Binatang apa itu ? Ikan ? Kucing ? Kura-kura ? Lelabah ?
Saya kira, kita sedang memasuki satu fasa kehidupan dunia, di mana kebanyakkan manusia diseluruh dunia seakan gembira atau teruja atau seperti melihat sesuatu yang magik dalam memperkatakan atau mengulas atau mempersoal atau cuba mencari sesuatu jalan didalam ugama Islam. Dan saya lihat, ugama Islam ini teramatlah istimewa sehingga ianya menjadi subjek khusus yang menarik untuk diperkatakan apa sahaja oleh umat manusia. Seperti mata manusia yang melekat kepada sekuntum bunga, seperti itu agama Islam hari ini. Ia menjadi tumpuan setiap orang samada untuk diperbahaskan, di kaji, di rungkai dalam apa jua bentuk disiplin hidup, samada dalam bidang sains, matematik, falsafah, kaji bintang, arkiologi, ketuhanan, sejarah, tamadun, pembangunan sains sosial, ilmu politik, ketenteraan, ilmu kematian, dunia selepas kematian, ilmu kebatinan, kimia, petrolium, proses penciptaan makhluk, cuaca, bencana, perubatan, mantik, tasauf, ilmu tafsir, faraid, kira-ukur tanah, sastera, seni dan apa sahaja.
Sehingga setiap inci peristiwa yang diperkatakan hari ini pasti tidak lepas dari dihubungkan dengan urusan Ugama Islam. Samada sengaja di hubungkan untuk kepentingan peribadi atau tidak. Sebut apa sahaja peristiwa, keganasan, 9/11, tsunami, Iran, Iraq, Syiah, Sunnah, HAMAS, Palestine, Anwar Ibrahim, Islam Hadori, Nordin Mat Top, Mawi, Nuklear, tudung di Peranchis, Tak Bai, Kepulaun Sulu, Syeih Ahmad Yassin, Tebing Barat, minyak...ezektra..ezektra. Sesetengah orang melihat seakan-akan ugama Islam ini sebagai suatu ancaman. Sesetengah orang pula melihat ugama Islam ini tidak lebih sebagai alat untuk perut sendiri. Ada pula yang melihat Islam ini penuh dengan rahsia dan jawapan untuk setiap persoalan. Dan alhamdulillah, ada pula sesetengah orang itu mendapat hidayah dalam perjalanannya.
Dan seperti juga bunga, kadangkala mata-mata liar ingin cuba merosakkannya. Setidak-tidaknya membencinya atau menghinanya, memetik atau cuba untuk memusnahkannya.
Saya akui yang saya tidak memiliki intelek yang tinggi dalam bidang agama. Keupayaan fikrah saya terhadap disiplin-disiplin ilmu agama Islam amatlah cetek sekali. Hendak dibandingkan antara saya dengan Saudara Nik Aziz Nik Mat ibarat membandingkan diantara serumpun kangkung dan sepohon meranti. Tetapi ini tidak bermakna saya seorang yang pasif. Setiap inci peristiwa yang berlaku keatas saudara-saudara seugama saya, tetap saya perhatikan. Saya perhalusi dan saya konklusikan. Kemudian saya terjemahkan ianya melalui apa-apa sahaja tindakkan yang saya mampu. Jika saya mampu berdemonstrasi, saya demonstrasi, jika saya hanya mampu menulis, saya akan tuliskan sahaja.
Dan yang paling menakutkan, apabila kita berhadapan dengan manusia-manusia yang zahirnya faham benar tentang agama Islam, tetapi tangan-tangan mereka penuh dengan kudis-kudis yang cuba mengotori keluhuran agama Islam itu sendiri. "Mereka ini memang cilaka", kata Rahman Seman.
Orang-orang ini cuba membinatangkan umat Islam. Ya, saya sebut binatang. Apa ? Kamu tak tahu eja binatang ? Baiklah saya ejakan. B.I.N.A.T.A.N.G.
Kenapa saya tergamak menukilkan tindakkan mereka seolah-olah membinatangkan umat Islam ? Adakah saya kepingin menjadi seekor beruk ? Atau ikan patin ? Adakah saya mahu menjadikan blog saya ini sarang maki hamun ? Ya, saya ada jawapan untuk semua ini.
Secara zahirnya mereka ini sungguh intelek. Mereka mampu bersyarah selama 2 jam setengah di dalam bahasa Inggeris dan pandai pula mengira duit gaji. Tetapi jika kita fikirkan balik, beruk jika di latih menaip, lama-lama dia pun pandai juga menaip. IFC adalah menifestasi terhadap tindakkan mereka untuk membinatangkan umat Islam. Kebanyakkan manusia-manusia yang menganggotai IFC adalah manusia-manusia yang liberal. Apa itu liberal ?. Ah, pergi jahanam dengan definisi. Mereka-mereka yang liberal ini meletakkan logik mengatasi segala-galanya. Ya, sebagai manusia, kadangkala kita perlu juga memerlukan logik akal untuk menilai sesuatu perkara. Contohnya "Saya lapar. Logik untuk lapar ialah tidak makan" atau "Saya ngantuk. Logik untuk ngantuk adalah kurang tidur".
Tetapi tidak semua perkara yang kita buat didunia ini harus di logikkan. Dan disini hujah saya kenapa orang-orang IFC ini sebenarnya cuba untuk membinatangkan umat Islam walaupun mereka tidak sedari. Mereka cuba melogikkan akidah atas nama Hak Asasi Manusia.
IFC membenarkan semua manusia bebas untuk memilih agama sendiri walaupun ibu-bapa mereka Islam. Dan pada saya logik mereka adalah logik yang mudah, agama adalah nonsense. Agama adalah tools, agama adalah subject yang pasif seperti juga perayaan menyambut Tahun Baru atau 31 Ogos. Tanpa agama manusia masih boleh hidup dengan syarat manusia mampu membina piagam undang-undang sendiri. Jadi hujah saya, tanpa agama apa beza manusia dengan binatang ?
Islam memagari umatnya dari berkelakuan binatang dengan mengangkat akidah dan kepercayaan kepada Allah di tempat teratas. Mengangkat wanita di tahap yang tinggi. Jika ada yang berhujah, tanpa agama manusia masih mampu mencipta undang-undang, hujah saya pula, binatang juga mampu membina undang-undangnya. Lihat sahaja National Geography. Di rimba, si karnivor adalah pemegang status quo undang-undang. Mereka ada kawasan-kawasan mereka sendiri yang di tandai dengan air kencing. Binatang seperti kuda, seladang atau rusa ada kumpulannya untuk saling berinteraksi dan berjaga-jaga dari di baham si karnivor. Mereka mesti menjaga hak asasi mereka sendiri untuk melindungi hak-hak sesama kumpulan. Burung-burung melata di udara dan undang-undang bagi burung, mereka tidak digalakkan melata di darat kerana jika mereka melata di darat, mereka dikira mencabul Hak Asasi si zirafah, ayam atau itik yang tidak boleh terbang.
Pada saya, membenarkan agama Islam dibuka adalah satu tindakkan meletakkan logik akal semata-mata di peringkat teratas. Alasan hak asasi dan kebebasan beragama tidak mampu untuk menutup kehendak segolongan pihak tertentu dalam usaha menelanjangkan kesucian ugama Islam supaya senang diperlakukan oleh semua manusia. Mereka menyerang Islam menggunakan logik.
Saya berasa sangat terjentik apabila mengetahui matlamat IFC ini antaranya anak-anak muslim tidak wajar ikut menjadi seorang muslim seperti ibu bapanya. Terlintas di fikiran saya, apa jenis Hak Asasi yang mereka guna ?. Ya, saya berasa sangat emosi apabila diberitakan akan hal itu. Mereka seolah-olah sedang berusaha sedaya upaya dengan tangan-tangan mereka untuk meroboh dinding akidah Islam melalui perspektif kabur mereka. Dengan kata lain, mereka sedang dalam perjalanan untuk meliberalkan Islam itu sendiri. Mungkin mereka tidak sedari, tapi saya cukup faham akan hal ini melalui pandangan fikrah saya.
Baiklah, saya cuba kaitkan hal-hal majmuk yang sedang kita hadapi hari ini dengan cerita IFC ini. Hari ini rata-rata agama telah pun berjaya diperkosa dan di telanjangkan. Agama bukan lagi satu menifestasi atau kayu ukur dalam menentukan mana hak, mana bathil, mana haram, mana halal. Dan unsur yang menggantikan agama adalah hak asasi manusia. Disokong pula oleh logik akal semata-mata.
Contohnya begini, jika si Robert berzina dengan seorang gadis, agama (samada agama dari Injil, Al Quran atau Talmud) meletakkan hukum berzina ini adalah sangat hina dan kotor. Berzina adalah perlakuan yang buruk dan keji. Tetapi, jika Robert adalah pemegang mazhab hak asasi manusia yang meletakkan logik akal diperingkat tertinggi, mungkin baginya apa salahnya berzina ? Jika Robert dan si gadis itu saling mencintai, hubungan seks sebegitu adalah contoh luahan rasa sayang yang sepatutnya terjadi dikalangan manusia. Kenapa perlu di haramkan ? Berzina tidak menyebabkan ekonomi negara runtuh ? Berzina tidak menyebabkan jiran Robert mati terkejut. Berzina juga tidak ada kena mengena dengan kebuluran di Sudan. "Jadi apa salahnya saya meluahkan kasih sayang dengan melakukan hubungan seks bersama kekasih saya ?", kata Robert.
Dan memang sukar untuk menjawab akan hal ini menggunakan logik akal juga. Tapi bagi mereka yang "celik", disitu letaknya peranan akidah yang ada dalam Islam. Berzina adalah haram walaupun hak asasi manusia tidak menyatakan ianya haram. Bagi logik manusia "Apa salahnya berzina kerana berzina tidak ada kena mengena dengan ekonomi negara". Mungkin begitu. Tetapi pada pendapat saya, peranan akidah didalam Islam dalam meletakkan sesuatu hukum itu sebenarnya akan membezakan kita, manusia dengan makhluk-makhluk lain. Jika berzina hanya kerana ingin meluahkan rasa cinta dan sayang, jadi apa bezanya kita dengan binatang ? Lihat lah si lembu yang beromen ditengah-tengah padang ragut, atau si anjing yang melakukan hubungan kelamin ditepi jalan. Jika kita menarik agama dari memagari kehidupan manusia, akhirnya akan menyebabkan kita tidak ada bezanya dengan binatang. Dan akidah sebenarnya yang mengangkat martabat manusia ini jauh dari binatang. Dan ini yang tidak di fahami IFC.
Oh, ya mungkin ada yang bertanya. "Encik Roy, cuba engkau tengok ahli-ahli IFC itu. Mereka-mereka juga penganut macam-macam agama. Jadi tentu sekali mereka memahami agama mereka sebelum mereka menjalankan IFC. Tentu sekali mereka akan berkata bahawa mereka ada akidah dan mereka tentu berbeza dengan binatang". Ya, benar. IFC itu hasil buah fikiran gabungan-gabungan agama-agama Kristian, Buddha, Hindu. Tetapi apa yang mereka atau ketua-ketua mereka lakukan terhadap agama mereka. Lihat agama Kristian (agama nabi Isa) yang telah lama dibinatangkan sehingga tidak jelas disiplin-disiplin hidup dalam agama mereka. Mana halal ? Mana haram ? Dalam keadaan tertentu mereka menekankan berzina itu sebagai sesuatu yang haram, tetapi ianya di letakkan dengan maksud yang kabur kerana nafsu dan logik mereka membenarkan zina. Bila sesuatu itu kabur, mudah bagi mereka untuk meletakkan sesuatu perkara dalam keadaan yang boleh dipersoalkan.
Kitab-kitab mereka menekankan bahawa melindungi hak-hak wanita itu adalah wajib tetapi mereka pisahkan akan hal itu dengan kehidupan mereka sehingga kita dapat lihat hari ini hak-hak perempuan-perempuan mereka adalah cuma sehelai coli dan seluar dalam sahaja. Sains fesyen, ujikaji seks dan hiburan berjaya membinatangkan wanita-wanita mereka. Mereka menjadikan wanita-wanita mereka alat dalam melariskan barang, filem atau memuaskan nafsu. Jika agama mereka cuma sekadar di dalam kitab, dan hak-hak wanita mereka cuma sekadar sehelai coli dan seluar dalam sahaja, mana mungkin otak ahli-ahli IFC boleh mengaitkan antara akidah dan kebebasan beragama yang mereka war-warkan.
Jika seorang nyonya parti pembangkang yang rela dirinya dicium di khalayak, apa beza kelakuan nyonya ini dengan kelakuan binatang jantan-betina di zoo yang saling beromatika sambil disaksikan orang-orang yang yang membuat lawatan sambil belajar.
Dan dalam cerita IFC, mereka melihat pagar akidah umat Islam itu mencabar agama Hak Asasi Manusia mereka. Anak-anak Muslim yang lahir dari keluarga muslim membuatkan otak mereka semakin serabut. Logik mereka segera bergetar-getar. "Apa salahnya anak-anak ini memilih agama mereka sendiri ? Apa bezanya jika anak-anak ini berlainan agama ? Perbezaan agama tak akan mengganggu ekonomi negara. Perbezaan agama tidak akan menukar warna kulit seseorang". Itu barangkali hujah mereka. Sebab mereka tidak faham fungsi akidah dalam sendi-sendi kehidupan. Dan mereka juga telah lama menyalah tafsirkan kebebasan berakidah dan bagaimana akidah dalam Islam berjalan.
Islam adalah agama yang bukan sekadar agama. Sebab Islam itu sendiri mengajar pengikutnya tidak meletak logik dan hak asasi manusia mengikut akal semata-mata ditempat teratas. Benar, Islam membenarkan wanita bekerja. Jika ikut logik dalam Hak Asasi Manusia, apa salahnya wanita bekerja tanpa memakai tudung. Apa salahnya wanita bekerja di pusat-pusat hiburan selagi dia tidak dicabul dan hak asasinya di bawah deklarasi hak asasi manusia PBB ? Tetapi dalam Islam lain. Islam tidak meletakkan akal mengatasi akidah dan disiplin syariah. Sebab itu, protokol Islam mewajibkan wanita bekerja menutup aurat. Diharam bekerja di pusat-pusat hiburan. Kerana apa ? Kerana dalam Islam wanita itu jauh lebih mulia dari haiwan. Tubuhnya jauh lebih suci dari haiwan. Ruangnya jauh lebih tinggi dari haiwan. Pakaiannya, jauh lebih labuh dah tertutup dari sekadar coli dan seluar dalam. Dan itu sebenarnya protokol dalam Islam yang pada pendapat orang-orang liberal dan sosialis ini, Islam cuba menafikan hak wanita. Menafikan wanita bekerja. Menafikan wanita berfesyen. Nampak ? Islam cuba meletakkan wanita jauh lebih mulia dari binatang.
Saya cuma mengulas aspek IFC dari segi anak-anak orang Islam wajar diberikan kebebasan beragama. Aspek-aspek lain jika diulas dan diperhalusi, akan menghasilkan konklusi yang sama bagi saya iaitu pagar-pagar akidah Islam sedang diusahakan untuk dirobohkan supaya tangan-tangan ini mampu melakukan apa sahaja atas dasar hak asasi manusia. Saya ulangi balik penyata saya diatas, usaha IFC ini sebenarnya adalah satu usaha untuk membinatangkan umat Islam walaupun mereka tidak sedari. Dalam Islam, anak-anak yang lahir Muslim wajib didik dengan ilmu-ilmu Islam agar mereka ini terus menjadi Muslim. Kerana apa ? Kerana dengan menjadi muslim, akidah mereka akan memandu mereka kearah menjadi manusia. Bukan binatang. Dengan akidah mereka dapat bezakan antara arak dan susu. Zina dan kahwin. Mencari rezeki dan mencuri. Mereka dapat ilmu bahawa riba' itu haram. Mendedahkan aurat itu haram. Mencarut itu haram. Meninggalkan solat itu berdosa.
Jika IFC berjaya mengambil alih akidah dalam kehidupan anak-anak ini, pasti mereka akan menjadi bodoh dalam menentukan mana satu susu mana satu arak. Mana satu zina mana satu kahwin. Judi itu haram atau halal. Riba' itu haram atau halal. Solat itu ibadat atau ritual. Kerana apa ? Kerana hak asasi tidak pernah berjaya meletakkan akidah sebagai sesuatu yang logik. Logik gagal menerangkan kenapa kita kena berwuduk sebelum sembahyang. Logik gagal menerangkan kenapa berzina itu haram walaupun atas dasar cinta. Logik itu gagal menerangkan kenapa orang Islam wajib sembahyang lima waktu.
Jadi kenapa kita menolak IFC ? Kerana IFC meletakkan Hak Asasi Manusia jauh diatas berbanding akidah. Dan Hak Asasi Manusia ini cuma hasil kerja manusia atas dasar logik semata-mata. Menggunakan logik akal, membuatkan kita umat manusia (umat Islam khasnya) tak ubah seperti binatang.
Jangan sampai satu hari nanti jika orang tanya anak-anak kita "Kenapa ekau berzina ni ?". Dan dia akan jawap "Kambing Tok saya selamba beromen, takkan saya tak bole ?."
Pertahankan akidah kita jika anda yakin anda ada akidah.
No comments:
Post a Comment