Aku peminat kumpulan Raihan. Walau dalam masa yang sama aku jugak minat kumpulan Butterfingers, Greenday, Weezer, Sum41, Amy Serach, lagu-lagu 70's, Uji Rahid, Blues Gang, The Official.
Irama nasyid sudah menjadi satu medium biasa dalam dakwah masa kini. Rata-rata kalo tanya apa tujuan mereka aktif bernasyid, tentu sebabnye ingin berdakwah. Sekarang, kumpulan-kumpulan nasyid sudah berkembang besar. Kalau dulu aku hanya kenal 3 kumpulan nasyid pioneer iaitu Raihan, Hijjaz dan Robbani, tapi sekarang bersepah-sepah kumpulan nasyid yang aku langsung x kenal. Banyak atau sedikit kumpulan nasyid bukan satu masalah, dan ianya petanda positif bahawa sastera / seni berunsur dakwah sudah berkembang dan di terima.
Tetapi persoalan sekarang kumpulan nasyid nih rasanye terjangkit dengan budaya pop meleweh2. Kumpulan nasyid baru2 (x semua barangkali) nampak nye begitu menjiwai nasyid barangkali sehingga sanggup membuatkan nasyid2 itu sungguh mendayu2 dan meleleh2 tak ubah seperti kumpulan pop spoon atau spin cuma yang bezanya adalah lirik. Melodi-melodi ini seperti sampah2 di telinga aku (Hanya melodi. Jgn salah faham). Aku begitu geli !. Tolong jangan lacurkan nasyid!
Lagu meleleh pasti membuatkan pendengar runtun jiwa dan mungkin pendengar menangis......bukan sebab lirik pujian2 tetapi kerana melodi yang mendayu. Melodi melankolik leleh adalah keutamaan dari lirik dan bait2 lagu yang ingin di sampaikan. Itu la senario nasyid zaman kini. Nasyid melayu (hanya melayu suka meleleh-leleh) kebanyakkannya langsung x membina jiwa yang kental. Macamana nak kental kalo dengar melodi, tubuh badan boleh lemah gemalai dan yang lebih teruk, jiwa menjadi sungguh meluat dan geli mendengar melodi2 tersebut. Sekarang nih ade kumpulan nasyid yang guna petikan gitar dan bunyian drum. Aku x sure samada di benarkan atau tidak perkusyen-perkusyen nih tapi kenapa mesti guna gitar dan drum ?. Nak tunjuk yang lagu nasyid bole sesedap lagu Awi kalo ber drum ?. Atau lagu nasyid bole menyamai tangkap lentok Edi Hamid kalo bergitar ?. Nak menunjukkan yang nasyid sudah keluar dari kepompong ortodok dan masuk ke alam kotemporari ?. Aku lebih menjiwai lagu-lagu kemanusiaa M. Nasir atau Yusuf Islam atau Ebit G Ade atau Raihan walaupun antara mereka hanya menggunakan perkusyen-perkusyen ringkas dan bersahaja. Mungkin cara Soldier Of Allah meluahkan perjuangan umat lebih terkesan dari melodi2 longlai tahap tangkap leleh punya hasil nukilan anak-anak muda nasyid Malaysia. Kesian mereka.
No comments:
Post a Comment