Ads

Saturday, July 14, 2007

Pilihan

Saya harap saya tak akan buat pilihan yang salah lagi. Kita selalu menyesal dengan pilihan yang salah. Saya teringat dulu, masa zaman belajar dulu. Ketika mahu tidur, atau ketika makan-makan berseorangan, selalu terbayang, atau selalu berharap agar dapat berkenalan dengan gadis yang baik2. Yang bertudung. Yang lembut. Yang menjaga adab. Yang tidak bergaul sakan. Yang ada ugama. Dan yang beryang-yang lagi. Maka, mimpi itu pun menjadi satu prinsip.

"Kalau aku cari isteri, aku nak yang..bla..bla..bla..("Yang" seperti yang ditulis diatas)"..

Tiba-tiba..Entah macamana, terjumpa pula dengan seorang gadis. Dahi licin. Pandai buat klaka. Cantik. Menarik. Up to date. Pandai plak speaking. Tak pakai tudung, tp bijak..Ok la..Seksi..Pewit !..Pandai memujuk...Dan dia suka plak kat diri ini...Ah !. Habis..

Maka luluh la prinsip. Hati pun berperang. Berperang dengan nafsu. Akal bijak plak dia cari alasan. Ya la, alasan yang diberi oleh nafsu, ape semua bole jadi. "Ok la tak pakai tudung, nanti nak kawin bole dakwah sikit2..".."Tak kisah la seksi, nanti2 dia baik la..Ramai perempuan yang berubah"..

Akhirnya, Allah bagi petunjuk. Allah bagi pengajaran. Padan muka saya. Memang perempuan tu susah nak bentuk. Murah plak dia punya diri. Orang lelaki yang kasar hati je layak untuk dia. Kalau tidak, berendam air mata hari-hari. Agama nombor 2. "I tak pakai tudung, tp i semayang tak tinggal tau". "I seksi, tapi pandai jaga diri"..

Maka, prinsip yang dulunya diluluh, kembali di cari. Terfikir semula perempuan yang pernah diimpi2 kan dulu di kala mahu tidur. Perempuan yang boleh jadi ibu untuk anak-anak. Yang layak melahirkan orang-orang soleh. Dan layak untuk membimbing si suami yang mereng tak ikut masa. Nasib baik, belum sesat sepenuhnya. Masih ada jalan untuk berpatah balik.

Dan, Allah buka hati. "Kena sabar !". Perempuan macam itu memang susah nak cari, tetapi ada. Sabar la hati. Disebalik perempuan2 seksi, dahi licin dan up to date, akan wujud juga di celah2 nya perempuan yang sempurna sebagai perempuan. Tak ramai, tapi ada. Niat kena betul.

Di kala otak telah di tune semula, jiwa sedang tenang, fikiran telah rasional, maka, saya berdoa, saya tak akan buat pilihan yang salah lagi...Ya Allah, tunjukkan lah...

ps : banyakkan puasa Roime, banyakkan puasa..


Roime,
July 14, 2007

No comments: