Baru semalam aku jogging. Berjongging untuk bekalan sebulan. Sebelum ni bukan tak jogging pun. Perancangan jogging dah di buat waktu opis hour lagi. Tapi bila sahaja petang, jogging kami akan berlangsung di kedai mamak.
Aku : Teh tarik satu roti bakar satu. Ko nak order ape?
Maka, akhirnya hanya perut2 kami yang berjogging. Sambil-sambil tu bole la bercerita tentang movie2 baru, teknologi angkasa Amerika, awek2 cantik masa kat kampus, menghina kerajaan dan bergelak2.
Protokol
Sebelum aku mulakan bicara, aku nak nyatakan yang bicaraan aku nih xde kena mengena ngan Network Protokol Unit.
Begini la kalo terikat dengan protokol. Nak jumpa orang atas kena smart, baju masuk dalam dan rambut belah tepi. Kasut jangan lupa di kiwi. Pakai tie !. Sebab suma nih lambang keperibadian dan membuatkan kita lebih yakin.
Tapi penting ke suma nih ?. Cemerlang ke kita dengan cara macam nih?. Kita akan jadi warga negara maju ke tak lama lagi ?. hu hu. Pada aku, di ulangi PADA AKU protokol hanya perkara yang menyusahkan. Kita menjadi bebal dengan perkara yang remeh temeh. Makan sup mesti pasai sudu saiz 2 1/2. Pegi kuliah mesti pakai baju kemeja plain colour, seluar hitam, kasut kulit dan ber neck tie. Jangan lupa, rambut mesti paras atas telinga. Botak lagi bagus.Ha ha. Protokol adalah senarai panjang peraturan-peraturan bagi perkara yang kita buat hari-hari supaya tindakan yang kita buat tidak di lihat negetif oleh orang lain. Protokol adalah bawaan tuan-tuan orang putih ke Malaysia. Zaman penjajah dulu boleh la. Protokol juga membuatkan rasa rendah diri semakin menjadi2. Orang yang besar diri semakin besar2. Mengikut protokol membuta tuli akibatnye akan hilanglah budaya menegur. Menegur mesti ikut protokol. Takut untuk mengkritik. Sebab mengkritik tanpa protokol akan diambil tindakkan (di pecat+ditarik balik gelaran+di buang kolej) Minda beku dan bebal akibat kurang kreativiti dan literal thinking. Protokol membuatkan manusia, patung dan robot sudah xde bezanya lagi. Hasilnya, kita tak mampu melahirkan masyarakat2 berani bersuara, berani bertanya. Nak mintak keje mesti berlatih tulis resume. Mencuri lebih baik dari meminta.
Berkeperibadian tinggi tak semestinya mengikut protokol. Ianya terhasil dari asuhan. Berkeyakinan tinggi xde kena mengena dengan protokol. Jika kau hebat menyanyi hasil usaha kau, dengan semulajadi kau akan yakin untuk menjuarai Bintang RTM atau Malaysian Idol. Protokol yang menyusahkan akan membantut perkembangan minda kreatif. Perkara-perkara feudemantel khususnya dalam sains (penciptaan teori2 tinggi, reverse engineering, problem solution) memerlukan minda yang bebas dan terbuka. Protokol hanya membataskan keterbukaan minda kerana protokol itu sendiri melatih manusia mengikut garis panduan yang tersedia tanpa banyak soal jauh sekali untuk mempertikaikannya. Jangan banyak tanya. Hanya baca dan ikut.
1 comment:
btoi tu! pa pe menda nak wat pon, kena dengan niat yg btoi. kena tetapkan hati! kalo idak, niat sumer berterabur!
errr...tipah pon dah lama bercita2 nak jogging, tapi masih tak kesampaian! asek terbongkang ataih katil sokmo! huhuhuhuhuhu
Post a Comment