Ads

Friday, December 08, 2006

Doa untuk dia

Ya Allah.
Sesungguhnya aku bukan manusia sempurna. Telah banyak dosa dan cela dalam diri hamba-Mu ini. Tetapi aku amat menyintai dan menyukai kesempurnaan. Aku bersyukur kerana Engkau bukakan jalan dan terangi laluan ku dalam mengenal apa enti cinta atas nama-Mu Ya Allah. Ya Allah Tuhan sekalian alam yang maha mengetahui setiap perkara ghaib. Engkau telah buka jalan untuk aku mengenali hati seorang insan yang lurus sifatnya, dan yang rumit perasaannya. Sesungguhnya dengan sedikit ilmu yang engkau telah kurniakan kepadaku, lantas ku mengetahui betapa terhimpit hatinya dan sulit perasaannya. Aku memahami tika dan saat ini, dia bukanlah hak-ku, dan sayang antara hamba mu ini hanya berpaut nunjauh dari dasar hati yang paling dalam. Aku bersyukur dengan hidayah dan ilmu kurniaan-Mu, maka pertimbangan antara dosa dan pahala, hak dan bathil dan syurga dan neraka itu berjaya ku junjungi berdikit-dikit Ya Rabbi. Aku bersyukur kerana engkau kurniakan kepada ku, pertimbangan dari perasaan yang sangat indah. Dan sesungguhnya baru kusedari, betapa indahnya dan mulianya makhluk bernama manusia yang telah engkau ciptakan.

Ya Allah,
Atas dasar cinta sesama insan yang meletakkan diri-Mu atas segalanya, yang telah engkau kurniakan, dan yang telah engkau suburkan atas dasar ilmu dan iman, aku haramkan mana-mana lelaki yang membelakangi-Mu Ya Allah dari menyentuh tubuhnya dan jiwanya. Aku haramkan mana-mana lelaki yang meletakkan hawa nafsunya ditempat teratas mencarik-carik perasaannya dan mensia-siakan dirinya. Aku memanjat kan hajat dan doaku hanya kepada-Mu Ya Allah Tuhan sekalian alam.

Kau jadikanlah insan ini, yang kelmarin aku cintainya sebagai insan yang sentiasa lurus dan sentiasa mencari jalan mendapat cahaya dari-Mu. Yang sentiasa dahagakan ilmu dan iman dari-Mu. yang sentiasa dambakan syurga dan nikmat sayang dari-Mu.

Ya Allah. Sesungguhnya aku letakkan sepenuh pengharapanku kepadaMu.

No comments: