Ads

Monday, August 08, 2005

Mawi, spender dan lubang dubur

Image hosted by Photobucket.com
Aku curi gamba nih. Mampus kalo kena saman !

Sabtu lepas aku hanya mampu menjana tahi mata sepanjang pagi. Walaupun Zulaikha cuba meracun aku untuk tidak tidur pada pagi itu apabila dia menepuk-nepuk aku dan cuba buat bising dalam bahasa sanskrit kuno yang hanya dia dan adik dia sahaja faham, namun aku tak dulik !. Aku tetap mahu layan lelap kat atas sofa.

"Aikk....iiikkk....ieekk....dadada...yaa...ayaikkk..." - Bahasa sanskrit Zulaikha, 2 tahun.

Pun begitu, aku tetap sengkangkankan mata untuk menatap tajuk utama akhbar Berita Hairan yang terjelupur di atas lantai apabila abang aku campakkan akhbar tu setelah dia balik dari main badminton. Aku cuba baca tajuk tu......Malam penentuan Akademi Fantasia....lantas aku tidur balik. Bodoh !. Tajuk tu buat aku betul-betul muak. Lebih muak dari berita AP (Ayah Pin dan Approval Permit).

Apabila berita-berita tahap murah mendapat tempat paling depan dalam akhbar perdana walhal banyak lagi kisah-kisah utama negara yang perlu di ketahui dan difikirkan bersama oleh rakyat, ianya seolah-olah menggunakan spender untuk menutup lubang dubur yang berpenyakit yang tak sudah-sudah mengeluarkan bau busuk yang jijik dan kotor. Bau busuk tetap dihidu orang walaupun ianya ditutup oleh spender yang cantik, exotic dan mampu membuatkan muda mudi menjadi gila.

Mawi, Felix, Siti Nurhalizah dan Datuk 'K' adalah spender-spender yang telah di gunakan untuk menutup lubang dubur yang membusuk. Lubang dubur yang busuk ini telah lama mengeluarkan bau busuk sedikit demi sedikit. Cerita krisis air di semenanjung, AP, minyak, krisis pelajar Melayu, ketirisan projek kerajaan, dadah dan AIDS dan yang terbaru kenaikkan tarif Elektrik TNB adalah bau-bauan yang membusuk dan mula di hidu oleh orang ramai. Dengan demikian, spender - spender yang muda-muda, bergetah, exotic akan di gunakan untuk menarik perhatian orang ramai terutamanya Melayu supaya mereka lupa seketika tentang lobang dubur yang membusuk...atau lupa terus. Wajar di ketahui bahawa bangsa melayu cukup suka dan gemar akan spender.

Kisah minyak naik harga belum lagi susut panasnya. Bahang kenaikkan minyak dan harga-harga barang yang mungkin naik masih lagi diborakkan orang ramai di warung-warung dan surau-surau. Samada di Tanjung Lembu Kota Tinggi atau di Uptown KL, kisah minyak naik harga masih belum reda di lalutkan orang. Seminggu selepas itu, tarif letrik TNB juga mungkin bakal di naikkan. Menteri yang menjadi pentadbir kementerian berkenaan dengan penuh yakin, berkarisma dan berpandangan jauh mengatakan tarif letrik akan dinaikkan tetapi tidak akan membebankan rakyat. Aku terharu. Semoga menteri ini akan di jadikan Dewa Elektrik untuk disembah pada 50, 000 tahun akan datang. Maka spender-spender yang muda-muda, popular, cantik, gebu, hangat dan panas telah di 'najiskan' untuk menutup dubur-dubur yang baunya semakin merungsingkan orang-orang kampung, nelayan, petani dan warga kota. Spender ini di gunakan agar rakyat terbanyak terpaku dan lupa akan bau-bauan busuk lubang dubur di sebaliknya. Melihat spender-spender ini dihias sungguh glamour, pasti menggembirakan melayu yang sememangnya suka berhibur tanpa batas dan waktu. Tak kisah la samada spender ini koyak, nipis, berkulat atau hancing maka di pujanya juga. Kemudian, spender-spender ini di lambakkan untuk di cium, digilai, di tangisi dan disorak oleh anak-anak muda melayu. Makcik-makcik juga tidak ketinggalan mencuri cium untuk berkhayal sama. Dengan demikian, minda mereka akan menjadi tepu. Mereka gila dengan spender-spender ini. Maka bau busuk lubang dubur tak lagi terhidu atau mereka hidu juga tetapi mereka lupa "Bau busuk apa nih ?". Mereka stim dalam dunia spender yang murah, percuma dan di jual lambak !.

Satu lagi, aku yakin, berita spender Sabtu lepas di dada akhbar Berita Hairan juga adalah strategi sesetengah pihak membuat keuntungan secara pukal. Golongan kapitalis seperti Astro dan Maxis tahu, keuntungan dari hasil hiburan yang di sasarkan untuk golongan muda melayu adalah amat menakjubkan. Kita boleh lihat realitinya di sekeliling. Buat sahaja apa pun rancangan berbentuk hiburan, samada kugiran Felda, Bintang Kecil, Pertandingan Lagu Melayu Pop Yeh - Yeh, Pertandingan Lagu Asli sehingga la kepada rancangan-rancangan yang di lihat agak luxury seperti Malaysian Idol, Mentor, Bintang RTM dan AF3, keterlibatan anak-anak muda melayu boleh dikatakan 'superb'. Tidak hairan, kapitalis-kapitalis berwajah manis seperti Hotlink, Maxis dan Astro sanggup menaja dan berlabur berjota-jota kerana mereka tahu dan yakin pulangannya adalah berlipat kali ganda.

Aku optimis tentang berita spender-spender ini apabila memenuhi muka depan akhbar Sabtu arituh sebagai cara paling berkesan dalam melipat kali gandakan keuntungan. Melayu-melayu ini di sajikan dengan spender-spender murah. Anak-anak muda memenuhi stadium untuk bersorak sorai memuja spender-spender kesayangan mereka. Makcik - makcik menagis apabila spender-spender ini di buang kerana memiliki undi tersikit dan tak popular. hahahaha. Melayu-melayu ini di candukan dengan spender tahap murah yang di lambakkan secara pukal dan percuma untuk dihidu dan khayal walhal di sebalik pejabat luxury sebelah KLCC atau di Technology Park Bukti Jalil, toke-toke ini menggosok-gosok tangan tersengih tanda puas.

Pun begitu, sebusuk-sebusuk spender ini, harganya mampu mencecah RM 16 juta hasil undian anak-anak melayu !. Kesian melayu. Terlalu fanatik dengan spender.

ps : Pak Lah. Tolong la bantu bangsa seagama dengan ku!. Tolong lahh!

1 comment:

Abouti said...

penjual spender ke ni Roy? Siap tinggal no telefon lagi. dogol betul!