Ntah kenapa air tak keluar di setiap tandas di Republik MTDC UPM. Mesti ade paip pecah nih. Takpun toke MTDC tak bayar bill air. Semalam air cuma ada di tandas depan opis Makmal Institut Farmaseutikel Kebangsaan kepunyaan makcik mercedes merah yang selalu bagi notis pada kereta2 yang mencuri tempat parking dia. ha ha. Hari ni air langsung tak dak.
Air takde bukan masalah besar untuk aku. Lagi pun awal-awal pagi aku dah mandi. Tapi yang menjadi masalah adalah perut aku !. Lepas makan kuih pau sebijik dengan air milo, perut seakan menendang2. "Mungkin dia belajar teakwando !". Bancau...bancau...mana nak carik tandas nih ?.
Hanya satu tempat yang bermain-main dalam benak aku iaitu ...Masjid UPM.
Aku tak menunggu lama, sepantas kilat aku terus memecut ke masjid UPM tatkala jam menunjukkan pukul 11 pagi waktu republik MTDC. Dalam perjalanan, ternampak 2 3 orang sedang membaiki paip barangkali dengan basah kuyup. Kesian. Mungkin sebab tu kami (BACA : Perut kami) ketandusan air.
GANAS
Di Masjid UPM lain pula ceritanya. Bukan masalah air sebab setiap bilik air air deras sahaja keluar. Abg cleaner pun senyum-senyum sahaja masa mencuci tandas masjid. Mungkin dia tak menyedari penderitaan perut-perut sesetengah warga Republik MTDC-UPM.
Kali ni, masalah lain timbul. Di tandas lelaki (aku tak tahu samada tandas pompuan mengalami senario sama atau tak) hampir semua pintu takde penyelak. Bekas untuk penyelak pintu ade tapi besi penyelak takde. Maknenye aku akan menikmati suasana romantik aroma Sulawesi dalam keadaan tak selesa.
Cleaner : Diorang ni ganas2. Guna tandas sampai kopak2 pintu.
Lebih kurang camtu la ayat cleaner tu.
ps : operasi perut tamat jam 11.30.
No comments:
Post a Comment