Jika di kaji dalam-dalam, gagalnya revolusi pemerintahan di hampir semua negara yang mengalami perubahan politik seperti di Thailand, Filipina, Indonesia dan Pakistan
adalah kerana pemimpin-pemimpin revolusi ini hanya tahu keluarkan air liur sahaja, dan tidak berpengalaman langsung dalam kerja-kerja sosial. Jangka hayat revolusi politik pada saya bergantung pengalaman orang-orang politik mewariskan kerja-kerja sosial dan kemanusiaan sebelum dan selepas berlaku perubahan politik. Kebiasaannya, parti politik yang tepu dan lali dengan kerja-kerja sosial dan kemanusiaan, akan lebih terurus apabila mereka berjaya mengambil alih pemerintahan sesebuah negara.
HAMAS, Parti Komunis Cuba dan Parti Keadilan AKP di Turki adalah contoh bagaimana kerja-kerja sosial ini, bukan sahaja menjadi tunjang kekuatan berorganisasi parti politik ini, tetapi ianya boleh menjadi sumber kekuatan motivasi. Kerja-kerja sosial ini seakaan pakar motivasi yang halimunan. Dengan semangat kemanusiaan, kerja-kerja mereka seperti ada roh didalamnya. Apa yang mereka buat, hanya untuk rakyat. Rakyat adalah raja mereka. Roh mereka menjadi kuat kerana rakyat. Dan kerja-kerja beroganisasi mereka menjadi teratur disebabkan rakyat. Seolah-olah, jika Tuhan menghendaki untuk sujud selain Nya dan ibu yang melahirkan mereka, maka mereka-mereka ini mungkin akan sujud pula kepada rakyat. Begitulah semangat rakyat yang ada dalam diri mereka sehingga kerja beroganisasi, perbincangan politik, sumber kewangan, jiwa dan raga hanya didorong jika adanya rakyat disekeliling mereka. Wilayah mereka bergolak bukan kerana teruknya para pemimpin,
tetapi akibat tekanan besar kuasa2 besar.
Bayangkan dunia ini ibarat padang rata untuk bermain bola, nescaya Palestine itu lebih indah dari mana-mana negara arab, Turki itu lebih sempurna dari negara-negara eropah, Cuba itu lebih maju dari Amerika sendiri. Tak percaya ?.
Dan ini yang membezakan mereka dari golongan-golongan pro-perubahan yang gagal seperti yang terjadi kepada Musharraf, Gus Dur, puak tentera di Thailand atau di Filipina.
Berbalik di dalam negara. Sebelum itu, izinkan saya bercerita tentang kisah pagi Isnin saya. Beberapa hari lalu, saya dapat tahu yang kumpulan muzik kegemaran saya turun temurun iaitu kumpulan Greenday telah melancarkan lagu baru yang sungguh 'best siot' bertajuk Working Class Hero. Greenday serius dengan lagu-lagu kemanusiaan sejak album American Idiot yang mana kasetnya telah di jahanamkan oleh anak sedara saya.
Sesampai diopis, saya terus mengoogle tentang lagu ini. Bertanya-tanya juga apa gerangan album baru Greenday ini. Oh ya, rupanya bukan album baru. Tetapi lagu ini dibuat sempena kutipan amal Amensty International Instant Karma http://low.instantkarma.org/index.html iaitu kerja-kerja kemanusiaan oleh golongan seni di Hollywood terhadap bencana-bencana di dunia. Terdetik di hati saya masa itu "Mungkin ada NGO-NGO Malaysia yang buat. Parti-parti pembangkang sure ada buat kutipan". Saya beranggapan begitu sebab saya tak mahu membeli CD diorg. Baik salurkan sahaja kepada pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia.
Maka, saya google lah lagi, kut-kut ada NGO-NGO dan parti-parti di Malaysia yang buat kutipan ini. Hasil "google"lan saya adalah "hampessss !!"
Saya katakan hampess, sebab yang muncul di index paling atas adalah derma dari Kelab Peminat Mawi, Bernama, Harian Metro, Utusan, Dapur ke Darfur TV3, PemudaUmno. Mana pergi index carian dari Parti PAS ?. Atau Keadilan ?. Atau DAP ?. Ah, DAP tak payah masukkan sebab di Darfur takda sekolah Cina. Kalau ada mereka pasti kedepan.
"Mungkin ada dulu diorg buat kutipan, dan sudah pun dihantar ke Darfur. Sekarang fokus pada pilihanraya..piliharaya !!!!...Ahaha".
Boleh sahaja saya menderma melalui kelab peminat Mawi. Sebab ia sekadar derma bukan?. Takkan lah derma pun kena ikut parti kut.
Tapi pada saya, ia nya bukan sekadar derma. Ia adalah menifestasi bagaimana organisasi politik itu concern terhadap aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Tak perlu diambil kira samada Darfur itu jauh, atau orang Darfur semua kulit hitam, atau "pembangkang manade duit". Bagi saya, kekuatan struktur politik, bukan sahaja terletak pada pemimpin yang bersih, tetapi ia juga bergantung kepada pemimpin yang peka. Peka isu semasa. Peka tentang tindakkan. Apa guna berhujah di depan orang Felda sampai bersembur air hidung, jika kita tak pernah concern tentang tindakkan-tindakkan kemanusiaan ?.
Mungkin ada yang bertanya "Ah, ko tengok kat kota tinggi, orang PAS pun ada pergi. Diorg amik tahu lah. Bukan peluk tubuh je macam Pak Lah". Ingat, aktiviti kemanusiaan bukan diukur berapa banyak kita hantar pasukan penyelamat, atau berapa banyak kejadian telah kita bantu, tetapi ia berkaitan dengan sejauh mana kita ambil tahu.
Saya masih berkeadaan pelik dengan parti-parti pembangkang di Malaysia khususnya yang dianggotai majoritas Melayu. Benar, kita mesti menerangkan tentang peri penting kesedaran
rakyat terhadap rasuah dan salahguna kuasa. Tetapi cukup sahaja jika hanya penerangan ?. Anda bole bercerita panjang lebar di hadapan Pak Cik Palil Aping Barat tentang Najib yang berperangai hampas itu dari jam 7 pagi lepas subuh sehingga 8 malam lepas maghrib. Tapi apa tindakan anda untuk menunjukkan yang anda lebih baik dari Najib ?. Disini, maaf jika saya tekankan, bahawa masih ramai lagi pemimpin pembangkang yang yakin dirinya boleh mentadbir negara, tetapi amat kurang melakukan kerja-kerja kemanusiaan. Setidak-tidaknya peduli tentang khabar mereka.
Tak perlu salahkan pakcik-pakcik di kampung yang megundi Umno kerana sehelai pelikat dan sekotak susu cair. Sebab itu yang mereka mahu. IQ mereka tidak tinggi untuk berfikir tentang simpang siur orang-orang politik. Jika kita bercerita tentang konspirasi Razak Baginda untuk mengebom Altantuya dan kaitannya dengan Najib, nescaya sampai mati pun pakcik-pakcik ini takkan paham. Sebab ape ?. Sebab kehidupan mereka hanya cangkul, kebun, ayam ternakkan, pokok-pokok buah, rokok daun dan motor buruk. Hatta, jika kita bercerita sampai hilang bulu ketiak tentang konspirasi Mahathir-Anwar pun, ramai
lagi yang tak paham. Dan bila tiba pilihanraya untuk membeli mereka hanya pelukan sekampit beras dan sehelai pelikat.
Pembangkang tak perlu berbelanja besar untuk membeli pelikat dan beras. Itu orang Umno sahaja. Apa yang pembangkang perlu buat ialah kerja-kerja kemasyarakatan. Tak payah tunggu pilihanraya baru muncul doktor-doktor pembangkan yang cun-cun untuk membeli hati. Apa yang perlu adalah, jadikan rakyat sebagai kekasih anda. Jika rakyat menyuruh anda berbogel sambil membaca sifir 3 di tepi jalan, terpaksa juga anda lakukan. Sebab, jika anda pemimpin, orang yang sama juga yang anda kena jaga.
Pembangkang selalu terlewat terhadap kerja-kerja kemanusiaan. terhadap kerja-kerja sosial. Di dalam negara, apatah lagi di luar. Benar, Husam Musa telah melahirkan banyak idea-idea baik untuk rakyat, tetapi masih banyak kerja-kerja kebajikan yang perlu di lakukan. Kisah Darfur tak banyak beza dengan kisah di sini. Pembangkang hanya perlu concern terhadap isu-isu berkaitan dengan kemanusiaan. Saya teringat satu ayat tulisan Hamka dalam sebuah novel, jika 2 orang bercinta, mereka mungkin tidak berbicara, tetapi hati mereka sentiasa erat berhubung. Jadikan Darfur khasnya kekasih anda dan rakyat Malaysia amnya.
Jika kita tak pernah peduli tentang aktivi-aktiviti kemanusiaan dan sosial, lupakan cerita lagenda Parti AKP Turki dan Hamas di Palestine untuk di ulangi di Malaysia.
Pembangkang beruntung sebab jika bila pilihanraya, saya akan mengundi mereka, tetapi saya masih kurang yakin samada pembangkang boleh menjayakan revolusi perubahan politik jika diizinkan Allah untuk menang pilihanraya.
Ingat, bukan semua pakcik felda baca blog.
Ps : Jika berani menjadi pemimpin, kena juga berani untuk menjadi miskin...kerana rakyat.
No comments:
Post a Comment