Ads

Friday, January 14, 2005

Jumaat dalam Januari

Kereta Satria

Memang sukar untuk di mengerti kan...Terlampau banyak dugaan dan cabaran harus ditempuh untuk insan bernama Encik Roime..Dan yang pastinya kesabaran itu perlu untuk menggalasnya...Aku dah booking kereta Satria SE 1.3 warna hitam pada hujung Disember. Dan yang pasti kemungkinan aku akan dapat keter tu dalam masa 2 atau 3 bulan depends pada loan bank lah...Kalo loan approve dalam masa terdekat maka aku akan menaiki kereta dengan memakai Ray Ban hitam la awal bulan satu...
Hari berganti hari, jam berganti jam, minggu berganti minggu, toke kete mahu pun salesgirl dia senyap seribu bahasa. Bukan kata nak inform perkembangan terbaru ttg loan bank malah nak bertanya khabar pun jauh sekali.."Ape jadahnye toke kete nak bertanya khabar kat ko"...Hmmm, aku agak memahami la walau tak banyak yang aku tahu tentang dunia jual beli keter nih, dan peristiwa ini betul2 membuat kan aku tertekan dan berbau busuk...
Nah, bila aku call semalam (13.1.2005), salesgirl memberitahu aku yang loan tak mark up dengan bank...bermakna bank x percaya sgt ngan kete yang x berapa laku di pasaran "second hand car" tatkala andaikata kereta ini di tarik balik...Maybe bank tak nak menanggung rugi hatta x yakin yang aku lebih hensem dari toke bank berkenaan...Pi mampus lah...Ini bermaksud, loan akan diberikan dengan syarat percent pinjaman akan di kurangkan dan aku terpaksa bayar mark up 10 %..."Gila ah...Ko bole menganalisis pasaran keter dengan mudah...! ko tak nak jual insuran kete?.."
Hasil perbincangan aku ngan Oli, nampaknye aku kena bersabar sikit dan try usya2 keter 2nd hand kat area2 lembah Klang...

Black Out

Aku baru masuk line ke 15 untuk kod sumber NoCat ketika cuba memodified Perl script untuk NoCat gateway. Tetiba ...pop...sekali black out la..Lubang hidung Ina kelihatan kembang kuncup kerana hidungnya cuba mengambil peranan deria mata yang kurang jelas dalam gelap. Mungkin untuk mencari pintu keluar."Kurang ajor la..Bongok !", kata Ina kepada penulis..
Dan ketika sumanya lumpuh , aku, Ina, Nadia dan Amin lantas kuar berjalan2 di Mines..Sekali Mines pun gelap la....ha ha ha...Dan yang pasti, khabar yang di terima mengatakan area2 lembah klang, NS, Melaka dan Johor bergelap untuk seketika memandangkan gear elektrik di pusat pencawang di Klang terpelanting..Mungkin gear tu bersilat dengan orang TNB...

gear = Ingat senang ke jadi gear ?...Masuk opis kol 8.00 balik umah kol 5.00...Gaji tak cukup, utang Along lagi, kete lagi, makan lagi....

Dalam kegelapan kami berjaya jugak makan di food court sambil terkenyang girang !...Kami balik pukul 3 lebih dan suasana opis masih gelap gulita....

Kenangan bersama Akub

Jika kau membaca blog ku ini wahai Akub, ketahuilah yang gambo2 ko telah di proses dengan jayanye..Dan kesimpulan yang bole di buat dari gambar2 nih, adelah, hanye ko sahaja yang layak untuk memperaga tubuh mu secara haram dan ghairah dengan 2 3 keping bulu2 dada dalam sessi fotografi..Jangan salahkan tubuhmu jika ianya masuk dalam majalah Maskulin..Bukan ke ko penah jadi jejaka pilihan untuk majalah Maskulin semasa di Marriott Hotel..mua haha .... Seorang yang tersohor di Sekolah Sultan Muhammad di samping senior yang tercinta Khai dan Azmir Punjut, Akub cuba membuang imej orang baik2 dan gambar2 ini membuktikan siapa Akub sebenarnya....



"Gerek kah aku tanpa spek ?...Aku atau Stephen Chow lebih gerek ?..."



Sebahagian warga Network Protokol sebelum semayang Jumaat..Laksana pendekar melayu mahu keluar menghunus test pen membuka housing Traffic Generator..hiarkk



"Ade tahi di tudung ko"



Aksi lakonan pelakon amatur tahap darjah 3 jujur..



"Aku paling suka gambar nih" - Peminat sulit

Ok la Kob...Semoga ko berjaya di dunia luar...Salam ikhlas dari aku....Semoga jumpa lagi...Ade mase mintak la keje kat sini...hu aha..

1 comment:

Mohammad Shah Rizan said...

wah wah ko dah beli keta dah yer.. ish ish ish.. aku lom lagi maybe beberapa bulan akan akan dtg huh sedih sedih.. kenape tak beli wira aeroback lagi best atau alang2 waja ker Gen-2 ker hehehe...