Ads

Tuesday, December 28, 2004

Jemputan

Bertunang

2 minggu aku tak update blog...Aku sebuk bersama dengan sang pari-pari ...."pari ?..pariapan ke?.."...aku gurau jek...Sekarang jam 1350 petang..Minggu lepas aku dapat invitation dari Noor Shazelin Mahzan supaya aku datang kerumahnya sebab dia bertunang..Ape pun tepat 26 Disember aku merasakan aku x dapat datang atas alasan aku xde transport dan Sungai Merab Luar kebetulan memang satu satunya penempatan luar bandar paling terbenam di negeri Selangor...Bukan kata LRT, bas tambang pun x penah masuk..."Ah, ok lagi Simunjan laa.."..
So, aku akhirnya memutuskan aku tak dapat datang ke rumah Shazelin dan lantas..aku sambung tidur balik..setelah terjaga sekejap sambil men'create' alasan2 yang bole diberi kepada Lin...Aku yakin dia kecewa dengan keputusan aku..tetapi bagainmana harus ku terangkan?...diulangi disini, "AKU X DE TRANSPORT.....!"...pg keje pun numpang 'member'...
Siape Shazlen ?...sini aku attachkan gambar dia bersama Aiza dan gambar ini aku rembat dari web blog Aiza...



pakai baju putih tu Leen..Sorang lagi tu adelah Aiza..

Gempa...

Pada Ahad 26 Disember, aku bangun jam 10 pagi....Tetiba aku rasa perutku bergegar ?...ah, gempa barangkali...Sekali rupanya henpon aku vibrate atas perut laa..."Tak senonoh la ko...Tido ngan hp ke?..."
Di wajah telebisyen kedengaran berita mengenai gempa bumi di Acheh dan kesannya sampai hingga ke Lembah Kelang...Aku x sure samada Sg Merab merasai gegaran itu atau tidak..Sebabnya aku bangun jam 10 pagi dan gempa tu berlangsung secara live jam 8 - 9 pagi..."Dasar tidur mati"..



Dan yang aku tak sangka 1 jam selepas gempa berlaku tsunami yang meragut berpuluh2 nyawa di Penang..Aku x dpt gambarkan betapa dasyatnye situasi berkenaan...Bayangkan sekeluarga sedang menikmati makanan di tepi pantai dan secara kilat ombak datang dan menghanyutkan semua yang ada...Masyaallah...
Yang aku hairan, gempa berlaku jam 8 - 9 pagi...dan tsunami berlaku jam 1.00 tengahari...Kita ada selang 3 jam untuk bertindak....Kenapa pihak berkuasa yang di war2 kan antara yang terbaik di dunia tak dapat buat keptusan awal dan tindakan kilat supaya semua pantai2 dan pusat2 peranginan di tutup ?...Adakah orang melayu nih cuma pandai berimaginasi dan mengangkat bakul sendiri seolah2 kita la terbaik dalam alam maya nih, atau sememangnya pihak2 berkuasa nih memang malas nak berfikir?..
Aku x menolak takdir ajal adalah ketentuan Allah S.W.T tetapi sepatutnya pihak berkuasa ade pengetahuan dalam membuat persediaan...Dalam hal ini sudah suratan yang kita terpaksa alami dugaan ini..Memang sukar untuk menggambarkan kehilangan orang tersayang apatah lagi kehilangan mereka dalam sekelip mata...
Aku cuba untuk berfikiran waras..Sesungguhnya kita amat kerdil di sisiNya.. Berapa banyak kita lupakan syariat tuhan dan akhirnya peringatan itu kita terima dalam bencana yang hebat...Maha Suci Allah dalam memberi nikmat dan ujian...Ade lagi dugaan di hadapan pastinya lagi hebat dan besar..dan ini adalah tanda kita supaya bersedia akannya...



Piala Tiger

Sekarang sedang berlangsung kejohanan Piala Tiger. Piala ini adalah tajaan syarikat minuman keras Tiger Beer. Tengok lambang dah tahu bukan ?.Kekadang aku agak berat hati untuk menyokong pasukan Malaysia beraksi dalam kejohanan ni..Biar pun ramai rakan2 samada di forum atau di mana2 sahaja berbincang akan hal kemantapan dan strategi bermain bola pasukan berbaju kuning emas, aku langsung x tertarik. Bukan tak tertarik langsung tapi kurang menarik perhatian..Aku rasa berat untuk menyatakan sokongan..Semestinya ade 3 golongan yang akan masuk neraka jika si tsabitkan dengan arak nih :
1. Peminum arak
2. Penghidang arak.
3. Pembuat arak.
Bukankah membentangkan banner besar di tepi padang bertulis "Tiger" atau melekatkan sticker "Tiger" dilengan sama juga kita menghidangkan jenama arak..atau arak sahaja...kepada orang ramai ?...Apatah lagi berbangga jika kita menang dan bersorak dalam aksi bersungguh2 untuk merebut piala arak ?..nauzubillah.."Kata Islam Hadari ?"...
Apsal pasukan malaysia bengap sangat ?...kalo masa kelayakkan piala dunia diorang main bersungguh2 kan ke baguih dari bermatian merebut "kemurniaan" arak ?



Azam 2005

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat dunia samada yang tinggal di Serdang, Shah Alam, Alaska, Kampung Sungkit mahupun Haiti, menjelang tahun baru pasti ade sedikit kalo tak banyak pun azam untuk di realisasikan. Aku pun ade azam jugak walaupun azam aku bukan la Azam bin Shafiee...jauh sekali Azamuddin....
Antara azam2 aku yang terpilih di dalam 10 terakhir carta azam2 paling popular adalah :
1. Tak nak melambatkan sembahyang....(semayang cukup cuma selalu jugak lambat2 semayang)
2. Mencari rumah sewa
3. Bersenam dan membina otot2 perut agar lebih ikhlas.
4. Cuba untuk memperbanyakkan puasa sunat.
5. Cuba untuk berbakti kepada ayah dan mak sebanyak mungkin..
6. Menguasai ilmu2 penting dunia milennium...
7. Ada kenderaan sendiri
8. Sambung blaja
9. Mendaftar haji ?..bole ke?...
10. Lebih matang dan tenagn.."Ini yang paling aku tak tahan...nak gelak pun ade"

1 comment:

Mohammad Shah Rizan said...

ehh apasal aku tak tahu si shazelin dah betunang wei ko tak cakap aku pun chiss aperla punya kwn sorryla brother aku bagi comment kat ko punyer blog