Aku tak habis bercakerama tentang Ayah Pin ni lagi. Aku sambung balik.
===================================================
Hanya orang bodoh ikut orang bodoh.
Tak silap aku, ade la dalam 2 3 kali aku menonton wayang kulit. Dulu wayang kulit slalu di siarkan di TV. Di sekolah aku dulu ada juga aktiviti-aktivi main wayang kulit. Wayang kulit adalah tradisi orang-orang Pantai Timur. Walaupun wayang kulit berasal dari Kelantan, namun, tradisi ini telah terbang dengan sukses menyerap nilai-nilai glokal sehingga ianya berjaya disaksikan oleh murid-murid darjah 3 Sekolah Felda Aping Barat Kota Tinggi Johor yang berperangai macam setan !.
Rasanya umur wayang kulit nih dah tua !. Mungkin mencecah beratus-ratus tahun. Kalau dulu wayang kulit ni hanya di mainkan di padang-padang sebagai santapan hiburan orang dulu-dulu kerana di zaman dahulu tivi bukan lah sesuatu yang popular. Alat-alat elektronik hiburan seperti radio dan tivi hanya dipunyai orang-orang kaya kampung. Dan ianya masih dianggap sebagai sesuatu yang luxury. Wayang kulit bukan seperti wayang hidup. Ianya hanya terdiri dari ukiran-ukiran patung diatas kertas tebal atau kulit binatang dan diberi kan watak sebagai Wak Dogol atau apa-apa sahaja, seorang tukang karut, tabir putih dan sebijik mentol. Diiringi ketukan-ketukan muzik latar. Semua orang melayu mengenali wayang kulit. Jika sesiapa yang bernama melayu tak mengenali wayang kulit, mungkin mereka ini lahir di luar negara, atau anak campuran orang putih atau malu nak mengaku mengenali wayang kulit takut di katakan tak up to date. Atau melayu-melayu ini memang jenis melayu global bukan melayu glokal.
Aku bukannya pakar budaya untuk menerangkan secara terpeinci wayang kulit. Cuma sejak terhebohnya berita kerajaan langit Kg Batu 13, rasanya tiada salahnya jika aku katakan yang wayang kulit sedang dimainkan secara mega di sana, mungkin sempena cuti sekolah di mana bapa-bapa sebuk mencari tempat-tempat percutian untuk anak-anak, maka berita wayang kulit di Kg Batu 13 itu wajar di war-war kan sebagai event yang mesti dilawati seisi keluarga. Ade teapot besar. Ade bahtera nabi Nuh. Ada istana wakil Tuhan. Dan paling penting ada dayang-dayang cantik yang tidak diketahui status selaput daranya samada sudah pecah atau tidak. Macam-macam lah. Sure budak-budak suka.
"Apa barang pegi Sure Heboh !" - Kata Hakim, 10 tahun.
Ayah Pin, atau nama sebenarnya Arifin Muhammad (no IC 430622-03-5313) adalah pelakon utama yang memegang watak sebagai Wak Dogol sempena acara mega wayang kulit cuti-cuti Malaysia Kg Batu 13. Seperti orang kampung dulu-dulu yang menonton wayang kulit, bila sahaja watak Wak Dogol di 'hidupkan' tukang karut, dengan sekonyong-konyong mata-mata orang kampung 100 % tertumpu dan menjiwai watak Wak Dogol tersebut. Tidak akan terlintas langsung di kepala otak mereka akan watak tukang karut yang bertanggungjawap meng'hidup'kan Wak Dogol. Malah siapakah si tukang karut langsung tidak di ambil pedulik. Jika tukang karut meng'hidup'kan Wak Dogol dengan watak sedih, orang-orang kampung akan menangis menjiwai kisah Wak Dogol. Sedangkan Wak Dogol itu sebenarnya adalah jelmaan tukang karut yang bertanggungjawap meng'hidup'kan pelbagai watak Wak Dogol.
Pada pendapat naif aku, ramai yang terkeliru atau tersalah tanggapan dalam menganalisis kisah Ayah Pin ini. Samada orang-orang UMNO, PAS Keadilan atau yang di atas pagar, konklusi dan analisa mereka nampaknya selari. Dalam menangani isu Ayah Pin, pemimpin-pemimpin Melayu hanya mampu memberi conclusion-conclusion ringan dan tahap-tahap keropok. Seolah-olah kita hanya mampu berbicara tentang perihal Wak Dogol sahaja tetapi tidak langsung menyebut siapa dia tukang karut di belakangnya !
Ayah Pin di Kg Batu 13, cuma seorang pembawa ajaran sesat. Aku tak anggap ayah Pin sebagai seekor manusia yang boleh di pandang ringan. Aku juga tidak menganggap Ayah Pin seorang yang tidak bahaya. Tetapi berdasarkan sejarah menangani ajaran sesat di Tanah Melayu, aku dapati ianya 100% success. Kita pernah berhadapan dengan Al-Arqam yang jauh lebih besar organisasinya. Mereka mempunyai cawangan di merata Asia Tenggara. Pernah diberitakan Al-Arqam telah pun mempunyai bala tentera sendiri di Thailand. Walaupun begitu, sebesar-besar Al-Arqam akhirnya lumpuh juga. Selepas itu pihak berkuasa berdepan pula dengan bermacam-macam ajaran sesat yang hebat-hebat. Ada yang mengaku nabi, Imam Mahdi, Tuhan, guru nanak..dan macam2 lah. Dan yang menariknya, semua ajaran-ajaran ini lumpuh dan tewas.
Dan apabila timbul si Dogol bernama ayah Pin, seolah-olah masyarakat Islam Malaysia berdepan dengan bala tentera dajal yang amat dasyat dan kuat. Kita panik dan tercengang-cengang. Cukup sukar untuk melumpuhkan ajarah Ayah Pin sehingga lebih 10 tahun Ayah Pin ini bebas. Bukan itu sahaja, secara bersahajanya dia mampu membina kompleks kerajaan langit di Kg Batu 13 yang indah. Jika kita fikirkan dengan daya fikrah yang waras, bagaimana harus seorang warga tua kampung yang mencanag-canang tentang dirinya sebagai wakil tuhan, kemudian dengan retorik-retorik bodoh seperti air di dalam tea pot yang sangat suci, mengaku dirinya wakil tuhan, mampu membuatkan orang hidup mati, boleh menjadi seorang manusia sangat penting dan di agung-agung kan ?. Kenapa sungguh ramai insan-insan dan badan-badan professional sanggup melindungi manusia yang mengelarkannya wakil tuhan dan membawa ajaran-ajaran yang sangat kelakar di luar fikrah yang normal sedangkan orang-orang yang menganggotai badan-badan professioanl ini bukan calang-calang orang. Mereka ini belajar di Universiti-universiti luar negara atau setidak-tidaknya mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Mereka-mereka yang menyokong ayah Pin atas dasar hak asasi ini ramai yang professional dan berpendidikan tinggi. Sudah tentu mereka sememangnya golongan-golongan yang waras dan bijak. Mampu membuat analisa hal ehwal dunia dan pandai bermain saham. Tetapi sungguh kelakar apabila mereka sanggup mempertahankan Si Dogol ini yang terang-terang sesat dan bertindak di luar fikrah manusia sehat. Mereka sanggup mempertahankan si Dogol ini yang mengaku air di dalam tea pot itu datang dari Sungai Nil. Mereka sanggup mempertahankan si Dogol ini yang berkata bahawa semua tuhan berada dalam dirinya. Mereka sanggup mempertahankan si Dogol ini yang mengaku pernah naik ke langit. Mereka sanggup mempertahankan si Dogol ini yang gemar bersabung ayam dan mampu membawa keamanan kepada semua agama.
Pada pendapat aku, mereka mempertahankan si Dogol ini bukan kerana si Dogol ini sememangnya berkarisma atau ajaran-ajarannnya adalah soheh, hebat, super atau jelmaan nabi Isa. Pada aku, si Dogol bernama ayah Pin ini hanyalah patung wayang kulit yang di gunakan untuk mengeruhkan perhubungan antara agama di Malaysia. Niat mereka yang bermati-matian mempertahankan Ayah Pin atas nama kebebasan beragama, sebaliknya adalah niat-niat tersembunyi golongan tertentu untuk memberi gambaran salah terhadap Islam. Jika kita terbaca, atau hanya baca sekerat sahaja kenyataan penyokong - penyokong Ayah Pin di laman web mereka, kenyataan-kenyataan ini secara tidak rasmi menggambarkan betapa terroristnya Islam di Malaysia. Mereka mengeruhkan suasana pelbagai kaum di Malaysia dengan berseloroh menggambarkan perlaksanaan Islam di Malaysia sangat rigid dan ganas. Sekali masuk Islam tiada peluang untuk menganut agama lain. Gambaran ini akan menakutkan orang bukan Islam terhadap Islam. Tidak cukup dengan itu, mereka menggambarkan senario ini sebagai terrorism dalam beragama.
Sekali lagi ingin aku nyatakan, berdasarkan daya fikrah aku, Ayah Pin bukan lah seorang yang istimewa bagi mereka. Menyatakan Ayah Pin sebagai seorang yang cintakan manusia melalui dimensi agama, sama seperti Mahatma Ghandi atau Lincon, hanyalah alasan poyo yang di buat-buat. Ayah Pin adalah patung wayang kulit bagi mereka. Ayah Pin adalah 'jelmaan' badan-badan NGO atau individu-individu tertentu dalam usaha mengkaburkan imej sebenar tentang Islam (termasuklah Islam hadari). Mereka memprovokasi ayah Pin agar orang luar melihat Islam sebagai jerangkap tikus. Pada mereka, 'Masuk Islam tiada lagi jalan untuk keluar !' .
Gambaran-gambaran salah ini di kudakan lagi oleh golongan-golongan Islam yang sederhana dan Liberal.
Aku menyarankan agar semua Umat Islam di Malaysia samada penyokong BN, Pas atau Keadilan supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan di permukaan air. Semua umat Islam di Malaysia perlu menyelam ke dasar laut untuk menjejak siapa sebenarnya di belakang ayah Pin. Pada aku, Ayah Pin hanyalah patung wayang kulit yang diikat tali di kaki dan tangannya dan di gerakkan oleh Tukang-tukang karut yang kabur dan yang kita tidak kenal. Umat Islam Pas atau UMNO harus berhenti berhujah tentang kemunculan Ayah pin sejak Pas memerintah atau UMNO memerintah Terengganu. Dalam menangani isu ayah Pin, seharusnya semua Umat Islam duduk semeja. Jika di analisa dan di kaji kita akan tahu akhirnya siapa dia tukang karut yang bermain-main dengan Wak Dogol di sebalik sebiji mentol.
Tolong lah. Tolong lah berhenti menjadi penonton Wak Dogol di zaman dulu-dulu.
1 comment:
Ayah Pin ni bahaya juga, tetapi kalau orang belajar agama nampak jelas dia tak betul. Tapi ada lagi seorang yang bahaya iaitu 'Nabi' Kahar. Buat research sikit cik Roime?
Post a Comment