Di universiti dulu, saya pernah bekerja sebagai kartunis di Utusan Sarawak semasa menjalani latihan praktikal di sana. Waktu itu, saya cukup-cukup desprate. Jika di poket ada 2 ringgit, rasanya sayalah orang paling bahagia di dunia ini. Satu ringgit saya laburkan untuk perut saya, dan satu ringgit lagi untuk perut kekasih saya. Jika perut kekasih saya sudah kenyang, maka boleh la saya menunggangnya untuk menghantar kartun di bandar lagi.
Saya seorang yang meminati seni. Walaupun saya bukan orang seni. Saya tahu saya buta seni, tetapi saya amat meminati dan menyanjungi seni. Sesuatu yang abstrak kebiasaannya berjaya merungkai persoalan-persoalan pelik secara halus dan adil. Contohnya begini. Jika seseorang sedang jatuh cinta, jiwa mereka kebiasaannya bercampur baur. Antara suka dan gembira bercampur dengan gemuruh dan curiga bercampur dengan cemburu dan syakwasangka dan macam-macam lagi. "Cam ada pengalaman je ?. Ha ha..ok teruskan...".
Bagi saya, perasaan orang bercinta sangat bercampur baur dan terlalu compleks. Sebab itu seseorang yang bercinta kebiasaannya, gemar sesuatu yang berbunga-bunga dan romantik. Kenapa ?. Kerana mereka sebenarnya cuba memahami sendiri ke'komplek'san ini, dan melakarkannya melalui medium yang sangat-sangat halus, supaya akhirnya lakaran itu tampak indah dan tiada kecacatan. Seperti menarik rambut dari tepung. Dan ini lah sebenarnya cabang-cabang seni. Sesuatu yang halus yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang kompleks. Dan akhirnya yang kompelks itu tidak rosak, dan yang halus itu nampak sungguh cantik.
Bukan sahaja dunia cinta. Ada orang gunakan seni untuk melakarkan kekompleksan hidup. Ada yang menggunakan seni untuk menggambarkan jiwa bebas dan anti perang. Seni untuk jiwa yang kosong. Seni untuk seorang idola dan macam-macam lagi.....
Hari ini, saya dapati seni bukan lagi terletak dalam bulatan pemikiran eksklusif orang-orang yang berbakat. Ianya telah menjadi satu per tiga dari diri kita sendiri. Hari ini seni tidak lagi boleh dikaitkan dengan pengertian menghurai sesuatu yang kompleks dan komplikated. Seni pada masa ini adalah hak semua individu. Orang Felda yang langsung tidak belajar tentang seni juga bole melukis gambar ketua kampung mereka sedang meliwat kambing jika mereka tidak menyukai ketua kampung itu. Seni sudah dirojakkan. Seni sudah terbuka untuk semua individu samada sebagai lidah provokasi, penghinaan sehinggalah kepada mewujudkan pertentangan dan menurunkan nilai diri seseorang. Adakah seni berjaya diliberalkan atau sebenarnya seni itu sediri dikambinghitamkan untuk mencapai tujuan tertentu. Adakah kita sedang memerhatikan satu perkosaan seni yang paling teruk sepanjang alam semesta ini diwujudkan Tuhan ?.
Dan apa yang saya lihat dan baca, lukisan dalam Jyllands-Posten adalah salah satu pemerkosaan seni yang paling kejam. Lukisan berjumlah 12 keping itu sebenarnya mudah untuk di fahami. Tidak perlu kita menggaru2 dagu untuk memahami lukisan berkenaan kerana lukisan tersebut tidak langsung menyimpan pengertian yang tersirat. Ia dinukilkan secara terus terang dan seorang budak yang belum baligh pun mampu memahaminya secara terus terang juga.
Lukisan 12 keping Jillands-Posten dilakar untuk menimbulkan kebencian seluruh umat Islam. Saya sebagai seorang yang berpendirian terbuka dan rasional, saya menolak seratus peratus lukisan tersebut. Walaupun saya seorang yang menyokong penuh hak kebebasan bersuara, tetapi isu 12 keping kartun itu bukanlah wajah sebenar kebebasan bersuara yang saya idamkan selama ini. Kebebasan bersuara bukan bermaksud kita bole bersuara terhadap apa sahaja perkara termasuk merendah-rendahkan martabat kepercayaan seseorang. Pada saya, kebebasan bersuara hendaklah dipandu dengan fikiran yang rasional dan saling menghormati. Semua perkara yang kita buat di atas muka bumi ini sentiasa mempunyai objektif tersendiri. Begitu juga dengan kebebasan bersuara. Orang yang mempunyai objective yang positif akan menggunakan kebijaksanaan fikiran dalam kebebasan bersuara. Cuma dalam hal Jilland-Posten ini, objective sebenar adalah kabur dan karut. Cuma pada saya lagi, ianya adalah agenda tertentu untuk matlamat yang tertentu. Mari kita bincangkan.
Amerika sedang mengalami kekalahan paling teruk di Iraq dalam sejarah perang. Sehingga kini bermacam-macam strategi ketenteraan telah digunakan di merata-rata ceruk di bumi Iraq, namun tiada satu pun yang berjaya secara total. Samada di Falujjah, Baghdad, Al-Qoim atau di mana sahaja, gerila mujahiddin masih lagi utuh dan kukuh. Amerika semakin terdesak di Iraq. Selain Arab Saudi, keperluan minyak dunia dan Amerika khasnya terletak di bumi Iran dan Iraq. Tetapi Amerika gagal meletakkan titik perhubungan yang akrab di kedua-dua negara ini seperti mana persahabatan Amerika dengan Pak Arab di Saudi. Oleh itu, ianya meletakkan Amerika Syarikat dan kabal-kabal neo-con dan Bilderberg seperti di bottle-neck. Sangat-sangat tersepit.
Iran merancang untuk membuka bursa minyaknya pada lewat tahun 2005. Dan mungkin ditangguh sehingga musim luruh 2006 untuk bersaing dengan NYMEX dan IPE. Perdagangan ini akan menggunakan Euro sebagai matawang utama. Jika ini terjadi maka matawang Amerika, greenback akan menggelungsur dan tidak lagi bernilai. Ianya bakal menjadi kertas-kertas tandas sahaja selepas ini.
Seperti tulisan Patrick Meloy dalam N-SPAR, sejurus sahaja Eropah punah ranah selepas perang dunia ke-2, Amerika telah menubuhkan Plan Marshal dimana Amerika telah meminjamkan sejumlah besar dollar kepada Eropah, dengan satu syarat iaitu segala peralatan dan perkhidmatan mesti dibeli dari Amerika Syarikat. Dan seperti majik, prasarana dan industri Eropah naik semula dan kapitalis-kapitalis Amerika membuat keuntungan yang lumayan.
Disebabkan dollar yang dilambakkan di Eropah dengan begitu banyak, akhirnya mereka menggunakan dollar itu membeli peralatan dan perkhidmatan antara sesama negara Eropah termasuk juga minyak dengan Timur Tengah. Faktanya, telah muncul dua pasaran tenaga iaitu IPE dan NYMEX dalam urusniaga penghasilan tenaga dan kedua-duanya menggunakan dollar sebagai matawang utama.
Pada tahun 1970 an, Amerika telah membuat perjanjian dengan Arab Saudi agar perniagaan minyak antara mereka mesti mengguanakan dollar. Ini telah menjadikan matawang dollar(greenback) sebagai matawang utama dunia dalam urusan jual beli tenaga. Maka, lebih banyak matawang dollar di cetak tanpa risiko penurunan matawang, dan berlungguk di persisiran, didalam bilik kebal bank-bank pusat seluruh dunia yang akan digunakan untuk membeli dan menjual tenaga.
Disebabkan sekarang ini, semua bangsa berhadapan dengan pasaran bebas dan globalisasi, kebanyakkan peniaga-peniaga Amerika lari ke dunia ke 3 untuk mendapatkan pasaran tenaga buruh yang murah dan untung yang lebih. Maka berlakulah apa yang dipanggil "kitar semula dollar".
Perpindahan para peniaga ke negara dunia ke 3 menyebabkan pengangguran bertambah dan penghasilan berkurangan. Maka, untuk menampung kerugian ini, kerajaan Amerika terpaksa meminjam dollar dari bilik-bilik kebal bank-bank pusat seluruh dunia yang hanya menyimpan debu sahaja. Amerika mencetak dollar untuk kegunaan diluar negara dan kini terpaksa mengambilnya kembali. Ini lah yang dinamakan "kitar semula dollar".
Kita semua tahu akan momokan perang di Iraq. Iraq bukan lah pengeluar WMD (Weapons of Mass Destruction). Perang di cipta disana kerana Saddam telah melakukan jenayah besar kerana menerima Euro sebagai matawang jual beli minyak. Iran, Korea Utara dan Vanezuela telah melambakkan dollar mereka dan OPEC telah menerima perwakilan dari EU kerana berjaya menerangkan tentang kebaikkan Euro berbanding dollar. EU hari ini adalah pengguna terbesar minyak dengan jumlah rakyat yang lebih ramai dari Amerika. Maka EU telah muncul sebagai pencabar dollar itu sendiri. Dan untuk menunjukkan yang Amerika memang tak bersetuju dengan penggunaan Euro sebagai matawang jual beli minyak, perang Iraq atas alasan 9/11 di mulakan sejurus Iraq bertukar ke Euro lewat tahun 2000. Kita boleh memahami kenapa Jerman, Perancis dan Russia menentang ketika AS menceroboh Iraq kerana pertukaran kepada matawang Euro akan merupakan kejayaan ekonomi yang strategik buat mereka.
Dalam tahun 2003, Iran mula menggunakan Euro sebagai matawang jual beli minyak. Akibatnya, AS dengan tipu dayanya muncul dengan idea senjata nuklear. Amerika sedang mengalami kekalahan teruk di Iraq, dan tak mungkin gerombolan tentera yang banyak mampu digerakkan ke Iran pula.
Pada saya ada dua kemungkinan jalan yang akan digunakan oleh AS. Pertama adalah peluru nuklear itu sendiri. Dalam tulisan Rory Winter, kuasa-kuasa seperti Rusia, India dan China akan mempertahankan hak Iran membangunkan nuklear untuk kedamaian. Amerika sedang melobi PBB untuk melakukan sekatan ekonomi terhadap Iran. Jika ianya tidak berjaya, Iran akan berhadapan dengan seekor harimau yang gila. Samada AS dan UK bersekongkol melancarkan serangan nuklear tau bersama Israel. Atau Israel bersendirian melancarkan nuklearnya. Jelas sekali tiada akhbar di dunia berani menyiarkan pendapat ini. Kerana institusi-institusi media adalah di bawah kuasa kumpulan perang di Washington dan Blair.
Kedua, dengan menyorot Eropah sendiri kedalam perang Iran. Untuk memulakannya, maka provokasi harus digerakkan. Sebab itu munculnya 12 lakaran kartun Jyllands-Posten. Merete Eldrup, adalah pengarah urusan kepada Jylland-Posten. dan suaminya Anders Eldrup adalah ahli kumpulan Bilderberg yang juga Pengerusi DONG (Danish Oil and Natural Gas). Dan Bilderberg ini adalah badan dianggotai kumpulan neo-con Bush yang memang berjiwa minyak dan perang. Sila google benda ni dan anda akan jumpa !.
Adakah penyiaran kartun ini ada kaitan terhadap tektik Washington untuk memerangi Iran ?. Lain kali aku cerita......dah pukul 11 malam. Gila apa duduk kat opis sengsorang..Chiow.
Hidup revolasi !. Hidup revolusi !
No comments:
Post a Comment