imperialis dan kapitalis yang datang dan menyelinap di seluroh pelusok dunia tidak hanya membawa komoditi-komoditi perniagaan dan keuntungan. Dalam fahaman kapitalis terselit sedikit tentang maksud sebenar istilah beri-dan-untung. Fahaman ini sebenarnya telih berjaya menyelinap masuk kedalam darah dan minda masyarakat khususnya orang-orang Malaysia. Ini di tambah dengan kebanyakkan orang-orang Malaysia ini telah melanjutkan pelajaran di negara-negara neo-imperialis dan bekas-bekas penjajah ini. Maka dengan gah dan takbur sekali, mereka membawa berguni-guni nilai-nilai dan pemikiran songsang mat saleh-mat saleh ini. Mungkin mat saleh ini telah mengajak mereka melakukan sodomise dan di 'brain' wash semasa belajar dulu dengan demikian mereka membawa balik nilai-nilai ini termasuklah cadangan pemberian kondom percuma. Perlu diingat, dalam fahaman kapitalis setiap inci kehidupan adalah 'keuntungan'. Sehingga kan "kelopak dara" yang kecil dan tersebunyi itu mereka dapat lihat sebagai satu keuntungan. Puak-puak ini bijak. Mereka tidak akan meletak apa-apa natijah dan alasan samada alasan moral atau keagamaan mengatasi kepentingan perniagaan. Jika dadah dilihat sebagai satu yang menguntungkan. maka dadah akan dianggap komoditi. Sebab itu setelah 24 tahun aku hidup aku masih dapat melihat siri-siri pembunuhan pengedar-pengedar, buruan-buruan polis terhadap dadah dan artis-artis yang gian. Kenapa ianya tak pernah terhapus ? Adakah polis begitu bodoh sehingga kepala pengedar kat Malaysia tak dapat di tangkap ?. Atau polis kekurangan skill risikan ?. . Ini suma adalah kerana dadah adalah komoditi perniagaan paling menguntungkan. Aku ulangi, golongan kapitalis ini bijak. Mereka tak akan meletakkan natijah dan alasan moral untuk menghapuskan dadah. Mereka sendiri tak bermoral, mana mungkin mereka akan mengajar orang lain hidup bermoral. Oleh yang demikian jangan harap dadah akan di hapuskan kerana mengikut undang-indang kapitalis, benda-benda yang menguntungkan akan terus di biarkan dan di niagakan. Mereka akan timbulkan istilah untuk mengaburi rakyat-rakyat dan anak muda termasuk yang bermazhab Marxis dan Sosialis. Maka timbullah istilah "mencegah" dan "mengurangkan". Istilah ini nampak manis bila di dengar, seolah-olah penguasa sungguh bertanggungjawap terhadap moral rakyat dan orang-orang muda, tetapi bagi para kapitalis, perkataan "MENCEGAH" dan "MENGURANGKAN" bermaksud membiarkan dadah atau ganja atau kondom terus diniagakan dan mendapat untung walaupun dalam amaun yang kurang. Lebih baik untung sedikit dari tiada langsung.
Dadah dan ganja terus diniagakan disebalik tangan yang tersorok. Dan rakyat terus di candu dengan slogan-slogan bodoh dan tak masuk akal. Sampai bila kita nak MENGURANGKAN dadah ?. MENGURANGKAN dadah, ganja atau AIDS sama juga seperti ianya tidak dihapuskan. Aku dah 24 tahun idup, Pak Cik Abu dah 57 tahiun idup, tetapi istilah MENGURANGKAN nampaknya terus membunuh anak-anak muda dengan AIDS dan HIV.
Bila sahaja AIDS dan HIV timbul, istilah sama di gunakan.

"Kondom percuma untuk mengurangkan risiko AIDS" - kata penganut mazhab sosialis.
"Jarum suntikan untuk mengurangkan AIDS dikalangan penagih" - kata Menteri B

Yang aku sedih, para pemegang mazhab Marxis dan Sosialis seperti member aku terus menghentam golongan musuh tradisi mereka, si Kapitalis sedangakn bila malam mereka akan keluarkan dapur, atau jarun atau memasang kondom di batang pe*** yang dibeli dari lintah darat si Kapitalis di lorong-lorong sekitar Bangsar dan Bukit Bintang. Si lintah darat Kapitalis seronoh mengira habuan dan memesan barang dari tokan atas pemintaan mamat-mamat Marxis dan Sosialis, sedangkan mamat-mamat Marxis dan Sosialis ini terus berfantasi dengan ganja dan shabu atau 'berkenduri' dengan perempuan berwajah Bukit Kapar Klang tepat jam 12.34 malam selepas menonton "Russia". Kesian mereka. Sama-sama kena kencing.

ps : Berpegang la di tali Allah. Isyaallah kamu akan selamat !

Artikel kawan aku : http://sajakkini.blogsome.com

Wednesday, July 06, 2005

Citak Rompak Dan Balada Osman Tikus

Image hosted by Photobucket.com

Ntah macamana mood aku kelam ari nih. Terlitas plak dalam palotak aku nak download lagu-lagu M. Nasir kat Internet jika ada. Aku pun surf internet..

ketik...ketik...ketikk....(bunyi jari-jari bermain di keyboard PC)

Dapat la aku beberapa laman yang ada access untuk download lagu M. Nasir. Aku meminati lagu-lagu M. Nasir. Tak semua tapi kebanyakkannya. Lagu - lagunya banyak menggambarkan citra rakyat terbanyak. Lagu M. Nasir membawa aku kembali di zaman budak-budak dulu. M. Nasir bijak menggarap lagu sesuai dengan naluri petani, konduktor bas mini, seniman Chow Kit, Kutu, Banduan, Perantau, alam semesta. Seninya lari dari kilauan-kilauan luxury kapitalis, koporat-koporat, hotel 5 bintang, bintang philharmonic okestra, bunga-bunga cinta palsu. Bagi aku, M. Nasir seorang seniman yang hebat. Dia mencurahkan luahan melalui lagu-lagu. Luahan berkenaan kehidupan kota zaman awal industri Malaysia. Luahan berkenaan hiruk pikuk dunia bekerja. Luahan seorang kutu rayau. Pada aku seorang tukang seni di lihat hebat dan mengagumkan jika seni mereka seolah-olah bercerita tentang dunia yang mereka sendiri lihat, dan kita seolah-olah di bawa ke dunia mereka. Kenapa lagu Tomok tak nampak hebat ?. Sebab lagu tomok lembik. Lagu tomok hanya seni-seni golongan yang mencari duit semata. Lagu Tomok penuh melankolik tahap lembik dan hanya di hasilkan untuk mengisi tembolok golongan-golongan tertentu. Kosong. Tiada cerita. End. F!N. Finish.

Dalam banyak-banyak lagu M. Nasir, ada satu dua lagu yang aku tertarik untuk mendengar berkali-kali. Salah satunya ialah lagu Citak Rompak (Bukan Cetak Rompak !). Lagu Balada Osman Tikus juga best. Dengar saja tajuk dia membuat aku tersengih tanda humor. Mana dia dapat tajuk lagu tuh ?.
Bercerita pasal cetak rompak, industri ini sebetulnya dah lama muncul dalam negara. Pelanggannya ramai. Termasuk aku. Ha ha. Cetak rompak bermaksud mencetak hasil usaha orang lain yang asli, secara bulat-bulat kemudian kita pindahkan dalam medium yang belainan dan menjual untuk kepentingan peribadi. Contohnya camni, Yap membeli CD Doremon asli berharga MYR 35 sekeping. Kemudian datang Along meminjam CD tersebut. Balik saje rumah, Along memuat turun (donlod) semua kandungan dalam CD berkenaan ke dalam cakera keras (hard disk) atau 3rd party device seperti USB Drive, CD-R atau disket. Maknanye Along telah melakukan cetak rompak.

Setakat nih, masyarakat kita masih kabur lagi tentang cetak rompak. Undang-undang sekular negara sememangnya mengharamkan citak rompak. Sebagai Muslim, aku tak dengar lagi fatwa samada di bolehkan cetak rompak (samada menghasilkan cetak rompak atau membeli barang betak rompak) atau sebaliknya. Samada fatwa tersebut masih takde atau aku yang tak dengar lagi.

Pada pendapat peribadi aku, citak rompak sememangnya perbuatan yang salah. Ia seolah-olah kita mencuri hak orang lain dan menjualnya tanpa kebenaran. Tak kisah lah samada barang yang di cetak rompak itu kepunyaan James Cameroon, software Bill Gates atau filem arahan Yusup Aslam, yang salah tetap salah. Cetak rumpak tetap salah !. Kawan aku ada berkata

"Cetak rompak lah satu-satunya cara kita nak menjatuhkan kuasa kapitalis, kezaliman Amerika"

Pandangan aku ada pro dan kontra dalam hal nih. Aku tak menolak yang kita sebagai orang Malaysia, dan orang Islam khasnya bertanggungjawap dengan kekuatan fisikal dan mental yang kita ada dan gunakannya untuk melawan dan menjatuhkan dengan sedaya upaya kuasa-kuasa besar yang zalim dan golongan cekik darah kapitalis. Bahkan, aku cukup geli dan benci dengan golongan kapitalis. Tetapi dengan mencetak karya orang lain dan menghasilkan dan menjualnya semula tanpa kebenaran adalah satu perbuatan yang salah dan tidak terhormat. Contohnya begini. Kita cukup jijik dengan pelacuran. Orang yang terlibat dalam industri pelacuran seolah-olah sengaja menjual maruah atas nama kepentingan hidup. Di sini tiada kompromi antara dharurat atau tidak, pelacuran adalah sekeji-keji pekerjaan dan sewajarnya di hapuskan 100 %. Tetapi, ini tidak bermakna kita bole perlakukan pelacur-pelacur di KL dengan sesuka hati kita walaupun mereka ini terlibat sepenuhnya dalam pekerjaan yang sangat mengaibkan. Ini juga tidak bermakna masyarakat bole menangkap pelacur-pelacur ini dan memukul mereka di tengah jalan dengan sesuka hati, atau menelanjangkan mereka, menyimbah asid atau merogol mereka di lorong-lorong gelap, disebabkan mereka ini pelacur dan tak salah jika diperlakukan sesuka hati sebab mereka sememangnye telah tercemar dan tiada maruah.

Sama juga dalam hal citak rompak. Walaupun pembikin-pembikin filem ini orang Amerika yang mempunyai pemimpin bernama Bush, atau pembikin-pembikin perisian ini rakyat Amerika bernama Bill Gates yang tersedia kaya, atau Yusop Aslam yang gemar membikin cerita cinta karut, ini tidak bermakna yang kita di bolehkan "merogol" hasil karya mereka. Atau kita mencitak rompak produk hasil jerih payah mereka di sebabkan mereka ini mungkin sebangsa dengan orang yang menindas rakyat Islam Iraq dan suka memeras duit negara miskin.

Jika kita komited untuk melumpuhkan kezaliman mereka, boikot sahaja. "Merogol" karya orang lain tak kira lah karya Bill Gates atau Yusop Aslam, sama seperti kita "merogol" pelacur-pelacur chowkit. Jika tak suka, ada cara untuk kita "menghunus pedang". Jika kita tak suka pelacur kita hapuskan puncanya. Lantik pemimpin - pemimpin yang benar2 benci akan industri ini dan ada kesungguhan untuk menghapuskannya bukan hanya sekadar bercakat depan kamera tibi 3 berdegar-degar. Jika kita tak suka VCD Holywood yang sungguh rosak dan meracun minda anak-anak, pastikan kita jauhkan diri dari mereka. Usah di beli pilem-pilem ini samada original atau citak rompak. Pastikan kita tampilkan pemimpin-pemimpin yang mewakili suara rakyat menentang unsur kapitalis Holywood dari membuang "tahi-tahi" dalam tanahair. Jika kita tidak suka perisian Bill Gates, jangan beli. Belajar IT dan bangunkan kod sumber sendiri. Setidak-tidaknya kita bina kernel sendiri dan runkan atas platform kita sendiri. Atau guna la sumber terbuka. Jika sumber terbuka yang kita guna atau bina di patent kan, maka kita citak rompak balik patent tersebut sebab patent tersebut, patent kita juga. Melainkan penyangak-penyangak ini benar-benar memusnahkan periuk nasi kita, atau menghapuskan SUMBER kreativiti kita, atau mencilok idea kita dan mempatenkan atas nama mereka, aku rasa wajarlah kita perangi mereka dengan citak rompak.

ps : Aku beli cd Window cetak rompak sebab harga original seribu lebih. Dulik ape! ---> kukuh tak alasan ni ?. Ha ha