Walau pun aku cuma lepak - lepak jek arinih menunggu cuti, tapi banyak gak keje2 berfaedah aku dapat ketika menggodek Internet..."Ini bukan perkara lagho"..Aku harap hujan petang nih....
Pagi2 lagi aku dah disajikan dengan forum debat antara Syiah - Sunnah.. Agak biol gak la aku sekejap dengan hujah2 peringkat super otromen aura tinggi mereka...Suma pihak ade hujah....Suma pihak ade kitab....Aku rase aku perlu ke sekolah ugama semula...Walaupun Sekolah Ugama Rakyat....Mengaji dan mentafsir..."Tapi Macamana ?...Bukan ke ko begitu seronok dengan JAVA, C++, PERL, Networking, CISCO, ELLACOYA, Akak HR, Kereta Kelisa idaman ko ?..."...
4 hari tentera mujahiddin sunni berperang dengan tentera kafir dan munafik di Falujjah...20 000 orang lawan 1000 orang...Apache lawan AK 47...Kereta kebal lawan bom kereta..Doa aku sebagai muslim semoga kemenangan di pihak kita...TV 3 terus dengan aksi puaka cuma menjadi minyak tanah untuk propaganda pihak kafir...pihak kafir bagi api sebesar mancis dan TV3 membiakkan dengan minyak tanah..."Cayo la TV 3....Siap la kalo ade bom kete masuk pintu masuk TV3"...
Aku tak mahu la menjadikan blog aku sebagai warung copy - paste berita2 internet...Ade idea aku ketengahkan disini...First thing..pi mampus la ama OIC...Jangan harap tangan2 mereka akan sampai kepada muslim2 di IRAQ...Lembu2 bodoh OIC selalu buat meeting tapi setakat buat penat pekerja2 props mengatur susunatur pentas....Habuk pun tarak....Seranga di Falujjah x de suara mengutuk(suara paling minima bagi si pengecut !) yang keluar...Resolusi jauh sekali....Bayangkan kalo sebiji jet dipandu Al - Qaeda merempuh warung Cappuchino kat 1st Avvenue kat New York, nescaya malam tu jugak OIC buat mesyuarat tergempar mengutuk serangan kononnya memburukkan imej Islam....Puaka punya OIC...
Ayuh pendukung2 gerakan Islam...Jalan la dijalan anda sendiri...Pedulikan mereka, si keparat bertopeng kan Islam....Jangan harap ehsam mereka kerana mereka sudah kenyang dengan suapan kafir barat...."Ape bole buat, kita yang pangkah mereka masa pilihanraya"....
Laporan penuh 'Operasi al-Fajr': Tentera kafir menghadapi "Singa Fallujah" denga
Posted on Wednesday, November 10 @ 05:23:57 MYT
Topic: Fallujah
Di kala pertempuran sengit masih berterusan, laporan yang datang pada lewat malam dan awal pagi menunjukkan bahawa serangan pembukaan semalam oleh tentera Salib AS dan tentera munafiq Iraq sedang menghadapi kesukaran. Tiga puluh enam anggota tentera Salib telah berjaya ditawan, bekalan tentera Salib telah diserang, lebih dari 100 anggota tentera munafiq menyerah diri kepada mujahiddin, beberapa buah pesawat tentera AS ditembak jatuhdan pejuang mujahiddin berjaya menghalau keluar tentera Salib di dua pintu masuk utama.
Serangan bom oleh tentera Salib berterusan semalam. Pesawat Salibiyah telah menggugurkan lebih dari 20 kontainer bom, yang membaw lebih dari 40,000 bom cluster anti-personnel ke atas Fallujah pada malam Isnin. Pengeboman tentera Salib mensasarkan perkampungan al-Jaghifi dan Jolan. Saksi di dalam bandar berkata orang-orang tua yang pernah terlibat dalam peperangan dengan Iraq dan pernah bertugas di Kuwait tidak pernah melihat pengeboman yang begitu teruk sebelum ini, yang menerangi seluruh ruang angkasa di bandar. Tentera Salib juga telah mensasarkan kawasan perumahan dengan menggugurkan bom napalm dan sebagainya.
Beberapa orang penduduk tempatan yang bangun pagi ini mendapati tiada bekalan eletrik dan tiada bekalan air. Tentera pengganas telah memotoh bekalan eetrik dan talian telefon di beberapa kawasan bandar semalamdan kebanyakan generator persendirian tidak berfungsi. Penduduk tempatan juga berkata mereka amat bimbang jika bekalan makanan berkurangan kerana kebanyakan kedai telah ditutup sejak beberapa hari yang lalu.
Di kala pemimpin tertinggi tentera Ahzab di Iraq, General George Casey, mengandaikan bahawa akan berlaku satu konfrontasi yang hebat pada permula operasi mereka, tentera Salib hanya berupaya mara beberapa langkah sahaja semalam. Operasi tentera salib telah dinamakan 'Operasi Phantom Fury' dan kemudiannya telah dinamakan oleh Perdana Menteri boneka, Iyad Allawi sebagai 'Operasi al-Fajr'. Pada asasnya tentera Salib telah gagal untuk menguasai Fallujah semalam, kecuali dapat menawan hospital utama yang sememangnya dalam kekuasaan mereka sejak beberapa bulan yang lalu. Ternyata mereka telah gagal dalam serangan hari pertama.
Pejuang mujahiddin telah berjaya menawan seramai 36 orang tentera Salib di kawasan perindustrian, walau bagaimanapun Al-Jazeera dan Al-Arabiya enggan menyiarkan imej para tawanan tersebut, berkata mereka bimbang mereka tidak akan dibenarkan lagi membuat liputan dari dalam Iraq. Mujahiddin juga telah mensasarkan bekalan untuk tentera Salib dengan memusnahkan sebanyak 34 buah lori tangki di Fallujah dan Taji.
Laporan jumlah tentera Salib yang terbunuh adalah berdasarkan kepada laporan saksi, laporan mujahiddin dan pengiraan berdasarkan kepada kemusnahan kenderaan pengangkut mereka dan dianggarkan seramai 56 anggota tentera Salib telah terbunuh. Selain itu, empat buah pesawat telah ditembak jatuh dan dua buah kereta kebal Abram berjaya dimusnahkan. Selain itu seramai 100 anggota tentera munafiq telah menyerah diri kepada mujahddin setelah mereka melihat kekacauan dalam unit tentera Amerika.
Berikut adalah ringkasan peristiwa yang berlaku semalam.
36 tentera Amerika ditawan, termasuk wanita: TV Arab enggan menyiarkannya
Kesemua 36 anggota tentera Amerika yang ditawan di kawasan perindustrian semalam sedang menaiki tiga buah kereta kebal dan tiga buah kereta perisai jeep tetapi telah berjaya dikepung oleh pejuang mujahiddin, memisahkan mereka dari konvoi mereka. Pejuang mujahiddin memberitahu wartawan Islam memo bahawa mereka hairan melihat betapa cepatnya tentera Amerika menerah diri tanpa sebarang pertempuran. Pejuang mujahiddin mengandaikan bahawa penyerahan diri yang begitu cepat menunjukkan bahawa ketakutan telah menguasai diri tentera AS di seluruh Iraq secara khususnya dan di beberapa buah bandar amnya terutamanya di Fallujah, Samarrah dan Qaim.Kebanyakan anggota merin yang terlibat dalam serangan ke atas Fallujah tidak memiliki sebarang pengalaman pertempuran dan itulah yang menyebabkan mereka takut.
Pemimpin Majlis Mujahiddin Fallujah telah mengmumkan bahawa sebagai sebahagian daripada serangan saikologi mereka, mereka telah merakamkan kesemua imej tawanan tersebut termasuk tawanan wanita.. Kesemua mereka telah ditawan di kawasn perindustrian Fallujah ada pagi Isnin.
Abu Asad, Presiden kepada Majlis Mujahiddin Fallujah mengumumkan kepada wartawan Mafkarat al-Islam bahawa selepas rakaman tersebut dibuat, mereka telah menyerahkan pita rakaman tersebut kepada stesyen TV Satelit Al-Jazeera dan Al-Arabiya.
Walau bagaimanapun kedua-dua stesyen tersebut enggan menyiarkan rakaman tersebut di atas sebab-sebab keselamatan. Malahan mereka takut akan dikenakan tindakan oleh tentera AS sebagaimana yang pernah dihadapi oleh stesyen Al-Jazeera, di mana laman webnya telah digodam apabila mereka menyiarkan rakaman dua orang tawanan AS dan juga pejabat Al-Jazeera pernah diserang di Baghdad.
Pengawal Kebangsaan melarikan diri
Lebih dari seratus orang pengawal kebangsaan Iraq telah menyerah diri kepada pejuang mujahiddin dan cuba menjelaskan kenapa mereka berkeadaan demikian. Mereka memberitahu pejuang mujahiddin bahawa mereka telah diperdayakan oleh tentera AS di mana pada mulanya mereka hanya ditugaskan untuk meninjau tetapi sebaliknya mereka diletakkan di barisan hadapan. Sementara itu penduduk Fallujah tidak mengendahkan arahan perdana menteri munafiq Iraq, Iyad Allawi yang mengarahkan penduduk Fallujah agar mematuhi perintah berkurung. Allawi atau tuannya bukan penguasa di Fallujah, apatah lagi untuk mengiystiharkan perintah berkurun, kata mereka. Sehingga kini seramai 6,000 anggota tentera AS dan seramai 2,000 tentera Iraq berada di Fallujah, mengambil bahagian dalam fasa pertama menawan Fallujah.
Mujahideen memutuskan bekalan minyak
Pada peringkat awal operasi, pejuang mujahiddin telah menyerang sekumpulan besar kenderaan tentera AS yang mengandungi sebanyak 21 buah trailer yang membawa minyak yang diikuti oleh beberapa buah Humvee berhampiran dengan sungai Deglah di jalan utama menuju Fallujah. Kesemua trailer tersebut berjaya dimusnahkan dan pemandunya ditawan. Mereka adalah terdiri dari rakyat Iraq dan Syria. Bercakap kepada Islam memo, para mujahiddin berkatadalam serangan begini, Humvee merupakan kumpulan pertama yang akan melarikan diri, meninggalkan trailer kerana Humvee bukanlah lawan roket yang dignakan oleh mujahiddin.
Pejuang mujahiddin mematahkan serangan tentera AS di selatan
Pejuang mujahiddin Iraq telah berjaya mematahkan serangan tentera darat AS dan menghalau mereka yang cuba maju di selatan Fallujah malam semalam yang diikuti oleh serangan lain ke atas Fallujah dari semua bahagian. Wartawan Mafkarat al-Islam di Fallujah melaporkan bahawa usaha tentera AS untuk menyerang Fallujah dari selatan hanya mampu untuk sampai sejauh 500 meter dari perkampungan as-Shuhada. Pejuang mujahiddin kemudiannya menyerang unit tetera AS yang berusaha untuk memasuki bandar dan memaksa mereka berundur dan berlndung di sebalik lebuhraya. Seorang sniper Iraq berjaya menembak tentera AS yang berada di perkampungan as-Syuhada.
Brigade Mujahiddin menghentikan serangan AS di Jolan
Wartawan Mafkarat al-Islam di Fallujah menolak laporan yang dibawa oleh Reuters dan lain-lain agensi berita Barat bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya dikalahkan di perkampungan Jolan dan di lain-lain tempat apabila tentera AS melakukan serangan.
Dalam laporan yang dihantar pada jam 11:55 malam waktu tempatan, wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa tentera AS yang dibantu oleh sepuluh buah kereta kebal telah berjaya mara pada sekitar jam 10:00 malam waktu tempatan ke arah pasar biri-biri di bandar berkenaan. Pejuang mujahiddin kemudiannya telah memaksa tentera Amerika berundur ke arah Brigade Asadallah al-Ghalib. Dua buah kereta kebal telah terbakar dan sekurang-kurangnya 12 anggota tentera AS di anggarkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Sebaik sahaja pejuang mujahiddin memusnahkan kereta kebal tersebut, tentera AS yang masih tinggal mula berundur dan bersembunyi di belakang stesyen keretapi Fallujah di mana mereka masih diserang oleh pejuang mujahiddin dengan menggunakan mortar pada masa laporan ini dikirim. Pada masa itu, wartawan berkata tiada seorangpun tentera AS berada di Jolan.
60 tembakan roket ke arah tentera AS yang berada di utara bandar
Dalam kiriman berasingan ada jam 11:50 malam waktu tempatan, wartawan Mafkarat a-Islam melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah melepaskan sebanyak 60 roket kearah tentera AS yang berada di utara Fallujah. Menurut wartawan, roket yang ditembak termasuk Grad, Tariq, Sukhoi dan CAT.. Api dapat dilihat menjulang dikawasan yang disasarkan menunjukkan bahawa kenderaan atau tentera pengganas terkena tembakan tersebut.
Dua pengkalan tentera AS diletupkan oleh roket Ababil
Pejuang mujahiddin di Fallujah telah meletupkan pengkalan tentera AS di kawasan pertanian di utara Fallujah dengan melepaskan tujuh tembakan roket Ababil yang kuat selepas terbenam matahari hari Isnin. Dalam laporan yang dikirimkan pada jam 11:30 malam waktu tempatan, wartawan Mafkarat al-Islam di Fallujah melaporkan bahawa letupan pada gudang peluru masih berterusan beberapa jam selepas serangan yang dilakukan oleh pejuang mujahiddin. Pejuang mujahiddin juga telah melepaskan enam tembakan roket Ababil ke arah pengkalan tentera AS al-Hadbah di al-Habbaniyah. Roket Ababil merupakan roket yang paling kuat yang dimiliki oleh tentera Iraq dan merupakan senjata yang paling canggih yang dimiliki oleh tentera Iraq sebelum pejajahan oleh tentera AS dan kini berada ditangan pejuang mujahiddin.
Masjid, Hospital, Ambulan menjadi sasaran
Wartawan Mafkarat al-Islam di Fallujah melaporkan bahawa tentera AS telah menjadikan masjid dan hospital sebagai sasaran liar pengeboman mereka. Masjid al-Aqsa di perkampungan al-Mu'allimin, Fallujah telah musnah sama sekali akibat pengeboman oleh pesawat tentera AS.
Tentera AS juga telah mengebom hospital mobil Zayid yang kini digunakan oleh penduduk tempatan untuk menerima rawatan. Hospital besar Fallujah, yang menjadi sasaran pertama tentera AS kini telah dikepung oleh tentera AS. Para sniper tentera AS juga telah menempatkan diri mereka di atas bumbung hospital tersebut semalam dan menembak ke arah apa sahaja yang bergerak. Tentera AS juga telah menjadikan ambulan sebagai sasaran setiap kali ia bergerak di dalam bandar, memusnahkan ambulan tersebut dan membunuh pemandunya, Muhammad Jabal. Semenjak permulaan serangan tentera Amerika ke atas Falujah jumlah ambulan telah berkurangan di Fallujah. Serangan terakhir tentera AS telah meninggalkan hanya dua buah ambulan di Fallujah, satu berkeadaan baik dan satu lagi hampir rosak.
Mujahiddin memusnahkan pesawat AS
Wartawan Mafkarat al-Islam di Fallujah melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah menembak jatuh dua buah helikopter tentera AS di barat daya Fallujah.
Helikopter pertama telah ditembak jatuh oleh pejuang mujahiddin di kawasan perumahan ath-Tharthar sekitar jam 1:30 petang. Pejuang mujahiddin melepaskan tembakan ke arah helikopter tersebut dengan menggunakan senjata anti pesawat Dimitrov buatan Rusia, menyebabkan ia terbakar sebelum terhempas ke bumi. Pada jam 2:00 petang, pejuang mujahiddin melepaskan tembakan C5K ke arah helikopter kedua menyebabkan ia terhempas di kawasan al-Azraqiyah, Fallujah. Menurut wartawan helikopter tersebut biasanya membawa empat anggota terdiri dari pilot, co-pilot, dua penembak.
Sebaik sahaja selepas itu, mujahiddin di Jolan telah melepaskan tembakan roket C5K dan menjatuhkan sebuah lagi helikopter tentera AS. Kesemua anggota di dalamnya dikatakan terbunuh. Sebelum itu, pejuang mujahiddin telah menembak jatuh sebuah kapal terbang peninjau di kawasan al-Wahdah, Fallujah. .Sumber ladang.net
TERKINI Fallujah: Mujahiddin melaporkan kesemua berjalan mengikut rancangan
Posted on Wednesday, November 10 @ 10:51:28 MYT
Topic: Perang 1
Dalam laporan yang dikirimkan mengenai kejadian pada hari Selasa dan malam Selasa. sumber kami melaporkan bahawa segala-galanya berjalan ancar bagi pejuang mujahiddin dan mengikut apa yang dirancangkan.
Awal pagi selasa, serangan pertama oleh lebih kurang 3,000 tentera Salib, yang berusaha untuk memasuki Fallujah melalui empat pintu masuk, iaitu as-Shahadah, al-Jowlan, Jabil dan al-Askari (kami akan menyediakan peta dalam laporan akan datang). Barisan hadapan mereka terdiri dari tentera munafiq Allawi dan tentera darat yang cuba mara di bawah perlindungan pengeboman oleh tentera Salib.
Sementara itu, ara mujahiddin masih kekal dengan rancangan mereka dan mereka berada ditempat masing-masing dan berusaha menarik tentera Salib agar berkumpul di pusat bandar. Mereka mengambil kedudukan dibumbung-bumbung sambil melepaskan tembakan senjata otomatik, RPG dan roket anti kereta kebal, dan para mujahiddin bbergerak dalam satu unit mobil yang kecilpada hari SElasa, yang membolehkan mereka berkumpul dengan lebih cepat untuk menghadapi musuh dari berbagai-bagai posisi. Sinper AS telah mengambil tempat dibumbung dan ini menyukarkan mujahiddin bergerak di darat.
Menolak laporan yang disiarkan oleh media utama, para mujahiddin Fallujah berkata bahawa tentera Salib masih belum berjaya memasuki Fallujah.
Tembak-menembak semakin kerap dimana kedua-dua pihak berusaha untuk menjatuhkan musuh masing-masing. Awal pagi Rabu, sumber Amerika berkata seramai 15 pejuang mujahiddin telah syahid, manakala sumber mujahiddin berkata seramai 50 anggota tentera Salib telah terbunuh.
Strategi pertempuran mujahiddin adalah untuk menarik seberapa ramai tentera Salib ke pusat bandar. Semasa tenntera Salib mara lebih jauh ke dalam, maka semakin ramai anggota mereka akan berkumpul setempat dengan tiada tempat lagi untuk bergerak. Sumber kami memberitahu bahawa beratus-ratus bom kereta, bom rumah dan IED telah sedia menunggu kehadiran tentera Salib mara ke arah pusat bandar Fallujah. Terdapat laporan bahawa kenderaan telah dibeli di seluruh Iraq dengan harga yang tinggi yang akan digunakan untuk membentuk barisan belakang yang akan datang dari belakang tentera Salib sebaik sahaja pertempuran di pusat bandar bermula. Sumber yang rapat dengan mujahiddin berkata bahawa bunga api akan dinyalakan menjelang aidil fitri. Ini sehaluan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tauhid wal Jihad pada hari Isnin bahawa "kemenangan akan datang beberapa hari lagi".
No comments:
Post a Comment