Ads

Wednesday, April 27, 2005

Air Dan Teknologi

Ntah kenapa air tak keluar di setiap tandas di Republik MTDC UPM. Mesti ade paip pecah nih. Takpun toke MTDC tak bayar bill air. Semalam air cuma ada di tandas depan opis Makmal Institut Farmaseutikel Kebangsaan kepunyaan makcik mercedes merah yang selalu bagi notis pada kereta2 yang mencuri tempat parking dia. ha ha. Hari ni air langsung tak dak.
Air takde bukan masalah besar untuk aku. Lagi pun awal-awal pagi aku dah mandi. Tapi yang menjadi masalah adalah perut aku !. Lepas makan kuih pau sebijik dengan air milo, perut seakan menendang2. "Mungkin dia belajar teakwando !". Bancau...bancau...mana nak carik tandas nih ?.
Hanya satu tempat yang bermain-main dalam benak aku iaitu ...Masjid UPM.
Aku tak menunggu lama, sepantas kilat aku terus memecut ke masjid UPM tatkala jam menunjukkan pukul 11 pagi waktu republik MTDC. Dalam perjalanan, ternampak 2 3 orang sedang membaiki paip barangkali dengan basah kuyup. Kesian. Mungkin sebab tu kami (BACA : Perut kami) ketandusan air.

GANAS

Di Masjid UPM lain pula ceritanya. Bukan masalah air sebab setiap bilik air air deras sahaja keluar. Abg cleaner pun senyum-senyum sahaja masa mencuci tandas masjid. Mungkin dia tak menyedari penderitaan perut-perut sesetengah warga Republik MTDC-UPM.
Kali ni, masalah lain timbul. Di tandas lelaki (aku tak tahu samada tandas pompuan mengalami senario sama atau tak) hampir semua pintu takde penyelak. Bekas untuk penyelak pintu ade tapi besi penyelak takde. Maknenye aku akan menikmati suasana romantik aroma Sulawesi dalam keadaan tak selesa.

Cleaner : Diorang ni ganas2. Guna tandas sampai kopak2 pintu.

Lebih kurang camtu la ayat cleaner tu.

ps : operasi perut tamat jam 11.30.


Wednesday, April 20, 2005

Jangan Lacurkan Nasyid

Aku peminat kumpulan Raihan. Walau dalam masa yang sama aku jugak minat kumpulan Butterfingers, Greenday, Weezer, Sum41, Amy Serach, lagu-lagu 70's, Uji Rahid, Blues Gang, The Official.
Irama nasyid sudah menjadi satu medium biasa dalam dakwah masa kini. Rata-rata kalo tanya apa tujuan mereka aktif bernasyid, tentu sebabnye ingin berdakwah. Sekarang, kumpulan-kumpulan nasyid sudah berkembang besar. Kalau dulu aku hanya kenal 3 kumpulan nasyid pioneer iaitu Raihan, Hijjaz dan Robbani, tapi sekarang bersepah-sepah kumpulan nasyid yang aku langsung x kenal. Banyak atau sedikit kumpulan nasyid bukan satu masalah, dan ianya petanda positif bahawa sastera / seni berunsur dakwah sudah berkembang dan di terima.
Tetapi persoalan sekarang kumpulan nasyid nih rasanye terjangkit dengan budaya pop meleweh2. Kumpulan nasyid baru2 (x semua barangkali) nampak nye begitu menjiwai nasyid barangkali sehingga sanggup membuatkan nasyid2 itu sungguh mendayu2 dan meleleh2 tak ubah seperti kumpulan pop spoon atau spin cuma yang bezanya adalah lirik. Melodi-melodi ini seperti sampah2 di telinga aku (Hanya melodi. Jgn salah faham). Aku begitu geli !. Tolong jangan lacurkan nasyid!
Lagu meleleh pasti membuatkan pendengar runtun jiwa dan mungkin pendengar menangis......bukan sebab lirik pujian2 tetapi kerana melodi yang mendayu. Melodi melankolik leleh adalah keutamaan dari lirik dan bait2 lagu yang ingin di sampaikan. Itu la senario nasyid zaman kini. Nasyid melayu (hanya melayu suka meleleh-leleh) kebanyakkannya langsung x membina jiwa yang kental. Macamana nak kental kalo dengar melodi, tubuh badan boleh lemah gemalai dan yang lebih teruk, jiwa menjadi sungguh meluat dan geli mendengar melodi2 tersebut. Sekarang nih ade kumpulan nasyid yang guna petikan gitar dan bunyian drum. Aku x sure samada di benarkan atau tidak perkusyen-perkusyen nih tapi kenapa mesti guna gitar dan drum ?. Nak tunjuk yang lagu nasyid bole sesedap lagu Awi kalo ber drum ?. Atau lagu nasyid bole menyamai tangkap lentok Edi Hamid kalo bergitar ?. Nak menunjukkan yang nasyid sudah keluar dari kepompong ortodok dan masuk ke alam kotemporari ?. Aku lebih menjiwai lagu-lagu kemanusiaa M. Nasir atau Yusuf Islam atau Ebit G Ade atau Raihan walaupun antara mereka hanya menggunakan perkusyen-perkusyen ringkas dan bersahaja. Mungkin cara Soldier Of Allah meluahkan perjuangan umat lebih terkesan dari melodi2 longlai tahap tangkap leleh punya hasil nukilan anak-anak muda nasyid Malaysia. Kesian mereka.

Tuesday, April 19, 2005

Kisah Di Petang Yang Tragis

Angan2 dah ada. Mahu jogging petang nih untuk memenuhi janji perut.

perut : Kau mesti jogging petang nih. Aku juga mahu nampak hensem seperti perut lain.

Walaupun baru 6.30 tapi rasanya masih sempat berjogging nih. Sedang girang nak berjogging, aku gagahkan jugak kaki untuk mengambil track suit di keter. Tiba-tiba.......(sila sambung ayat ini dengan 180 patah perkataan. Hantar selewat2 nya 20 April 2005. Siapa lambat akan didenda - Cikgu Jamilah)
Aiseh, aku lupa bawak track suit. T-shirt jek dah ada 2 helai. Takkan nak jogging pakai t-shirt ngan seluar opis. Sentul, sentul.





Sunday, April 17, 2005

Pagi tadi ada ultraman

Sebelum ke opis, aku menonton televisyen sekejap. Ade ultraman. Ultraman yang aku tengok kat tv tu hampir sama ngan ultraman yang aku tonton 13 tahun dulu. Dengan baju getah kalis koyak warna merah belang2 putih, tanduk tajam dari belakang tengkuk sampai atas dahi dan yang paling special lampu dia. Lampu keturunan ultraman dari hari ni yang aku lihat sebijik ngan ultraman 13 tahun dulu. Ketika hampir kalah, lampu ultraman akan bertukar warna kuning oren tanda 'warning'. Masa ni ultraman akan mengerah sepenuh tenaga dengan aura2 dari tangannya untuk meletupkan rasaksa.
Ultraman adalah nostalgia. Mungkin pelakonnya berubah, pengarahnya silih bertukar, kapal terbang unit anti-rasaksa lebih moden dari sehari ke sehari, pistol semakin canggih tapi ultraman tetap ultraman. Nak tak nak kita terpaksa akui bahawa Ultraman adalah sebahagian dari cerita sejarah masyarakat. Ultraman adalah wira anak-anak kecil dan anak-anak kecil itu mungkin telah dewasa hari ini dan mungkin telah mempunyai anak-anak sendiri. Bertuah ultraman kerana peminatnya bukan sahaja 1000 atau 2000 orang tetapi melibatkan generasi demi generasi.

ps : Kalo aku kawin aku nak jemput ultraman datang kenduri.

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, April 14, 2005

Niat kena betul

Baru semalam aku jogging. Berjongging untuk bekalan sebulan. Sebelum ni bukan tak jogging pun. Perancangan jogging dah di buat waktu opis hour lagi. Tapi bila sahaja petang, jogging kami akan berlangsung di kedai mamak.

Aku : Teh tarik satu roti bakar satu. Ko nak order ape?

Maka, akhirnya hanya perut2 kami yang berjogging. Sambil-sambil tu bole la bercerita tentang movie2 baru, teknologi angkasa Amerika, awek2 cantik masa kat kampus, menghina kerajaan dan bergelak2.

Protokol

Sebelum aku mulakan bicara, aku nak nyatakan yang bicaraan aku nih xde kena mengena ngan Network Protokol Unit.
Begini la kalo terikat dengan protokol. Nak jumpa orang atas kena smart, baju masuk dalam dan rambut belah tepi. Kasut jangan lupa di kiwi. Pakai tie !. Sebab suma nih lambang keperibadian dan membuatkan kita lebih yakin.
Tapi penting ke suma nih ?. Cemerlang ke kita dengan cara macam nih?. Kita akan jadi warga negara maju ke tak lama lagi ?. hu hu. Pada aku, di ulangi PADA AKU protokol hanya perkara yang menyusahkan. Kita menjadi bebal dengan perkara yang remeh temeh. Makan sup mesti pasai sudu saiz 2 1/2. Pegi kuliah mesti pakai baju kemeja plain colour, seluar hitam, kasut kulit dan ber neck tie. Jangan lupa, rambut mesti paras atas telinga. Botak lagi bagus.Ha ha. Protokol adalah senarai panjang peraturan-peraturan bagi perkara yang kita buat hari-hari supaya tindakan yang kita buat tidak di lihat negetif oleh orang lain. Protokol adalah bawaan tuan-tuan orang putih ke Malaysia. Zaman penjajah dulu boleh la. Protokol juga membuatkan rasa rendah diri semakin menjadi2. Orang yang besar diri semakin besar2. Mengikut protokol membuta tuli akibatnye akan hilanglah budaya menegur. Menegur mesti ikut protokol. Takut untuk mengkritik. Sebab mengkritik tanpa protokol akan diambil tindakkan (di pecat+ditarik balik gelaran+di buang kolej) Minda beku dan bebal akibat kurang kreativiti dan literal thinking. Protokol membuatkan manusia, patung dan robot sudah xde bezanya lagi. Hasilnya, kita tak mampu melahirkan masyarakat2 berani bersuara, berani bertanya. Nak mintak keje mesti berlatih tulis resume. Mencuri lebih baik dari meminta.
Berkeperibadian tinggi tak semestinya mengikut protokol. Ianya terhasil dari asuhan. Berkeyakinan tinggi xde kena mengena dengan protokol. Jika kau hebat menyanyi hasil usaha kau, dengan semulajadi kau akan yakin untuk menjuarai Bintang RTM atau Malaysian Idol. Protokol yang menyusahkan akan membantut perkembangan minda kreatif. Perkara-perkara feudemantel khususnya dalam sains (penciptaan teori2 tinggi, reverse engineering, problem solution) memerlukan minda yang bebas dan terbuka. Protokol hanya membataskan keterbukaan minda kerana protokol itu sendiri melatih manusia mengikut garis panduan yang tersedia tanpa banyak soal jauh sekali untuk mempertikaikannya. Jangan banyak tanya. Hanya baca dan ikut.



Thursday, April 07, 2005

Takkan toleh ke belakang

Bila idea keluar secara seranah dari mulut, dan idea ini membuatkan aku rasa aku kena amik master by research, memang aku takkan lepaskan. Aku memang malas nak amik master nih. Dari dulu aku niatkan dalam hati yang degree ni adalah zaman belaja aku yang terakhir. Tapi idea sembrono yang keluar ketika minum2 dengan Najib kat kedai Azwath membuatkan aku berubah fikiran. Aku goyah, adakah aku xde pendirian?. Atau aku cuma hangat2 tahi ayam. Atau hangat2 tahi aku sendirik ?. Adakah suatu hari nanti aku akan amik master gak ?. Sebab semuanya akan menjadi kenyataan bila mana aku baru antar email kat Timbalan Dean untuk Postgraduate UPM.

Nano

Teknologi ini yang aku bualkan dengan Najib. Perbualan kami mulanya berkisar tentang iklim motivasi untuk awek, kemudian kami singgah untuk issue pendatang haram, kemudian tetiba kami terbicara pasal kejadian alam bukti kewujudan Allah dan akhirnya kami terberbicara tentang teknologi omputih dinamakan nanoTECH.

Aku : Bayangkan sila suma menda ada IP dan kereta tidak lagi perlukan enjin. Suma enjin ada dikilang dan kete perlu IP untuk connect engin supaya keter berjalan.

Mungkin aku akan buat master tentang ini. Jika aku terpaksa jual Suraya mengantikannya dengan kenderaan lagi buruk dan murah, aku sanggup lakukan. Aku tak akan menoleh kebelakang lagi.

Tuesday, April 05, 2005

Cerita untuk kawan

"Jarang ko update blog hari-hari !"

Bukan sehari aku kenal Q Miswandi. Bukan sehari juga aku kenal Haiza. Aku dah kenal dia sejak aku embrio lagi di UNIMAS. Masa tu tahun 2 kot.

Mazlan Miswandi Dan Haiza

Aku malas nak sebut Q untuk Mazlan dalam blog nih. Nama dia memang Mazlan tapi sengaja orang panggil Q. Kenapa panggil Q. Q is for Quality ?. Oh damn ! Baru pagi tadi aku chat ngan dia. Aku terpaksa guna amsn_0.94 supaya dapat gunakan MSN Messanger. Kat opis dia tak bole guna YM.

Q Miswandi : Intel strict giler

Dan sepanjang kami berchat, banyak juga yang kami carut kan. Istimewa sungguh hari ini. Aku takde gambar dia sebab dia ni bukan cun sangat. Buang masa simpan gambar dia. Buat busuk poket seluar jek. Di kampus, aku bole ketegori kan si Q ni antara yang pendiam. Dok dalam kelas kat belah2 belakang sambil diam2 kami main sms dan kekadang mengutuk Encik Alvin. ha ha. Hasilnya kami dapat jawab soalan subjek Projek Management dengan cemerlang gila babi. So, kutuk la lecturer anda sepuasnya, untuk markah yang tinggi melampau.

ps : Untuk adik-adik yang berakhlak tinggi, adik-adik bole nyahkan nasihat sesat abang nih.

Haiza ?. Ayu ke dia ?. Sure adik dia cun gila. Haiza ni satu batch ngan Mazlan Miswandi dan amik diploma sama dengan Za. Dulu pernah dok satu lab dengan aku, lab CGI. Tapi aku lupa apa aku belajar kat lab tuh. Sekarang dia berada di KLCC kerje dengan kompeni cina Singapore. Jangan tensen2 lagi yek ! Ada masalah ngan java lagi ?. Abang google kan ada. Takpun YM jek aku insyaallah.

ps : haiza bole dilawati di
www.haiza.blogspot.com

Monday, April 04, 2005

Wayang Dan Perempuan

Sabtu kelmarin aku membawa diri ke Ipoh. Tujuan aku cuma nak tengok-tengok Ipoh samada sihat ke tak. "Bukan ko jumpa sama bunga ko ke ?". Aku bertanyakan Lyidia tempat makan mana yang best di Ipoh. Nah !, jawapannya adalah dia tak tahu dan yang dia tahu cuma masakkan mak dia je.

Lyidia : Lydia mana la biasa makan kat luar. Hari2 makan kat umah je.

Dasar anak mak. Akhirnya aku mengunjungi Mee Rebus Ramli untuk kesekian kalinya. Masuk ni dah 2 kali makan mee rebus. Kalo kawin esok, mesti jemput Ramli ni pi umah aku tanda berterima kasih sebab menjadi sebahagian dari kisah cinta kami.Kalo jadi kawin la.

The Eye 10

Aku menonton wayang nih 2 kali. Pertama kali aku menonton di Mines berseorangan. Kali ni Lyidia ajak tengok setelah citer Sepet dah lama abis dan tak sempat plak nak tengok.
Kali ni menonton, panggung wayang di penuhi kebanyakkan orang pompan. Mostly Chienese la termasuk si Lyidia nih. Bezanya Lyidia ni anak Cina celup. Mak je Cina, bapak melayu tulen !.
So, aku dah mengetahui jalan citer nih secara penuh, jadi takde la perasaan takut bila menonton babak2 seram. Yang tak bestnya, bila panggung wayang di penuhi pompuan, sure la dah jadi cam fun fair. Ade yang terjerit-jerit. Hantu tak keluar lagi pun dah terjerit2. Bukan nak kata amoi-amoi lain, si Lyidia ni gak sakan le menjerit. Siap tutup-tutup mata. Terutama bila babak dia panggil hantu makan. Aku steady jek. Sebab aku dah tengok citer nih ari tuh. Aku siap tergelak-gelak tengok orang menjerit-jerit. Dah tahu takut jangan le tengok citer hantu.
Kesimpulannya, jika anda menonton wayang seram, pastikan penonton adalah bukan majoriti kaum wanita. Jika tidak anda akan rasakan diri anda di sebuah fun fair bodoh. ha ha.

Lyidia : Cakap orang pompuan bodoh ek ?. Kalo nak yang pandai sangat, bercinta la ngan lelaki !

Image hosted by Photobucket.com