Ads

Thursday, August 25, 2005

Mellekaa !..Mellekaaa !..Mellekaa !

Esok aku akan berambus ke kampung. Aku ambil cuti selama 2 hari. Esok dan Isnin. Jadual aku selepas merdeka amat pack. Biasa la, dua tiga menjak ni, orang-orang jawa seperti aku dan Asmawi Ani semakin di buru. Menyebabkan kami terlampau sibuk dan hilang privacy diri. ha ha. World !. Selepas merdeka pula, aku kena attend training. Bermula dengan training P2P selama 2 minggu oleh Prof Hewigg kalo x silap. Menyusul pula training Oracle selepas itu selama 3 minggu di Menara Citybank. Dan diikuti pula dengan training Java selama satu bulan sehingga bulan posa !. Huhuh..Mahu terberak la lepas ni !. Semua ini mengheret sekali tanggungjawap yang besar bukan kepalang dalam melangsaikan tugas-tugas di Lab. Training ini diberi bukan suka-suka. Sudah semestinya ada pulangan selepas ini. Itu yang aku risaukan dan tabah kan. Ya Allah. Mudah-mudahan ada jalan di situ. Nampaknya hari merdeka akan di sambut di depan t.v sahaja. Beruntung Anip dan Anas. Dapat gesel-gesel dengan gadis-gadis seksi di KLCC. Paling koman pun dapat bergesel-gesel dengan Surti Martojo yang datang dari Surabaya untuk bekerja di Restoren Ali Khan.

Bercerita tentang merdeka di Malaysia membawa aku ke ruang-ruang metafora yang kabur. (Gila ayat !). Aku agak keliru tentang pengertian Merdeka untuk rakyat Malaysia. Cuba lihat di kaca tivi. Pasti banyak iklan-iklan atau drama-drama simbolik tentang merdeka. Perayaan merdeka telah pun di tetapkan untuk satu tempoh tertentu. Banyak la orang mula menganbil keuntungan sempena merdeka ini. Supermaket mengadakan jualan murah. Aktiviti pelancongan kembali memuncak. Sekolah mula di tutup untuk bercuti. Berduyun-duyun anak-anak kota pulang ke kampung. Itu bukan satu masalah. Biasa la, dunia kapitalis memang begini. Di mana ada lobang di situ ada angin. Di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada peluang , di situ ada keuntungan. Tetapi ada satu perkara yang membuatkan aku rasa kabur dan tak faham. Sering kali berlegar-legar di kepala hotak aku yang sangap ini, kenapa merdeka hanya diambarkan sebagai perjuangan untuk satu kaum sahaja ?. Contohnya begini. Lihatlah tokoh-tokoh yang di sering dikaitkan dengan Merdeka ini. Tokoh ini semuanya sebangsa dan serupa dan tokoh-tokoh ini juga yang sering keluar tv ketika hari merdeka sepanjang tahun. Aku bukan anti melayu. Mana mungkin orang jawa anti melayu. Tak percaya tanya Mawi. Tetapi aku agak sinikal tentang senario ini. Tak mungkin hanya satu bangsa sahaja yang bertanggungjawap memerdekakan Tanah Melayu.

Kita dengar dan lihat pula sastera-sastera yang di cipta sempena Merdeka. Butir-butir syair atau sajak semuanya sekata dan sebahasa. Muka-muka yang mencipta dan melagukan sastera-sastera samada di kaca tibi atau radio semuanya serupa. Tiada yang bermata sepet. Tiada yang berkulit gelap. Semuanya bermata bulat dan bersongkok dan berkulit sawo matang.

Tonton pula drama-drama tibi nasional. Bila sahaja muncul hari merdeka, ada sahaja cerita-cerita komunis di tivi. Askar melayu berbondong-bondong di iringi muzik-muzik saspen masuk kehutan memburu komenis. Mereka bermain tembak-tembak dan akhirnya askar menang. Di stesen lain pula disiarkan dokumentari tentang darurat di Tanah Melayu. Orang melayu terpaksa memakan ubi kayu dan menjadi hamba abdi landasan keretapi Burma semasa zaman darurat. Huru hara, bakar membakar, sabotaj mensabotaj adalah rencah citrawara sempena hari Merdeka.

Aku bukanlah seorang yang tidak nasionalis. Bukan juga anti-Melayu. Jauh sekali sebagai seorang pengkhianat. Tetapi aku gemar melihat sesuatu perkara berdasarkan rasional diri dan skeptikal. Aku tidak pernah menolak kewujudan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama Malaysia. Cuma, dalam suasana menyambut hari kemerdekaan, seolah muncul semacam satu strategi memonopoli kemenangan oleh satu pihak sahaja.

Senario ini terkadang membuatkan aku terasa malu. Dengan menonjolkan seakan hanya satu pihak sahaja yang bertanggungjawap memerdekakan negara, seolah-olah membawa kita satu langkah terkebelakang. Kita perlu rasional bahawa hari ini, tidak lagi timbul border perkauman atau warna kulit. Rata-rata anak-anak Malaysia hari ini 100% adalah berwajah Malaysia. Tanya sahaja Shamugam tukang gunting rambut di Serdang, Crinstine Yap kerani HR di KLCC atau Wak Ali mekanik di Sungai Merab, semuanya bangga menjadi anak Malaysia. Aku tak yakin yang di kepala mereka masih tersimpan sisa-sisa cinta terhadap Maharaja Mao Zedong, Mahatma Ghandi atau Sukarno. Semua makhluk yang tinggal di Malaysia bertanggungjawap terhadap apa yang ada pada hari ini. Samada kita sedar atau tidak, tangan-tangan Yap Keng Lai, Zaki Musaddad, Syanana Danchan, Sharon Kaur, Shamunathan, Richard Ganing, Amy Abram, Lyidia Mastura, Ramjit Singh atau Leong Kek Lai yang bertanggungjawap terhadap apa yang kita kecapi hari ini.

Memonopoli hari kebangsaan adalah satu sikap yang amat hipokrit. Jika kita selidiki sejarah, tidak sedikit orang Cina atau India yang mati kerana mempertahankan Malaysia. Bukan seorang dua sarjan-sarjan Cina atau India yang mengetuai kompeni-kompeni tentera Melayu. Cuba baca buku Kanang kalau sangsi. Sebagai warga yang demokrasi dan rasional, pada aku semua bangsa di Malaysia pasti teruja untuk kehadapan dan bermegah-megah betapa merdekanya dan bertuahnya menjadi rakyat Malaysia. Sebagai warga yang matang, aku nak juga melihat tarian-tarian singa Kun Seng Keng Dragon & Lion Dance Assosiation Muar membuat tarian singa berwajah Malaysia di kaca tivi, bukan hanya di supermaket Giant sahaja. Sesekala nak juga aku melihat bagaimana kaum India merayakan kemerdekaan mengikut budaya mereka. Begitu juga bangsa Iban, Murut, Batak atau sesiapa sahaja asalkan mereka adalah warga Malaysia dan memiliki kad pengenalan Mykad original. Pandangan dan fikiran sempit terhadap budaya dan amalan bangsa lain sepatutnya telah lama pupus sejak lebih 40 tahun kita melleka !. Cerita-cerita orang Cina yang menjadi komunis menyerang Bukit Kepung atau cerita-cerita 13 Mei sepatutnya tidak di jadikan satu keutamaan hari Kemerdekaan. Ops !. Jangan salah anggap. Aku tidak bermaksud agar semua ini di padamkan dalam cerita-cerita sejarah. Maksud aku, cukuplah sejarah sejarah gelap ini tersusun rapi di dalam buku-buku teks anak-anak sekolah, dan biarkan mereka membaca dan menilai adakah sejarah-sejarah ini bakal membawa mereka ke syurga atau neraka. Didik la mereka agar menghargai sejarah. Supaya bila sudah besar, sejarah ini adalah pakaian mereka dalam menilai baik atau buruk.

Satu persoalan nak aku ungkapkan secara gedik di dalam entry ini. Adakah kemerdekaan itu hanya apabila kita masuk kehutan dan membunuh cina komunis semata-mata ? Atau adakah kemerdekaan itu apabila kita berjaya mengalahkan kumpulan Al - Maunah di Sauk ?. Biar aku jawap soalan ini secara gedik. Tapi nanti lah. Walaupun Suraya aku tidak diselubungi bendera Jalur Gemilang, tapi di hati aku tersimpan pengertian tersendiri terhadap Merdeka. Nak tahu apa dia ?. Tungguu !

Manusia memerlukan interaksi untuk meneruskan survival. Merdeka adalah pembuka jalan supaya interaksi antara manusia itu semakin terbuka, bebas dan berkembang. Manusia menjalankan perniagaan supaya pertukaran barang keperluan terus berlangsung. Tiada perniagaan, maka sukar untuk mendapat barang asas kerana tidak wujud interaksi antara peniaga dan pemborong/pengeluar. Dalam melakukan perniagaan ini, manusia perlu berinteraksi. Semasa zaman penjajahan, interaksi adalah sangat terbatas dan kabur. Bila terbatas, maka keperluan manusia untuk meneruskan hidup amat sukar di cari kerana kurangnya aktiviti perniagaan. Apabila merdeka sahaja, batas-batas interaksi di tanggalkan dan manusia kembali bebas berurusan antara satu sama lain dan kelangsungan hidup kembali seperti biasa. Itu dalam hal perniagaan. Interaksi boleh terjadi juga antara pekerja dan majikan. Antara ibu dan anak, antara guru dan murid, antara polis dan pesalah atau antara babi jantan dan babi betina.

Di bumi Malaysia, orang Islam Melayu di lihat sangat lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan samada atas atau bawah, kiri atau kanan, depan atau belakang. Pada pandangan aku, punca utama yang menyebabkan Melayu sungguh bermasalah adalah kerana kurangnya kemahiran berinteraksi. Kita tak perlu menyalahkan orang lain kerana kegagalan kita. Menyalahkan cina kerana gagal menjayakan semangat DEB adalah alasan paling kelakar dan memalukan pernah aku dengar. Ianya seolah-olah seperti seorang suami menyalahkan seorang Iban yang gagal menyediakan gambir yang baik apabila si isteri gagal di puaskan ketika melakukan hubungan kelamin. Melayu masih lagi dengan sikap terkongkong dan skeptikal terhadap bangsa lain. Aku tak nak menuduh bangsa Melayu sebagai hipokrit, tetapi sejak kita merdeka lagi, Melayu masih lagi gagal belajar berkenaan fitrah seorang survivor. Mungkin mereka selesa dengan keistimewaan ?. Entah la..

Sepatutnya bangsa melayu telah lama belajar selok belok interaksi yang bagus. Melayu sepatutnya telah lama sedar..atau di sedarkan akan budaya persaingan (survival) di masa hadapan. Kedatangan buruh-buruh Cina dan India adalah petanda bakal wujudnya dunia persaingan global masa hadapan. Jika lama dulu kita dapat belajar berinteraksi dalam dunia survival, kita mungkin tidak perlu risau akan 30 % kuota bumiputera atau keciciran pelajar melayu di University. Orang melayu perlu merdeka sepenuhnya.

Merdeka bukan bermaksud laungan keramat di Stadium Merdeka semata-mata. Merdeka juga bukan bermaksud tembak-tembak Jins Samsuden di Bukit Kepong. Pada pandangan aku yang kabur sebab rabun, jawapan untuk kemerdekaan yang sebenar adalah jika kita dapat buang border perkauman dan warna kulit dalam kehidupan kita sepenuhnya. Border perkauman lah yang menyebabkan kita hipokrit terhadap diri kita. Border ini yang mambataskan interaksi antara satu sama lain. Apa yang aku lihat, border perkauman dan warna kulit adalah penjajah sebenar yang masih berkuku dalam negara kita. Penjajah British dulu membataskan interaksi antara kaum di Malaysia menyebabkan interaksi rakyat terbatas dan survival hidup terganggu. Apabila British balik, mereka meniggalkan border perkauman yang menebal. Cina di bandar, melayu di kampung dan India di Estet. Border inilah pengganti penjajahan british. Border ini menimbulkan rasa perkauman menebal, dan sekali lagi interaksi rakyat terbatas dan survival hidup terganggu dan terhalang.

Sebagai warga Malaysia yang matang, kita mesti buang border yang menyebabkan interaksi kita terganggu. Border ini bukanlah tembok sekuat tembok China. Border ini bukan lah pagar-pagar berduri. Kita tak perlu mengasah cankul atau membuat tukul besar yang kuat untuk merobohkan border ini. Cukup lah dengan menjadi warga yang matang dan merdekakan cara intraksi kita. Jika interaksi antara rakyat dan pemerintah, atau antara rakyat dengan rakyat berlangsung dalam suasana Merdeka yang sebenar, kita tak perlu lagi DEB. Kita tak perlu lagi Agenda Nasional. Yang pasti, periuk nasi orang Melayu terjaga, periuk nasi orang Cina terpelihara. Begitu juga periuk nasi orang India, Iban, Malanau, Kadazan, Asli, Batak, dusun atau Murut asalkan mereka adalah warga Malaysia dan memiliki MyKad original.

Aku mahu balik esok. Singgah di Pagoh dan melantak mee bandung sepuas nafsu. Ha ha ha. Aku harap semasa di highway ada gadis yang melambai-lambai mahu menumpang. Dan aku harap gadis itu bernama Fazura yang berlakon Gol & Gincu. Malam tu kami akan makan malam bersama. Dan kami akan..........korang fikir apa?. Dan kami akan terus kerumah datuknya di Parit Ismail. Masalahnya, dia orang Parit Ismail ke ?. Ha ha ha. Berangan lebih !.

Selamat Hari Melleka kawan-kawan.

Mellekaaa! Merdeka !

No comments: