Ads

Friday, December 03, 2004

Habuan Perut

Tepat jam 3.00 petang "pasai makan kena la tepat..hidup makan !...hidup makan !".....Semua warga2 unit Network Protokol sudah tersedia tanpa dipaksa, berbaris segak, di kepalai oleh Saufy selaku ketua kelas, berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Telekom RnD hanya dengan satu command line -(./makan -p 200.200.200.200)..Amin selaku pemegang panji-panji..Aku hanye pembawa perut "Ko sememangnya begitu. Tak penah aku jumpa jawa macam ko"...Akub seakan membawa bom tangan untuk membunuh seberapa ramai musuh, terus menyerang lokasi laksa dan melahap sebanyak mana laksa yang boleh, yang di sajikan oleh Katering Kuzam....
Semasa CEO membentang ucapan ikhlas pembukaan, perajurit - perajurit unit Network Protokol serius membincangkan sesuatu..

Saufy = Aku cuba menyamar gadis pembawa buah, cuba menggoda kaum lelaki dan membiarkan unit - unit lain
menyerang seberapa banyak lokasi...

Akub = Lokasi sate aku cop dulu !...Aku rela maruah ku tercela demi sate..Aku lapar gila !
Amin = (Soldadu ini hilang, dan dilihat bermesra bersama-sama pihak musuh !.."Dia harus direjam dengan lidi sate !")
Akub = Aku perlukan kompas !
Zaki = Rilek kengkawan....Kita dengar ceramah CEO dulu......Banyak sate tu..laksa.....ABC......aiskrim..suma banyak !....

So, selepas bacaan doa, kami pun makan....Lokasi - lokasi rahsia makanan Kuzam Katering kami jejaki..Akub menyamar lidi sate nampaknye !...Dengan lahapnye aku mentekedarah 2 mangkuk laksa kurang asli, seberapa banyak sate dan ABC..Nak try nasi goreng tak mampu lah !.."Pelahap tahap naga !"......
Dan yang spesial, aiskrim sedap keutamaan untuk anak2 yatim aku tawan...Aku datang..Aku lihat..Aku tawan...."Macam pernah dengar kata - kata nih !"
Yang pasti, terimakasih pihak Telekom RnD menganjurkan malam puisi........errr....menganjurkan sambutan hari raya yang agak sederhana tapi penuh harmoni...Kuih beraneka kolestrol, sate yang rangup !.....adik manis datang melayan....best..best2...

p/s : Serangan berenti jam 4 lebih...Akub mengalami kecederaan teruk "Jangan ko mabuk bawak moto sudah !"...Saufy sempat melepaskan serangan Antrax perut kearah pasukan sendiri....Perut aku membesar tanpa sedar !...errkk !!...aku buat pelaburan jap...."Pengotor !.."



"Aku tak bertepuk sebelah tangan !"...ha ha ha..."Aku suruh ambik gambar lengan jek...bodo !"
Sebelah tu nama dia Ina, rakan praktikal di Unit Network Protokol..



Suasana hening opis ketika peperangan sedang berlangsung...Tiba - tiba tersentil muka aku !..ha ha..



Akub mempamerkan gigi kononnya ingin membuktikan yang ada kesan darah pihak badan musuh yang di ratahnya !!....Nama pompuan tu Nadia, rakan praktikal aku di Unit Network Protokol...Yang macam pendekar tu Amin !..



No comments: