Mood pagi ni berada pada kondisi menyelerakan...tapi aku sakit perut le...maybe makanan tak di hadam enzim emilase secukupnya. So, kerja2 untuk encik Wan dah settle (bole le aku meronggeng)...Kat mana HOtel Equatorial Bangi?...
Malam ni Anwar Ibrahim bersembahyang terawih di Bangi...Ingat aku nak pegi le...Tapi naik ape?..Pegi keje pun orang hantar..."Naik kaki laa"...."Pala hotak ko, terbarai la kaki aku", so terpakse pendamkan dulu niat nak ketemuin dia.....
Anwar Tarawikh bersama penduduk Bangi malam ini
Wednesday, November 03 @ 15:33:35 MYT
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menemui penduduk Bangi dan sekitarnya selepas menunaikan solat tarawikh di Surau An Nur, berdekatan pusat perubatan Darul Syifa’, Syeksyen Satu, Bandar Baru Bangi malam ini.
Demikian diberitahu adik beliau, Rusli Ibrahim kepada Harakahdaily.
Menurut Rusli, Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga merupakan pemilik pusat perubatan Darul Syifa’, Dato’ Dr harun Din juga dijangka akan bersama dalam sesi itu.
Sebelum itu, Anwar akan berbuka puasa di rumah bapa beliau di Kajang.
Tarawikh dari masjid ke masjid adalah salah satu program utama Anwar dalam jadual ketat beliau di bulan Ramadan setelah pulang ke tanahair 31 Oktober lepas.
Esok beliau akan bertarawikh di Masjid Saidina Abu Bakar, di Jalan Telawi, Bangsar.
Manakala pada 5 November, Anwar akan mengdakan lawatan kerja satu hari di Pulau Pinang. Sempena lawatan itu, beliau akan menunaikan solat Jumaat di masjid Seberang Jaya, Butterworth dan akan menemui penduduk pulau mutiara itu di Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh pada sebelah petang.
Kemudian pada 6 November, beliau berada di Kuala Lumpur untuk ceramah umum bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Hj Hadi Awang di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Pada sebelah petang beliau akan menghadiri majlis bersama Persatuan Ulama Malaysia di tempat yang sama.
Manakala pada 7 November, Anwar yang kini hampir pulih dari sakit belakang akan menunaikan solat Isyak dan Tarawikh di Masjid Negeri. Pada petangnya beliau akan memberi sumbangan dan zakat kepada mereka yang kurang mampu serta berbuka puasa di rumah Ketua Pemuda Parti KeADILan Rakyat, Ezam Mohd Noor, di Syeksyen, 7 Shah Alam.
|
|
Selepas itu, pada 9 Oktober beliau akan menunaikan solat tarawikh di Masjid Negeri di Ipoh, Perak dan mengedakan dialog bersama masyarakat Cina pada sebelah siang.
Aturcara Anwar, di Pulau Pinang
9.30 pagi : Dijangka tiba di Plaza Tol Juru. Konvoi kenderaan akan mengiringi kepulangan Anwar ke Cherok Tok Kun.
12.30 tengah hari : Bersembahyang Jumaat di Masjid Seberang Jaya, Permatang Pauh.
2.30 petang : Menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, di Sungai Semambu.
4.00 petang : Program perjumpaan dengan masyarakat Cina Pulau Pinang di Dewan Perhimpunan Cina Georgetown.
6.00 petang : Majlis berbuka puasa bersama rakyat, di Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh, bersolat Maghrib dan Isyak serta bersolat Terawih, seterusnya menyampaikan Tazkirah Ramadhan.
10.30 malam : Perjumpaan tertutup dengan Ahli Jawatankuasa Bahagian PKR Pulau Pinang. - ERPepagi buta dah tulis blog...Ape guna blog lawa tapi kemut nak tulis...Harap2 hari ni perjalanan hidup aku tenteram, aman dan penuh semangat...
Todays Ingredients...
Mood = Blues la...
Whather Condition = Cerah jekk..Mintak2 petang ni hujan...
Impression degree = Hensem gak la ari nih....Seluar baru basuh
Cita - cita = Mahu settle kan keje dengan segera.. .
No comments:
Post a Comment