Saya tidak mahu ambil dia. Benar kami memang sudah rapat. Kami saling bergurau, bercerita. Kadang-kadang mengumpat. Tapi itu lah wajah perasaan antara kami. Cinta itu memang indah. Dalam cinta ada kasih sayang, dalam cinta ada rindu, dalam cinta ada gembira, dalam cinta ada sedih, dalam cinta ada takut, dalam cinta ada berani, dalam cinta ada cemburu. Sebab itu cinta itu indah. Semua sendi-sendi penghidupan manusia terpatri dalam satu intilah yang dilabel cinta. Ops, bukan saya menonton filem CINTA justeru saya tulis akan hal-hal ini. Cuma baru kelmarin, baru saja saya alami hal ini. Aii, entah lah.
Saya tidak boleh ambil dia. Mahu saja saya bawa lari dia dan kami bersatu di London, Hatnyai atau Kota Kinabalu. Tetapi tidak boleh. Dosa jika membelakangi keluarga. Dan laknat jika tidak diredhai ibu bapa.
Saya terdengar dari seorang sahabat karib dia, yang saya boleh percayai, bahawa dia sudah bertunang. Itu alasan paling kukuh untuk saya menolak dia walaupun hati ini ibarat berpatri ia dengan perasaan cinta. Hati dan cinta sudah berpatri. Tapi dia sudah bertunang !. Dia simpan rahsia ini dari saya semenjak pertama kali kami rapat. Kenapa ya?. Kenapa kamu buat begitu ?.
Jika saya tahu sejak dari mula dia sudah bertunang, tak mungkin saya gali perasaan ini dengan cinta dalam-dalam. Tidak mungkin saya timba sayang ini dalam-dalam.
Saya harus...harus lupakan dia...Mungkin 100 tahun lamanya. Walaupun dalam hati...dalammmm hati yang paling dalammmm....masih ada sedikit penafian...mungkin berita dia sudah bertunang hanya mimpi-mimpi saya sahaja...atau..."Kawan yang beritahu dia sudah bertunang itu cuma mahu bergurau-gurau sahaja, sedangkan dia masih single"...Hakikatnya, dan realitinya...dia sudah menjadi milik orang. Dia sudah bertunang dan saya mesti lari. Lari jauh-jauh.
Lari dari cinta adalah larian paling jauh untuk seorang atlet..Saya adalah atlet...atlet cinta...Saya harap, disyurga jika Allah benarkan saya pijaknya, orang yang pertama menyambut saya..dengan senyuman...masa itu tiada lagi air mata..tiada lagi hiba...tiada lagi syakwasangka...adalah insan yang satu ini...yang saya cintai kelmarin...Ya Allah..perkenankan lah.
1 comment:
testing
Post a Comment