Ads

Tuesday, November 09, 2004

Demam

Tak sangka pulak aku boleh demam malam tadi..Memang panas banget la....Teloq aku pun naik mendidih...3 tahun tak demam, sekali demam agak terkejut la badan. Kepala pun biol semacam.
Aku dah berjaya menyiapkan hampir 95 % script Perl so, sekarang tiba giliran aku untuk meng update blog aku nih..Aku mahu jadikan blog aku nih satu wadah terkini perjuangan insan - insan terpilih..

Ade bace Berita Harian hari nih (9 / 11 / 2004)?....Di khabarkan tentera kafir berjaya menawan hospital di Falujjah dalam operasi besar2 ran untuk menawan Falujjah dari pihak Mujahiddin...



SEORANG askar Amerika Syarikat (AS) menarik kaki seorang
tahanan lelaki selepas menceroboh hospital Fallujah dalam kempennya
menawan bangunan berkenaan dan dua jambatan utama di Sungai Euphrates
bagi menyerang kubu pejuang tempatan di Iraq, semalam. — Gambar AP

Hmm...agak mengharukan jugak la berita nih...Tapi bole caya ke?...Jom kita tengok ape saudara2 kita cakap pulak...

Terkini: Serangan ke atas Fallujah; mujahiddin menghalau kemaraan awal
Posted on Monday, November 08 @ 12:28:14 MYT
Topic: Perang 2


Serangan yang ditunggu-tunggu oleh tentera AS ke atas Fallujah telah bermula, dengan lebih daripada 10,000 anggota mengepung bandar dan unit kecil tentera kafir mara dari setiap sudut bandar. Pertempuran sengit sedang berlaku sekarang ini, dengan laporan awal mengatakan bahawa pejuang mujahiddin telah membunuh sebilangan tentera kafir dan memaksa sebahagian dari mereka berundur dari sebelah barat.


Serangan tentera kafir bermula pada jam 20:30 Ahad, berikutan beberapa pengeboman berlaku disepanjang hari yang berlaku kerosakan kepada infrastruktur komunikasi dan juga hospital. Di sebelah utara, pertempuran sengit sedang berlaku di al-Ghauifi. Golan dan ASkar di timur, dan kawasan perindustrian dan as-Shuhada di selatan, kesemuanya terlibat dalam pertempuran sengit pada masa laporan ini ditulis.

pada jam 22:30 waktu Mekah, para mujahiddin telah mengagalkan serangan dan telah mengakibatkan kemusnahan yang besar ke atas tentera kafir, dengan mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 25 anggota tentera merin telah terbnuh di pinggir sebelah barat sahaja. Kemusnahan lain termasuk kehancuran tiga buah kereta kebal Abram dan empat buah Humvee. Pertempuran masih berterusan di sebelah timur dan utara Fallujah. Mujahiddin dikatakan masih bertahan pada posisi sedia ada di semua kawasan. Sehingga kini kami masih belum menerima sebarng laporan berhubung dengan pejuang mujahddin yang terkorban.

Pada jam 23:30, waktu Mekah, pertempuran sengit masih berterusan di seluruh bahagian di Fallujah. Tentera merin telah berundur dari kedudukan mereka di bawah tekanan mujahiddin yang telah mara sejauh 80 meter dari sebelah barat Fallujah. Tentera kafir telah berundur dari sebelah barat setelah mengalami kematian yang tinggi. Pertempuran berdarah masih berterusan di utara Golan tetapi tentera kafir masih tidak mampu untuk mara walaupun satu meter ke hadapan. (LW) Sumber : ladang.net

Helikopter AS ditembak jatuh di Fallujah
Posted on Tuesday, November 09 @ 04:33:19 MYT
Topic: Fallujah


FALLUJAH - Pejuang mujahiddin telah menembak jatuh sebuah helikopter tentera AS di daerah Jolan, Fallujah pada hari Isnin semasa pertempuran sengit berterusan di antara tentera kafir AS-Iraq dengan pejuang mujahiddin yang mempertahankan negeri mereka, kata saksi.


Sementara itu, pesawat pejuang tentera kafir AS telah mengebom kawasan perkuburan di as-Shuhada dan masjid al-Farouq di Fallujah, lebih kurang 40 batu dari Baghdad. Kawasan perkuburan tersebut sebelum ini merupakan padang bola tetapi telah dijadikan kawasan perkubaran mangsa serangan tentera AS dalam pertempuran pada bulan April lalu.

Pertempuran sengit masih berterusan di setiap barisan hadapan di sekitar Fallujah apabila tentera kafir AS dengan dibantu oleh tentera munafiq Iraq memulakan serangan besar-besaran ke atas Fallujah dalam usaha mereka menguasai bandar tersebut.

Hospital yang didakwa oleh tentera merin bahawa mereka telah berjaya menawannya, tanpa melepaskan sebarang tembakan sebenarnya telah lama dikuasai oleh mereka. Ia terletak pada penghujung sebelah barat Fallujah, iaitu di seberang sungai sebelah barat. Fallujah yang sebenar terletak di sebelah timur sungai. Sebelah barat sungai sememangnya telah dikuasai oleh tentera kafir AS. Semalam pejuang mujahiddin telah meletupkan jambatan yang menghubungkan kedua-dua kawasan tersebut.

Kita dapat melihat bertapa gembiranya pembaca berita TV3 semasa menyiarkan bahawa hospital tersebut berjaya ditawan oleh tentera kafir. Sumber :
ladang.net


No comments: