Ads

Friday, September 15, 2006

LUBNAN : ANTARA JIHAD DAN DARAH

LUBNAN : ANTARA JIHAD DAN DARAH


Sudah lama rasanya saya tidak menulis di dalam blog ini. Bukannya tidak ada isu, berderet juga issue yang berlaku sepanjang 3 atau 4 bulan kebelakangan. Paling terkesan sekali adalah pabila adik-adik saya hancur tubuhnya di Lubnan. Ya, hati saya benar-benar terusik. Sama terusiknya ketika membaca kisah saudara saya Anwar Ibrahim ditelanjangkan polis lalu sambil di bawa meronda-ronda di sekitar hospital tempat dia di rawat. Ops, saya tidak berniat untuk menjadi pembodek politik Saudara Anwar. Dia langsung tidak mengenali saya sekalipun. Dan saya langsung tidak ada kena mengena dengan dunia politiknya.

Jenuh saya berfikir, apa jenis sistem yang kita huni di dalam dunia ini. Sistem yang kuat diatas, yang lemah di bawah. Yang pandai menindas yang bodoh. Si kaya semakin kaya, si miskin semakin miskin. Yang berilmu terus bernafsu mengumpul harta untuk keluarga sendiri. Yang ber'jet' mengebom orang awam di bumi. Yang berpisau menyembelih anak-anak yang tidak mengetahui apa-apa.

Saya sedari, ramai yang marah, terkejut, sedih dengan bermacam isu yang berlaku dalam 3 atau 4 bulan kebelakangan. Samada ianya berlaku nun jauh di Beirut, sehinggalah ke Kubang Pasu, Kedah. Apa yang berlaku saya fikir adalah ujian dan nikmat Allah untuk hambanya yang benar-benar memahami.

Sewaktu saya memandu pulang dari ofice tempohari, seringkali juga minda saya berputar-putar memikir apa natijah disebalik semua kejadian yang menimpa umat. Dan pada satu peringkat, akhirnya minda saya yang sangap dengan benda-benda lagho duniawi, muzik-muzik rock dan gadis manis McDonald Balakong ini membuat kesimpulan sendiri...untuk diri sendiri. Minda saya berkata, disebalik kesengsaraan yang maha azab untuk umat Islam diseluruh dunia hari ini akibat tangan orang-orang kafir dan munafik, sebenarnya disitu tersemat seribu satu cahaya dan kebaikkan. Teringat saya kepada seorang ilmuan Islam yang saya sudah lupa namanya, katanya jika kita terpaksa membayar beberapa sen untuk masuk ke tandas yang hina itu, inikan pula syurga yang mahal harganya. Untuk masuk ke syurga, harganya bukan percuma. Harganya juga bukan gandaan 10 untuk dollar, atau sama amaun seperti kita masuk ke jamban di Kota Kuala Lumpur atau Balakong. Harga syurga itu adalah harga untuk diri kita yang kita serahkan kepada Tuhan semesta alam. Jika diri ini dinilai Allah sebagai seorang yang beriman dan tawadduk, maka bersyukurlah kerana harga diri kita akan dibalas dengan ganjaran syurga. Jadi apa pula ganjaran untuk kita, jika di hari kiamat pabila Allah Ta'ala menghitung diri ini, tiba-tiba kita dapati, diri ini cuma berharga 30 sen sahaja. Sama nilai untuk memasuki sebuah jamban ?. Kesimpulannya jangan salahkan sesiapa jika di hari kiamat, harga diri kita ini hanya layak untuk sebuah jamban bahkan lebih teruk lagi...diri ini hanya layak untuk sebuah neraka !

Otak saya terus berputar-putar disebalik jiwa yang hiba dengan wajah-wajah bocah-bocah kecil yang bersepai kaki dan tangan di bom Zionis laknatullah. Ya, otak saya yang dianugerahkan Allah ini lantas membuat kesimpulan kedua. Kenapa Allah Taala bentangkan semua ini untuk kita umat Islam. Kenapa Allah tidak turunkan burung-burung membawa batu-batu panas sepertimana Allah Taala turunkan burung-burung yang menghancurkan Abrahah ?. Pada saya, disitu terdapat jalan untuk kita. Kita sebagai umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah. Bahkan sahabat-sahabat Nabi juga telah meninggalkan kita terlalu lama. Alhamdulillah, umat hari ini masih ramai yang berada di dalam syariat, tetapi zaman ini adalah zaman yang jauh dari lingkungan dakwah zaman-zaman para Tabi'in dan ilmuan-ilmuan. Ibarat, air laut yang mendarat digigi pantai, kita boleh banyangkan jika umat-umat terdahulu laksana sekumpulan air laut di samudera berantai-rantai membentuk ombak yang tinggi, umat Islam hari ini seperti saya ini boleh dibayangkan hanya seperti ekor-ekor air laut di gigi pantai yang tidak lagi mampu membina ombak, tetapi hanya sekadar mampu menghasilkan buih-buih yang bertimbun-timbun dan tidak cantik.

Jadi, saya persoalkan sekali lagi kenapa Allah Taala membentangkan semua ini ?. Dan hati saya secara analitik merepresentasikan keadaan-keadaan semua ini. Mungkin untuk menenangkan hati. Mungkin juga untuk membangkitkan kembali jiwa jihad yang lama sudah terkubur dek kerana Siti dan Dato K, Mawi, Zinadine Zidane, Ronaldinho, jersy MU dan Chelsea, gadis manis penyeri McD di Mines dan Midvalley, filem-filem Hollywood di TGV...awek cun department HR di tempat kerja dan...etc..etc....Pada saya, sekaranglah Allah Taala memberi kita peluang. Peluang untuk menilai diri ini, adakah layak untuk syurga paling bawah, atau sekadar layak menghuni jamban dan jahannam sahaja. Apakah kita ini suci sepenuhnya untuk menghuni syurga dan meniduri bidadari yang semangnya suci dari sebarang najis hatta sebutir bakteria ?. Atau kita wajar untuk terus berangan-angan menolak pintu syurga selepas di timbang buku amalan?. Haiyaaa..kalau buku amalan hanya penuh dengan drama-drama latin, artis-artis yang menayangkan separuh tetek, gadis litar F1 dan wayang-wayang berskala 18 sg, sx, pl...mana mungkin tangan ini layak menolak pintu syurga. Untuk melihat pintu syurga pun jauh sekali realitinya.

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia maha mengetahui. Dan kita sebagai hambanya, dengan kapasiti sel-sel otak yang Allah taala bagi secara adil untuk semua umat manusia, wajar memikirkan apakah kaitan isu-isu ini dengan kehidupan akhirat kita. Dunia ini ladang untuk kita. Sebanyak mana dollar kita timbunkan didalam almari rumah, yang dinilai adalah amalan baik buruk sahaja. Saudara-saudra kita yang hidup nun beratus-ratus tahun dahulu mempertaruhkan harga darah mereka untuk syurga, jadi apakah pula keistimewaan kita pada hari ini untuk syurga yang sama seperti mereka?. Adakah dengan berdemo sahaja kita (termasuk saya) sudah sewajarnya layak dianugerahkan Al-Muttaqin (Saya malu untuk menyebut yang kita ini (dan saya juga) layak untuk al-Husna dan al-Firdausi ).

Pada saya, sekarang ini Allah sedang bentangkan anugerahnya yang sangat mulia di akhirat untuk kita rebut. Adakah kita (termasuk saya) sanggup menggadaikan darah untuk syurga Allah di Lubnan ?. Lubnan jauh ?. Ya, bayangkan tentera-tentera Sallahuddin merentasi padang pasir timur tengah untuk menghambat tentera Richard di Baitulmuqaddis. Dulu xde kapal pengangkut saudara-saudara. Jika ranjau yang sebegitu tragis mereka ambil sebagai modal penting di hari pembalasan, bolehkah kita (dan saya) bayangkan betapa mahalnya harga syurga itu. Jika seribu alasan kita (dan saya) berikan untuk memiliki ganjaran istimewa di hari kiamat, jangan salahkan Allah jika Dia memberikan kita (dan saya) seribu alasan sewaktu kita dipersimpangan antara syurga dan neraka kelak.

Sesungguhnya darah yang mengalir dari tubuh-tubuh anak-anak kecil di Beirut itu seolah-olah membentuk jalan untuk kita ke syurga. Ah, pedulikan apa yang Bush dan Mahathir takrifkan berkenaan jihad. Anak-anak ini memerlukan kita(dan saya) sebagai umat Islam, yang rela berjihad. Dan Allah memerlukan kita (dan saya) juga untuk mengisi syurganya yang tanpa kuota itu.

Jadi pada saya, bom-bom Zionis yang memakan nyawa anak-anak dan wanita itu membentuk pintu yang lebih besar untuk ke syurga di hari akhirat kelak. Allah Taala sedang menghamparkan nikmat syurga dan jihad di hadapan mata kita (dan saya). Kenapa Allah wujudkan kaum Zionis ?. Kenapa Allah wujudkan perang dilubnan ?. Kenapa Allah wujudkan Ariel Sharon ?. Kenapa Allah wujudkan minyak di Saudi, Iraq, Iran dan Malaysia ? Kenapa Allah wujudkan Albert Einstein dengan teori e=mc kuasa 2 nya?. Kenapa Allah Taala mewujudkan 2 orang juruterbang untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki dahulu ?. Kenapa Allah Taala mewujudkan Osama Ben Laden ?. Kenapa Allah Taala mewujudkan Zinadine Zidane ?. Kenapa Allah Taala mewujudkan gadis bernama Hiba di Palestin yang syahid meletupkan diri untuk Islam ?. Kenapa Allah Taala mewujudkan Sheikh Ahmad Yassin ?. Kenapa Allah Taala mewujudkan Abdullah Ahmad Badawi ?. Kenapa Allah Taala menujudkan Khairy Jamaluddin ? Kenapa Allah Taala mewujudkan Nik Adli Nik Aziz ? Kenapa Allah Taala mewujudkan Khir Toyo ? Kenapa Allah Taala mewujudkan jenglot di Shah Alam ? Kenapa Allah Taala mewujudkan Dato K ? Kenapa Allah Taala mewujudkan saya ?. Kenapa Allah Taala mewujudkan kita semua ?.............................
.......................Kerana jalan kita masih panjang. Kita semua akan mati...dan akan dihidupkan kembali. Semua ini, apa yang Allah Taala wujudkan adalah rantaian dalam perjalanan hidup kita. Dan rantaian ini berhubung antara satu sama lain dengan kompleks sekali merangkumi semua nilai-nilai hidup termasuk dosa dan neraka. Rantaian ini mewujudkan nilai-nilai kebaikkan dan keburukkan dalam diri dan jiwa manusia-manusia. Dan segala kekompleksan hidup ini akan Allah Taala leraikan dan huraikan akhirnya di padang masyar. "Kenapa engkau memilih Abdullah Badawi sebagai PM ?. Kenapa engkau tidak berjihad untuk saudara mu di Lubnan ?. Kenapa engkau bermain bola tidak menutup aurat ?. Kenapa engkau biarkan jiranmu lapar ?. Kenapa engkau makan rasuah" ?. Dan di penghujungnya nanti, setelah semua kekompeksan hidup kita di saring satu persatu oleh malaikat dikiri dan di kanan, kita (dan saya) wajar menerima hakikat samada kita(dan saya) akan meniduri bidadari di syurga..atau ular akan meniduri kita(dan saya) di neraka....

Sesungguhnya saya percaya yang.....jihad itu memerlukan darah.....