Ads

Thursday, December 30, 2004

Aku kena monitor la !

Somewhere only we know !

Tuesday, December 28, 2004

Jemputan

Bertunang

2 minggu aku tak update blog...Aku sebuk bersama dengan sang pari-pari ...."pari ?..pariapan ke?.."...aku gurau jek...Sekarang jam 1350 petang..Minggu lepas aku dapat invitation dari Noor Shazelin Mahzan supaya aku datang kerumahnya sebab dia bertunang..Ape pun tepat 26 Disember aku merasakan aku x dapat datang atas alasan aku xde transport dan Sungai Merab Luar kebetulan memang satu satunya penempatan luar bandar paling terbenam di negeri Selangor...Bukan kata LRT, bas tambang pun x penah masuk..."Ah, ok lagi Simunjan laa.."..
So, aku akhirnya memutuskan aku tak dapat datang ke rumah Shazelin dan lantas..aku sambung tidur balik..setelah terjaga sekejap sambil men'create' alasan2 yang bole diberi kepada Lin...Aku yakin dia kecewa dengan keputusan aku..tetapi bagainmana harus ku terangkan?...diulangi disini, "AKU X DE TRANSPORT.....!"...pg keje pun numpang 'member'...
Siape Shazlen ?...sini aku attachkan gambar dia bersama Aiza dan gambar ini aku rembat dari web blog Aiza...



pakai baju putih tu Leen..Sorang lagi tu adelah Aiza..

Gempa...

Pada Ahad 26 Disember, aku bangun jam 10 pagi....Tetiba aku rasa perutku bergegar ?...ah, gempa barangkali...Sekali rupanya henpon aku vibrate atas perut laa..."Tak senonoh la ko...Tido ngan hp ke?..."
Di wajah telebisyen kedengaran berita mengenai gempa bumi di Acheh dan kesannya sampai hingga ke Lembah Kelang...Aku x sure samada Sg Merab merasai gegaran itu atau tidak..Sebabnya aku bangun jam 10 pagi dan gempa tu berlangsung secara live jam 8 - 9 pagi..."Dasar tidur mati"..



Dan yang aku tak sangka 1 jam selepas gempa berlaku tsunami yang meragut berpuluh2 nyawa di Penang..Aku x dpt gambarkan betapa dasyatnye situasi berkenaan...Bayangkan sekeluarga sedang menikmati makanan di tepi pantai dan secara kilat ombak datang dan menghanyutkan semua yang ada...Masyaallah...
Yang aku hairan, gempa berlaku jam 8 - 9 pagi...dan tsunami berlaku jam 1.00 tengahari...Kita ada selang 3 jam untuk bertindak....Kenapa pihak berkuasa yang di war2 kan antara yang terbaik di dunia tak dapat buat keptusan awal dan tindakan kilat supaya semua pantai2 dan pusat2 peranginan di tutup ?...Adakah orang melayu nih cuma pandai berimaginasi dan mengangkat bakul sendiri seolah2 kita la terbaik dalam alam maya nih, atau sememangnya pihak2 berkuasa nih memang malas nak berfikir?..
Aku x menolak takdir ajal adalah ketentuan Allah S.W.T tetapi sepatutnya pihak berkuasa ade pengetahuan dalam membuat persediaan...Dalam hal ini sudah suratan yang kita terpaksa alami dugaan ini..Memang sukar untuk menggambarkan kehilangan orang tersayang apatah lagi kehilangan mereka dalam sekelip mata...
Aku cuba untuk berfikiran waras..Sesungguhnya kita amat kerdil di sisiNya.. Berapa banyak kita lupakan syariat tuhan dan akhirnya peringatan itu kita terima dalam bencana yang hebat...Maha Suci Allah dalam memberi nikmat dan ujian...Ade lagi dugaan di hadapan pastinya lagi hebat dan besar..dan ini adalah tanda kita supaya bersedia akannya...



Piala Tiger

Sekarang sedang berlangsung kejohanan Piala Tiger. Piala ini adalah tajaan syarikat minuman keras Tiger Beer. Tengok lambang dah tahu bukan ?.Kekadang aku agak berat hati untuk menyokong pasukan Malaysia beraksi dalam kejohanan ni..Biar pun ramai rakan2 samada di forum atau di mana2 sahaja berbincang akan hal kemantapan dan strategi bermain bola pasukan berbaju kuning emas, aku langsung x tertarik. Bukan tak tertarik langsung tapi kurang menarik perhatian..Aku rasa berat untuk menyatakan sokongan..Semestinya ade 3 golongan yang akan masuk neraka jika si tsabitkan dengan arak nih :
1. Peminum arak
2. Penghidang arak.
3. Pembuat arak.
Bukankah membentangkan banner besar di tepi padang bertulis "Tiger" atau melekatkan sticker "Tiger" dilengan sama juga kita menghidangkan jenama arak..atau arak sahaja...kepada orang ramai ?...Apatah lagi berbangga jika kita menang dan bersorak dalam aksi bersungguh2 untuk merebut piala arak ?..nauzubillah.."Kata Islam Hadari ?"...
Apsal pasukan malaysia bengap sangat ?...kalo masa kelayakkan piala dunia diorang main bersungguh2 kan ke baguih dari bermatian merebut "kemurniaan" arak ?



Azam 2005

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat dunia samada yang tinggal di Serdang, Shah Alam, Alaska, Kampung Sungkit mahupun Haiti, menjelang tahun baru pasti ade sedikit kalo tak banyak pun azam untuk di realisasikan. Aku pun ade azam jugak walaupun azam aku bukan la Azam bin Shafiee...jauh sekali Azamuddin....
Antara azam2 aku yang terpilih di dalam 10 terakhir carta azam2 paling popular adalah :
1. Tak nak melambatkan sembahyang....(semayang cukup cuma selalu jugak lambat2 semayang)
2. Mencari rumah sewa
3. Bersenam dan membina otot2 perut agar lebih ikhlas.
4. Cuba untuk memperbanyakkan puasa sunat.
5. Cuba untuk berbakti kepada ayah dan mak sebanyak mungkin..
6. Menguasai ilmu2 penting dunia milennium...
7. Ada kenderaan sendiri
8. Sambung blaja
9. Mendaftar haji ?..bole ke?...
10. Lebih matang dan tenagn.."Ini yang paling aku tak tahan...nak gelak pun ade"

Tuesday, December 14, 2004

Perubahan Besar...

Bertemu..

Tiada ape yang lebih menggembirakan melainkan sudah terlerai simpulan rindu dan bertemu ketika kita perlukan perbualan dan perbicangan..we need to talk !...."Tinggi bahasa ko ?"..Sabtu aritu, tanggal 11 haribulan aku bertemu Lyidia di Kuala Lumpur...Sememangnya kami sudah berjanji untuk bertemu dia waktu ini. Tetapi tak semudah itu kami bertemu. Pagi2 lagi aku sudah di belenggu emosi monyet !...Aku memarahi dia sebab off hp menyebabkan sukar aku nak misscall dia..."Laa, miscall jek ?...ingatkan call !...."Fikir punya fikir, sikap kebudak2 kan dan perangai separuh matang aku sukar nak di bendung...Aku berazam akan membotakkan kepala aku, tak kira kepala ape sekalipun jika aku dapat bersikap lebih matang dalam perhubungan dalam masa 2 3 bulan nih...Aku berazam penuh (penulis memejamkan mata ketika menulis bait2 ayat ini menandakan dia begitu menghayati dan khusuk sekali...Selamat berazam)...

Lantas, pertemuan di Kuala Lumpur bukan setakat meluahkan perasaan, tetapi kami juga melakukan perbagai perkara2 eksotik...Antaranya :

1. Makan di Nando's
2. Mencari kedai makan popular war-war dari Akub di Kampung Baru.
3. Bermain roller coster dan permainan fun fair di Berjaya Times Square.
4. Membeli Teddy Bear comel.

Bermain roler coster di Berjaya Times Square memang membuatkan aku pening...Roller Coster memang laju..Aku tak sangka sungguh...

Lyidia = Takut la tuh..
Aku = Manade takut...Ini hero kampung dusun la !...Dia yang takut tak mengaku !..
Lyidia = Cover macho la tuh...
Aku = Nak cover apenye..Memang tak takut !..

Huh, balik tuh aku melangkah sambil tersenyum macam orang hilang akal..Aku memang hilang akal !..Akal aku hilang di buai kenangan indah bersama Lyidia...Aku adalah generasi Islam Hadari versi UMNO !......"Kagummm...kagumm...."..

Aku salah train masa balik...Sepatutnya aku ambik train ke Bndr Tasik Selatan melalui lauan Ampang, tapi aku terambik laluang Sri Petaling...Gila ah..Aku dah terlajak 3 stesen...Tak sure stesen mana, nasib baik ade train last ke Show Lin...So, perjalanan selamat aku tempah terus ke Bndr Tasik dan seterusnya terpaksa menanti 45 minit sebelum komuter sampai...Gila lama!...Aku sempat berbual dengan nyamuk..

Aku = Kerja malam bang ?..
nyamuk = Cam biasa laa...Cari rejeki...untuk anak2...
Aku = Abang dok mana ?
Nyamuk = Tu, Flat Sri Petaling...

ps : Jurnal disambung esok...Aku nak balik !


Orang baru.

Aku pulang ke rumah jam 11.00 malam..."Balik disco bang ?..".."Palotak ko !.."......Setiba di rumah kedapatan mak mentua dengan bapak mentua Oli dah sampai...Oli pun dah balik dari Jepun, so tengah naik tren dia call aku td...

------Aku sambung balik bicara-----------

Aku agak sibuk kebelakangan nih..So, hari ni agak lengang sikit..Dan suma script sudah siap di install....and run successfull, cuma kena monitor and tgk result samada output dia menepati citarasa naluri melayu aku...atau sekadar untuk di isi dalam report secara bodo2....
Ok, aku sambung balik. Di pendekkan citer, sehari selepas abang aku balik dari Jepun, isteri dia bersalin...Huh, saspen giler masa nak melahirkan anak...errr....ye ke saspen?..bukan ke aku tdo masa tuh ?...
Alhamdulillah, bertambah aku punya anak menakan...dah 3 orang."Bila ko nak ade anak sendiri ?"...So, si Zulaikha dah dapat adik kecik.. x leh la manja2 lagi pas nih

Mood

Kekadang, bila kat jamban, terasa bersemangat sekali fikiran aku untuk menulis blog..Mahu sahaja aku keluar dari tandas serta merta, terus duduk depan PC dan tulis something dalam blog..Tapi bila aku bukan dalam kondisi menyahut seruan alam dan ketika tangan aku free memegang keyboard sambil melayan kerenah2 chatters2 sewel, keje settle, terasa mood untuk menulis blog amat berat..atau dengan kata lain, aku memang malas nak berkomitmen untuk blog..."kejamnye ko..."
Dan ketika jiwa aku memberontak dengan blog sendiri, solah2 aku membenci gelombang angkara jiwa, tiba - tiba seorang gadis cyber yang aku tak kenal langsung anak jirannya, dengan kata lain mak dia pun aku tak kenal menanyakan aku soalan nih...

nifazu = ko dah update yang baru kat blog ke?..

Soalan dia membuat kan aku terasa begitu teruja..Bukan sebab dia pompuan atau sebab umurnya sebaya Lyidia, tetapi terasa yang ada juga orang take care akan cerita - cerita sarkis dalam blog ni. Dan aku sepatutya lebih serius..."Gila ah !..ko ada peminat sulit !.."..
Bukan untuk membangga diri sebab diri diminati walau baru 130 hints, tetapi aku mahukan blog aku sebagai sumber motivasi orang - orang muda yang mahukan sesuatu yang lebih alternative dan segar dalam mencari jalan keluar untuk setiap masalah, melalui cerita2 hikayat diri sendiri yang aku luahkan. Mampu kah aku ?...Adakah aku pakar motivasi ?...Atau sekadar wayang kulit menari mengikut paluan drum YAMAHA ?..Atau aku cuba membawa ajaran sesat motivasi diri era millenium ?..Saksikan episod akan datang selagi anda panjang umur...

PERL Script

Jam menunjukkan pukul 7.10 malam. Aku ada 50 menit lagi untuk berambus bersama Zaki untuk ke Sungei Wang melalui jalan yangh kami sendiri tak tahu. Maknanye kalau sesat risiko untuk balik jam 10 malam keatas adalah tinggi. Tapi takpe, kami adelah anak2 Malaysia. Biar sesat asal bergaya.
Di sini aku nak bercerita tentang perl script. Dulu masa kat oversea (Unimas), selalu gak aku jumpa definisi perkataan ni di atas kulit2 buku dalam CAIS.
Perl ni adalah salah satu jenis script atau programming language yang agak malas. Ianya takkan akan membuatkan kita semalas menggunakan VB tetapi perl memudahkan kita merungkaikan semua process dalam sesuatu aplikasi melaui module - module yang telah di reka. Module ini di namakan Comprehensive Perl Archive Network. Cakap ape sahaja anda nak buat, dari regular expression, search engine mechanism sehinggalah applikasi rangkaian, semuanya anda boleh buat melalui beribu2 modula yang disediakan. Even kalo nak buat GUI untuk memaparkan web based application pun bieh..Nak lebih lanjut ?..lawat perl.org..terima kasih !






Friday, December 10, 2004

Sunday League

Peminat

Tak sangka aku ada peminat..ha ha ..."Jangan perasan saudara..aku tikam kang !"...Seminggu aku tak update blog, ade gak la peminat2 yang merungut..walaupun peminat aku cuma 93 hint jek....

Peminat 1 = "Sila update blog...aku dah gian nih.....jangan sampai aku isap dadah..!!.."
Peminat 2 = "Blog anda menyebabkan aku rela clash ngan BF aku tanda puas hati...Aku nak kawin sama blog ko..."

p/s : Kata - kata diatas sengaja di reka oleh penulis blog tanda publisiti tahap murah..Publisiti camni kat PS
berlambak la...

Sunday League

Pagi ni kawan ITTUTOR aku ade bg satu thread forum berkenaan Sunday League...Atau dalam Bahasa B.M nya Liga Ahad...Aku tak pasti apa yang istimewanya berkenaan Liga nih sehingga la aku membuka websitenya lebih kurang jam 9.00 pagi...So, terpaksala aku ketepikan kerja - kerja aku seketika.... Bagi aku masa untuk menggodek web nih...

Secara ringkasnya liga ni macam gak game2 manager bolasepak yang ada dipasaran tempatan. Aku tak berapa minat game2 management sebenarnya kecuali dua tiga game strategi bodo2 yang aku selalu main dulu...macam Red Hat 9..."Itu version Linux setan !"....err...Red Alert 4....Command & Comquer....General...."Ko sanggup skip kelas, dan mewarisi keganasan Yuri untuk mengorat Zaniza masa kat UNIMAS...Suma pengaruh game ni lah kan?...Ko memang sengal !..."banyak lagi game strategi aku main dulu...apa lagi ntah..lupa ah !.....
Berbalik kepada perbincangan tentang Sunday League, secara ringkasnya kalo sesapa menang liga dalam satu season, maka dapat hadiah...seperti kamera, walkman.....tak tahu la hadiah betul ke atau kelepet semata....Yang pasti aku aku nak beli seberapa pemain - pemain super star...Figo, Ronaldo, Roberto Carlos, Hassan Miskam...Kontrak bernilai RM 800 juta sekeping...Kertas nak sign kontrak je RM 14 sehelai...Gila mahal...!.."Beli kat Maiden la..murah !"...Pemain2 ni akan aku sesah di tengah padang supaya hadiah kejuaraan walkman dan kamera sekaligus milik aku...Aku jugak nak merampas hadiah - hadiah tempat kedua dan ketiga...Hadiah pasukan tercorot juga ingin sekali aku sapu rasanye..Gila diktator !..."Ingat Sunday League ni sepupu ko punya ?.."



Nama team = Apam Dan Keluarga..Nama ni kurang kelakar !
Aku berada di ranking ke 14...hmmm...Not bad...Kedudukan yang agak baik bagi team baru...Suma pemain sedang menjalani latihan intensif, so, aku tak letak harapan tinggi...Tapi tempat ke 14 agak ok...Lepas ni, xde picnic2 lagi..nak picnic pakai point ayah ko la!....Duit kelab tinggat 970 point jek...Takkan nak kasi bengkrap sama ko punya bos ?.....

Main Pantun...

Lama dah tak main pantun nih....Kali terakhir main pantun masa Form 4...Tergeliat gak la lidah....Masa tu lawan aku ialah Anis dari tingkatan 3 Ibnu Sinar...Anis And The Gang (Anis, Suriani, Kartini...err..sorang lagi adik manis aku lupa nama dia)...Mentang2 la geng cantik.."Jalan sesama jek."....All sweet memory...(Al - fatihah untuk Allahyarham Suriani...baik budak nih..cantik plak tuh...maklum la, anak peranakan)...Masa tu, team pendekar pantun aku kalah straight game...3 - 0...Roime hampir mendapatkan gol kemenangan tapi sayang pantun terakhirnya 5 kerat..Jadi pengadil menolak pantun Roime bulat - bulat sambil tergelak tanda kelakar....."Ko ni tak habis2 buat sarkis...Manade pantun 5 kerat...pantun bahasa sanskrit ape ?.."..
So, kat Telekom RND ni ada la sorang kawan praktikal kat Unit aku...Si Ina ni sakanle memantun ngan aku...ha ha...Ini abang juara pantun peringkat negeri la...merangkap juara teka - teki versi pantun....Ade hati nak berembat ?..dah penuh ilmu pantun di dada?...sila...sila...




Siti Nurhaliza

Aku harap gambar ini tak dianggap gambar fitnah !..Bahaya sekarang nih...Artis main saman jek sekarang...Buat report polis pastu saman...gila ah !...Aku ade simpanan RM1800 jek nih !..


Monday, December 06, 2004

Ikan Mati

Pagi ni aku tengok ade sekor lagi ikan yang mati kat kolam Telekom RnD. Masuk nih ade 3 ekor ikan mati. 2 ekor dah dikebumikan dengan selamat. Apsal ikan tu mati ?..entah la...mungkin air kolam tuh beracun atau ikan tuh x makan...Atau terkena sumpahan penunggu bukit...?...entah la..."Apsal ko tak panggang ikan2 tuh?"
Abang Sabri x ambik aku naik teksi.."kaye ko naik teksi ?"...Mungkin kontrak dia sama aku selama 2 minggu dah tamat, oleh itu dia menamatkan perkhidmatan membawa aku serta merta..Atau aku selalu berbau busuk menyebabkan dia tak senang ?..entah la...Akub memulakan bicara hari ini dengan kisah motornya yang kehilangan tayar belakang..."

Akub = Babi !, tayar belakang moto aku kena curi..Stand belakang pun kena curik

Dunia semakin lahanat !...Orang carik duit susah2 buat beli motor, ade pulak manusia yang sanggup curik hasil orang lain ...Tak ubah seperti kerajaan yang mencuri hasil dari penat lelah rakyat melalui cukai2 dan tol2 dan harga barang naik, tapi rakyat terus menerus merasa kecewa dengan keperitan hidup dikota, ketiadaan air, pelajaran berbayar yang mahal, pinjaman pendidikan tinggi...Seolah2 kita mengundi KERAjaan, untuk menjadi hamba di bumi sendiri..."Mana hasil minyak negara?..ni yang aku marah ni !"

Ahad Yang Penat

Ahad aku bangun jam 9.00..Itu pun Lyidia miscall aku, maybe dia tahu aku x bangun lagi...Letih gilak la..Semalaman aku berjalan2...Bangun2 aku terus tengok kasut Nike Petaling Street aku...Kalo2 dikebas orang "Bangun tido terus tengok kasut ?...Gila apa ko?.."...Hari ni aku rasakan aku semakin gemuk ! "Ha..ha...ha...baru tahu ?.."Aku tak sarapan, untuk mengelakkan kolestrol terus menghuni perut...
Apprentice malam ni xde cabaran baru untuk peserta. Cuma rewind balik episod2 lepas..Kekadang aku berfikir, kenapa orang2 putih sentiasa bersikap kritis dan membina?..Dalam hal ni kita lupakan dulu kisah Bush !....Aku kekadang terfikir, apa punca pengangguran bertambah di Malaysia ?...Sememangnya pelajar2 melayu Malaysia kena menerima hakikat yang digree bukan passpord penuh untuk mencari pekerjaan..Dunia ilmu bukan tiket untuk material..Ilmu akan memastikan apakah jalan yang terbaik untuk mendapat rezeki, cahaya untuk jalan rezeki yang tak ternampak, membezakan rezeki halah-haram. Ilmu bukan kuda untuk mendapat pekerjaan, bukan alat untuk memenuhi kehendak perut.
Berbalik kepada cerita Apprentice, sebahagian peserta adalah graduan2 sangkut kolej..Ade yang tak abis blaja pun..Tapi mereka kritis, dinamik...Ape yang mereka lakukan ialah membina perniagaan sendirik..Ade yang jual cerut (cigararoundtheworld - Bill). Ade yang jadi co-founder untuk syarikat IT. Macam2 laa...
Ini bukan persoalan ada modal atau tak, tetapi kerja keras dan yakin..Kita (termasuk aku) kena mengubah geografi minda..Kita ada ilmu dah teruskan implementasi ilmu untuk survive dalam dunia ini..Sampai bila harus mengeherdik kerajaan kononnya x menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat. Menyalahkan pihak2 tertentu yang menjadi punca penggangguran..Menyalahkan toke2 cina yang menjadikan bahasa cina sebagai syarat untuk mendapat kerja dalam syarikat. Kementerian terus dengan sikap menjadikan Universiti kilang mengeluarkan tenaga buruh !..Budaya ilmu dan integriti keilmuan hilang...Sekaligus lenyap la jatidiri dan keyakinan untuk survive...Nampaknya kita terlampau jauh untuk bersikap optimis dengan keyakinan diri.. Sibuk belajar membuat resume dengan betul tanpa berlatih menjadi usahawan tegar tanpa rasa putus asa.."Aku rasa The Apprentice patut masuk dalam kurikulum sekolah !." Malam ni aku tido pukul 1.55 lebih kurang !..

Perlis vs Kedah

Sejak malam Sabtu aku dah berangan2 untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia Final. Tentu best gilak !...So, malam td aku call Ajai.. Tujuan adalah untuk beraya umah dia sambil pancing dia tengok bola sama2. Tapi atas sebab2 tertentu aku x dapat datang umah dia..Kalo bole aku nak ajak dia tengok bola sesama tapi nampak gaya tak bole la...So, aku call Anip...

Anip = "Aku keluar dengan Ain la..."

Cilaka !...Senario UNIMAS terpaksa berulang dan diulang oleh aku yang mana aku terpaksa berseorangan kemana2 jua disebabkan teman2 lain suma ade awek...!...Aku ade awek jugak, tapi awek aku kat Ipoh..."Apsal x ajak Akub..Dia pun tengah gersang !"
So, kol 10.00 pagi aku kuar...Naik komuter sampai KL Central...Gila babi ramai orang....Aku dapat seat belakang masa beratur, so terpaksa berjemur dalam sejam...Ramai adik2 cantik UKM..Tapi keadaan perut menyebabkan aku hilang keyakinan diri...
So, pepehal carik kasut dulu..Kasut sedia ada sudah mencapai tahap veteran UMNO...Kasut Adidas Campus India Street. Hmm, kasut idaman aku sold out dah 2 bulan..Rupanya betul2 sold out sebab sampai sekarang xde pun kasut tu lagi...xpe, aku serbu Petaling Street plak...Maybe aku akan di tawarkan filem2 blue melayu, omputih...tp niat kena baik..persetankan mereka !!...
Tak ramai orang kat Petaling Street..Agak lengang..Sesekali aku belek2 kedai2 Cina..."Suma old fashion"..Fashion baru pun nampak terlampau ranggi...."Beli la kasut yang nampak tua sikit".....
Lantas aku masuk kedai Bangla...Kasut Nike kulit berharga RM 98...Kulit ke?...entah la...Dalamnya tertulis MADE IN KOREA..Peh, jarang ade kasut cikplak dari korea..Kalo Thailand munahsabah gak !....Tawar2 punya tawar dapat la RM 80..."Ko bole dapat RM 40 kalo ko tawar lagi dengan ayat2 beracun ko..!!.."So masa nak try tuh sempat gak la aku mengumpat dengan Bangla tu pasai peniaga Cina kat situ...!!!...

Bangla = "Sini Cina sama itu Burma banyak susah !..."

Aku amik STAR terus ke Bukit Jalil...Ramai gak orang kat situ...Aku dah macam penjual kasut, membawa kotak kasut kehulu kehilir...Cam orang bodoh !...Sesekali tengok orang jual baju jersi..Tengok budak2 millenium main skate board..Kot2 jumpa Cekelat...Bole gak salam2 sambil kenal2 dengan mat2 skate...entah la !...Aku beli pengikat kepala bertulis PERLIS...Aku jadi rakyat Perlis malam nih !!!...ha ha..."Nasib baik ko tak pakai jersi Johor FC ko tuh !....".Minum setin air tin, lantas aku carik pintu masuk....
Akhirnya aku dapat masuk dan duduk ditengah2 penyokong Perlis ditempat duduk depan sekali...Huh !..First time masuk stadum agak kaget gak laa...
Sebelah aku seorang tua dari Perlis..Memang btul2 dari Perlis...Kakitangan RTM gamaknye..Bersemangat dia datang memberi sokongan tanda terima kasih kepada RTM yang spnsor tambang bas agaknya...
Dan memang malang sebab aku dok tengah2 penyokong Perlis...Malang sebab aku jarang nampak padang disebabkan penyokong2 berdiri sakan dan menutupi pandangan..Ade yang main mercun...Macam pesta hari raya plak...

Orang tua = "Hoi !..Duduk la.."

Kelakar tengok orang tua nih marah2..cam kat kedai kopi...Budak2 yang tengok pun cam tengok orang laga ayam...ha ha...Lantak la..asalkan diorang gembira !....negeri diorang kan ?.."Ah, kalo Johor masuk ko pun berkelakuan sama gamaknya !"
Hasil gol bodoh, akhirnya Perlis menang 1 - 0.."Awek Perlis memang cantik !"
Aku balik pukul 11.00..Tak larat nak tengok penyampaian Piala...Mmg sesak la malam tuh !..

Friday, December 03, 2004

Habuan Perut

Tepat jam 3.00 petang "pasai makan kena la tepat..hidup makan !...hidup makan !".....Semua warga2 unit Network Protokol sudah tersedia tanpa dipaksa, berbaris segak, di kepalai oleh Saufy selaku ketua kelas, berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Telekom RnD hanya dengan satu command line -(./makan -p 200.200.200.200)..Amin selaku pemegang panji-panji..Aku hanye pembawa perut "Ko sememangnya begitu. Tak penah aku jumpa jawa macam ko"...Akub seakan membawa bom tangan untuk membunuh seberapa ramai musuh, terus menyerang lokasi laksa dan melahap sebanyak mana laksa yang boleh, yang di sajikan oleh Katering Kuzam....
Semasa CEO membentang ucapan ikhlas pembukaan, perajurit - perajurit unit Network Protokol serius membincangkan sesuatu..

Saufy = Aku cuba menyamar gadis pembawa buah, cuba menggoda kaum lelaki dan membiarkan unit - unit lain
menyerang seberapa banyak lokasi...

Akub = Lokasi sate aku cop dulu !...Aku rela maruah ku tercela demi sate..Aku lapar gila !
Amin = (Soldadu ini hilang, dan dilihat bermesra bersama-sama pihak musuh !.."Dia harus direjam dengan lidi sate !")
Akub = Aku perlukan kompas !
Zaki = Rilek kengkawan....Kita dengar ceramah CEO dulu......Banyak sate tu..laksa.....ABC......aiskrim..suma banyak !....

So, selepas bacaan doa, kami pun makan....Lokasi - lokasi rahsia makanan Kuzam Katering kami jejaki..Akub menyamar lidi sate nampaknye !...Dengan lahapnye aku mentekedarah 2 mangkuk laksa kurang asli, seberapa banyak sate dan ABC..Nak try nasi goreng tak mampu lah !.."Pelahap tahap naga !"......
Dan yang spesial, aiskrim sedap keutamaan untuk anak2 yatim aku tawan...Aku datang..Aku lihat..Aku tawan...."Macam pernah dengar kata - kata nih !"
Yang pasti, terimakasih pihak Telekom RnD menganjurkan malam puisi........errr....menganjurkan sambutan hari raya yang agak sederhana tapi penuh harmoni...Kuih beraneka kolestrol, sate yang rangup !.....adik manis datang melayan....best..best2...

p/s : Serangan berenti jam 4 lebih...Akub mengalami kecederaan teruk "Jangan ko mabuk bawak moto sudah !"...Saufy sempat melepaskan serangan Antrax perut kearah pasukan sendiri....Perut aku membesar tanpa sedar !...errkk !!...aku buat pelaburan jap...."Pengotor !.."



"Aku tak bertepuk sebelah tangan !"...ha ha ha..."Aku suruh ambik gambar lengan jek...bodo !"
Sebelah tu nama dia Ina, rakan praktikal di Unit Network Protokol..



Suasana hening opis ketika peperangan sedang berlangsung...Tiba - tiba tersentil muka aku !..ha ha..



Akub mempamerkan gigi kononnya ingin membuktikan yang ada kesan darah pihak badan musuh yang di ratahnya !!....Nama pompuan tu Nadia, rakan praktikal aku di Unit Network Protokol...Yang macam pendekar tu Amin !..



Thursday, December 02, 2004

Galeri Gambar...

Sebelum email aku kena virus atau expired tetiba, aku akan publish kan semua bahan2 arkeologi koleksi peribadi di blog ini...Gambar dibawah adalah gambar sempena pemergian Saudari Husna untuk pulang ke USM setelah tamat praktikal....Arwah begitu berjasa penuh di Unit Network Protocol...Al-Fatihah..."Aku belum mati lagi la..Setan ko "-Husna
Mana satu aku?..Aku yang berdiri paling kiri dan pakai spek sambil tangan masuk poket...Ala, paling senang, kalo ko rasa ada jejaka paling hensem dalam gambar nih, anggap jek la jejaka tu aku !...."perasaran !..."

Dari Kiri Berdiri : Roime, Akub, Amin, Jasmi, Saufi, Zaki
Dari Kiri Duduk : Hazly, HUSNA, Rizaluddin

Yang duduk tu anak watan Itali...Sanggup datang Malaysia selepas di bayar Telekom RnD untuk beri training dan makan2 di hotel Marriot...Encik Luca dan Yuri....Mana satu aku ?...6 dari kiri..."Apsal ko berperanan seperti kartun kalo bergambar?...Perosak foto !.."


Dari Kiri Berdiri : Zaki, Akub, Amin, Saufy, Encik Wan, Roime, Najib, Kawan Kami, Jasmy, Kawan Kami, Husna, Shahrin, Rizalludin
Dari Kiri Duduk : Yuri Francalacci, Luca Deri


I am the king!!

Krisis perkauman

Akhirnya, termaktublah perjanjian gencatan senjata antara aku dan Lyidia, setelah aku rasa yang memang kami tiada krisis, cuma aku yang sengaja berperasaan negetif membuatkan dia blur2 ayam...So, perjanjian ni aku sendiri tamatkan setelah penguasaan tentera rindu aku agak normal.."kawin la cepat!...mengarut dah aku tengok hidup ko nih!.."
For the first time in this week, Lydia call aku at first pada jam 12.21 pagi. Maybe dia rindu sama aku walaupun dia tak bagitahu atau sengaja melepas batuk di tangga....Atau pun mungkin benar dia rindu gila !..ha ha.."Jangan lah berkelakuan bongkak sedara...Baru hari Isnin ko keluarkan air mata jantan ko !...Anak jantan konon...Balik la, keje saloon lagi baik !"....
So, lebih baik kita istiqomah sahaja dan bersangka baik...Sesungguhnya dia masih sayang akan aku dan aku sentiasa bersangka buruk !....Syaitan disekeliling sentiasa menghasut dan berbuat tak senonoh agar manusia lari dari pegangan agama yang suci...sabar itu kemenangan !.."Dalam bab cinta macam2 ko punya philosophy ye!...Kan bagus kalo ko implementkan falsafah ko dalam kerja2 seharian agar takde perkara lagho ko buat...kambing !"

Testing gambar

Tak banyak web photo yang aku jumpa yang bole publish gambar untuk dipaparkan di dalam blog. So, aku baru jumpa satu web photo yang bole buat ape aku nak.."Ko baru jumpa?.Ape punya ketinggalan daaa..."
Nama web tuh photobucket.com. So, sebagai permulaan aku akan publish gambar aku semasa sebelum di terima dalam dunia Gusti Hiburan Dunia (WWE), bergandingan dengan Steve Mc Mohan untuk bertemu dengan Pakcik Loncop dan Abang Jarjis, bagi merebut title World Tag-Team Apam Champion..."Banyak tengok propaganda Amerika ko nih !!..."



Di bawah ini adalah gambar terbaru aku setelah terminum teh mengkudu air tangan anak Wak Ali bengkel belakang...Gila ngeri...aku pun tak sanggup tengok..geli...geli..."Semoga ko kembali ke pangkal jalan..."


Wednesday, December 01, 2004

Si dia berubah

Sebenarnye ada tanda - tanda menunjukkan yang seseorang tu berubah bila dia tak lagi sayang kat pasangannya.."Atau kau terlalu sentimental sebab Lyidia semacam tak peduli akan ko lagi sejak kebelakangan nih?..rilek la...Bagi dia masa...ko kan guru cinta!"...

Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.

Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.

Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

Berubah menjadi terlalu setia dan romantik

Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang je! las dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.

Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

Aku nak tambah sikit................

Bole jadi orang2 nih akan jadi.....
1. Pendiam..Mungkin dia sudah hilang rindu....
2. Terserlah keburukan walau dia tak perasan...seperti hipokrit (hanya memerlukan kita bila ada masalah)
3. Dia lupakan kita terus tanpa rasa bersalah dan tanpa mempedulikan perasaan kita..

Hanya masa menetukan.......So, what u give, u get back !...