Bertemu..
Tiada ape yang lebih menggembirakan melainkan sudah terlerai simpulan rindu dan bertemu ketika kita perlukan perbualan dan perbicangan..we need to talk !...."Tinggi bahasa ko ?"..Sabtu aritu, tanggal 11 haribulan aku bertemu Lyidia di Kuala Lumpur...Sememangnya kami sudah berjanji untuk bertemu dia waktu ini. Tetapi tak semudah itu kami bertemu. Pagi2 lagi aku sudah di belenggu emosi monyet !...Aku memarahi dia sebab off hp menyebabkan sukar aku nak misscall dia..."Laa, miscall jek ?...ingatkan call !...."Fikir punya fikir, sikap kebudak2 kan dan perangai separuh matang aku sukar nak di bendung...Aku berazam akan membotakkan kepala aku, tak kira kepala ape sekalipun jika aku dapat bersikap lebih matang dalam perhubungan dalam masa 2 3 bulan nih...Aku berazam penuh (penulis memejamkan mata ketika menulis bait2 ayat ini menandakan dia begitu menghayati dan khusuk sekali...Selamat berazam)...
Lantas, pertemuan di Kuala Lumpur bukan setakat meluahkan perasaan, tetapi kami juga melakukan perbagai perkara2 eksotik...Antaranya :
1. Makan di Nando's
2. Mencari kedai makan popular war-war dari Akub di Kampung Baru.
3. Bermain roller coster dan permainan fun fair di Berjaya Times Square.
4. Membeli Teddy Bear comel.
Bermain roler coster di Berjaya Times Square memang membuatkan aku pening...Roller Coster memang laju..Aku tak sangka sungguh...
Lyidia = Takut la tuh..
Aku = Manade takut...Ini hero kampung dusun la !...Dia yang takut tak mengaku !..
Lyidia = Cover macho la tuh...
Aku = Nak cover apenye..Memang tak takut !..
Huh, balik tuh aku melangkah sambil tersenyum macam orang hilang akal..Aku memang hilang akal !..Akal aku hilang di buai kenangan indah bersama Lyidia...Aku adalah generasi Islam Hadari versi UMNO !......"Kagummm...kagumm...."..
Aku salah train masa balik...Sepatutnya aku ambik train ke Bndr Tasik Selatan melalui lauan Ampang, tapi aku terambik laluang Sri Petaling...Gila ah..Aku dah terlajak 3 stesen...Tak sure stesen mana, nasib baik ade train last ke Show Lin...So, perjalanan selamat aku tempah terus ke Bndr Tasik dan seterusnya terpaksa menanti 45 minit sebelum komuter sampai...Gila lama!...Aku sempat berbual dengan nyamuk..
Aku = Kerja malam bang ?..
nyamuk = Cam biasa laa...Cari rejeki...untuk anak2...
Aku = Abang dok mana ?
Nyamuk = Tu, Flat Sri Petaling...
ps : Jurnal disambung esok...Aku nak balik !
Orang baru.
Aku pulang ke rumah jam 11.00 malam..."Balik disco bang ?..".."Palotak ko !.."......Setiba di rumah kedapatan mak mentua dengan bapak mentua Oli dah sampai...Oli pun dah balik dari Jepun, so tengah naik tren dia call aku td...
------Aku sambung balik bicara-----------
Aku agak sibuk kebelakangan nih..So, hari ni agak lengang sikit..Dan suma script sudah siap di install....and run successfull, cuma kena monitor and tgk result samada output dia menepati citarasa naluri melayu aku...atau sekadar untuk di isi dalam report secara bodo2....
Ok, aku sambung balik. Di pendekkan citer, sehari selepas abang aku balik dari Jepun, isteri dia bersalin...Huh, saspen giler masa nak melahirkan anak...errr....ye ke saspen?..bukan ke aku tdo masa tuh ?...Alhamdulillah, bertambah aku punya anak menakan...dah 3 orang."Bila ko nak ade anak sendiri ?"...So, si Zulaikha dah dapat adik kecik.. x leh la manja2 lagi pas nih
Mood
Kekadang, bila kat jamban, terasa bersemangat sekali fikiran aku untuk menulis blog..Mahu sahaja aku keluar dari tandas serta merta, terus duduk depan PC dan tulis something dalam blog..Tapi bila aku bukan dalam kondisi menyahut seruan alam dan ketika tangan aku free memegang keyboard sambil melayan kerenah2 chatters2 sewel, keje settle, terasa mood untuk menulis blog amat berat..atau dengan kata lain, aku memang malas nak berkomitmen untuk blog..."kejamnye ko..."
Dan ketika jiwa aku memberontak dengan blog sendiri, solah2 aku membenci gelombang angkara jiwa, tiba - tiba seorang gadis cyber yang aku tak kenal langsung anak jirannya, dengan kata lain mak dia pun aku tak kenal menanyakan aku soalan nih...
nifazu = ko dah update yang baru kat blog ke?..
Soalan dia membuat kan aku terasa begitu teruja..Bukan sebab dia pompuan atau sebab umurnya sebaya Lyidia, tetapi terasa yang ada juga orang take care akan cerita - cerita sarkis dalam blog ni. Dan aku sepatutya lebih serius..."Gila ah !..ko ada peminat sulit !.."..
Bukan untuk membangga diri sebab diri diminati walau baru 130 hints, tetapi aku mahukan blog aku sebagai sumber motivasi orang - orang muda yang mahukan sesuatu yang lebih alternative dan segar dalam mencari jalan keluar untuk setiap masalah, melalui cerita2 hikayat diri sendiri yang aku luahkan. Mampu kah aku ?...Adakah aku pakar motivasi ?...Atau sekadar wayang kulit menari mengikut paluan drum YAMAHA ?..Atau aku cuba membawa ajaran sesat motivasi diri era millenium ?..Saksikan episod akan datang selagi anda panjang umur...
PERL Script
Jam menunjukkan pukul 7.10 malam. Aku ada 50 menit lagi untuk berambus bersama Zaki untuk ke Sungei Wang melalui jalan yangh kami sendiri tak tahu. Maknanye kalau sesat risiko untuk balik jam 10 malam keatas adalah tinggi. Tapi takpe, kami adelah anak2 Malaysia. Biar sesat asal bergaya.
Di sini aku nak bercerita tentang perl script. Dulu masa kat oversea (Unimas), selalu gak aku jumpa definisi perkataan ni di atas kulit2 buku dalam CAIS.
Perl ni adalah salah satu jenis script atau programming language yang agak malas. Ianya takkan akan membuatkan kita semalas menggunakan VB tetapi perl memudahkan kita merungkaikan semua process dalam sesuatu aplikasi melaui module - module yang telah di reka. Module ini di namakan Comprehensive Perl Archive Network. Cakap ape sahaja anda nak buat, dari regular expression, search engine mechanism sehinggalah applikasi rangkaian, semuanya anda boleh buat melalui beribu2 modula yang disediakan. Even kalo nak buat GUI untuk memaparkan web based application pun bieh..Nak lebih lanjut ?..lawat perl.org..terima kasih !
No comments:
Post a Comment